بسم الله
الرحمن الحيم.
الحمدلله
لا إله إلّا الله, و الصلاة و السلام على رسول الله, و على آله و صحبه و من ولاه. و
بعد.
DEFINISI.
Tahlil :
Berasal daripada kalimah Arab هَلَّلَ يُهَلِّلُ تَهْلِيْلًا bermaksud mengucap kalimah لاإله إلا الله .
Menurut
istilah, seperti yang disebut di dalam kitab Tahlilan Dalam Perspektif Al-Quran
dan As-Sunnah oleh KH. Mahyudin Abdus-Shomad ialah bersama-sama mengucapkan
kalimah toyyibah dan berdoa bagi orang yang sudah meninggal dunia.
Menurut pemahaman masyarakat
Melayu kita pula ialah himpunan zikir yang terkandung di antaranya
surah-surah pilihan,ayat-ayat pilihan, solawat ke atas Nabi, tahlil ( لا إله إلا الله ), dan lain-lain lagi dan
di akhiri dengan doa kepada si mati.
Dalam huraian di atas dapat kita fahami dan simpulkan bahawa tahlil
bukan sahaja mengucap kalimah لا إله إلا الله , tetapi juga membaca surah-surah pilihan,
ayat-ayat pilihan, dan lain-lain lagi dari kalimah toyyibah. Seterusnya
didoakan kepada Allah untuk si mati agar dirahmati dan diberi segala kebaikan.
Kenduri Arwah :
Menurut Kamus Dewan, kenduri arwah diertikan kenduri untuk
memperingati ( mendoakan ) orang yang telah meninggal.
Seperti yang kita sedia maklum, apabila berlaku kematian di dalam
masyarakat Melayu kita, keluarga si mati akan melakukan kenduri ( kenduri arwah
) yang mana sebelum jamuan dihidangkan bacaan tahlil akan dibacakan oleh
jemaah yang hadir.
HUKUM & DALIL.
Secara umumnya, dapat kita katakan bahawa hukum membaca tahlil dan
melakukan kenduri arwah adalah harus. Ini berdasar perbahasan ulama-ulama di
dalam penulisan-penulisan mereka yang bersandarkan dari sumber-sumber hukum
syarak. Setakat yang diketahui tiada larangan yang jelas dari nas-nas
syarak yang melarang amalan tersebut. Dalil-dalil larangan yang didatangkan
oleh golongan penentang amalan tersebut
adalah tidak kukuh dan mereka seolah-olah bersifat terburu-buru dalam
mengeluarkan hukum kerana banyak kecacatan terdapat dalam cara mereka
mengeluarkan hukum.
Meskipun pada asalnya adalah harus kerana tiada nas yang sarih/nyata dalam
amalan tahlil dan kenduri arwah ini, tidak bererti kita tidak mendapat apa-apa
bila melakukannya kerana kandungan tahlil itu adalah himpunan zikir dan
juga doa untuk si mati yang merupakan tuntutan agama. Begitu juga dengan
melakukan kenduri arwah. Apa salahnya memberi makan kepada orang?
Dalam perbahasan yang kecil ini dicuba semampu ada untuk
mendatangkan dalil-dalil bagi permasalahan tahlil dan kenduri arwah yang
dibangkitkan semula oleh golongan tertentu.
1 – Dalil umum
keharusan bertahlil :
Dalil al-Quran :
Ritual bacaan tahlil pada hakikatnya adalah
nama atau istilah untuk suatu acara berzikir dan berdoa atau bermunajat bersama
kepada Allah dengan membaca
kalimah-kalimah toyyibah seperti tahmid, takbir, tasbih, selawat, doa-doa dan
lain-lain. Dan pada intinya ritual tersebut adalah doa yang dilakukan sejumlah
orang untuk mendoakan si mati kerana Allah memerintahkan kita untuk
berdoa kepadaNya seperti yang tersebut di dalam al-Quran:
-
Surah Muhammad, 19 :
Oleh itu, maka tetapkanlah
pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan
yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah
silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki
dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di
dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).
