Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.[Al-Baqarah,pangkal ayat 143]
Selasa, 10 Julai 2012
Parti politik itu bukan agama wahyu.
POLITIK kepartian yang membawa kepada perpecahan umat Islam, kini seolah-olah menjadi satu pendekatan yang lebih diutamakan berbanding penyebaran dakwah. Ia mengakibatkan wujudnya perpecahan antara umat Islam di negara ini. Bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam (IKIM), bekas pensyarah dan bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi,
DATUK DR. ISMAIL IBRAHIM berkata, perkara itu terjadi kerana pemimpin parti politik terbabit silap faham mengenai pengertian agama dan dipengaruhi oleh emosi dan sentimen kepartian yang melampau. Ikutilah wawancara UTUSAN MALAYSIA dengan beliau baru-baru ini.
UTUSAN: Datuk mempunyai pengalaman yang lama sebagai pensyarah dalam Pengajian Islam, seorang diplomat dan juga penulis. Bagaimana pandangan Datuk mengenai isu politik dan dakwah?
ISMAIL: Politik pada umumnya adalah mekanisme kerajaan atau sebuah entiti politik, seperti sebuah parti politik, dalam mengurus dan mengawal hal ehwal serta dasar dalaman dan luarannya dalam semua agenda perjuangannya, termasuk agenda agama. Tetapi apabila disebut sikap atau pendekatan politik, maka hal ini lebih menyentuh pendirian atau sikap individu, atau dasar parti politik tertentu dalam perjuangan dan kaedah masing-masing ketika berdepan dengan sesuatu isu yang ditanganinya.
Dakwah pula adalah pendekatan dalam menyebarkan ajaran serta kebaikan agama kepada masyarakat umum. Jadi dalam konteks ini kerajaan dan organisasi politik seharusnya dapat menggunakan jentera masing-masing dengan bijaksana untuk menyebarkan ajaran agama kepada umum berdasarkan ajaran al-Quran yang menuntut umatnya menyeru kepada agama Allah dengan bijaksana.
Mengapa hari ini pendekatan politik kepartian dilihat lebih penting daripada dakwah sehingga mereka ghairah untuk berkuasa dan perpecahan umat berlaku?
Seperti yang saya jelaskan bahawa dakwah ialah seruan kepada ajaran agama, yang merangkumi persoalan akidah, syariah, akhlak dan semua sistem hidup manusia di dunia dan akhirat yang terangkum dalam istilah “Al-Din”. Pendekatan politik kepartian menjadi lebih penting daripada dakwah yang sebenarnya pada umumnya adalah berpunca daripada dua perkara.
* Satu: Kesilapan fahaman mengenai pengertian agama atau “al-din” itu sendiri.
* Kedua: Kerana parti atau para pemimpin parti itu lebih dipengaruhi oleh emosi dan sentimen sempit kepartian dalam mentafsir atau menjelaskan gagasan agama dan agendanya kepada umum, semata-mata untuk mencarikan keuntungan politik dan menentang lawan politiknya secara melulu.
Apabila perkara ini berlaku maka umat Islam akan berpecah-belah, kerana satu tafsiran yang jelas dalam takrifan dakwah, seperti istilah sekularisme, kebangsaan dan sebagainya disalah tafsirkan oleh parti politik tertentu untuk menjatuhkan parti lawannya. Contohnya pengertian yang jelas tentang istilah tertentu dalam konteks agama Islam dikelirukan, dan umat juga akan menjadi terkeliru, lalu akan menyokong pandangan ketua partinya yang taksub.
Pak Muhammad Natsir, bekas Perdana Menteri Indonesia yang pertama menyatakan dalam bukunya Fiqh ad Dakwahnya bahawa walaupun beliau seorang ahli politik tetapi jalur dakwah sentiasa menjadi jalan perjuangannya. Apa komen Datuk mengenai kenyataan ini?
Ahli politik seharusnya mempunyai prinsip dan ilmu seperti yang disarankan Pak Natsir ini. Islam itu satu sahaja, prinsip dan dasar umumnya tidak berbeza pada setiap individu Islam, kecuali perkara-perkara cabang yang memerlukan ijtihad ulama, maka dalam hal ini umat Islam boleh berbeza pendapat secara yang penuh beradab. Tetapi dalam isu fundamentalnya, tidak seorang pun umat Islam yang seharusnya berbeza.
Oleh itu dalam menjalankan tugas dakwah dan penjelasan tentang Islam, maka ahli politik, terutamanya yang terdiri daripada para alim ulama, seharusnya sama saja pentafsiran dan pendekatannya dengan orang lain, termasuk lawan politiknya, dalam menghuraikan isu-isu agama itu. Maka hal inilah yang dilakukan oleh Pak Natsir itu, iaitu dalam fahaman politik dari segi falsafah dan kaedahnya mungkin ahli-ahli politik mempunyai cara yang berbeza. Namun apabila berhadapan dengan isu agama dan penjelasannya, maka ahli politik haruslah menjadi pendakwah yang sama, jujur dan ikhlas dalam niatnya, dan matlamat mendapat keredaan Allah, bukan hanya hendak mendapatkan sokongan undi semata-mata.
Di Malaysia ada organisasi politik cuba dihubungkan sebagai mewakili Islam sedangkan pendekatan yang diambil meletakkan politik lebih utama daripada dakwah hingga menyebabkan perpecahan berlaku sesama umat. Apakah cara itu sesuatu yang terbaik ke arah kesatuan umat?
Saya suka mengingatkan umat Islam bahawa “nama” Islam atau tidaknya janganlah seharusnya dijadikan ukuran tentang perjuangan dan agenda kerja sesebuah organisasi itu tanpa melihat kepada keseluruhan sistem dan gerak kerja organisasi itu dalam melaksanakan segala ajaran Islam yang terangkum dalam al-din atau sistem hidup Islam secara menyeluruh.
