Rabu, 29 Januari 2014

Parti Syaitan, Tanduk Syaitan. Siapakah !?

بسم الله الرحمن الرحيم


 إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

"Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka."
- Faatir, ayat 6.

Berkata pengarang Hasyiah as-Sowi, al-Allamah asy-Syeikh Ahmad Bin Muhammad as-Sowi al-Maliki di dalam kitabnya ; "Dikatakan : Penurunan ayat ini tentang khawarij, yang menyeleweng takwil Kitab dan Sunnah, dan dengan itu mereka menumpahkan darah umat Islam dan menyamun harta mereka, seperti yg dapat disaksikan sekarang yang mirip dengan mereka iaitu kelompok di bumi Hijaz, mereka digelar Wahhabi, mereka menyangka sesuatu tentang diri mereka, tidakkah mereka itu pendusta, mereka di bawah pengaruh syaitan, membuatkan mereka terlupa pada Allah, mereka ialah Hizbus-syaitan [Parti Syaitan], tidakkah Hizbus-syaitan itu golongan yang rugi, kita mohon kepada Allah agar mereka dibasmi."
 
Lihat pula hadis ini :

عن ابن عمر رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال " اللهم بارك لنا في شامنا ، اللهم بارك لنا في يمننا، فقالوا: وفي نجدنا يا رسول الله؟ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اللهم بارك لنا في شامنا، اللهم بارك لنا في يمننا، فقال الناس: وفي نجدنا يا رسول الله؟ قال ابن عمر: أظن أنه قال في المرة الثالثة: الزلازل والفتن هناك: وهناك يطلع قرن الشيطان." صحيح البخاري
 

Daripada Ibnu Umar رَضِيَ الله عنْه, daripada Nabi ﷺ Baginda bersabda, "Ya Allah! Wahai Tuhan kami! Berkatkanlah bagi kami (muslimin) pada Syam kami, Ya Allah! Wahai Tuhan kami! Berkatkanlah bagi kami (muslimin) pada Yaman kami, maka berkata mereka(manusia) : Dan pada Najd kami Ya Rasulallah? Sabda Rasulullah ﷺ : Ya Allah! Wahai Tuhan kami! Berkatkanlah bagi kami (muslimin) pada Syam kami, Ya Allah! Wahai Tuhan kami! Berkatkanlah bagi kami (muslimin) pada Yaman kami, maka berkata manusia : Dan pada Najd kami ya Rasulallah? Berkata Ibnu Umar رَضِيَ الله عنْه(perawi) : Aku menyangka bahawa Baginda (Rasulullah ﷺ) bersabda pada kali yang ketiga : ''Gempa-gempa dan fitnah-fitnah di sana : Dan di sana akan muncul Tanduk Syaitan.'' Riwayat Bukhari dalam Sahihnya.

Isnin, 27 Januari 2014

Fikir²lah !

بسم الله الرحمن الرحيم

Pelempar molotov cocktail diburu. Pelempar provokasi bebas berkata ini & itu. Politikus² ini mungkin seronok berpolitiking yg melampau. Cakap cakap cakap ceramah ceramah ceramah. Belah situ kata kat sana. Belah sana kata kat situ. Dua² 2x5 = 5x2. Sama saja.
Jangan sampai nanti umat Melayu-Islam yang menjadi tonggak pemerintahan negara ini merasa muak dan memilih untuk mengambil tindakan sendiri. Waktu itu nanti semuanya akan jadi terlambat! Dah tak dak masa nak cakap "Wawasan 2020" ka "Negara Berkebajikan" ka "1 Malaysia" ka apa ka. Sedarlah politikus² sekalian. Janganlah jadi umpama tikus² yg tumpang rumah orang mengerik sini sana kencing merata
², akhirnya tuan rumah kena Kencing Tikus.
Fikir²lah !