Dari ayat tersebut menerangkan bahwa
orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan mendapatkan manfaat dari istighfar
orang mukmin lainnya untuknya.
-
Surah
Nuh, 28 :
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan
bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan
beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang
zalim melainkan kebinasaan!
-
Surah
Ibrahim, 40-41 :
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang
yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan
kami, perkenankanlah doa permohonanku.
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku
dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa
berlakunya hitungan amal dan pembalasan.
-
Surah
Al Hasyr, 10 :
Dan
orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan)
berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami
yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati
perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan
kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.
Beberapa ayat dan keterangan tersebut menjadi
bukti nyata bahwa orang yang beriman tidak hanya memperoleh pahala dari
perbuatannya sendiri bahkan mereka juga mendapat manfaat dari
amalan orang lain.
Dalil al-Hadis :
Selain dalil daripada al-Quran yang menerangkan
bahawa orang yang sudah meninggal dunia mendapat manfaat amalan orang lain,
dalam al-Hadis juga tedapat keterangan yang menyatakan hal tersebut. Seperti Hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radiallahuanhu :
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ إِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَى الْمَيِّتِ فَأَخْلِصُوْا لَهُ الدُّعَاَء (سنن الترمذى)
“Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, Aku
mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, Jika kamu semua menyembahyangkan
mayat, maka berdoalah dengan ikhlas untuknya. (Sunan At-Tirmizi)
Hadis tersebut secara jelas menerangkan bahawa
Rasulullah ﷺ memerintahkan kepada umat islam
untuk mendoakan orang yang sudah meninggal dunia dengan tulus ikhlas. Hal ini
bererti bahawa doa yang dibaca dengan ikhlas
bermanfaat bagi si mati yang dimaksudkan. Jika
tidak ada manfaatnya nescaya Rasulullah tidak bersabda sedemikian. Setiap
perkataan dan tingkah laku Rasulullah tidak sia-sia.
اَنَّ عَائِشةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا سَأَلَتِ النَّبِيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَيْفَ أَقُوْلُ إِذَا اسْتَغْفَرْتُ لِاَهْلِ الْقُبُوْرِقَالَ قُوْلِى اَلسَّلَامُ عَلَى أَهْلِ الْدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَيَرْحَمُ اللهُ الْمُسْتَقْدِمِيْنَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِيْنَ وَإنَّا إنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لَاحِقُوْنَ (صحيح مسلم)
“Sesungguhnya Aisyah radiallahuanha bertanya kepada Rasulullah ﷺ; Apa yang harus dibaca ketika aku memohon ampun
bagi ahli kubur? Rasulullah ﷺ menjawab; Ucapkanlah
olehmu: Salam sejahtera atas engkau semua wahai ahli kubur dari golongan
mukminin dan muslimin, semoga Allah melimpahkan Rahmat-Nya bagi orang-orang yang
mendahului serta orang-orang yang datang kemudian dari kami, dan dengan izin Allah
kami akan menyusul kalian.”
Hadis di atas menerangkan bahawa Rasulullah ﷺ
menganjurkan untuk menziarahi kubur dan mengucapkan salam kepada ahli kubur
serta mendoakannya dan ada juga hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah ﷺ
sering ziarah ke Makam Baqi’. Dapat difahami dari penjelasan tersebut, bahawa
ahli kubur dapat mendengar salam dari orang yang mengucapkan salam kepada ahli
kubur tersebut dan memperoleh manfaat dari doa tersebut.
Banyak lagi dalil dari al-Hadis yang
menjelaskan bahawa amalan orang yang masih hidup dapat memanfaatkan orang-orang
yang sudah meninggal dunia, dan dengan disebutkan beberapa dalil dari al-Hadis
yang tersebut di atas dirasakan sudah memadai untuk difahami oleh kita yang awam ini.
Dalil Kaedah-kaedah
Fikah :
–
الأصل فى الأشياء الإباحة إلا إذا دل الدليل على تحريمه
فهو حرام .
