بسم الله الرحمن الرحيم
1 nama & individu yang tak asing lagi bagi majoriti masyarakat 1Malaysia. Beliau ialah Mufti Perak. Ini adalah sedikit pengenalan mengenai beliau.
Pendidikan:
- Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak
- Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak
- 1956 – 1959: Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak
- 1959 – 1960: Kuliah Al-Attas, Johor Bharu, Johor
- 1960 – 1964: Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya , Klang, Selangor
- Kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom (10 Januari – 29 Jun 1989)
Jawatan:
- 1964 – 1967: Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri
- 1967 – 1973: Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang
- 1968 – 1978: Pensyarah Sambilan, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang
- 1970 – 1984: Pensyarah Sambilan, Sekolah Latihan Pergigian Pulau Pinang
- 1973 – 1985: Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang
- 1985 – 1992: Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak
- 1992 – Sekarang: Mufti Perak, Jabatan Mufti Negeri Perak
Akademik & Khidmat masyarakat:
- Pesidangan Ulama’ Nusantara : Islam Di Alaf Baru : Menggaris Agenda Alaf Baru (26 November 1998)
- Seminar Pemindahan Ginjal dan Cabaran dan Kemajuan Yang Dihadapi Islam di Rantau Ini (6 – 8 Mei 1994, Singapura)
- Dialog Agama di antara penganut Islam, Yahudi dan Kristian, Bendor, Jerman (1989)
- Ceramah dan dialog bersama pelajar-pelajar di Washington, Amerika Syarikat (1996)
- Lawatan sambil belajar ke Negara-negara Timur Tengah dan Eropah anjuran Lembaga Perancang Keluarga Negara (1 – 9 Mac 1977)
- Muzakarah Ulama’ Nusantara : Islam Di Alaf Baru : Menggaris Agenda Alaf Baru ( 26 November 1998)
- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak Darul Ridzuan (Oktober 2000 – sekarang)
- Pengerusi Jawatankusa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan
- Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam
- Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran (KDN – Timbalan Pengerusi)
- Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan
- Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak
- Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
- Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Ladang Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak) Perak Darul Ridzuan
- Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Niaga Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak) Perak Darul Ridzuan
- Ahli Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
- Ahli Majlis Pengawasan Syariah Takaful Nasionl Sdn. Bhd.
- Yang DiPertua Persekutuan Seruan Islam Negeri Perak
- Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej UNISMA
- Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelaras Dakwah dan Pembelajaran Negeri
- Ahli Dewan Negara Negeri Perak
- Ahli Tetap Lembaga Pengarah Kolej Islam Darul Ridzuan
- Ahli Jawatankuasa Majlis Keutuhan Negeri Perak Darul Ridzuan
- Penceramah jemputan di masjid-masjid dan institusi agama di seluruh negara.
- Panel jemputan dalam forum-forum agama anjuran jabatan-jabatan kerajaan dan kementerian-kementerian dalam dan luar negara.
Penerbitan & Kertas kerja:
- Irsyad Hukum (Menyentuh Persoalan Semasa)
- Muammalah Hidup Islam – (Kompilasi 13 Tajuk Kertas-kerja) (1996)
- Syaitan Musuh Insan, Tahun (4) Siri (17) (1398/1978)
- Hukum-Hukum Perkahwinan (1999)
- Amalan Di Bulan Ramadhan Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah (1998)
- Rukyah dan Hisab (2000)
- Ibadah Qurban (1999)
- Siapa Kita
- Kesantunan Yang Mulia
- Kerja Sebagai Aktiviti Ibadat
- Peranan Da’I Menuju Ke Wawasan 2020
- Kontrasepsi dan Perancang Keluarga
- Islam Pada Pandangan Orang Bukan Islam Di Malaysia
- Zakat Membawa Berkat Mensyukuri Ne’mat
- Batul Mal, Zakat dan Wakaf : Hukum dan Pelaksanaan
- Islam dan Cabarannya Masa Kini
- Dakwah Masa Kini dan Cabarannya
- Penerapan Nilai-Nilai Islam
- Pemindahan Ginjal
- Peranan dan Tanggungjawab Ulama’
Apa pandangan Tokoh dan Ulamak terhadap Mufti Perak?
Menteri di JPM, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyelar
tindakan Mursyidul Am PAS yang melabel Mufti Perak sebagai ejen Umno kerana
Sultan yang melantik mufti dan tugas serta tanggungjawab bukan hanya fatwa
semata-mata.Tokoh ulama Kelantan, Tuan Guru Hj Abdullah Saamah meminta umat Islam
melihat kenyataan pemimpin agama, termasuk mufti yang dilantik kerajaan dalam
konteks lebih luas dan bukan melihat dari sudut politik saja. Beliau yang juga
seorang mudir pondok, Madrasah Al-Najmiah, Geting, Pengkalan Kubor,
berkata "menjadi tanggungjawab ulama menyampaikan ajaran berdasarkan ilmu dan
pengetahuan yang ada walaupun ia dilihat lebih condong kepada parti yang
memerintah (menurut fahaman parti lawan[ini pandangan saya])."
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata
sebagai biasanya mufti memberi pandangan berasaskan latar belakang agama yang
dimiliki, jadi berterus terang adalah amalan biasa walaupun ia membabitkan
orang politik kerana kita tidak akan berselindung.
Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid pula menjelaskan
secara umumnya seorang mufti itu bekerja dengan kerajaan negeri, bukan dengan
parti politik tertentu. Selain sebagai penasihat agama kepada Sultan dan
kerajaan negeri, mufti juga memberi pandangan berhubung isu berkaitan agama,
tetapi tidak membabitkan diri dalam politik.
Apa yang dikatakan oleh tokoh-tokoh di atas adalah selari dengan apa yang saya belajar di Al-Azhar. Para guru di Al-Azhar tak pernah ajar saya berpolitik kepartian. Jika ada kawan-kawan yang belajar di Al-Azhar yang belajar politik kepartian dari mana-mana sheikh atau pensyarah, rezeki dia lah kot? Apa yang saya tahu yang diajar di Al-Azhar ialah Politik Islam dengan menggunakan kitab الأحكام السلطانية oleh أ.مدحت ماهر di Masjid Al-Azhar.والله أعلم
p/s: الفِقْهُ هُوَ الْحِلُّ
Apa yang dikatakan oleh tokoh-tokoh di atas adalah selari dengan apa yang saya belajar di Al-Azhar. Para guru di Al-Azhar tak pernah ajar saya berpolitik kepartian. Jika ada kawan-kawan yang belajar di Al-Azhar yang belajar politik kepartian dari mana-mana sheikh atau pensyarah, rezeki dia lah kot? Apa yang saya tahu yang diajar di Al-Azhar ialah Politik Islam dengan menggunakan kitab الأحكام السلطانية oleh أ.مدحت ماهر di Masjid Al-Azhar.والله أعلم
p/s: الفِقْهُ هُوَ الْحِلُّ