Khamis, 23 Januari 2014

قال الإمام

بسم الله الرحمن الرحيم





الدفاع عن الحقّ حقٌ، لكن البحثَ عن السلامِ حقٌ أيضاً

Mempertahankan kebenaran itu hak, tetapi mencari keamanan itu juga hak.

Isnin, 20 Januari 2014

Renung²kan ! Fikir²kan !

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya tak tahu betapa bangsa Melayu sudah bersabar dan sampai bila boleh bersabar. Sudah berkali² dihina dan dicabar Islam di negara ini. Mungkin terlalu kaya dengan tolak ansur, sikap memaafkan dan hormat pada undang² menyebabkan Melayu tak bertindak di luar batasan.
Namun saya yakin, kalau isu seumpama ini berlaku di Aceh, silap-silap Guan Eng tak balik ke rumah dan mungkin Kit Siang serta Betty hanya akan menerima “kepala” saja nanti di tepi pagar rumah. Mujurlah Melayu belum lagi sampai ke tahap itu…
Meskipun kesabaran tak pernah ada batasnya, takut² ada Melayu yg melangkah batasnya. Sebab itulah sudah berkali² dipesan, supaya jangan cuba mencabar batas² itu. Silap² nanti akan berlaku sesuatu yang jauh lebih dahsyat dari peristiwa 13 Mei 1969.
Harapnya taklah sampai ke tahap itu. Namun saya positif, jika pihak² tertentu itu tidak kendurkan diri dan terus²an berkeras kepala, tak mustahil ianya berlaku. Harap pihak tersebut faham dan jadi warganegara yang baik sebelum sesuatu yang buruk berlaku…

 Renung²kan ! 
Fikir²kan !

Isnin, 6 Januari 2014

Bughah oh bughah ..! “Atau hati-hati kita kita telah lama bergelap dengan hijab kepartian? Lalu kita hanya nampak kebenaran dicelah-celah politik yg sempit,” katanya.



بسم الله الرحمن الرحيم

Boleh dikatakan Mufti Perak adalah mufti yg tak digemari oleh pencinta politik kepartian berhaluan kiri. Bermacam hamburan kritikan makian cacian hinaan yg dilemparkan kepadanya.

Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) menyelar sesetengah pihak yang mempertikaikan kredibiliti Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria sebagai ulama yang mengeluarkan pandangan daripada aspek hukum agama berkenaan perhimpunan haram baru-baru ini.

Presidennya, Zamihan Mat Zain berkata, apa yang dikatakan oleh Harussani itu termasuk mengenai bughah (segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka kepada Ulil Amri atau pemerintah) merupakan satu ijtihad berdasarkan fakta, masa, tempat, keadaan dan kesan.

“Istilah dan hukum bughah perlu dirujuk kepada perbuatan itu sendiri dan kesannya. Kekadang ia melibatkan kata-kata, perbuatan dan iktikad.

“Manakala istilah halal darah itu perlu dirujuk kepada tindakan ganas atau mengguling kerajaan. Tindakan ini dikira subversif kerana bersifat kekerasan..siri rusuhan dan rampasan kuasa di negara kita kelihatan tak berjaya tetapi bibitnya sudah ada dan kesan kerosakan dan kecederaan sudah nyata...jadi hukumnya adalah haram,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zamihan, sekiranya pihak berkuasa diserang dengan senjata atau kekerasan maka pihak berkuasa boleh mempertahankan diri dan itu  yang dimaksudkan dengan halal darah bughah itu.

“Para peserta demonstrasi TURUN secara realitinya tak bawa senjata tetapi sebilangan kecil mereka menyimpannya di tempat strategik yang berjaya ditemui polis. Kebarangkalian penggunaan senjata seperti itu bila-bila masa boleh berlaku,” katanya.


Lagi pun, katanya,  pendapat peribadi Muffti Perak dibuat selepas perhimpunan dan ia bermaksud ada kronologi bahaya yang dibawa oleh puak pelampau di sebalik tabir rancangan mereka.