Sebab Islam itu merangkumi segala peraturan dan undang-undang dunia dan akhirat, ibadat dan muamalat, ilmu dan hikmah, termasuk politik mentadbir negara dan rakyat. Nama Islam mungkin digunakan organisasi tertentu dengan hanya menjalankan sebahagian saja daripada peraturan lengkap Islam, seperti ibadat dan fardu ‘ain , sedangkan agenda global lainnya tidak ditangani sama sekali, atau tidak langsung memahami persoalan-persoalan dunia moden yang semuanya itu memberi kesan kepada pelaksanaan Islam dalam urusan ekonomi, pendidikan, sosial, alam sekitar, kebajikan rakyat, perhubungan etnik dan sebagainya, yang pada sesetengah umat Islam tidak dilihat sebagai agendaIslam, sedangkan hal-hal itu mempunyai hubungan dengan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
Hal inilah sebenarnya yang sukar difahami oleh kebanyakan negara Islam di dunia ini, maka dengan itu urusan dunia sering dipisahkan daripada urusan agama, dan urusan agama dilihat sebagai sesuatu yang tiada kaitan dengan agama, tegasnya nama Islam hanya menjadi simbol dan lambang . Hal inilah yang sering disebutkan oleh para diplomat Islam dan bukan Islam semasa saya berada di Arab Saudi yang tanpa bertujuan mengambil hati, memberi penghormatan kepada negara kita dalam agenda pelaksanaan Islam dalam semua aspek kehidupan rakyat.
Bila politik kerusi dan kuasa dijadikan matlamat, dakwah murni terkubur. Apakah ini jalan yang disuruh oleh syarak?
Manusia sering merasa tidak puas untuk mencari keseronokan dunia, terutamanya kuasa dan wang. Untuk mendapatkan nikmat ini terdapat orang yang menghalalkan cara bagi mencapai matlamatnya. Ketua-ketua parti politik seharusnya menentukan apakah yang baik dan buruk, yang murni dan kotor untuk diperjuangkan dan meminta orang ramai memahami dan memperjuangkannya. Tugasnya bukan hanya untuk mendapatkan kuasa sehingga mengatakan sesuatu yang putih itu sebagai hitam semata-mata kerana melihat parti lawannya mengatakan benda itu putih. Hal ini adalah bertentangan dengan nilai-nilai moral dan akhlak serta syariah Islam.
Dalam politik Malaysia terdapat kecenderungan mengkafir orang lain. Dulu pendekatan yang diambil mengundi parti tertentu masuk syurga dan sekarang pula berubah mengundi parti tertentu dapat pahala. Apakah cara begini menepati syariat Islam dan dakwah Islamiah?
Dosa pahala, syurga neraka itu bukanlah mengikut ketentuan manusia, hal itu adalah urusan Allah SWT. Manusia hanya menyeru dan menjelaskan tentang makruf, dan menjelaskan pula perkara mungkar yang seharusnya dijauhi oleh umat Islam. Yang perlu adalah keikhlasan dan keilmuan kita dalam menilai apakah yang benar dan salah dalam agama, maka serulah umat seluruhnya kepada yang hak dan tinggalkan yang mungkar.
Niat dan perlakuan kita hendaklah mengikut ajaran agama. Soal mengundi parti masuk syurga atau pergi ke neraka, mendapat pahala atau dosa seharusnya dielakkan, kerana parti politik itu bukanlah agama yang diwahyukan oleh Allah SWT. Parti politik hanyalah organisasi buatan manusia, dan sebagai organisasi ciptaan manusia tentulah terdapat cacat celanya, bukan seperti agama Allah yang tiada cacat celanya. Malah agama Allah diturunkan melalui wahyu kepada Rasul yang maksum.
Oleh itu ketua parti politik juga bukanlah mempunyai kedudukan yang sama dengan Nabi dan Rasul, sehingga boleh memberi hukum kepada umat Islam untuk mengundi partinya bagi mendapatkan syurga atau pahala. Tidak ada seorang individu yang dapat menghukum seseorang itu masuk syurga atau neraka, kecuali Allah.
Terdapat kecenderungan sesetengah pihak meletakkan politik lebih tinggi daripada Islam itu sendiri. Apakah ia sesuatu yang sihat dalam perkembangan Islam?
Islam mempunyai kedudukannya yang istimewa sebagai agama kepada umat Islam seluruhnya di mana saja mereka berada. Politik di peringkat pemerintah dan kumpulan, atau parti politik, seharusnya dapat digemblengkan sebaik-baiknya untuk memperkasakan dakwah, bukan menggunakan agama untuk mengaburi mata orang ramai bagi memartabatkan perjuangan politik sempit partinya.
Di negara kita, nampaknya Islam dan dakwah dicelarukan oleh perjuangan sempit politik kepartian dan kehadiran pengikut parti politik yang taksub dan fanatik kepada kefahaman politik kepartian.
Oleh Datuk Dr. Ismail Ibrahim (dipetik daripada Utusan Malaysia 09.07.2012)
Selasa, 3 Julai 2012
من مواقف علماء الأزهر
بسم الله الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله ﷺ و على آله و صحبه و من والاه
أما بعد
من مواقف علماء الأزهر.
أرسلَ رئيسُ الجمهورية فضيلةَ الإمام الأكبر الدكتور عبد الحليم محمود ليلقي كلمة نيابة عنه في فرنسا فلمّا وصل الإمام الأكبر إلى المطار وَجد أنّ مكانه في الطائرة على الدرجة الثانية فأبَى الإمام أنْ يركب الطائرة، فلمّا قيل له: يا فضيلة الإمام التواضع، أين التواضع؟
فأجاب فضيلة الإمام: أنا كعبد الحليم محمود لا أساوي شيئا، لكن مقام شيخ الأزهر يجب أنْ يُحترم.
Sebahagian dari pendirian ulama Al-Azahar.
