Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.[Al-Baqarah,pangkal ayat 143]
Bagi menjawab persoalan yg telah diajukan , Darul Ifta Darul Uloom Deoband menjawab :
Bismillahir Rahmaanir Raheem
Tidak ada siapa pun walau Mufti Saeed Ahmad Palanpuri Sahib sendiri dan juga mana-mana A'lim drpd Darul Uloom Deoband yg menentang Jamaah Tabligh .
Benar , sebahgian drpd ahli Jemaah Tabligh telah tersasar drpd Jalan Yg Baik dan terlibat dalam ghuluw ( sifat Fanatik yg Haram ) . Mereka banyak berkata-kata atas perkara yg salah dan merepek .
Contohnya :
1. Mereka merujukkan Ayat Al Quran mengenai Jihad hanya ada dalam Kerja Tabligh . Ini adalah satu bentuk Tahreef ( mengubah maksud yg sebenar ) .
2. Mereka mengatakan terdapat ramai Para Pengajar Agama (Ustaz) tetapi tidak memberi apa-apa manfaat . Pada mereka Ilmu Agama hanya diperolehi dengan Keluar (Khuruj) dgn Jemaah .
3. ( Mereka Berkata ) : Apa yg Ulama' telah lakukan sehingga hari ini ? Para Ulama' tidak melakukan apa-apa . Segala perkara tentang Agama yg disebarkan adalah BUKAN drpd Usaha Para Ulama' tetapi adalah melalui Usaha Jamaah Tabligh . Para Ulama' hanya melakukan 4% drpd Usaha manakala Usaha drpd ahli Jemaah Tabligh sebanyak 96% . Tambahan lagi Para Ulama' tidak melakukan Kerja Agama hanya semata-mata kerana ALLAH tetapi melakukan nya hanya kerana bayaran semata-mata .
4. Jika mana-mana Ulama' memberi Tafseer drpd Al Quran , mereka menyuruh Uama' tersebut berhenti dan mereka berkata hanya Kitab Fadhail A'mal yg patut dibaca dan tidak ada kitab lain yg boleh dibaca .
5. Mereka menganggap tidak perlu dgn cara Jalan Tazkiyah Nafs ( latihan spt Bersuluk , Khanqah ( Berzikrullah ) utk mencapai Taqwa . Dengan hanya keluar bersama Jemaah semua perkara tersebut boleh dicapai .
6. Mereka tidak akan mengambil sesiapa yg A'lim sebagai Imam atau Tenaga Pengajar (Ustaz) jika seseorg A'lim tersebut tidak pernah keluar bersama Jemaah selama Satu Tahun malah mereka akan memecat A'lim tersebut drpd menjadi Imam dan sebagai Tenaga Pengajar . Mereka tidak memberikan anak-anak perempuan mereka mengahwini dengan seorg yg A'lim spt ini .
7. Mereka memandang rendah kpd Ulama' dan mereka berdebat dgn Para Ulama' .
8. Sesiapa sahaja yg tidak pernah keluar Chillah ( keluar 40 hari ) tidak mempunyai fikir seperti Deendaar ( Orang yg BerAgama ) , malah dianggap tidak mempunyai fikir spt Orang Islam .
9. Sesiapa sahaja yg tidak menyertai Tabligh di Nizamuddeen , walau berapa banyak Usaha Agama yg telah dilakukan , mereka tidak menganggap sebagai Kerja Agama .
Banyak lagi isu-isu yg sama keadaannya yg menyebabkan Mufti Saeed Paalanpuri Sahib , ramai Para Ulama' dan Orang-Orang Sufi dalam Agama hampir menganggap Jamaah Tabligh sedang menuju ke arah menjadi satu mazhab yg baru . Kami telah mendengar Kenyataan-Kenyataan drpd mereka . Mereka meninggalkan Kaedah menurut Al Quran dan Hadis dan mereka mengikuti kaedah mereka sendiri dan membuat perkara yg baru dalam Agama .
Melalui pemerhatian terhadap perkembangan ini , Orang-Orang Ilmu , Orang-Orang yg Terhormat dan Orang-Orang Taqwa dalam Agama sangat mengambil berat tentang perkara ini . Melalui pemerhatian perkembangan perkara ini di Markaz Nizamuddeen , orang-orang yg berasa bertanggungjawab atas perkara ini malah bukan hanya berasa bimbang atas perkara ini tetapi mereka seperti telah disisihkan atau diasingkan .
Semua perkara tersebut berlaku disebabkan tersasar drpd Jalan Yg Adil ( Balanced Path ) kpd semua pihak. Jangan lah meninggalkan Kerja Agama dalam Jemaah ini . Teruskan Usaha Agama tersebut . Namun jangan lah tersasar drpd Jalan Yg Adil ( Balanced Path ) . Lakukan lah Usaha berdasarkan Adab dan Usul yg mana Hadrat Maulana Ilyas Sahib Rahmatullahia'laih telah tunjukkan utk Kerja Agama ini .
Insya ALLAH tiada siapa yg akan menuding jari atau saling menyalahkan .
نص كلمة
فضيلة د. علي جمعة بمؤتمر ”من هم أهل السنة والجماعة؟“
- فرَّق أهل السنة و الجماعة بين النص و بين
تفسير النص و فرَّقوا بين تفسير النص و بين تطبيقه في تحقيق المناط و في تخريج
المناط فخرج مذهب أهل السنة و الجماعة و هم جماهير أهل السنة و جماهير المسلمين
عبر العصور و كرّ الدهور حتى سمَّاهم الآخرون المخالفون : العامّة و الجمهور ، لأن
أكثر من 90 % من المسلمين عبرَ القرون كانوا من مذهب أهل السنة و الجماعة . -
نقلوا النص فأحسنوا و فسّروا النص و فصّلوا المجمل و طبّقوا النص في الحياة الدنيا
حتى عمروا الأرض بما فيها - أهل السنة و الجماعة هم الذين اتخذوا حديث جبريل الذي
سطّر به مسلم صحيحَه فقسّموا العلم إلى الإيمان والإسلام و الإحسان \ إلى العقيدة
و الفقه و السلوك ، و قام كل إمام عبر التاريخ بما أقامه الله فيه - لم يكتفوا
بإدراك النص بل طالبوا بإدراك الواقع و نصَّ القرافي في " تمييز الأحكام
" عن أنّه لا بد علينا أن ندرك الواقع و إلا إذا جئنا بما في الكتب فألقيناه
في أيّ واقع كان دونَ تحقيقٍ لذلك المناط نكون قد أضللنا العباد . - إدراكُ النص
من جهة و إدراكُ الواقع من جهة أخرى أضافَ إليها أهل السنّة و الجماعة عنصراً آخر
وهو كيف نطبّق ذلك المطلق على ذلك النسبي و هذا النص على ذلك الواقع ، وكلُّ ذلك
منصوص بعباراتهم و هو معمولٌ به إلى يومنا هذا فالحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات
. - افتقدَت تلك الجماعات الإرهابيّة فهم النص و اعتقدوا أن كلَّ ما يرد في
أذهانهم إنّما هو صحيح و يجب أن يسيروا خلفه افتقدوا إدراك الواقع و افتقدوا أيضاً
الوصل بيهما فضلّوا و أضلّوا كما يقول الإمام القرافي رحمه الله تعالى . - أهل
السنة لم تكفِّر أحداً إلا من اعترف بأنه كافر و إلا من أراد أن يخرج عن جماعة
المسلمين ، لم تكفِّر أحدا من أهل القبلة أبدا و لم تدخل الناس في طلب الحكم و لا
في الدماء و لا في الفروج و قالوا : الاحتياط إنّما هو في الدماء و الفروج . -
قبلَت الخلاف و أقامَت عليه الدليل و قبلَت التعددية سواء في الاعتقاد أو في الفقه
أو في السلوك وكلّهم من رسول الله ملتمس ... غرفا من البحر أو رشفا من الدّيم و
واقفون لديه عند حدّهم ... من نقطة العلم أو من شكلة الحكم فهو الّذي تمّ معناه
وصورته ... ثمّ اصطفاه حبيبا بارئ النّسم - إنهم وقفوا عند المحجّة البيضاء التي
" ليلها كنهارها لا يزيغ عنها إلا هالك " أمروا بالمعروف و نهوا عن
المنكر و احتاطوا في دينهم لم يتخذوا العنف سبيلا في حديث أبي موسى الأشعري رضي
الله عنه يقول صلى الله عليه و سلم : (حَتَّى يَقْتُلَ الرَّجُلُ جَارَهُ ،
وَيَقْتُلَ أَخَاهُ ، وَيَقْتُلَ عَمَّهُ ، وَيَقْتُلَ ابْنَ عَمِّهِ . قَالُوا :
سُبْحَانَ اللَّهِ ! وَمَعَنَا عُقُولُنَا ؟ قالَ : لَا ، إِلَّا أَنَّهُ يَنْزِعُ
عُقُولَ أَهْلِ ذَاكَ الزَّمَانِ ، حَتَّى يَحْسَبَ أَحَدُكُمْ أَنَّهُ عَلَى
شَيْءٍ وَلَيْسَ عَلَى شَيْءٍ ) و قال صلى الله عليه و سلم : " من خرج على
أمتي يضرب برها وفاجرها لا يتحاشى من مؤمنها ولا يفي لذي عهد عهده فليس مني ولست
منه" . - فهموا الشرع من بدايته فهموا بسم الله الرحمن الرحيم و أن الله
سبحانه و تعالى أورد " الرحمن الرحيم " و لم يقل بسم الله المنتقم
الجبار فصرَّح بجمال في جمال و لم يواجههم بالجلال سبحانه و تعالى . تعلّمنا في
الأزهر الشريف " بسم الله الرحمن الرحيم " و كان علماؤنا يمرّون بها على
كل علم ، ما أحكامها في الفقه ما قضاياها في المنطق ، ما أوضاعها في العقيدة ، ما
دلالاتها في السلوك ، ما أوضاعها في علم البلاغة جلسوا يدرسون في بسم الله الرحمن
الرحيم حتى نظن أنهم لن ينتهوا من هذا الدرس ، ثم ظهر لنا عندما جاء هذا البلاء
أنهم كانوا على حق و أنهم كانوا يبنون الهرم بشكل معدول أما هؤلاء فقد قلبوا الهرم
على أنفسهم فانهار على رؤوسهم . - لم ينكر أهل السنة و الجماعة العقل و وفّقوا بين
العقل و النقل و تعايشوا مع الآخر - لم ينشؤوا قضايا وهميّة ولم يصطدموا مع أحد من
العالمين وفتحوا قلوبهم و نفوسهم للناس فدخل الناس في دين الله أفواجا - قاموا
بواجب عصرهم و كل عصر له واجب ، و علينا كما قاموا بواجبهم أن نقوم بواجبنا و أن
ندرك النص و أن ندرك الواقع و أن نتعلّم كيف نصل بينهما . - راعوا جهات الاختلاف
الأربعة " الزمان و المكان و الأشخاص و الأحوال " و يؤلف القرافي كتابه
الماتع : " الفروق " ليبين كيف يحدث عندنا الملكة التي بها هذا التمييز
. - إذا صحّت البدايات صحّت النهايات ولذلك مَن تعلّم الأبجدية تعلُّماً خاطئاً
فإنه سوف يقرأ خطأً ثم يفهم خطأً ثم يطبّق خطأً ثم يصُدّ عن سبيل الله بغير علم