“Pengklasifikasian bahaya ini sukar didedahkan kepada umum memandangkan ia berkait dgan bukti intelegen namun penemuan beberapa senjata dan insiden kecederaan yg berlaku memperlihatkan demontrans aman bertukar keras.

“Oleh itu, sesuatu pendapat yang keras biasanya melihat kepada situasi yang tegang dan bahaya. Dalam kes ini, ia melibatkan kepentingan negara, nyawa rakyat dan keselamatan negara.


Umat Islam, katanya, perlu bersangka baik dengan Harussani sebagai ulama dan mufti Ahli Sunnah Wal Jamaah.  Apa yang beliau sampaikan hanya satu nasihat agama untuk panduan umat islam.

“Mengapa kita begitu teruja untuk menyerang mufti umat Islam? Adakah mufti berkenaan mengharamkan ajaran Wahhabi, Syiah, liberal dan perak lalu kita terus berteriak histeria mencercanya sekehendak hati.

“Atau hati-hati kita kita telah lama bergelap dengan hijab kepartian? Lalu kita hanya nampak kebenaran dicelah-celah politik yg sempit,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Mufti Perak akan tampil membuat kenyataan rasmi berhubung perkataan ‘bughah’ yang digunakan ketika mengulas himpunan Gerakan Kos Sara Hidup (TURUN) pada malam sambutan ambang Tahun Baru 2014 yang lalu.

Timbalan Mufti negeri, Zamri Hashim berkata penjelasan itu akan dibuat secara umum dalam masa terdekat.

“Kita ambil maklum perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya kelak,” katanya ketika ditemui media sempena lawatan Pemuda Pas Perak, ke jabatan berkenaan pada Jumaat.

‘Bughah’ yang mengikut hukum membawa maksud ‘pemberontak yang menentang kerajaan Islam dan darah mereka halal’ mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria merujuk perkataan itu kepada kumpulan perhimpunan berkenaan TURUN di Dataran Merdeka 31 Disember lalu.

Sumber : http://sejarahmelayu.blogspot.com/2014/01/bughah-ngo-selar-pas-politikkan-isu.html
 
03/01/2014 IPOH – Jabatan Mufti Perak akan tampil membuat kenyataan rasmi berhubung perkataan ‘bughah’ yang digunakan ketika mengulas himpunan Gerakan Kos Sara Hidup (Turun) pada malam sambutan Tahun Baru 2014, lalu.
Timbalan Mufti negeri, Zamri Hashim berkata, penjelasan itu akan dibuat secara umum dalam masa terdekat.
"Kita ambil maklum perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya kelak," katanya ketika ditemui sempena lawatan Pemuda Pas Perak, di sini, pagi tadi.
‘Bughah’ yang mengikut hukum membawa maksud ‘darah halal’ mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan dikeluarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang merujuk kumpulan perhimpunan berkenaan. - Sinar Harian
TS Mufti bersuara.


Penjelasan terbaru dari TS Mufti Perak yg dipetik dari ISMAWEB.

BANGI, 6 Jan – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi sebagai penjelasan berhubung kenyataannya dalam isu bughah.

Dalam satu kenyataan sebanyak enam muka surat itu, Tan Sri Harussani menjelaskan bahawa beliau tidak bersetuju jika demonstrasi dijadikan sebagai cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai.

Jelasnya, beliau tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban.

Beliau juga risau sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku.

Selain itu, beliau juga menyalahkan pihak media yang menemuramah beliau kerana tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan beliau dalam isu-isu yang berkaitan semasa sesi temuramah tersebut.

Atas sebab kerisauan yang amat tinggi, beliau menzahirkannya dengan mungulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam pelbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

KENYATAAN RASMI S.S. MUFTI KERAJAAN NEGERI PERAK BERKAITAN ISU “ BUGHAH ” DAN “ HALAL DARAH ”

Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “Bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah”. Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “Bughah” dan demonstrasi.

Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemic dan kecelaruan kepada masyarakat. Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “ TURUN” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.

Diizinkan Allah saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya. Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim. Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, di samping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh.

Nasihat dan peringatan

Oleh yang demikian, selagi diberi amanah saya tidak akan berputus asa untuk menegur dan mendamaikan kedua-dua kumpulan yang merupakan saudara-saudara saya. Sudah tentu ayat al Quran surah Al Hujurat ayat 9 menjadi panduan yang bermaksud :

“…Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berselisihan, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya bersifat melampau (zalim), maka lawanlah puak yang melampau (zalim) itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah diantara keduanya dengan adil (menurut hokum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil…” .

Sebab penurunan ayat ini dengan satu riwayat daripadanya ialah perbalahan yang ditimbulkan oleh Abdullah bin Ubai yang menyemarakkan perbalahan dengan mengatakan bahawa kencing himar Rasulullah ketika Baginda ﷺ menziarahi Sa’ad bin Ubadah telah menyakiti beliau.

Dalam riwayat yang lain pula merekodkan perbalahan itu berlaku sesama golongan ansar.( tafsir Ibn Juza)

Saya berpandangan bahawa syarat “syaukah” yang sering dikaitkan dengan bughah masih dijadikan perbahasan seperti yang terkandung dalam kitab-kitab feqh contohnya kitab nihayatul Muhtaj.

Dalam kes Abu Bakar al Siddiq memerangi orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat juga memberi gambaran kepada kita bahawa tindakan memerangi mereka juga diambil walaupun golongan ini tidak mempunyai senjata namun ia didokong oleh sekumpulan manusia yang mempunyai bilangan ramai dan munasabah mencetuskan suasana tidak aman kepada pemerintahan.

Pembentukan negara kita berasaskan sistem demokrasi berparlimen. Rakyat diberi hak untuk menentukan pemimpin yang mereka kehendaki berdasarkan sistem pilihanraya. Oleh itu, adalah tidak wajar sama sekali rakyat dihasut untuk mencari mekanisme yang lain bagi menyatakan ketidakpuasan hati kerana negara ini mempunyai instrumen yang diakui untuk menyampai hasrat rakyat seperti parlimen, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri ataupun mahkamah. Tanpa menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dilaungkan namun, rantaian demonstrasi yang telah berlaku mencatatkan sebaliknya. Telah timbul kebimbangan kepada rakyat di sekitarnya kerana kemudaratan lebih terhasil daripada manfaat.

Larangan memberontak

Saya menekuni hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri ( daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar ”. Sahabat bertanya , “ Wahai Rasulullah ! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab Baginda ﷺ “ Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada Allah ”.

Imam Al Nawawi menyatakan bahawa terdapat dorongan di dalam hadis ini untuk dengar dan taat sekalipun pemerintah adalah zalim. Sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada Allah dalam usaha menghapuskan kemudaratan pemimpin, menolak kejahatannya dan berusaha untuk membaikinya. Ini bertepatan dengan saranan Nabi Nabi ﷺ bahawa cara teguran terbaik adalah secara bersemuka.

“Seafdhal-afdhal jihad ialah memperkatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim.” (HR Abu Daud)

Antara adab penting yang wajib diambil kira dalam menasihati pemimpin ialah member nasihat secara sembunyi, bukan secara terang-terangan berdasarkan hadith:

“Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah berkenaanh sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang-terangan tetapi hendaklah meminpin tangannya ke tempat yang sunyi sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya ia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya.”(HR Imam Ahmad)

Imam Ibnu Hajar Al Asqolani merakamkan dalam kitab Fathul Bari bahawa “ para Fuqaha telah sepakat atas kewajiban untuk mentaati pemimpin yang berkuasa dan untuk berjihad bersamanya. Ketaatan kepadanya lebih baik daripada memberontak kerana dapat mengelak daripada tercetusnya pertumpahan darah dan memberi ketenangan kepada orang ramai ”.