Presiden Mesir mengutus Al-Imam Al-Akbar Dr. Abdul-Halim Mahmud untuk memberi ucapan sebagai menggantikan dirinya ke Perancis. Ketika sampai di lapangan terbang, beliau (الإمام الأكبر) mendapati bahawa tempatnya dalam kapal terbang berada di kelas ke-2. Beliau enggan menaiki pesawat tersebut. Ketika mana dipersoalkan kepada beliau : Wahai Imam yang merendah diri, di mana rendah diri? Al-Imam menjawab : Saya sebagai Abdul-Halim Mahmud tiada apa-apa, akan tetapi makam/kedudukan/tempat Sheikhul-Azhar itu mesti dihormati.
p/s : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=3861122959860&set=o.287687101328797&type=1&relevant_count=1&ref=nf
Ahad, 1 Julai 2012
Nasihat Tun M.
بسم الله الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله ﷺ و على آله و صحبه و من والاه
أما بعد
Guru طنطاوي pernah berkata kepada kami bahawa orang yang tidak terima nasihat itu ialah orang yang tidak tahu menilai/menghargai nasihat itu. Atas peringatan ini طنطاوي merasa terpanggil untuk berkongsi nasihat dari seorang negarawan ulung negara, Tun Dr. Mahathir. Nasihat yang amat baik untuk kita rakyat Malaysia.
Penyebaran dakwah dengan cara kekerasan bakal mengundang pandangan
buruk terhadap umat dan agama Islam itu sendiri hingga disalahertikan
sebagai agama pengganas.
Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Tun Dr
Mahathir Mohamad, berkata penyebaran dakwah Islam menggunakan cara
kekerasan menyebabkan agama itu tidak lagi dipandang tinggi
oleh masyarakat Islam dan bukan Islam.
Disebabkan persepsi yang begitu buruk telah dilemparkan terhadap agama Islam, maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam membetulkan perseptif salah yang sedang berkembang dalam fikiran masyarakat Barat, katanya lagi.
“Masyarakat kini hidup di zaman era maklumat di mana pandangan, ideologi serta pemikiran dari aspek fizikal mahupun pemikiran individu-individu yang lain mudah terpengaruh dalam masa yang begitu singkat.
“Rakyat kita kini mempunyai ilmu serta akal fikiran yang untuk berfikir, namun disebabkan ia (maklumat) datang dengan bertalu-talu menyebabkan fikiran kita mudah terpengaruh dengan perkara sebegitu,” tambah beliaunya ketika menyampaikan ucapan dasar dan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Ke-51 di Taiping, hari ini.
Sehubungan itu, Tun Mahathir menegaskan sebagai umat Islam menjadi keperluan untuk mereka melengkapkan diri dengan ilmu supaya dapat memberi pengajaran kepada umat Islam khususnya remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan serangan moral yang cuba dibawa masuk oleh Barat.
Katanya, jika umat Islam kurang membaca ilmu berkaitan agama, maka kesannya individu tersebut akan menjadi jahil dan lemah.
“Mereka (barat) membentuk fikiran dan idea baru yang menyebabkan remaja mudah terpengaruh dengan cara hidup orang Barat yang kebanyakannya bukan beragama Islam.
“Apabila umat Islam itu sendiri sudah terpengaruh dengan pemikiran yang dibawa, orang Barat akan cuba mengubah agama Islam ke arah yang lebih liberal dan paling utama bercanggah serta bertentangan dengan agama,” jelasnya lagi.
Tun Mahathir juga meminta agar umat Islam agar berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang dianjurkan dalam agama Islam.
Tambahnya, umat Islam juga harus membekalkan diri masing-masing dengan ilmu yang mencukupi untuk menangkis idea yang cuba ditonjolkan oleh Barat terutamanya dalam menghalalkan hubungan sesama jantina.
“Larangan agama mempunyai asasnya kerana hanya lelaki yang berkahwin dengan perempuan boleh mendapat zuriat.
“Jika berlaku perkahwinan sesama jenis, maka generasi tersebut akan hilang dalam sesebuah bangsa dan kemudiaannya bangsa itu akan mati,” katanya lagi.
Dalam usaha memartabatkan dakwah Islamiah, Tun Mahathir juga berkata, terdapat beberapa cabaran harus dilalui terutamanya terhadap kepercayaan dan agama dalam era maklumat kini.
“Kita kena pandai menangani cabaran ini dengan cara yang bijak dan hikmah, ” kata beliau.
Menurut Tun Mahathir, Islam bukan lagi agama yang tunggal dimana terdapat seribu agama Islam diwujudkan berdasarkan tafsiran individu tertentu demi kepentingan peribadi.
“Apabila perbezaan tafsiran ini berlaku maka pengikut-pengikut mereka akan bermusuhan,” katanya lagi.
Oleh itu, beliau berharap negara tidak akan cuba dicerobohi oleh mana-mana individu yang cuba mengembangkan ajaran mereka dengan membawa fahaman yang berbeza selain dari Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.
Di samping itu, beliau turut berharap agar masyarakat bukan Islam mampu mengubah pandangan serta membuang tanggapan buruk mereka terhadap agama Islam melalui dakwah yang lebih efektif tanpa menggunakan sebarang kekerasan.
Sumber : http://peraktoday.com/wp/?p=71197
p/s : طنطاوي mengambil dari sumbernya tanpa sebarang ulasan. Semoga bermanfaat.
Disebabkan persepsi yang begitu buruk telah dilemparkan terhadap agama Islam, maka adalah menjadi tanggungjawab umat Islam membetulkan perseptif salah yang sedang berkembang dalam fikiran masyarakat Barat, katanya lagi.
“Masyarakat kini hidup di zaman era maklumat di mana pandangan, ideologi serta pemikiran dari aspek fizikal mahupun pemikiran individu-individu yang lain mudah terpengaruh dalam masa yang begitu singkat.
“Rakyat kita kini mempunyai ilmu serta akal fikiran yang untuk berfikir, namun disebabkan ia (maklumat) datang dengan bertalu-talu menyebabkan fikiran kita mudah terpengaruh dengan perkara sebegitu,” tambah beliaunya ketika menyampaikan ucapan dasar dan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Ke-51 di Taiping, hari ini.
Sehubungan itu, Tun Mahathir menegaskan sebagai umat Islam menjadi keperluan untuk mereka melengkapkan diri dengan ilmu supaya dapat memberi pengajaran kepada umat Islam khususnya remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan serangan moral yang cuba dibawa masuk oleh Barat.
Katanya, jika umat Islam kurang membaca ilmu berkaitan agama, maka kesannya individu tersebut akan menjadi jahil dan lemah.
“Mereka (barat) membentuk fikiran dan idea baru yang menyebabkan remaja mudah terpengaruh dengan cara hidup orang Barat yang kebanyakannya bukan beragama Islam.
“Apabila umat Islam itu sendiri sudah terpengaruh dengan pemikiran yang dibawa, orang Barat akan cuba mengubah agama Islam ke arah yang lebih liberal dan paling utama bercanggah serta bertentangan dengan agama,” jelasnya lagi.
Tun Mahathir juga meminta agar umat Islam agar berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang dianjurkan dalam agama Islam.
Tambahnya, umat Islam juga harus membekalkan diri masing-masing dengan ilmu yang mencukupi untuk menangkis idea yang cuba ditonjolkan oleh Barat terutamanya dalam menghalalkan hubungan sesama jantina.
“Larangan agama mempunyai asasnya kerana hanya lelaki yang berkahwin dengan perempuan boleh mendapat zuriat.
“Jika berlaku perkahwinan sesama jenis, maka generasi tersebut akan hilang dalam sesebuah bangsa dan kemudiaannya bangsa itu akan mati,” katanya lagi.
Dalam usaha memartabatkan dakwah Islamiah, Tun Mahathir juga berkata, terdapat beberapa cabaran harus dilalui terutamanya terhadap kepercayaan dan agama dalam era maklumat kini.
“Kita kena pandai menangani cabaran ini dengan cara yang bijak dan hikmah, ” kata beliau.
Menurut Tun Mahathir, Islam bukan lagi agama yang tunggal dimana terdapat seribu agama Islam diwujudkan berdasarkan tafsiran individu tertentu demi kepentingan peribadi.
“Apabila perbezaan tafsiran ini berlaku maka pengikut-pengikut mereka akan bermusuhan,” katanya lagi.
Oleh itu, beliau berharap negara tidak akan cuba dicerobohi oleh mana-mana individu yang cuba mengembangkan ajaran mereka dengan membawa fahaman yang berbeza selain dari Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.
Di samping itu, beliau turut berharap agar masyarakat bukan Islam mampu mengubah pandangan serta membuang tanggapan buruk mereka terhadap agama Islam melalui dakwah yang lebih efektif tanpa menggunakan sebarang kekerasan.
Sumber : http://peraktoday.com/wp/?p=71197
p/s : طنطاوي mengambil dari sumbernya tanpa sebarang ulasan. Semoga bermanfaat.
Isnin, 25 Jun 2012
Mekarkah ...?
بسم الله الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله ﷺ و على آله و صحبه و من والاه
أما بعد
Peralihan kuasa kerajaan melalui proses demokrasi adalah peralihan ke arah kebaikan yang diharapkan rakyat. Ini mungkin disebabkan kerajaan terdahulu kurang baik. طنطاوي contohkan negeri sendiri. PRU12 menyaksikan peralihan kuasa kerajaan kerana rakyat Kedah merasakan kerajaan terdahulu kurang baik & berharap kerajaan baharu lebih baik. Sekiranya kerajaan baharu dapat membawa negeri dengan lebih baik adalah tidak mustahil akan dipilih semula oleh rakyat pada PRU13 nanti. Sekiranya rakyat merasakan pembawakannya tidak baik, kebarangkalian berlaku peralihan kuasa kerajaan sekali lagi adalah tidak mustahil. Perlu diingat bahawa masyarakat peniaga & masyarakat sivil adalah 2 golongan yang kuat mempengaruhi sistem demokrasi sesuatu negara/negeri.
Sebagai rakyat Kedah yang memerhati perkembangan negerinya, طنطاوي sokong & seronok dengan beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh MB & ini seiring dengan GTP yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat. Dilihat MB menyambut baik gagasan kerajaan pusat dan turut bersama dalam megukuhkan ekonomi negeri/negara. Malangnya, ada segelintir "orang atasan" yang masih hendak berpolitiking meskipun sudah lama selesai pilihanraya. Tindakan mereka ini dilihat mengganggu proses pembaharuan yang cuba dilakukan MB. Bahasa mudahnya, tidak membantu usaha MB.
Di sini kerajaan baru ini perlu melihat bahawa masyarakat peniaga & masyarakat sivil tadi sentiasa peka dengan segala isu yang timbul. Mereka merupakan pemerhati yang bertanggungjawab. Sekiranya mereka ini merasakan undian mereka dahulu dikhianati & tidak lagi berkenan untuk memberi undi seterusnya, jangan disalahkan pihak pembangkang pula. Kesilapan & kelemahan sendiri dalam mentadbir kemudian dikritik 2 golongan tersebut, alasan mudah & tidak bertanggungjawab ialah menyalahkan pembangkang. Jangan sangka jawapan sebegitu sudah selesai. Ya, mungkin selesai bagi fanatisismenya sahaja.
Melihat suasana politik Kedah lani, adalah tidak mustahil PRU13 bakal menyaksikan kerajaan campuran berlaku di Kedah. Walau apa-apa pun, pemimpin-pemimpin mestilah ketepikan politikingnya. Tumpukan usaha membangunkan negeri/negara. Dari selesai PRU hingga ke PRU yang baharu, tidak habis-habis berpolitiking. Bagi yang kalah seolah-olah tidak boleh terima kekalahannya & yang menang pula hendakkan lebih lagi. Tamak, apa yang ada tidak disyukuri & apa yang tiada terus diimpi. Tidak puas dengan kemenangan yang diperolehi. Tidak hairan lah bila ada orang berkata "I hate politics & I hate politicians".
Semoga proses kematangan politik tanah air berjalan dengan baik. Diharap semua pihak mengambil peranan yang sepatutnya dalam menjaga keharmonian negara & perpaduan masyarakat semakin utuh.
اللهم اصلح شؤوننا يا مصلح
Sabtu, 16 Jun 2012
Kita hamba siapa ?
بسم الله الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله ﷺ و على آله و صحبه و من والاه
أما بعد
نحْن نتكلّم
باسْم الإسلام، نرْفع شعاراتِ الإسلام فوْقنا، نعم ذلك لأنّ هذا الشّعار يُفيد،
ولأنّ هذا الشعار رأْس مالٍ يُمْكن أنْ نتاجر به، ولكن عند التنفيذ أَنَهْرع إلى
الانقياد لكتاب الله ورسوله أمْ نهرع إلى الانقياد لِأمْزجتنا، كلّكم يعْلم
الجواب، عندما نتحرر مِن أمزجتنا، نتحرر مِن أنفسنا ونعلن لأنفسنا بأننا لسْنا
عبيداً لمزاج، لسنا عبيداً لهوى، لسنا عبيداً لشهوة، لسنا عبيداً لحاكم
ولا لمحكوم. ولكنا عبيداً لمولانا الذي سنَقف غداً بين يديه، في هذه الحالة
نرجع إلى كتاب الله، ونرجع إلى هدي رسول الله صلى الله عليه وسلم، أعجب
الناس به أو لم يعجبوا. الدواءُ أنْ نتحرّر مِن أمزجتنا يا عبادَ الله.
[من خطبة الجمعة للإمام البوطي الجمعة، 26 رجب، 1433 الموافق 15/06/2012]
[من خطبة الجمعة للإمام البوطي الجمعة، 26 رجب، 1433 الموافق 15/06/2012]
Kita bercakap atas nama Islam, mengangkat/mengagungkan kemuliaan Islam di atas kita. Ya, kerana ini berguna, dan juga boleh menjadi modal slogan untuk kita berdagang dengannya. Namun, ketika pelaksanaannya, adakah kita tergesa-gesa untuk memenuhi kehendak Allah dan RasulNya atau kita tergesa-gesa untuk memenuhi kehendak jiwa dan perasaan kita? Anda semua tahu jawapannya. Apabila kita bebas dari perasaan jiwa kita yang kuat, kita akan bebas daripada kehendak hati kita sendiri dan mengakui bahawa kita bukanlah hamba kepada perasaan, juga bukan hamba kepada ragam hati, juga bukan hamba kepada keinginan, juga bukan hamba kepada pemerintah dan tidak juga kepada yang diperintah. Tetapi kita adalah hamba kepada Tuan yang kita akan berdiri dihadapanNya nanti. Dalam keadaan ini kita sepatutnya kembali kepada Kitab Allah, dan kembali kepada petunjuk Nabi Allah ﷺ, samada disukai oleh manusia atau pun tidak.Ubatnya ialah kebebasan kita daripada konkongan perasaan kita wahai hamba-hamba Allah.
p/s : Ini adalah petikan dari khutbah yang disampaikan oleh Al-Imam pada Jumaat lepas. Bersamalah kita renungi hikmahnya. Ini adalah link untuk teks penuh bagi khutbah tersebut http://naseemalsham.com/ar/Pages.php?page=readSpeech&pg_id=33919&bk_id=42
Selasa, 12 Jun 2012
Al-Quran Penjana Transformasi Ummah.
بسم الله الرحمن الرحيم
AL-QURAN PENJANA TRANSFORMASI UMMAH.
وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ
مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ
فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا
جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا وَلَوْ
شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا
آتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا
فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ{48}
Ayat 48 dari surah Al-Maidah,maksudnya:
“ Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad)
Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya
Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta
mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan
apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut
kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang
kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami
jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh
masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu
umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu
(dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu
berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada
Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa
yang kamu berselisihan padanya”.{48}
Berdasarkan ayat Al-Quran yang dibacakan
sebentar tadi,tajuk pidato yang akan saya sampaikan berbunyi “Al-Quran Penjana
Transformasi Ummah”.
Terlebih dahulu sebelum saya meneruskan pidato
saya, ada baiknya kita fahami dahulu definisi satu persatu perkataan tajuk
pidato ini.
Sidang pendengar sekalian,
Al-Quran
ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad untuk menjadi
panduan hidup manusia.
Penjana
boleh kita ertikan dengan penggerak atau sesuatu yang menghasilkan.
Transformasi ialah perubahan.
Ummah ialah dari perkataan Arab bermaksud
umat dan diertikan di dalam Kamus Dewan dengan empat pengertian.1-Penganut
sesuatu agama.2-Seluruh rakyat.3-Segolongan manusia.4-Seluruh bangsa manusia.
Secara
umumnya definisi tajuk pidato yang akan saya sampaikan ini ialah Al-Quran sebagai
modul penggerak atau agen yang menghasilkan perubahan terhadap masyarakat.Persoalannya
ialah,apakah bentuk perubahan yang dimaksudkan atau yang dikehendaki?
Sidang pendengar yang dihormati sekalian,
Bagi
menjawab persoalan tersebut,kita boleh melihat perubahan tersebut dari dua
sudut pandangan.Pertama,perubahan dari kekufuran kepada keIslaman.Sejarah
membuktikan bahawa kehebatan penyair-penyair arab jahiliah dahulu kalah dengan
mukjizat Al-Quran dan masyarakat ketika itu memeluk Islam kerana kebenaran yang
disampaikan dan pertolongan Allah Ta’ala seperti yang tersebut dalam surah
An-nasr ayat 1 dan 2:
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ{1}وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا{2}
Maksudnya:
“ Apabila datang pertolongan Allah dan
kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah){1} Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah
beramai-ramai”.{2}
Mungkin
ada yang menyatakan bahawa zaman tersebut ketika baginda Nabi masih
hidup.Adakah orang kafir yang masuk Islam pada zaman sekarang dengan membaca
Al-Quran?Ya,saya katakan ada.Banyak kisah yang berlaku di dunia
barat,orang-orang bukan Muslim yang mengkaji Al-Quran akhirnya memeluk Islam.Saya
datangkan dua contoh di sini,contoh pertama kata-kata seorang wartawan Inggeris
bernama Ruke Aideen Smith tentang Islam dan Al-Quran:
“Saya fikir apa yang
memikat saya terhadap agama Islam terutamanya ialah kenyataan bahawa, sebagai
seorang lelaki Barat, kita memberi banyak tekanan kepada akal. Perkara
yang menyentuh saya apabila membaca Al-Quran, terutamanya pada kali kedua,
ialah bagaimana munasabahnya Kitab ini. Saya sentiasa gelihati bila orang
meminta diberikan bukti-bukti ajaib yang tertentu mengenai agama ini dan Al-Quran.
Membaca Al-Quran
pada kali kedua, kebenaran yang terkandung di dalamnya hampir terbukti
sendiri. Menurut hemat saya,sesiapa sahaja yang mengamalkan fikiran yang
wajar dan kita di utara England berbangga kerana bersifat praktikal dan
bersikap wajar,sesiapa sahaja yang membaca Al-Quran dengan menggunakan fikiran
tidak dapat menafikan bahawa Al-Quran sepenuhnya selaras dengan akal,
sepenuhnya selaras dengan fikiran yang wajar. Sesiapa sahaja manusia yang
praktikal dan masih mahu menjadi sebahagian daripada dunia ini dan tidak
tinggal di dalam gua, bertafakur atau melakukan yoga atau lari daripada dunia
ini, akan mendapati bahawa'sistem kepercayaan yang terbaik' baginya ialah dalam
agama yang digariskan dalam kitab suci Al-Quran.
Perkara ini yang
paling mengkagumkan saya. Ia menentukan dengan jelas pembahagian di antara
Pencipta dengan diri kita, yang dicipta. lni fakta pertama. Banyak agama
nampaknya tidak mempunyai panduan ini. AI-Ouran menentukan dengan jelas
pembahagian di antara Tuhan dan ciptaannya. Di samping menentukan
pembahagian tersebut, ia juga menyediakan cara iaitu dengan membaca al-Quran,
seseorang itu dapat menjalin hubungan yang akrab dengan Tuhan”.
Contoh kedua,kata-kata Saudara Selsiani:
“Dalam kitab ini,
(al-Quran) saya menemui kebahagiaan yang tidak terperi dan ia menjawab banyak
persoalan yang saya hadapi. la benar-benar mengubah hidup saya. Ada
tujuan dan makna. la menjadikan saya amat gembira dan kegembiraan ini memenuhi
hati saya. Saya bernasib baik kerana menjadi seorang Muslim. “
Kedua,perubahan ke arah kebaikan atau penambahbaikan.Sedia maklum
bahawa majoriti masyarakat Malaysia beragama Islam.Kemampuan rakyat Malaysia
mengekalkan keharmonian dalam kehidupan berbilang kaum dan agama menjadikan
Malaysia sebagai Negara Islam contoh kepada dunia.Konsep Wasatiah atau
kesederhanaan yang diamalkan oleh masyarakat Islam Malaysia yang bereteraskan
Al-Quran seterusnya menjadi teladan kepada masyarakat lain bertepatan dengan
kehendak Al-Quran,potongan dari ayat 148,surah Al-Baqarah:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ
عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا {143}……………… الآية
Maksudnya:
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah
memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad)
satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi
keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan
Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu. ………{143}
Mari kita renungi bersama ayat yang akan saya bacakan ini:
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنْسَ
نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا
تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ{77}
Ayat 77,surah Al-Qasas yang bermaksud:
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang
telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan
janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan
berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik
kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau
melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang berbuat kerosakan.{77}
Ayat yang mulia ini mengandungi lima ungkapan
yang berupa panduan yang bijaksana dan pengertian-pengertian yang mulia yang
membuktikan Al-Qur’an ini adalah dari Allah yang sentiasa memberi petunjuk ke
arah yang lebih sempurna. Setiap ungkapan dalam ayat ini memandu kita ke arah
mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat
Apabila seseorang lelaki atau wanita Islam
hidup di dunia ini dengan berlandaskan pengertian tersebut dan menurut arahan
yang murni ini, sudah tentu ia akan bahagia di dunia dan bahagia di akhirat
kerana nikmat-nikmat Allah kepada manusia itu banyak sekali. Sekiranya manusia
menggunakan nikmat-nikmat tadi untuk meningkatkan ketaatan kepada Allah dalam
lingkungan suruhan dan perintahNya sudah pasti ia akan hidup dalam jalinan
hubungan yang baik dengan penciptanya dan akan hidup dalam keadaan aman damai.
Justeru, kita dapati Rasulullah pernah
menjelaskan kepada kita bahawa manusia dalam menghayati nikmat Allah itu
terbahagi kepada empat kumpulan dalam sabdanya yang bermaksud:
'Dunia ini dimiliki oleh empat kumpulan manusia, Pertama: hamba yang telah dianugerah harta dan ilmu lalu ia bertaqwa kepada Tuhannya dengan menjaga hubungan silaturahim dan mengenali tanggungjawabnya kepada Allah. Orang ini adalah yang terbaik. Kedua: hamba yang dianugerahkan ilmu tanpa harta tetapi ia mempunyai niat yang baik, di mana katanya: 'Jika aku mempunyai harta nescaya aku akan lakukan (kebaikan) sepertimana dilakukan oleh si fulan itu'. Maka dengan niatnya itu, ia akan diberi pahala sama seperti orang yang berharta. Ketiga: seorang hamba yang dianugerahkan harta tanpa ilmu maka ia akan menyalahgunakan hartanya, tidak bertaqwa kepada Tuhannya, tidak memelihara hubungan silaturahim dan tidak mengira hak-hak Allah kepadanya. Ini adalah kumpulan yang paling buruk. Keempat: seorang hamba yang tidak dianugerahkan harta ataupun ilmu dan ia sentiasa berniat buruk kerana katanya, 'Jika aku mempunyai harta nescaya aku lakukan (keburukan) sepertimana yang telah dilakukan si fulan. Maka dengan niatnya itu ia turut menanggung dosa sepertimana si fulan itu juga'.
Dalam hadis yang ringkas tetapi begitu bermakna sekali, Rasulullah telah membahagikan manusia kepada empat kumpulan; dua kumpulan mendapat keuntungan manakala dua kumpulan lagi mendapat kerugian. Dua kumpulan yang berjaya ialah hamba yang dianugerahkan harta bersama ilmu dan hamba yang dianugerahkan ilmu tanpa harta. Dan dua kumpulan yang kerugian pula ialah hamba yang dianugerahkan harta tanpa ilmu dan yang tidak dianugerahkan kedua-duanya sekali. Maka ayat al-Qur’an yang mulia tadi datang untuk memandu kita supaya menuntut keredhaan Allah dengan ilmu pengetahuan. Mereka yang menggunakan ilmu pengetahuannya untuk kebaikan dan kebajikan kepada manusia dan mengguna nikmat-nikmat Allah pada tempatnya maka mereka ini adalah termasuk dalam golongan yang diredhai Allah.Inilah yang dikehendaki dalam firman Allah tadi.
'Dunia ini dimiliki oleh empat kumpulan manusia, Pertama: hamba yang telah dianugerah harta dan ilmu lalu ia bertaqwa kepada Tuhannya dengan menjaga hubungan silaturahim dan mengenali tanggungjawabnya kepada Allah. Orang ini adalah yang terbaik. Kedua: hamba yang dianugerahkan ilmu tanpa harta tetapi ia mempunyai niat yang baik, di mana katanya: 'Jika aku mempunyai harta nescaya aku akan lakukan (kebaikan) sepertimana dilakukan oleh si fulan itu'. Maka dengan niatnya itu, ia akan diberi pahala sama seperti orang yang berharta. Ketiga: seorang hamba yang dianugerahkan harta tanpa ilmu maka ia akan menyalahgunakan hartanya, tidak bertaqwa kepada Tuhannya, tidak memelihara hubungan silaturahim dan tidak mengira hak-hak Allah kepadanya. Ini adalah kumpulan yang paling buruk. Keempat: seorang hamba yang tidak dianugerahkan harta ataupun ilmu dan ia sentiasa berniat buruk kerana katanya, 'Jika aku mempunyai harta nescaya aku lakukan (keburukan) sepertimana yang telah dilakukan si fulan. Maka dengan niatnya itu ia turut menanggung dosa sepertimana si fulan itu juga'.
Dalam hadis yang ringkas tetapi begitu bermakna sekali, Rasulullah telah membahagikan manusia kepada empat kumpulan; dua kumpulan mendapat keuntungan manakala dua kumpulan lagi mendapat kerugian. Dua kumpulan yang berjaya ialah hamba yang dianugerahkan harta bersama ilmu dan hamba yang dianugerahkan ilmu tanpa harta. Dan dua kumpulan yang kerugian pula ialah hamba yang dianugerahkan harta tanpa ilmu dan yang tidak dianugerahkan kedua-duanya sekali. Maka ayat al-Qur’an yang mulia tadi datang untuk memandu kita supaya menuntut keredhaan Allah dengan ilmu pengetahuan. Mereka yang menggunakan ilmu pengetahuannya untuk kebaikan dan kebajikan kepada manusia dan mengguna nikmat-nikmat Allah pada tempatnya maka mereka ini adalah termasuk dalam golongan yang diredhai Allah.Inilah yang dikehendaki dalam firman Allah tadi.
Sidang pendengar sekalian,
Jelas
sudah kepada kita bahawa Al-Quran merupakan agen perubahan kepada umat manusia
amnya,bukan tertentu kepada kita yang Islam sahaja,bahkan kepada non Muslim
juga sekiranya kita umat Islam betul-betul beramal dengan ajaran Al-Quran akan
menjadi contoh kepada non Muslim.
Mengakhiri pidato saya ini,saya
menyeru dan berwasiat kepada diri saya sendiri dan sekalian yang mendengar agar
jadikanlah Al-Quran sebagai penjana transformasi kehidupan kita dengan mengamalkan
ajaran-ajarannya dengan bersungguh bukan menjadikan Al-Quran sebagai kitab
pelengkap hiasan dalam almari.
Bacalah
Al-Quran
Ambillah
pedoman
Hidupkan
aman
Maju
kehadapan
Sekian,terima kasih.
موقفي...
بسم الله الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله و على آله و صحبه و من والاه
أما بعد
طنطاوي dilahirkan & dibesarkan & membesar dalam suasana persekitaran yang serba menghijau juga semangat yang hijau. Kebencian kepada golongan biru adalah perkara biasa yang طنطاوي dengar. Ketika usia طنطاوي mencecah 5 tahun, berlakulah Peristiwa Memali. Sedikit sebanyak, kebencian yang disemai sebelum ini menampakkan tunasnya. Sementelah pula, mangsa tragedi ada sedikit hubungan kekeluargaan.
Apabila memasuki alam persekolahan rendah, satu tindakan yang menjadi tanda tanya طنطاوي. Pada suatu Jumaat, yang membaca khutbah Jumaat ialah khatib dari pihak biru. Selesai sembahyang, jemaah pun pulang tapi ada beberapa otai yang memang dikenali dengan kehijauan depa. Bila betul-betul sunyi, depa ni sembahyang jemaah sekali lagi. Masa tu kecil lagi, tengok saja la. Tapi sifat ingin tahu tu menebal dalam diri. طنطاوي tanya sembahyang apa? Dijawabnya sembahyang Zohor. طنطاوي dah kompius. Ya la, walau pun tak baligh lagi masa tu tapi tau la kalau hari Jumaat, bila dah sembahyang Jumaat tak yah dah sembahyang Zohor. Tanya lagi dan lagi. Katanya sembahyang Jumaat tadi tak sah, kena sembahyang Zohor. Tanya lagi..pasai pa tak sah? Jawabnya mudah saja, katanya sebab orang biru baca khutbah tak sah. Bila tak sah khutbah, tak sah la sembahyang Jumaatnya. طنطاوي angguk ja la. Mana nak tau apa lagi. Masa kecil dengaq ja la apa yang orang tua habaq. Mana nak reti bab-bab hukum ni.
Suasana ini berterusan sampai طنطاوي memasuki alam persekolahan menengah. Isu sembelihan, sembahyang & macam-macam lagi ada mainan biasa yang menerjah masuk dalam telinga طنطاوي.
Walau pun begitu, masih belum dapat memuaskan pemahaman طنطاوي. Apakan daya, dikelilingi dalam lingkungan hijau. Hanya mendapat perolehan dari sumber yang satu sehinggakan kebanyakan fahaman diterima bulat-bulat kerana yang mengajar itu ustaz lulusan pondok/Mesir/Pakistan/India lagi. Terima ja la.
Detik mula perubahan bila dibagi rezeki oleh الله تعالى bertemu dan belajar dengan mursyid طنطاوي iaitu الحبيب عمر بن حفيظ. Segala apa yang طنطاوي dapat sebelum ini seperti isu sembahyang & sembelihan amat-amat berlainan sekali. Ini membuka sekali lagi semangat ingin tahu yang mendalam. Tambahan lagi, ada senior-senior طنطاوي yang bagi tahu bahawa سيدي الحبيب tidak menggalakkan muridnya berpolitik. Ada juga yang berkata tidak izinkan. Ini menimbulkan lagi tanda tanya kepada طنطاوي. Macam mana tidak? dari kecil dengar cerita tentang politik-politik-politik. Politik wajib la dan macam-macam la.
Ada juga kawan Malaysia yang semangat hijau tahap dewa ni kata yang سيدي الحبيب tak tahu politik Malaysia. طنطاوي masih sedikit keliru masa tu, tapi sikit pun tak leh terima kata kawan tadi.
Pencarian masih diteruskan. Sehinggalah طنطاوي menyambung pengajian di طنطا, banyak kitab-kitab yang boleh dirujuk. Walau pun begitu, fahaman politik partisan masih bermain dalam fahaman طنطاوي. Segalanya menjadi semakin terang & jelas pabila direzekikan الله تعالى diterima masuk ke دار الإفتاء المصرية. Guru pertama طنطاوي yang mengajar tentang politik secara terus ialah الأستاذ الدكتور سعدالدين مسعد هلالي . Hari pertama kuliah bersama beliau tentang politik, merungkai habis kekusutan selama ini. Ditambah lagi dengan pendirian yang dikeluarkan/dibuat oleh دار الإفتاء, الأزهر الشريف , مجمع البحوث الإسلامية terhadap politik, maka طنطاوي semakin faham apa yang berlaku. Atas semua yang berlaku, طنطاوي merasa tenang dengan mengikut pendirian guru-guru طنطاوي. Bersyukur kerana perbahasan & kajian yang dilakukan oleh طنطاوي selama ini mengikuti manhaj yang disusun.
Justeru, pendirian طنطاوي adalah mengikut pendirian guru-guru طنطاوي. Biru tidak hijau pun tidak. Mana-mana pun tidak. Meskipun didaftarkan sebagai ahli hijau ketika dibelasan tahun dahulu. Bukanlah atas kehendak طنطاوي sendiri tapi diuruskan oleh orang lain. Ini juga menjadi persoalan. Di mana kebebasan memilih? Walau pun begitu, طنطاوي tetap tidak berada di mana-mana pihak samada biru @ hijau. Adakah ini menjadikan kita bermusuhan? Tidak sama sekali. Guru-guru طنطاوي tidak pernah mengajar untuk bermusuhan sesama sendiri kerana itu bukanlah sifat yang baik. الشيخ محمد أبو زيد pernah berpesan kepada kami : "أرجو منكم كي لا تفرقوا بين المسلمين". Bila sampai tarikh PRU, keluarlah mengundi. Siapa menjadi pilihan, itu adalah pilihan masing-masing. Inilah yang diajar oleh guru-guru طنطاوي & juga yang difahami طنطاوي. Ini sebahagian pendirian الإمام علي جمعة yang طنطاوي dapati dari twitter beliau :
-لم
ولن أنتمي لحزب من الأحزاب أو جماعة من الجماعات لأننا نرى أن عالم الدين لا ينبغي
له أن يزج بنفسه وبعلمه الذي مَنّ الله به عليه في مثل هذا
- واجبي
كعالم دين أن أدعوا إلى الله بالحكمة والموعظة الحسنة تأسياً برسول الله وأن افعل
الخيرات قال تعالى (وافعلوا الخير لعلكم تفلحون)
- كان موقفنا من بداية الإنتخابات الرئاسية ألا نرجح كفة مرشح على مرشح آخر إنما ندعوا الله أن يولي مصر على من يصلح.. و لا يزال هذا موقفنا.
p/s : Inilah secara ringkas penerangan tentang pendirian diri ini.
Langgan:
Catatan (Atom)