وهذا هو الحاصل بين من تعلّم العلم النافع - وعلى رأس هذه المدارس الازهر الشريف -
و بين من اتّبع هواه و أفسد في الأرض و شوّه صورة الإسلام و المسلمين . - رسالتي
إلى الخارج و إلى الداخل : اعلموا أنّ الأزهر هو محضن أهل السنة و الجماعة و أنّ
هذه الجماعات تشيع ظلماً و كذباً و خطأً أنّه قد اختُرِق و ذلك حتى تشكّك الناس في
مرجعهم و في العودة إلى الأزهر و الاحتماء به ، الأزهر قائم بعون الله تعالى و
بقيادة فضيلة الإمام ، كلَّ يوم يسعى إلى تحقيق الأهداف و إلى كسب الأرض في عموم
العالم من هذا البلاء الذي حلَّ به ، لم يُخترَق أبدا و لن يُخترَق إلى يوم الدين
لأن الله هو الذي أقامه والله هو الذي يحافظ عليه و الله هو الذي يخصّص له من يقوم
بمنهج أهل السنة و الجماعة ولو كره الفاسقون . - ادعوا الله لنا أن يوفّقنا الله
لما يجب و يرضى و أن ننشر الدين الصحيح بالفهم الصحيح و التطبيق الصحيح أن نوضّح
للناس المحجة البيضاء التي تركها لنا ، ادعوا الله لنا أن يوفقنا الله في هذا
المؤتمر و في غيره و أن يكون بداية تصحيح لصورة الإسلام عند من خوّفوهم من الإسلام
ومن المسلمين .
Petikan Ucapan
Yang Kehormat Dr Ali Jumaah Di Muktamar “Siapakah Ahli Sunnah Waljamāah?”.
Ahli sunnah waljamāah membezakan antara teks wahyu (Al-Quran
dan Sunnah), penafsiran dan penerapannya, dalam upaya memastikan kecocokan
sebab hukum pada kejadian dan memahami sebab hukum. Metodologi inilah yang
melahirkan Ahli sunnah waljamaah.
Ahli sunnah waljamaah adalah majoriti umat Islam sepanjang
masa dan zaman, sehingga golongan lain menyebut mereka dengan sebutan:
“Al-‘Āmmah (orang-orang umum) atau Al-Jumhūr”, karena lebih dari 90% umat Islam
adalah Ahli sunnah waljamaah.
Mereka mentransmisikan teks wahyu dengan sangat baik, mereka
menafsirkannya, menjabarkan yang mujmal (global), kemudian memanifestasikannya
dalam kehidupan dunia ini, sehingga mereka memakmurkan bumi dan semua yang
berada di atasnya.
Ahli sunnah waljamaah adalah golongan yang menjadikan hadis
Jibrīl yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahīhnya, sebagai dalil pembahagian
tiang agama menjadi tiga; Iman, Islam dan Ihsān, untuk kemudian membahagikan
ilmu kepada tiga ilmu utama, yaitu: akidah, fikah dan suluk. Setiap imam dari
para imam Ahli sunnah waljamaah telah melaksanakan tugas sesuai bakat yang
Allah berikan.
Mereka bukan hanya memahami teks wahyu saja, tapi mereka
juga menekankan pentingnya memahami realiti kehidupan. Al-Qarāfī dalam kitab
Tamyīz al-Ahkām menjelaskan: Kita harus memahami realiti kehidupan kita. Karena
jika kita mengambil hukum yang ada di dalam kitab-kitab dan serta-merta
menerapkannya kepada realiti apapun, tanpa kita pastikan kesesuaian antara
sebab hukum dan realiti kejadian, maka kita telah menyesatkan manusia.
Di samping memahami teks wahyu dan memahami realiti, Ahli sunnah
waljamaah juga menambahkan unsur penting ketiga, yaitu tata cara
memanifestasikan atau menerapkan teks wahyu yang mutlak kepada realiti kejadian
yang bersifat nisbi atawa tak mutlak. Semua ini ditulis dengan jelas oleh
mereka, dan ini juga yang dijalankan hingga saat ini. Segala puji hanya bagi
Allah yang karena anugerahNya semua hal baik menjadi sempurna.
Inilah yang tidak dimiliki oleh kelompok-kelompak radikal.
Mereka tidak memahami teks wahyu. Mereka meyakini bahwa semua yang terlintas di
benak mereka adalah kebenaran yang wajib mereka ikuti dengan patuh. Mereka
tidak memahami realiti kehidupan. Mereka juga tidak memiliki metod dalam
menerapkan teks wahyu pada tataran realiti. Karena itu mereka sesat dan
menyesatkan, seperti yang imam Al-Qarāfī jelaskan.
Ahli sunnah waljamaah tidak mengkafirkan sesiapapun, kecuali
orang yang mengakui bahwa dia telah keluar dari Islam, juga orang yang keluar
dari barisan umat Islam. Ahli sunnah waljamaah tidak pernah mengkafirkan orang
yang solat menghadap kiblat. Ahli sunnah waljamaah tidak pernah membawa manusia
untuk mencari kekuasaan, menumpahkan darah, dan tidak pula mengikuti syahwat berahi
(yang haram).
