بسم الله الرحمن الرحيم.
"Segala puji-pujian bagi Allah, yang memuliakan kita
dengan QuranNya yang diturunkan, dan NabiNya yang diutuskan; selawat dan salam
ke atasNya, keluargaNya, para sahabatNya, dan juga mereka yang mengikut
jalanNya hingga ke akhirat.
Wabadahu.
Maka sesungguhnya sebaik-baik perlindungan buat ummah
daripada segala macam fitnah pada setiap masa adalah Kitab Allah subhanahu wa
taala dan petunjuk Baginda Nabi, yang dipilih, selawat dan salam ke atasNya,
dan jalan yang dilalui ahliNya dan sahabatNya serta sebaik-baik umat.
Maka pada yang demikian itu ada perlindungan dan
keselamatan. Hanyasanya yang dapat pertunjuk kepada hidayah dan panduan ialah mereka
yang suci hatinya, bersih akalnya, dan bebas daripada hawanya serta asabiah.
Justeru tiap-tiap mereka yang nak kan perlindungan,
petunjuk, percaya dengan tahu apa yang sembunyi dan nyata, penglihatan yang
baik kepada petunjuk al-Quran al-Aziz dan Sunnah al-Mustafa sallallahu alaihi
wa sallam ialah dengan jalan ahli baitNya, sahabatNya, dan sebaik-baik umatNya
daripada ulama yang beramal kerana sesungguhnya itu menyampaikan kepada
keterangan yang jelas lagi memadai untuk dijadikan pertunjuk dengannya.
Di sana ada ketetapan-ketetapan dalam ummah yang wajib
dijaga oleh seorang mukmin dalam apa jua keadaan sekalipun umpama membersihkan
hati, menunaikan solat fardu dengan elok, mengelak daripada perkara haram ,
menjauhi mengeji dan mencaci juga membenci serta memusuhi,
berhenti/tawaquf(mengomentar atau sebagainya) pada perkara yang tak jelas, dan
berhati-hati daripada menyebarkan perpecahan. Maka wajiblah seorang mukmin itu
bersifat dengan ketetapan-ketetapan ini meskipun dalam apa jua keadaan; dan serahkanlah kepada Allah umpama berdoa dengan penuh
mengharap.
Dan tiap-tiap orang yang jujur dengan kehendaknya
untuk mencari keredaan Allah, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah tidak bakhil
kepadanya untuk mencapai maksudnya.
Semoga Allah melindungi kita dan muslimin daripada
segala macam fitnah samada zahir mahupun tersembunyi."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan