بسم الله الرحمن الرحيم.
Masa tersebar surat ni
kat laman-laman sosial, kecohlah dunia maya. Ada yang pro dan ada yang
kontra. Bila dah kecoh, MAZA pun bersuara;
Bukti MAZA atas
dakwaannya terhadap Ustaz Kazim;
Masalah ni Ustaz Kazim
dah jelaskan; “Menurut Kazim, sebenarnya mengikut sejarah, Nabi pernah
menyediakan roti yang dicicah dengan kuah kambing dan bagi mengikut sunah
Rasulullah, masyarakat zaman ini boleh menyediakan roti jala dicelup dengan
kuah kari kepada tetamu yang hadir.” Artikel penuh ada kat MStar. Tak kan Tok Peti MAZA tak baca lagi penjelasan Ustaz Kazim yang bertarikh 21 Julai 2014?
Dalam surat khabar Utusan kelmarin ada berita bertajuk;
IPOH
4 Mac - Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias menyifatkan
keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemilihan
beliau sebagai ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan
Raja Perlis Ke-72 pada Mei ini sebagai tindakan gopoh dan memalukan.
Tegasnya, alasan Jabatan Mufti Perlis yang mendakwa beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ tanpa memberi peluang kepadanya memberikan penjelasan juga adalah tindakan tidak adil.
“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.
“Namun, apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Kazim yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, dakwaan tersebut turut menjejaskan kredibilitinya.
“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah.
“Saya akan membuat sidang akhbar untuk menjelaskan perkara ini pagi esok,” katanya.
Mohd. Kazim diminta mengulas penyebaran sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis di laman-laman sosial yang tidak bersetuju beliau menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.
Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberi sebab kerana beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’.
Sementara itu, katanya, ‘riwayat’ atau hadis palsu dimaksudkan dalam surat Jabatan Mufti Perlis adalah mengenai rakaman YouTube sedutan daripada satu ceramahnya yang menyatakan ‘kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.
Mengulas perkara tersebut, kata Mohd. Kazim, dalam ceramahnya, beliau hanya mengatakan perbandingan bahawa di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari juga masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.
“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham,” katanya.
Beliau kesal kerana surat Jabatan Mufti Perlis itu menyebut ‘riwayat-riwayat palsu’ yang seolah-olah menggambarkan dirinya sudah banyak kali membacakan hadis tidak benar.
“Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa. Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya.
IPOH 4 Mac - Pendakwah terkenal,
Datuk Mohd. Kazim Elias menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak
bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam
sempena Keputeraan Raja Perlis Ke-72 pada Mei ini sebagai tindakan gopoh dan
memalukan.
Mohd. Kazim Elias
Menurut beliau, dakwaan itu tidak sewajarnya
dilakukan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.
Tegasnya, alasan Jabatan Mufti
Perlis yang mendakwa beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat
palsu’ tanpa memberi peluang kepadanya memberikan penjelasan juga adalah
tindakan tidak adil.
“Saya dimaklumkan mengenai
pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak
mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.
“Namun, apabila berlaku penyebaran
surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang
untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari
ini.
Mohd. Kazim yang lebih dikenali
dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, dakwaan tersebut turut menjejaskan
kredibilitinya.
“Selepas ini mungkin ada yang
melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan
ceramah.
“Saya akan membuat sidang akhbar
untuk menjelaskan perkara ini pagi esok,” katanya.
Mohd. Kazim diminta mengulas
penyebaran sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis di laman-laman sosial
yang tidak bersetuju beliau menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena
Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.
Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti
Perlis memberi sebab kerana beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan
riwayat-riwayat palsu’.
Sementara itu, katanya, ‘riwayat’
atau hadis palsu dimaksudkan dalam surat Jabatan Mufti Perlis adalah mengenai
rakaman YouTube sedutan daripada satu ceramahnya yang menyatakan ‘kenduri Rasulullah
SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.
Mengulas perkara tersebut, kata
Mohd. Kazim, dalam ceramahnya, beliau hanya mengatakan perbandingan bahawa di
Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari juga masih boleh dijadikan
hidangan pada majlis kenduri.
“Saya cuma kata roti jala pun boleh
dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham,”
katanya.
Beliau kesal kerana surat Jabatan
Mufti Perlis itu menyebut ‘riwayat-riwayat palsu’ yang seolah-olah menggambarkan
dirinya sudah banyak kali membacakan hadis tidak benar.
“Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana
dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa. Jika benar, saya sedia
memberikan penjelasan,” katanya.
Bagaimana boleh Tok Peti MAZA bertindak demikian? Sekiranya benar Ustaz Kazim menyebarkan hadis palsu, datangkanlah buktinya. Bagaimana seorang mufti boleh begini cuai? Kita nakkan kebenaran dengan pencerahan bukannya hanya dakwaan, tuduhan, dan alasan yang tak dak sandaran. Wallahualam.
الله المستعان وعليه التكلان
الصلاة و السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته
Tiada ulasan:
Catat Ulasan