Ahli sunnah waljamaah menerima perbezaan dan menjelaskan
dalil-dalil setiap permasalahan, serta menerima kemajmukan dan keragaman dalam
akidah, atau fikah, atau tasawuf;
“Para nabi semua meminta dari dirinya.
Seciduk lautan kemuliaannya dan setitik hujan ilmunya.
Para nabi sama berdiri di puncak mereka.
Mengharap setitik ilmu atau selonggok hikmahnya.
Dialah Rasul yang sempurna batin dan lahirnya.
Terpilih sebagai kekasih Allah Pencipta manusia.”
Ahli sunnah waljamaah berada di jalan cahaya terang yang
malamnya seterang siangnya, orang yang keluar dari jalan itu pasti celaka.
Ahli sunnah waljamaah menyerukan pada kebajikan, dan
melarang kemungkaran. Mereka juga waspada dalam menjalankan agama, mereka tidak
pernah menjadikan kekerasan sebagai jalan.
Diriwayatkan dari sahabat, Abu Musa al-Asy’arī, bahawa
Rasulullah sallahu alaihi wasallam bersabda: “...hingga seseorang membunuh
tetangganya, saudaranya, pamannya dan sepupunya.", Para sahabat
tercengang: “Subhānallah, apakah saat itu mereka punya akal yang waras?”
Rasulullah menjawab: “Tidak. Allah telah mencabut akal orang-orang yang hidup
pada masa itu, sehingga mereka merasa benar, padahal mereka tidaklah dalam
kebenaran."
Rasulullah juga bersabda: “Barangsiapa yang keluar dari
barisan umatKu, menikam (membunuh) orang saleh dan orang jahatnya, ia tidak
peduli pada orang mukmin juga tidak menghormati orang yang melakukan perjanjian
damai (ahli zimmah), sungguh dia bukanlah sebahagian dari Saya, dan Saya
bukanlah sebahagian dari dia."
Ahli sunnah waljamaah memahami syariat dari awalnya. Mereka
memahami “Bismillāhirrahmānirrahīm” (Dengan menyebut nama Allah Yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang). Allah Menyebutkan dua namaNya, iaitu Maha
Pengasih dan Maha Penyayang. Allah tidak mengatakan: “Dengan menyebut nama
Allah Yang Maha Membalas dan Maha Kuat”. Justeru Allah menyampaikan pesan
keindahan dalam keindahan (melalui Al-Rahmān dan Al-Rahīm). Allah tidak
mengenalkan diriNya dengan keagunganNya subhanahu wa taala.
Kami belajar “Bismillāhirrahmānirrahīm” di Al-Azhar. Para
ulama Al-Azhar saat menafsirkannya menjelaskan dengan banyak ilmu. Mereka
menjelaskan “Bismillāhirrahmānirrahīm” dari banyak perspektif ilmu: fikah,
mantiq (logika), akidah, suluk dan balaghah. Mereka sabar duduk menjelaskannya
dengan begitu lama dan panjang, hingga kita menyangka bahwa penjelasan mereka
tidak ada ujungnya.
Kemudian, setelah musibah ( golongan radikal) ini menimpa,
kita baru memahami bahwa metod mengajar ulama Al-Azhar itu merupakan kebenaran.
Mereka membangun asas atawa bentuk (ilmu kita) sesuai cara yang benar:
membangun dasar bangunan dari bawah, hingga sampai pada ujung lancipnya yang
berada di atas. Sementara kelompok radikal membalik cara membangun bangunan
(ilmu mereka, ujungnya di bawah, dan dasarnya di atas) hingga bangunan itu
runtuh mengenai kepala mereka sendiri.
Ahli sunnah waljamaah tidak memungkiri peranan akal, bahkan
mereka mampu mensinergikan akal dan teks wahyu, serta mampu hidup damai bersama
golongan lain.
Ahli sunnah waljamaah tidak pernah membuat provokasi. Mereka
tidak pernah bertabrakan (melakukan kekerasan) dengan siapapun di jagat raya. Ahli
sunnah waljamaah membuka hati dan jiwa mereka untuk semua orang, hingga mereka
berbondong-bondong masuk Islam.
Para ulama Ahli sunnah waljamaah telah melaksanakan apa yang
harus mereka lakukan pada zaman mereka. Karena itu kita juga harus melaksanakan
kewajiban kita di zaman ini dengan baik. Kita wajib memahami teks wahyu,
memahami realiti dan mempelajari metod penerapan teks wahyu pada realiti.
Ahli sunnah waljamaah memperhatikan dengan cermat 4 faktor
perubahan, iaitu: waktu, tempat, individu dan keadaan. Al-Qarāfī menulis kitab
luar biasa yang bernama al-Furūq untuk membangun naluri ilmiah (malakah) hingga
kita mampu melihat perbezaan detail.
Awal yang benar akan menghantar kepada akhir yang benar
juga. Karena itu, barangsiapa yang mempelajari alfabet ilmu (dasar awal ilmu)
dengan salah, maka ia akan membaca dengan salah juga, lalu memahami dengan
salah, kemudian menerapkan dengan salah, hingga ia menghalangi manusia dari
jalan Allah tanpa dia sedari. Inilah yang terjadi (dan yang membezakan) antara
orang yang belajar ilmu bermanfaat, terutama Al-Azhar sebagai pemimpin
lembaga-lembaga keilmuan, dan antara orang yang mengikuti hawa nafsunya, merosak
dunia dan menjelekkan citra Islam serta kaum muslimin.
