Rabu, 2 Januari 2013

Meludah ke langit terkena muka sendiri.

 بسم الله والحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله وآله و صحبه ومن والاه
Isu Amanat Hj Hadi bukan kerana isu lama yang diperangat kembali atau isu yang dah basi kononnya.Isunya adalah kesan negatifnya juga keabsahannya pada Fikah. الفِقْْهُ هُوَ الحِلُّ. Bertanggung jawablah dengan apa yang telah dilakukan.
"Apa statusku?". Jika ditanya begitu, berikut adalah respons saya. "Statusmu?" tanya balik. "Ya lah. Dah tok imam UMNO baca khutbah Jumaat tak sah, orang UMNO sembelih pun tak sah sebab UMNO kafir ikut amanat apa tak tau yang tengah kecoh² tu." Dalam hati "Aduh², bahana apa pulak dah kali ni. Tak habis² dengan amanat ni." Disambung "Macam mana dengan statusku? Aku mengaji agama tak tinggi, takat KAFA ja. Mak aku PAS ayah aku UMNO. Depa kahwin masa amanat tu keluar. Sah dak perkahwinan depa tu sebab yang aku tau orang Islam tak boleh kahwin orang kafir. Ayah aku kafir la kan kalau ikut amanat tu? Dia tak keluar UMNO sampai dia mati. Sekarang ni macam mana, aku ni? Aku ni anak luar nikah ka?". Respon "MAIK dah keluar kenyataan tentang tu.Tak yah risau la. Statusmu adalah anak dalam nikah. Jangan dok hirau sangat cakap² orang politik pasai agama ni." 
Moralnya, kawan² UMNO jangan risau la pasai status perkahwinan ka anak ka apa ka. Sah!Sah!Sah! kalau cukup syarat yang ada dalam kitab² Fikah. Tak payah dengar benda² pelik gitu. Amanat tu dari ceramah politik bukan kuliah akademik. Hakikatnya tak dak nilai akademis hanya menyemai prejudis.
[Tiada kena mengena dengan sesiapa.Sekadar mencakar minda.Pun begitu,amanat tu masih dipegang di sebahagian tempat.Jika benar ditanya begini,masing² bertanggungjawab dengan apa yang dibawa.Kalau tanya saya,tu lah jawapan ringkas saya.]
 "Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153."

Di atas adalah dasar bersama PR [DAP-PKR-PAS] yang terdapat dalam Buku Jingga. Maka tak perlu cerita panjang. Hj Hadi perlu tarik balik amanatnya itu untuk menunjukkan halatuju politiknya. Saya pernah tulis dulu yang saya tak perlu untuk susah-susah keluar mengundi jika Hj Hadi tak tarik amanatnya. Inilah antara sebab mudahnya. PAS pun nak kekalkan perlembagaan penjajah yang telah dikafirkan pengamal atawa orang orang yang mengekalkannya oleh Hj Hadi dalam amanatnya. Jadi, mantiknya mudah. Sokong PAS pun turut sama kafir kalau ikut amanat Hj Hadi. Sokong UMNO tak boleh[ikut faham orang PAS], PAS pun 2x5 saja,baik duduk rumah. Sebab itulah untuk meredakan keadaan & kepentingan jangka hayat PAS, Hj Hadi perlu bertindak segera.

"Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan
Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu
sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang
menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia
dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat
Malaysia;"


Ini pula adalah antara matlamat-matlamat dalam Perlembagaan DAP. Nampak tak betapa perjuangan mereka nak mensekularkan negara? Jadi siapa yang sekular sekarang & siapa yang sokong sekular?

PAS bersama DAP & acap kali dilihat membela DAP pada perkara yang tak sepatutnya seperti penceramah DAP gunakan ayat Quran. PAS bersama parti yang sekular. Memang berlaku pertembunganlah antara amanatnya dengan dasar bersama PR. Benar! Kalau nak kan kuasa, apa-apa pun jadi tak apa, boleh-boleh saja, kira halal lah. Ingatlah! Jangan kerana kuasa akidah punah. Ini isu "takfir". Jelas dalam amanatnya itu mengkafirkan orang yang mengekalkan Perlembagaan penjajah. Mufti Wilayah dah beri peringatan, ini berkaitan akidah, jika yang dituduh kafir itu tak kafir maka hukum kafir itu kembali kepada si penuduh.