Hukum asal sesuatu ialah harus melainkan ada dalil yang mengharamkan,
maka hukumnya haram.
Dalam permasalahan tahlil ini, kita tidak dapati dalil dari al-Quran
mahu pun as-Sunnah yang secara jelas mengharamkan atau mengharuskan.
Justeru, kita mengambil kira pada hukum asalnya iaitu harus kerana tiada
larangan yang jelas.
–
الأمور بمقاصدها .
Tiap-tiap perkara itu menurut apa yang diniatkan.
Daripada kaedah yang pertama tadi dapat kita fahami bahawa hukum asalnya
adalah harus kerana tiada larangan yang jelas.
Kaedah yang kedua ini pula menjelaskan kepada kita bahawa setiap apa
yang kita lakukan tak dapat tidak berkait dengan apa yang kita niatkan. Jika
kita niatkan bacaan tahlil tadi untuk si mati, dengan izin Allah sampai
pahalanya kerana yang memberi itu adalah Allah.
2 - Dalil bacaan-bacaan dalam tahlil :
2.01 - Membaca Surah
Al-Fatihah.
Dalil mengenai keutaman Surah Fatihah:
عَنْ أَبِي سَعِيدِ بْنِ الْمُعَلَّى قَالَ:
قَالَ لِيْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَلَا أُعَلِّمُكَ أَعْظَمَ سُورَةٍ فِي الْقُرْآنِ قَبْلَ أَنْ تَخْرُجَ مِنَ الْمَسْجِدِ؟.
فَأَخَذَ بِيَدِي فَلَمَّا أَرَدْنَا أَنْ نَخْرُجَ قُلْتُ:
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قُلْتَ لَأُعَلِّمَنَّكَ أَعْظَمَ سُورَةٍ مِنَ الْقُرْآنِ. قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ هِيَ السَّبْعُ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيمُ الَّذِي أُوتِيتُهُ.
)رواه البخاري(
Ertinya: “Daripada Abu Said al-Mualla radiallahuanhu, dia
berkata: Rasulullah ﷺ bersabda kepadaku: “Mahukah
aku ajarkan kepadamu surah yang paling agung dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid?”. Maka
Rasulullah memegang tanganku. Dan ketika kami hendak keluar, aku bertanya:
“Wahai Rasulullah! Engkau berkata bahawa Engkau akan mengajarkanku surah yang
paling agung dalam al-Quran”. Baginda menjawab: “الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (Surah al-Fatihah), ia adalah tujuh ayat yang diulang-ulang (dibaca pada setiap
sembahyang), ia adalah al-Quran yang agung yang diberikan kepadaKu”.
(Hadis riwayat al-Bukhari).
(Hadis riwayat al-Bukhari).
2.02 - Membaca Surah al-Ikhlas.
Dalil mengenai keutamaan Surah al-Ikhlas.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ قَالَ:
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ:
أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ ثُلُثَ الْقُرْآنِ فِي لَيْلَةٍ فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ وَقَالُوا أَيُّنَا يُطِيقُ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ ثُلُثُ الْقُرْآنِ .) رواه البخاري(
“ Daripada Abu Said al-Khudri radiallahuanhu, dia berkata: Nabi ﷺ
bersabda kepada para sahabatNya: “Apakah kalian tidak mampu membaca sepertiga al-Quran dalam semalam?”. Maka mereka merasa berat dan berkata: “Siapakah di
antara kami yang mampu melakukan itu, wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “اللَّهُ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ (Surat al-Ikhlas) adalah sepertiga al-Quran”(Hadis riwayat al-Bukhari).
2.03 - Membaca Surah al-Falaq
2.04 - Membaca Surah an-Naas
2.04 - Membaca Surah an-Naas
Dalil keutamaan Surah al-Falaq dan an-Naas.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِي اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اشْتَكَى يَقْرَأُ عَلَى نَفْسِهِ بِالْمُعَوِّذَاتِ وَيَنْفُثُ فَلَمَّا اشْتَدَّ وَجَعُهُ كُنْتُ أَقْرَأُ عَلَيْهِ وَأَمْسَحُ بِيَدِهِ رَجَاءَ بَرَكَتِهَا.