Pesan saya kepada umat Islam dan dunia luar: Ketahuilah
bahwa Al-Azhar adalah pembina ahli sunnah waljamaah. Sungguh oknum-oknum (yang
membencinya) telah menyebar khabar keji, dusta dan palsu bahwa Al-Azhar telah
mengalami penetrasi (dan lumpuh). Mereka ingin membuat umat manusia meragukan
Al-Azhar sebagai autoriti yang terpercaya, hingga mereka tidak mau kembali lagi
kepada Al-Azhar sebagai tempat rujukan dan perlindungan.
Al-Azhar tetap berdiri dengan pertolongan Allah subhanahu wa
taala, di bawah pimpinan yang kehormat Al-Imam. Setiap hari Al-Azhar berusaha
untuk mencapai tujuan-tujuan mulianya, juga membuka mata seluruh dunia,
menyelamatkan mereka dari musibah (radikalisme) yang menimpa.
Al-Azhar tidak disusupi dan tak akan lumpuh selamanya hingga
hari akhir, karena Allah Yang membangunnya dan melindunginya. Allah juga Yang mentakdirkan
orang-orang pilihanNya untuk mejalankan manhaj ahli sunnah waljamaah di
Al-Azhar, meski orang fasik tidak menyukainya.
Doakanlah untuk kami, semoga Allah memberi kami tuntunan taufīq
agar kami mampu melakukan hal yang dicintai dan diredaiNya.
Doakan agar kami mampu menyebar luaskan agama yang benar ini,
dengan pemahaman dan praktik yang benar juga, dan semoga kami mampu menjelaskan
jalan yang penuh cahaya ini kepada umat manusia, sesuai ajaran Rasulullah.
Doakan kami semoga Allah membimbing kita semua di muktamar
ini, dan pasca muktamar semoga muktamar ini boleh menjadi awal perbaikan citra
Islam di kalangan mangsa Islamophobia, baik muslim maupun non-muslim.
Saya nukilkan daripada cerita pelajar yang ada di tempat kejadian,Masjid Fadil;
Kami sampai awal pada hari ini. Sekitar jam 11 50 pagi, menaiki kenderaan peribadi seorang sahabat sambil menjemput guru kami Syaikh Ahmad al-Hajin dari rumahnya seperti biasa.
Setelah azan pertama berkumandang, para jemaah bangun untuk solat sunat. Setelah salam, kami menunggu khatib naik ke mimbar. Kelihatan as-Syaikh Dr. Majdi 'Asyur berdiri dan menuju ke mimbar. Beliau ditugaskan sebagai khatib pada hari ini.
Tiba-tiba bunyi tembakan yang sangat kuat bertalu-talu kedengaran di luar masjid. Puluhan das tembakan. Kurang pasti kerana sangat laju. Bunyi seperti senapang AK-47 Short.(saya cuba dengar bunyinya di internet dan memang sama.)
Hingar-bingar. Panik. Cemas. Kurang pasti apa yang berlaku, sebahagian menjengah ke luar. Kelihatan 2 orang bertopeng dan berpakaian hitam bersenjata di perkarangan masjid(belah kiri dari kiblat). Menurut saksi yang merupakan seorang pengemis di luar masjid tersebut, ia nampak mereka keluar daripada sebuah rumah kosong yang masih dalam pembinaan di belakang masjid.
Mereka kemudian disusuli 2 orang lagi. 4 orang penembak semuanya. Mereka mula menembak sebaik sahaja fadhilatus Syaikh yang dalam perjalanan menuju masjid dari rumahnya yang bersebelahan dengan masjid, diberhentikan oleh seorang lelaki untuk menanyakan soalan. 2 pengawal peribadi syaikh yang mempunyai pistol lantas menghadang syaikh, mempertaruhkan badannya untuk syaikh. Tembak-menembak jarak 50 meter berlaku. Syaikh dibawa pantas menuju pintu masjid. Walaupun jarak dekat dan bersenjata besar, tiada satu pun peluru mengenai syaikh. Allahu Akbar...
Melihat sebahagian jemaah yang melihat ke tingkap lari ke arah pintu lain, hampir semua yang berada di masjid bertempiaran lari. Golongan wanita di tingkat atas bertempik dan melolong ketakutan. Ramai masih tidak tahu apa yang berlaku. Tetapi melihat semua bertempiaran, ketakutan dan panik menyelubungi jiwa. Sebahagian meniarap. Sebahagian lagi bersembunyi dan berselindung di sudut-sudut masjid sambil berpegangan tangan. Kanak-kanak menangis dan meraung. Keadaan sungguh genting.
Jantungku berdegup kencang. Yang pertama terdetik dimindaku adalah masjid ini diserang golongan bersenjata. Aku lantas terbayang peristiwa as-Syahid Syaikh Ramadhan al-Buti yang juga diserang di Masjid pada malam Jumaat. Aku terus memikirkan akan keadaan as-Syaikh Ali Jum'ah. Sungguh bimbang.
Ya Robb... Selamatkanlah Syaikh dengan kuasamu Ya Robb! Detik jiwaku..
Jiwaku luruh. Jantungku hampir meledak dek degupan terlalu laju. Tidak tahu bagaimana ingin menggambarkannya. Cemas, takut, gundah, risau, semuanya bersatu.
Bunyi tembakan kedengaran lagi. Ada yang mengenai pintu dan tingkap masjid.
Aku turut panik dan lari mengikut sebahagian jamaah yang berasak-asak ke arah pintu sebelah kanan masjid. Dibuka saja pintu, satu tembakan mengenai tingkap disamping pintu benar-benar disebelahku. Serpihan kaca sedikit mengenaiku. Pintu lantas ditutup kembali. Aku amat terkejut. Semua kembali ke dalam masjid berselindung di tiang dan sudut-sudut masjid.
Tika itu aku sudah pasrah. Aku hanya fikir kematian sudah di hadapan mata. Terbayang di minda masjid telah dikepung. Tak mustahil juga jika ada bom di masjid ini. Macam-macam membayangi minda. Apa yang harus kulakukan pada detik-detik akhir sebelum mati?
Aku lantas pergi ke rak al-Quran yang terletak di sudut hadapan masjid. Mencapai sebuah al-Quran yang terdekat. Aku memeluknya erat. Sambil berdoa, ya Allah selamatkanlah kami.
Saat itu aku sempat melihat ke sekeliling. Mataku terhenti pada sosok yang tidak asing lagi. Syaikh Ahmad al-Hajin. Beliau berdiri dengan sangat tenang dengan tasbih ditangan di tengah-tengah masjid. Kelihatan juga Syaikh Awadh Manqush sedang khusyuk dan tenang dalam solat sunatnya.
Aku hairan nan taajub. Di saat semua orang hiruk-pikuk bertempiaran, para masyaikh masih tenang. Masih meneruskan ibadahnya.
Allah.
Ketakutan mulai surut melihat mereka. Sahabat-sahabat asia mengerumuni Syaikh Ahmad dan berselindung di sebalik beliau. Aku turut berlari ke arah beliau.
Tiba-tiba aku ternampak Syaikh Ali Jum'ah keluar dengan jubah dan serban al-Azhar dari pintu kecil masjid dibawah mimbar di hadapan.
Ah. Lega bukan kepalang. Tiada apa berlaku pada syaikh.
Tembak-menembak masih kedengaran diluar. Pintu-pintu diarahkan untuk ditutup rapat dan dihadang dengan rak-rak kasut di dalam masjid. Aku gundah. Mudah-mudahan tiada yang terkorban dari tembakan tersebut.
Kelihatan Syaikh Ali Jum'ah berjalan laju dengan berani ibarat seorang panglima dan pahlawan perang, menuju pintu kiri masjid(tempat tembak menembak berlaku). Ingin keluar kembali melawan dan berhadapan dengan mereka. Para jemaah menghalang kemaraan Syaikh beramai-ramai, bimbang akan keselamatan beliau.
Saat itu, Dr. Majid, pengurus masjid yang merupakan menantu Syaikh Ali mengarahkan untuk tenang dan membuat pengumuman bahawa tiada solat Jumaat di sini. Sama ada untuk duduk di sini buat sementara waktu atau keluar dan solat di tempat lain.
Menurut salah seorang sahabatku, sebelum itu, ketika jemaah sedang panik dan bertempiaran beliau nampak Syaikh Ali Jum'ah berjaya masuk dengan selamat dari pintu biasa belah kiri tersebut bersama pengawal peribadinya yang menghadang syaikh. Syaikh terus disambut jemaah dan dibawa ke pintu bawah mimbar. Dan aku hanya mula terlihat Syaikh di dalam masjid ketika syaikh berada di situ.
Kedengaran beberapa orang meneriak mencari doktor. Rupanya salah seorang pengawal peribadi syaikh cedera ditembak. Salah seorang jemaah yang dikenali sebagai doktor lantas menuju ke arah mangsa.
Syaikh Ali Jum'ah yang terhalang untuk keluar berjalan menuju ke mimbar, dan mengarahkan bilal untuk azan. Para jemaah yang masih ada di Masjid mula tenang dan duduk memenuhi saf-saf.
Ya, kami yang melihat para masyaikh yang tenang seperti tiada apa berlaku turut berasa tenang.
Bunyi tembakan sudah tidak kedengaran lagi.
Setelah azan, fadhilatu Syaikh Ali kemudiannya seperti singa yang tidak mengenal rasa gentar, mengambil mikrofon daripada Syaikh Majdi Asyur untuk berkhutbah. Boleh baca terjemahan teks khutbah beliau di sini: Pencinta Al-Allamah Syeikh Ali Jum'ah -Malaysia.
"Khutbah Maulana Al Imam Syeikh Ali Juma’h Yang Bersejarah
(Pada 2 Zulkaedah 1437 Bersamaan 5 Ogos 2016):
الحمد لله و كفى و الصلاة و السلام على نبيه المصطفى, و حبيبه المجتبى... و أشهد أن لا إله إلا الله وحده صدق وعده و نصر عبده و أعز جنده وهزم الأحزاب وحده.
و أشهد أن سيدنا محمدا عبده و رسوله, نبيه وصفيه و حبيبه و خليله, بلغ الرسالة و أدى الأمانة و نصح للأمة و جاهد في سبيل الله حتي أتاه اليقين.
فاللهم صل و سلم على سيدنا محمد في الأولين و صل و سلم على سيدنا محمد في الآخرين و صل و سلم على سيدنا محمد في كل وقت و حين.. و على آله الأطهار, و أصحابه الأخيار , و أتباعه بإحسان إلى يوم الدين.
Wahai sekalian muslimin, kelompok pendusta dan nista ini telah melakukan penipuan terhadap Allah!
((Adakah kalian sanggup membunuh seorang lelaki yang hanya mengatakan Tuhanku ialah Allah))!
Rasulullah ﷺ telah meninggalkan kita di atas jalan yang jelas! Dan baginda telah mengharamkan ke atas kita perbuatan dusta..
Maka jikalau muncul kelompok yang siang malamnya melakukan pendustaan sehinggalah perbuatan dusta telah sebati dengan dirinya tidak mungkin sesekali untuk diri berpisah darinya, kemudian telah kami ajak mereka melakukan kema’rufan, juga telah kami larang mereka dari melakukan kemungkaran, kemudian mereka berpaling seperti mana berpalingnya Iblis di hadapan Tuhan yang tersebut dalam firman Allah:
إلا إبليس أبى و استكبر و كان من الكافرين “Melainkan Iblis yang telah berpaling dan takabbur! Dan adalah dia dari kalangan mereka yang kafir (ingkar)”
Mereka telah mengingkari hadis yang sahih, dan realiti disekeliling mereka, serta pemikiran yang lurus. Mereka ingin untuk menjual agama mereka bagi mendapat dunia mereka. Meninggalkan agama mereka dan mengambil dunia mereka. Berdiri angkuh dan memperlecehkan kaum muslimin.
Adakah mereka boleh dijadikan kelompok mukmin yang dapat dijadikan ikutan buat kita?! Atau diikuti jejak langkah mereka?! Demi Allah tidak sesekali!!!
Alhamdulillah! Tidak mungkin satu-satu jiwa akan mati melainkan dengan izin tuhannya.
Aku telah panjatkan doa berkali-kali – dikala aku remaja – dihadapan Ka’bah yang mulia supaya aku mati sebagai seorang syahid!!
Namun, Allah melakukan sesuatu apa yang Dia kehendaki. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, bahawa golongan hina dina ini sendiri telah menuliskan bagi diri mereka pengakhiran terakhir!
Berdoalah kepada Tuhan kalian.. ***** الحمد لله و الصلاة و السلام على سيدنا رسول الله صلى الله عليه و سلم, صلاة دائمة بدوامه سبحانه, باقية ببقائه جل و علا , صلاة ترضيه و ترضينا و يرضى الله بها عنا. و أشهد أن لا إله إلا الله و حده صدق وعده و بصر عبده. و أشهد ان سيدنا محمدا عبده و رسوله. Wahai sekalian hamba Allah… sandarkanlah diri kalian pada Allah…!! Jadikanlah sekalian hati kalian berpaut tunduk kepada Allah…!!
Ingatlah Allah dalam sekalian hal, tiada sesuatu bagi kita melainkan Dia, tiada yang kita sembah melainkan hanya kepadaNya.
Perbuatan keanak-anakan ini akan kembali akibatnya kepada mereka.. akibatnya akan kembali kepada mereka!
Ya Allah! Lapangkanlah dada kami, ampunkanlah dosa kami, tutupkanlah keaiban dan dosa kami..
Ya Allah! Sesungguhnya kami serahkan kepadamu untuk kau hancurkan mereka! Dan kami berlindung denganMu dari segala kejahatan mereka.
Ya Allah Tuhan Sekalian Alam! Bantulah kami untuk mendirikan solat, menunaikan zakat, mengajak kepada kebaikan dan mengingkari kemungkaran.
Rahmatilah kami! Jangan sesekali mengazab kami! Rahmatilah juga mereka yang hidup dikalangan kami serta yang mati. Yang hadir dan yang ghaib..
Ya Tuhan sekalian alam! Ya Allah! Kabulkan doa kami, sembuhkan penyakit kami, rahmatilah mereka yang telah pergi dari kalangan kami, kurniakanlah kepada kami permintaan kami, Ya Allah. Ya Allah, sinarkanlah hati kami, ampunkalah dosa kami, dan tutupikan keaiban kami..
Ya Allah Tuhan sekalian alam himpunkanlah kami atas kebenaran di dunia dan akhirat. و صل الله على سيدنا محمد و آله و صحبه و سلم.
أقم الصلاة (( إن الصلاة تنهى عن الفحشاء و المنكر و لذكر الله أكبر و الله يعلم ما تصنعون ))
Terjemahan: Akademi Pemikiran Turath Al Mustanir "
Para jemaah yang makin tenang mendengar khutbah beliau penuh perhatian.
"Tidak mungkin satu-satu jiwa akan mati melainkan dengan izin Tuhannya.
Aku telah panjatkan doa berkali-kali dikala aku remaja dihadapan Ka’bah yang mulia supaya aku mati sebagai seorang syahid!!" kata syaikh penuh semangat.
Keadaan menjadi syahdu. Kami semua sebak. Ramai yang menangis sambil mendoakan moga Allah sentiasa menjaga syaikh.
Ketika syaikh sebagai khatib menyuruh kami berdoa antara dua khutbah, kami semua mendoakan untuk syaikh. Ya Allah, jagalah syaikh..Ya Robb, lindungi syaikh!! Sudah tidak terfikir doa-doa lain. Yang kami fikirkan hanyalah keselamatan syaikhuna al-Imam..
Setelah solat Jumaat, kami semua diarahkan untuk keluar. Keadaan sudah selamat dan terkawal kerana kelihatan kereta-kereta polis dan tentera berderet di sekeliling masjid. Aku terlihat seorang anggota SWAT mesir berbadan besar yang bersenjata lengkap di luar masjid.
Kami pulang dengan selamat sambil menghantar Syaikh Ahmad al-Hajin ke rumahnya. Ketika di dalam kereta, beliau berpesan pada kami untuk membaca Hasbunallah wani'mal wakil sebanyak 450 kali, dengan niat moga Allah menjaga Syaikh Ali Jum'ah.