Belum pun ditinjau dari sudut istilah syara’, perkataan bagha dari sudut bahasa sudah pun membawa maksud kerosakan, melampaui batas, hasad dan kezaliman. (Maqayis lughah, Mukhtar al Sihah dan lisan al arab). Laporan Berita Harian hanya melaporkan pandangan saya tentang kerisauan saya tentang kesan bagha para penunjuk perasaan walhal saya juga membuat teguran yang sama kepada perbuatan bagha penganjur pesta maksiat sempena sambutan awal tahun.

Jika dikatakan demonstrasi adalah cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai, maka saya fikir itu bukanlah cara yang bersesuaian kerana saya tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban. Apa yang merisaukan saya adalah sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku. Seperti dimaklumi, mekanisme menurunkan kerajaan secara aman telah disediakan secara terhormat dan demokratik serta telah terbukti mampu dibuat secara aman damai. Buktinya ialah terbahaginya negeri-negeri di Malaysia ini di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Kerisauan saya ini saya zahirkan dengan mungulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam pelbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah.

Semoga tanah air kita terselamat dari golongan ini dan menyelamatkan kita semua.

Saya menyeru semua umat Islam berhati-hati dari terjebak menjadi ‘ayam laga’ kepada pihak-pihak yang berkepentingan melalui perkakas-perkakas media dan sebagainya kerana mereka sangat irihati jika umat Islam bersatu dan bersepakat. Ingatlah pesanan dan ancaman Rasulullah ﷺ :

Jika datang kepada kamu sekumpulan manusia dengan seorang pemimpin yang bertujuan untuk merobek kekuatan kamu dan memecahbelahkan Jemaah kamu maka bunuhlah ia. (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith ini sebagai peringatan serius Nabi ﷺ agar dikekalkan penyatuan ummah dan segala usaha memecahbelah umat patut ditangani secara tegas dan tuntas.

Kesimpulannya, sekiranya berlaku percanggahan pandangan terhadap isu ini , ianya merupakan pemahaman dan penilitian saya terhadap isu dan kaitannya dengan reality semasa di negara ini. Saya tiada niat lain kecuali mencari redha Allah dan melihat perpaduan umat Islam terus terpelihara khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa.

p/s : Perkara yg dah terang lagi bersuluh tak perlu nak digelap²kan dengan tuduh menuduh. Jelas TS Mufti di pihak yg benar. Tak berminat nak layan penglipur-penglipur lara hamba politik kepartian. Saya sokong TS Mufti.

قال الإمام

بسم الله الرحمن الرحيم


رَدَّ الله - سبحانه وتعالى - عنا كيد الكائدين، رَدَّ الصليبيين بعد أن احتلوا أراضينا أكثر من مائتي عام، ورَدَّ التتار بل جعلهم يدخلون في دين الله أفواجًا، وسيُردُّ كل المعتدين كما رد المستعمرين الذين احتلونا بدعوى الاستعمار -ومعناه أن يعمروا بلادهم ويخربوا بلادنا-، فعلوا هذا كله، فنصرنا الله - سبحانه وتعالى - في نهاية المطاف ببركة القرآن، وببركة أسوة سيدنا رسول الله- صلى الله عليه وسلم - ، وببركة الفقه الموروث، الذي فقهنا به ما الإنسان، وكيف يكون عبدًا لله.
ولذلك ترى العلماء في كل مكان وفي كل زمان، يقرءون العلم في أثناء الفتن؛ لأنها هي التي تجعل الإنسان يعلم، والعلم هو أول ما أُمر به رسول الله - صلى الله عليه وسلم - ، قال تعالى: { اقْرَأْ } ؛ جعل القراءة مفتاح كل شيء، وبداية كل شيء.