قوله ﷺ : إذا كفر الرجل أخاه فقد باء بها أحدهما
Sabda Baginda Nabi ﷺ : Jika seseorang mengkafirkan saudaranya, nescaya kembali [kafir itu] kepada salah seorang dari keduanya.

Amanat itu wajib ditarik balik olehnya. Saya tak lihat keabsahannya pada Fikah. Mana "مخرج عليه"nya? Mana "العلاقة" pada "العلة" untuk menatijahkan hukum "kafir" itu. Banyak lagi yang perlu dibahaskan jika nak dibahas menurut Fikah. Banyak elemen yang perlu dijelaskan kerana terdapat banyak elemen yang perlu kepada penjelasan. Cukup dengan nasihat mufti. Sebab itu saya tak tulis perbahasan Fikah secara panjang di sini, cuma secuit saja.
Semoga Allah memberi kefahaman yang terang & nyata kepada kita & mereka umpama matahari menyinari bumi..bersama beroleh hidayah..آمِيْن. 
Sedikit lagi tambahan berkaitan amanat itu. Amanat itu bersifat khusus bukan umum. Sebab itulah saya menolaknya. Jika ada yang menyatakannya umum, maka di mana umumnya? Kenapa tak berimamkan imam orang UMNO? Kenapa tak makan sembelihan orang UMNO? Jika amanat itu bersifat umum, perkara sebegini tak berlaku. Adakah orang PAS tersalah faham amanat Tok Guru mereka? Kalau begitu, kenapa tak dibetulkan dahulu? Kenapa bila dah melarat sampai sekarang baru nak kata umum lah khusus lah, dekat PRU13 lah & macam-macam alasan? Kita cuba cari sikit di mana umumnya amanat itu. Mari baca petikannya;
[Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-
undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syah
id. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.]
Baiklah! Ganti nama ke-3 semua kembali kepada UMNO. Amanat ini tak akan menjadi umum. Hj Hadi wajib tarik balik amanatnya.Kita melihat dari zahir ucapannya. Adapun niatnya, dialah yang tahu tujuannya berucap begitu. Jelasnya kini, ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri. والله أعْلَم
p/s: Berpolitiklah dengan berhemah.Jangan wewenang mempergunakan agama untuk kelansungan hayat parti.الفِقْه هو الحِلّ

Khamis, 27 Disember 2012

Tan Sri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria.

بسم الله الرحمن الرحيم


1 nama & individu yang tak asing lagi bagi majoriti masyarakat 1Malaysia. Beliau ialah Mufti Perak. Ini adalah sedikit pengenalan mengenai beliau.

Pendidikan:

  • Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak
  • Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak
  • 1956 – 1959: Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak
  • 1959 – 1960: Kuliah Al-Attas, Johor Bharu, Johor
  • 1960 – 1964: Diploma Pendidikan, Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya , Klang, Selangor
  • Kursus pendedahan di Muslim College of London, United Kingdom (10 Januari – 29 Jun 1989)

Jawatan:
  • 1964 – 1967: Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri
  • 1967 – 1973: Kadi, Jabatan Agama Pulau Pinang
  • 1968 – 1978: Pensyarah Sambilan, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Gelugor, Pulau Pinang
  • 1973 – 1985: Kadi Besar, Jabatan Agama Pulau Pinang
  • 1985 – 1992: Mufti Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Agama Perak
  • 1992 – Sekarang: Mufti Perak, Jabatan Mufti Negeri Perak

  Akademik & Khidmat masyarakat:


  • Pesidangan Ulama’ Nusantara : Islam Di Alaf Baru : Menggaris Agenda Alaf Baru (26 November 1998)
  • Seminar Pemindahan Ginjal dan Cabaran dan Kemajuan Yang Dihadapi Islam di Rantau Ini (6 – 8 Mei 1994, Singapura)
  • Dialog Agama di antara penganut Islam, Yahudi dan Kristian, Bendor, Jerman (1989)
  • Ceramah dan dialog bersama pelajar-pelajar di Washington, Amerika Syarikat (1996)
  • Lawatan sambil belajar ke Negara-negara Timur Tengah dan Eropah anjuran Lembaga Perancang Keluarga Negara (1 – 9 Mac 1977)
  • Muzakarah Ulama’ Nusantara : Islam Di Alaf Baru : Menggaris Agenda Alaf Baru ( 26 November 1998)
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak Darul Ridzuan (Oktober 2000 – sekarang)
  • Pengerusi Jawatankusa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan
  • Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam
  • Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran (KDN – Timbalan Pengerusi)
  • Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan
  • Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak
  • Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
  • Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Ladang Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak) Perak Darul Ridzuan
  • Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Niaga Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak) Perak Darul Ridzuan
  • Ahli Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
  • Ahli Majlis Pengawasan Syariah Takaful Nasionl Sdn. Bhd.
  • Yang DiPertua Persekutuan Seruan Islam Negeri Perak
  • Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej UNISMA
  • Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelaras Dakwah dan Pembelajaran Negeri
  • Ahli Dewan Negara Negeri Perak
  • Ahli Tetap Lembaga Pengarah Kolej Islam Darul Ridzuan
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Keutuhan Negeri Perak Darul Ridzuan
  • Penceramah jemputan di masjid-masjid dan institusi agama di seluruh negara.
  • Panel jemputan dalam forum-forum agama anjuran jabatan-jabatan kerajaan dan kementerian-kementerian dalam dan luar negara.



 Penerbitan & Kertas kerja:
  • Irsyad Hukum (Menyentuh Persoalan Semasa)
  • Muammalah Hidup Islam – (Kompilasi 13 Tajuk Kertas-kerja) (1996)
  • Syaitan Musuh Insan, Tahun (4) Siri (17) (1398/1978)
  • Hukum-Hukum Perkahwinan (1999)
  • Amalan Di Bulan Ramadhan Mengikut Al-Quran dan As-Sunnah (1998)
  • Rukyah dan Hisab (2000)
  • Ibadah Qurban (1999)
  • Siapa Kita
  • Kesantunan Yang Mulia
  • Kerja Sebagai Aktiviti Ibadat
  • Peranan Da’I Menuju Ke Wawasan 2020
  • Kontrasepsi dan Perancang Keluarga
  • Islam Pada Pandangan Orang Bukan Islam Di Malaysia
  • Zakat Membawa Berkat Mensyukuri Ne’mat
  • Batul Mal, Zakat dan Wakaf : Hukum dan Pelaksanaan
  • Islam dan Cabarannya Masa Kini
  • Dakwah Masa Kini dan Cabarannya
  • Penerapan Nilai-Nilai Islam
  • Pemindahan Ginjal
  • Peranan dan Tanggungjawab Ulama’

Apa pandangan Tokoh dan Ulamak terhadap Mufti Perak?




Menteri di JPM, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyelar tindakan Mursyidul Am PAS yang melabel Mufti Perak sebagai ejen Umno kerana Sultan yang melantik mufti dan tugas serta tanggungjawab bukan hanya fatwa semata-mata.Tokoh ulama Kelantan, Tuan Guru Hj Abdullah Saamah meminta umat Islam melihat kenyataan pemimpin agama, termasuk mufti yang dilantik kerajaan dalam konteks lebih luas dan bukan melihat dari sudut politik saja. Beliau yang juga seorang mudir pondok, Madrasah Al-Najmiah, Geting, Pengkalan Kubor, berkata "menjadi tanggungjawab ulama menyampaikan ajaran berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang ada walaupun ia dilihat lebih condong kepada parti yang memerintah (menurut fahaman parti lawan[ini pandangan saya])."


Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, berkata sebagai biasanya mufti memberi pandangan berasaskan latar belakang agama yang dimiliki, jadi berterus terang adalah amalan biasa walaupun ia membabitkan orang politik kerana kita tidak akan berselindung.


Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid pula menjelaskan secara umumnya seorang mufti itu bekerja dengan kerajaan negeri, bukan dengan parti politik tertentu. Selain sebagai penasihat agama kepada Sultan dan kerajaan negeri, mufti juga memberi pandangan berhubung isu berkaitan agama, tetapi tidak membabitkan diri dalam politik.

Apa yang dikatakan oleh tokoh-tokoh di atas adalah selari dengan apa yang saya belajar di Al-Azhar. Para guru di Al-Azhar tak pernah ajar saya berpolitik kepartian. Jika ada kawan-kawan yang belajar di Al-Azhar yang belajar politik kepartian dari mana-mana sheikh atau pensyarah, rezeki dia lah kot? Apa yang saya tahu yang diajar di Al-Azhar ialah Politik Islam dengan menggunakan kitab الأحكام السلطانية oleh أ.مدحت ماهر di Masjid Al-Azhar.والله أعلم


p/s: الفِقْهُ هُوَ الْحِلُّ

Jumaat, 30 November 2012

Ikut-ikutan..

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, و الصلاة و السلام على النبي الأمين, و على آله و صحبه أجمعين

        Ada kawan kata, "Hang ni orang UMNO ka?". Saya tanya balik, "Awat kata macam tu?". Katanya, "Tengok hang ni macam asyik dok sokong kerajaan ja. Hang tak sokong pun Himpunan Kunin, Merah, Hijau & Oren untuk menentang kezaliman kerajaan kat rakyat". Tambahnya lagi, "Kalu hang tak sokong saja, tak pa lagi la. Ni hang siap wat keluaq hukum lagi. Hang sokong fatwa mufti kerajaan". Nampak dia berhenti bercakap tu saya kata la kat dia, "Dah benda salah takkan nak kata betoi. Kesan Bersih yang kotor tu bukan positif pun tapi negatif ada la. Betoi?". Dia angguk. "Bab royalti ni dalam bab undang-undang maritim. Hang tau undang-undang tu?Besa ngaji?". Dia geleng. "Lynas ni betoi ka bahaya?Sapa yang pakar?Pakar dalam PAS pun kata tak dak pa. Mahkamah pun dah luluskan Lynas boleh diteruskan. Yang kerja di kilang tu pun orang-orang melayu kot dekat tu jugak. Awat yang PR ni pulun nak halang Lynas?Atas alasan apa?". Geleng lagi. "Isu FGHV.Awat dengki dengan kesenangan orang lain?Awat nak kacau rezeki orang?Kerajaan dah rancang elok dah.Yang kita nak pi riuh tak ketahuan pasai pa?Ada ka orang FELDA teraniaya?".Geleng juga.
        Begitulah sedikit sebanyak antara cara berfikir orang-orang yang berpolitik partisan secara ikut-ikutan. Keadaan kita agak genting kini. Perpaduan kita semakin rapuh. Negara kita berjaya mencapai kejayaan sebegini dalam masa yang boleh dikatakan masih muda adalah dari perpaduan yang terjalin sejak merdeka dahulu lagi. Sekarang ramuan kejayaan itu cuba dirosakkan untuk menghancurkan negara. 

Malaysia Negara Islam (1).

بسم الله و الصلاة و السلام على رسول الله و على آله و صحبه و من والاه

Artikel 3 (1):’Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan    dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan’. (Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation).

 Artikel 11 (1):‘Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya’ (Every person has the right to profess and practise his religion and subject to Clause (4) to propagate it).

Artikel 11 (4):’Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam’.(State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, federal law may control or restict the propagation of any religion doctrine or belief among persons professing the religion of Islam).

Artikel 12 (2):’Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu’.


 
         Artikel 11 (1) perlu dibaca dengan Artikel 11 (4) barulah akan jelas dan nyata. Perlembagaan negara selama ini sudah menjaga masalah murtad yang berlaku. Dalam keadaan dijaga dan dikawal pun masih juga berlaku. Inilah bahananya bila umat Islam asyik bercakaran sesama sendiri. Asyik mencari salah. 

        Artikel 12 (2) jelas menunjukkan yang Islam tidak mendiskriminasi agama minoriti. Justeru, dakwaan yang menyatakan negara tidak melaksanakan Hudud untuk menyekat gejala murtad dan seruan kepada kebebasan agama kepada orang melayu amat tidak relevan.

        Seruan kepada kebebasan melayu untuk memilih agama adalah suatu mainan politik yang jahat yang boleh menghancurkan negara. Adakah ini caturan dari luar untuk menyuntik fahaman yang hendak melemahkan sistem imunisasi dalam negara. Kita wajib bersatu mengukuhkan perpaduan.

والله أعلم

اللهم انصرنا يا ناصر

p/s: Ini adalah permulaan tulisan saya berkaitan tajuk.إنشاءالله akan ada siri² yang selanjutnya.Tidak menjanjikan secepat yang mungkin.Sekiranya berkelapangan & diizinkan الله segalanya berjalan lancar.   

Ahad, 25 November 2012

Genius vs Tikus.

بسم الله و الحمدلله الذي خلق كل شيء له رؤُوس, و الصلاة و السلام على النّبيّ المبْعُوث, و على آله و صحبه و مَن تبعهم بإحسان إلى يوم العَبُوس
 
 Politikus yang baik adalah yang genius.

Politikus yang jahat adalah macam tikus.

p/s: Dari mukadimah hingga matan yang ringkas itu ada kaitannya.Terserah kepada yang membaca untuk berfikir mengikut selera memasing.

Isnin, 5 November 2012

Bertelur sebiji riuh sekampung..

بسم الله و الحمدلله و الصلاة و السلام على رسول الله و على آله و صحبه و من والاه

        Antara sifat manusia ialah suka berdebat. Berdebat apa sahaja. Ada yang ke arah kebaikan dan ada juga yang sebaliknya. Dewasa lani menyaksikan medan perdebatan bukan setakat di kedai kopi sahaja bahkan lapangan media sosial dijadikan medan baharu untuk berdebat.
        Orang orang kelihatan gemar berdebat soal politik kepartian lebih-lebih lagi bila diselit sedikit apa-apa berkaitan agama. Perdebatan demi perdebatan yang merugikan berlaku yang kita sendiri boleh saksikan. Apa yang rugi? Rugi masa, hasil tiada.
إنما يُنكر على المتّفق عليه و لا يُنكر المختلَف فيه
        Ini satu Kaedah Fekah yang menarik untuk dipelajari dalam keterujaan berdebat. Walaupun ini Kaedah Fekah tapi prinsipnya bermanfaat untuk diamalkan dalam hubungan berkomunikasi harian kita yang tak lari dari insiden debat. Maksud kaedah tersebut ialah; "Sesungguhnya yang diingkari ialah suatu yang sudah disepakati untuk mengingkarinya dan tidak diingkari pada suatu yang tidak disepakati untuk mengingkarinya."
         Prinsip mudahnya ialah sepakat dan terima suatu yang memberi kebaikan dan tidak pakat pada perkara yang memberi keburukan. Perkara yang jelas kebaikannya usahlah diperdebatkan. Kalau ketagih juga nak berdebat, debatlah sesuatu yang ada kebaikannya.
        Padan tak jika diumpamakan orang orang yang suka berdebat tak berfaedah ini dengan ayam yang bertelur sebiji riuh sekampung? Tidak, sebab ayam itu riuh nak ceritakan yang sudah bertelur. Ada hasilnya. Orang orang yang gemar riuh berdebat ini kebanyakannya tiada hasil. Setakat riuh kedai kopi sahaja, apa pun tak ada. Lebih baik sudah minum kopi balik rumah atau minum kopi di rumah. 

والله أعلم

p/s: الفقه هو الحِلّ

Ahad, 4 November 2012

NASIHAT GURU PADA MURID.



``Tuntutlah ilmu akhirat dunia,

hidup matimu dapat bahagia.


Ke manamu pergi jadi mulia,

tidaklah hidup sia-sia


Pergi sekolah janganlah segan,


ilmu agama jangan dilupakan


Sama dituntut sama amalkan,


dua-duanya sama muliakan.


Agama Islam amat sebenar,


peraturannya cukup benar.


Tetaplah padanya jangan nanar,


beroleh kebajikan yang bersinar ... ``


``Sekadar ini rencananya disurat,


supaya ingat jangan melarat.


Menghafaz membaca janganlah berat,


iman di dada akar berurat.


Cinta ibu harus diingat,


bapa berharap beserta sangat


Anak yang soleh jadi semangat,


setiap waktu setiap saat.


Harap ibu orang yang cinta,


bapa dan kaum pula serta.


Anak berilmu alim pendeta,


biarlah habis wang harta ``.


[Sultan Sulaiman Selangor,1865M-1938M]
-Baginda Sultan adalah murid kepada Tengku Mahmud Zuhdi,Syeikhul-Islam Selangor.