Jantung masih berdegup laju. Minda masih tak keruan. Suara tembakan-tembakan tadi masih terngiang-ngiang di kepala. Peristiwa ini sangat membekas di jiwa yang tidak akan dilupakan selamanya..
Aku baru merasai suasana tersebut beberapa minit. Terfikir bagaimanakah saudara-saudara kita di Syiria dan Palastin yang menghadapi suasana ngeri tersebut setiap hari dan setiap detik. Allah. Moga Allah rahmati, lindungi dan amankan mereka, al-Imam Syaikh Ali Jum'ah, para ulama, kita semua dan seluruh muslimin dan muslimat dari segala fitnah, kejahatan dan keburukan... Ya robb.. Bijaahil Amin, Amin....
(Mengikut laporan, sebanyak 53 das tembakan dilepaskan dan tiada satu pun mengenai syaikh, semua selamat dan hanya seorang saja yang tercedera iaitu pengawal peribadi syaikh Ali. Menurut Syaikh Ahmad al Hajin, kejadian ini merupakan penzahiran karamah fadhilatu al Imam Ali Jum'ah hafizahullah. Bayangkan tembakan 4 orang jarak dekat dengan AK-47 semuanya boleh tersasar! Sedangkan Syaikh tidak mempunyai apa-apa senjata dan perisai. Hanya Allah sebaik-baik pelindung syaikh dan Allah menanam rasa gentar dan takut ke dalam jiwa khawarij anjing neraka tersebut sehingga lari lintang pukang apabila mereka gagal menembak mengenai syaikh. Hairan bagaimana keajaiban tidak masuk akal tersebut berlaku.)
Dikatakan:
Mereka orang orang yang melampau, juga sangat berlebihan di dalam memuliakan
guru-guru mereka dan sangat berlebihan di dalam kecintaannya,baik di dalam
fikah mahu pun juga di dalam tasawuf.
Kalau kamu
tengok tasawuf, tasawuf semuanya berisi adab dan kerendahan diri, akan tetapi
mereka membuatnya menjadi kesombongan…apakah ini tasawuf? Ini..ini..sangat
bertentangan dengan hakikat tasawuf.
Yang ni
berbangga diri..yang ni mengaku-ngaku..yang ni membatasi orang lain; ini sangat
bertentangan dengan hakikat tasawuf, ini betul-betul menyimpang dari tasawuf.
Orang mengaku
sufi, mereka berkata: “Sudah, yang saya tau dari guru kita adalah satu-satunya
guru di alam semesta ni, tak dak satu pun yang menyamainya.”
Oh! Wali
Kutub di zamannya, pemimpin para wali, Wali Kutub zaman dahulu,dan yang akan
datang. Kalu memang benar gurumu itu Wali Kutub zaman ni..
Adakah dia
mengajar kepadamu merendahkan muslim yang lain?
Adakah dia
mengajar kepadamu berburuk sangka terhadap mukmin yang lain?
Adakah dia
mengajar kepadamu membatasi kebaikan di satu tempat?
Kalu memang
demikian gurumu, maknanya dia bukan Wali Kutub, tapi seorang yang jatuh dari
pandangan Allah.
Kalu memang
gurumu tak ajar yang demikian itu, dari mana hang dapatkan pemahaman semacam
ni?
Kami tak
tau kalu ada Wali Kutub yang mengajar berburuk sangka,..kami tak tau ni. Demi
Allah, tak dak yang sedemikian.
Tak dak
Wali Kutub yang ajar berburuk sangka sama sekali. Dari zaman Nabi sampai la ni,
tak mumkin seorang Wali Kutub mengajar berburuk sangka.
Mumkin Wali
Kutubmu mengajarkan kepadamu merendahkan orang lain..
“Cukuplah
kejelekan bagi seseorang jika meremehkan muslim lainnya.”-al-hadis.
Tak
tergambar yang demikian ini, tapi ini la yang disebut dengan melampau[غلو].
Wasiat Abah Guru Sekumpul kepada anak murid beliau khususnya dan seluruh umat muslim umumnya..yang isi wasiatnya iaitu:
1.Menghormati ulama. 2.Baik sangka terhadap muslimin.
3.Murah diri. 4.Murah harta. 5.Manis muka. 6.Jangan menyakiti orang. 7.Memaafkan kesalahan orang. 8.Jangan bermusuh-musuhan. 9.Jangan tamak. 10.Berpegang pada Allah Taala, pada kabul segala hajat 11.Yakin keselamatan itu berada pada benar. 12.Jangan merasa baik daripada orang lain 13.Tiap-tiap orang yang hiri dengki dan adu wasah jangan dilayani.Serahkan saja kepada Allah Taala
...dan Abah Guru Sekumpul juga sempat berpesan; salah satu pesan Guru Sekumpul adalah tentang karamah, yakni agar kita jangan sampai tertipu dengan segala keanehan dan keunikan. Karena bagaimanapun juga karamah adalah anugerah, murni pemberian Allah, bukan suatu keahlian atau kemahiran. Karena itu jangan pernah berfikir atau berniat untuk mendapatkan karamah dengan melakukan ibadah atau wirid-wiridan. Dan karamah yang paling mulia dan tinggi nilainya adalah istiqamah di jalan Allah itu sendiri. Kalau ada orang mengaku sendiri punya karamah tapi solatnya tidak karuan, maka itu bukan karamah akan tetapi itu lanjuran dari Allah dan itu datangnya dari syaitan...