)رواه البخاري(
“ Daripada Aisyah radiallahuanha, bahawasanya Rasulullah ﷺ bila sakit Baginda membaca sendiri al-Muawwizaat
(Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas), kemudian meniupkannya. Dan
apabila rasa sakitNya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke
tanganNya mengharap keberkatan dari surah-surah tersebut”.
(Hadis riwayat al-Bukhari).
(Hadis riwayat al-Bukhari).
2.05 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 1 sampai 5
2.06 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 163
2.07 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 255 (Ayat Kursi)
2.08 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 284 sampai akhir surah.
2.06 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 163
2.07 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 255 (Ayat Kursi)
2.08 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 284 sampai akhir surah.
Dalil keutamaan ayat-ayat tersebut:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ:
مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ لَمْ يَدْخُلْ ذَلِكَ الْبَيْتَ شَيْطَانٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ حَتَّى يُصْبِحَ أَرْبَعًا مِنْ أَوَّلِهَا وَآيَةُ الْكُرْسِيِّ وَآيَتَانِ بَعْدَهَا وَثَلَاثٌ خَوَاتِيمُهَا أَوَّلُهَا ( لِلَّهِ مَا فِي السَّمَوَاتِ ).) رواه ابن ماجه(
“Daripada Abdullah Bin Mas’ud radiallahuanhu, dia berkata: “Barangsiapa membaca 10 ayat dari Surah al-Baqarah pada suatu malam, maka syaitan tidak masuk rumah itu pada malam itu sampai pagi, iaitu 4 ayat permulaan dari Surah al-Baqarah, Ayat Kursi dan 2 ayat sesudahnya, dan 3 ayat terakhir yang dimulai (لِلَّهِ مَا فِي السَّمَوَاتِ).” (Hadis riwayat: Ibnu Majah).
2.09 -
Membaca Tahlil : لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ
Dalil mengenai keutamaan membaca tahlil (kalimah لا إله إلا الله ):
عَنْ جَابِرِ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِي اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الْحَمْدُ لِلَّهِ . )رواه الترمذي وابن ماجه(
“ Dari Jabir bin Abdullah radiallahuanhuma, dia berkata: Aku
mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sebaik-baik zikir adalah ucapan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ, dan sebaik-baik doa adalah ucapan الْحَمْدُ لِلَّهِ”. (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibnu
Majah).
عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى . )رواه مسلم(
“ Daripada Abu Zar radiallahuanhu, daripada Nabi ﷺ,
sesungguhnya Baginda bersabda: “Bahawasanya pada setiap tulang sendi kalian ada
sedekah. Setiap bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap bacaan tahmid itu
adalah sedekah, setiap bacaan tahlil itu adalah sedekah, setiap bacaan takbir
itu adalah sedekah, dan amar makruf nahi munkar itu adalah sedekah, dan
mencukupi semua itu dua rakaat yang dilakukan seseorang dari Sembahyang Duha.” (Hadis
riwayat Muslim).
Syeikh Ibnu Taimiyyah ditanya mengenai bertahlil. Apa katanya? Lihat dalam Majmuk al-Fatawanya ;
و سئل عمن ((هلل سبعين ألف مرة,و أهداه للميت,يكون براءة من النار)) حديث صحيح أم لا؟ و إذا هلل الإنسان و أهداه إلى الميت يصل إليه ثوابه, أم لا؟
فأجاب: إذا هلل الإنسان هكذا: سبعون ألف,أو أقل,أو أكثر,و أهديت إليه,نفعه الله بذلك,وليس هذا حديثا صحيحا,و لا ضعيفا.والله أعلم
Ibnu Taimiyyah ditanya mengenai orang yang: ((bertahlil 70000 kali dan dijadikan hadiah (pahalanya) kepada orang mati, agar menjadi kelepasan bagi si mati dari api neraka)). Adakah Hadis tersebut sahih atau tidak? Dan apabila bertahlil seseorang dan dihadiahkan (pahalanya) kepada orang mati adakah pahalanya sampai kepada si mati atau tidak?
Maka Ibnu Taimiyyah menjawab:
Apabila bertahlil seseorang dengan yang sedemikian 70000 atau kurang atau lebih dan dihadiahkan kepada si mati, Allah menjadikannya bermanfaat baginya dengan yang sedemikian itu. Dan Hadis tersebut tidaklah sahih dan tidak juga doif (yakni tidak sabit kedudukan Hadis tersebut di sisi Ibnu Taimiyyah). Allah jualah Yang Maha Mengetahui.
Syeikh Ibnu Taimiyyah ditanya mengenai bertahlil. Apa katanya? Lihat dalam Majmuk al-Fatawanya ;
و سئل عمن ((هلل سبعين ألف مرة,و أهداه للميت,يكون براءة من النار)) حديث صحيح أم لا؟ و إذا هلل الإنسان و أهداه إلى الميت يصل إليه ثوابه, أم لا؟
فأجاب: إذا هلل الإنسان هكذا: سبعون ألف,أو أقل,أو أكثر,و أهديت إليه,نفعه الله بذلك,وليس هذا حديثا صحيحا,و لا ضعيفا.والله أعلم
Ibnu Taimiyyah ditanya mengenai orang yang: ((bertahlil 70000 kali dan dijadikan hadiah (pahalanya) kepada orang mati, agar menjadi kelepasan bagi si mati dari api neraka)). Adakah Hadis tersebut sahih atau tidak? Dan apabila bertahlil seseorang dan dihadiahkan (pahalanya) kepada orang mati adakah pahalanya sampai kepada si mati atau tidak?
Maka Ibnu Taimiyyah menjawab:
Apabila bertahlil seseorang dengan yang sedemikian 70000 atau kurang atau lebih dan dihadiahkan kepada si mati, Allah menjadikannya bermanfaat baginya dengan yang sedemikian itu. Dan Hadis tersebut tidaklah sahih dan tidak juga doif (yakni tidak sabit kedudukan Hadis tersebut di sisi Ibnu Taimiyyah). Allah jualah Yang Maha Mengetahui.
2.10 - Membaca selawat Nabi.
Dalil keutamaan membaca selawat Nabi:
-
Surah
Al-Ahzab, 56 :
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala
penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad ﷺ );
wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadaNya serta ucapkanlah
salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً (رواه الترمذي وقال: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ) ثُمَّ قَالَ: وَرُوِي عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا وَكَتَبَ لَهُ بِهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ.
“ Daripada
Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda: “Manusia yang paling utama di sisiKu pada Hari Kiamat
ialah yang paling banyak membaca selawat kepadaKu” (Hadis riwayat at-Tirmizi,
dan dia berkata: Hadis ini Hasan Gharib). Kemudian dia berkata: Dan diriwayatkan
daripada Nabi ﷺ,
sesungguhnya Baginda bersabda: “Barangsiapa membaca selawat kepadaKu sekali,
maka Allah memberinya selawat (rahmat) kepadanya 10 kali dan mencatat 10
kebaikan untuknya”.
2.11 - Membaca doa.
Keutamaan berdoa:
-
Surah
Ghaafir, 60 :
Dan Tuhan
kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan
kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan
berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ.) رواه ابن ماجه و الترمذي, و قال هذا حديث حسن غريب(
“ Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada doa”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmizi, kata at-Tirmizi: hadis ini Hasan Gharib)
Demikianlah dalil-dalil yang
dijadikan landasan kepada amalan tahlil untuk mendoakan si mati agar diampuni
kesalahan-kesalahanya ketika di dunia atau di tambah pahalanya oleh Allah. Jadi, kalau dikatakan bertahlil itu tidak ada dasar hukumnya, tidak ada
dalilnya, atau tidak ada landasannya, maka jelas sekali kenyataan itu
sebenarnya salah sesalah-salahnya. Dalil-dalil yang tertera
sudah cukup untuk dijadikan dasar
pengambilan hukum.
3- Dalil Kenduri
Arwah :
Ada riwayat di dalam Sahih Bukhari :
حدثنا عمرو بن خالد
قال حدثنا الليث عن يزيد عن أبي الخير عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما
أن رجلا سأل النبي صلى الله عليه وسلم : أيّ الإسلام خير؟ قال : تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف.
أن رجلا سأل النبي صلى الله عليه وسلم : أيّ الإسلام خير؟ قال : تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف.
Telah memberitahu kepada kami
oleh ‘Amr Bin Khalid, beliau berkata :
telah memberitahu kepada kami oleh Al-Lais daripada Yazid daripada Abil-Khair
daripada ‘Abdullah Bin ‘Amr RadiaLlahu-‘anhuma bahawa seorang lelaki
telah bertanya kepada Rasulullah ﷺ : Yang manakah pekerjaan Islam yang lebih
baik? Jawab Nabi ﷺ : Memberi makanan kepada manusia
dan sebarkan salam kepada orang yang kamu kenali atau pun tidak.
Memberi
makanan dalam Hadis tersebut bersifat umum, tidak dikaitkan dengan perkara yang
khusus. Termasuklah antaranya kenduri arwah, memberi makanan kepada
peminta-peminta sedekah dan sebagainya. Menurut kaedah, kita tidak boleh
mengkhususkan sesuatu hukum dengan dalil yang umum selagi mana tidak ada dalil
yang mengkhususkannya.
Meskipun
begitu, perlu diingatkan di sini bahawa mengadakan kenduri arwah dengan
perbelanjaannya dari harta pusaka si
mati yang sebahagian dari pewarisnya belum baligh yang masih belum tiba masa berhak menguruskan hartanya , maka
haram. Sebaliknya jika harta pusaka
tersebut telah dibahagikan dan diambil dari perwaris yang sudah berhak mengurus
hartanya sendiri, atau harta yang selain
dari pusaka si mati misalnya duit gaji anak / waris si mati sendiri,
bukan merupakan wang harta pusaka, maka tiada halangan keharusannya mengadakan
kenduri arwah dengan menggunakan harta yang begitu.
Hadis Towus (طاوس ) :
( ان الموت يفتنون فى قبورهم سبعا . فكانوا
يستحبون أن يطعموا عنهم تلك الأيام . )
Ertinya : Berkata Towus, bahawasanya segala orang yang mati itu difitnah di
dalam kubur mereka dalam masa 7
hari. Maka adalah mereka itu ( para Sahabat) suka memberi makanan ganti
daripada mereka itu ( orang-orang mati di dalam kubur ) pada demikian hari.
Maksud Hadis tersebut ialah orang-orang yang mati akan ditimpa dengan fitnah selama 7
hari pertama selepas dikebumikan. Para Sahabat suka berbuat kebajikan dengan
memberi makanan pada hari tersebut
supaya dengan pahala kebajikan tersebut dapat sampai kepada si mati dan dengan
berkat amalan kebajikan tersebut dapat menyelamatkannya dari fitnah tersebut.
Berkata Imam as-Sayuti di dalam kitabnya الحاوي للفتاوي, Katanya : ( كانوا يستحبون )Adalah manusia
pada ketika itu melakukan amalan sedemikian pada zaman Nabi ﷺ, dan baginda tidak ingkar akan amalan tersebut.
PENUTUP.
Sebagai mengakhiri penulisan yang kecil ini, diseru kepada
pencinta-pencinta agama agar dalamilah ilmu agama dengan bersungguh-sungguh.
Jauhilah dari perbalahan yang tidak mendatangkan faedah. Semoga Allah
merahmati kita semua.
والله أعلم.