IPOH
4 Mac - Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias menyifatkan
keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemilihan
beliau sebagai ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan
Raja Perlis Ke-72 pada Mei ini sebagai tindakan gopoh dan memalukan.

Mohd. Kazim Elias
Menurut beliau, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.
Tegasnya,
alasan Jabatan Mufti Perlis yang mendakwa beliau ‘sering terlibat
dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ tanpa memberi peluang kepadanya
memberikan penjelasan juga adalah tindakan tidak adil.
“Saya
dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua
minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga
air muka mereka yang berkaitan.
“Namun,
apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak
adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang
dilemparkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd. Kazim yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim berkata, dakwaan tersebut turut menjejaskan kredibilitinya.
“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah.
“Saya akan membuat sidang akhbar untuk menjelaskan perkara ini pagi esok,” katanya.
Mohd.
Kazim diminta mengulas penyebaran sepucuk surat daripada Jabatan Mufti
Perlis di laman-laman sosial yang tidak bersetuju beliau menjadi panel
Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed
Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.
Dalam
surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberi sebab kerana beliau
‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’.
Sementara
itu, katanya, ‘riwayat’ atau hadis palsu dimaksudkan dalam surat
Jabatan Mufti Perlis adalah mengenai rakaman YouTube sedutan daripada
satu ceramahnya yang menyatakan ‘kenduri Rasulullah SAW menghidangkan
roti jala dengan kuah kari’.
Mengulas
perkara tersebut, kata Mohd. Kazim, dalam ceramahnya, beliau hanya
mengatakan perbandingan bahawa di Malaysia, roti jala dicicah dengan
kuah kari juga masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.
“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham,” katanya.
Beliau
kesal kerana surat Jabatan Mufti Perlis itu menyebut ‘riwayat-riwayat
palsu’ yang seolah-olah menggambarkan dirinya sudah banyak kali
membacakan hadis tidak benar.
“Jika benar
dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis
palsu yang didakwa. Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,”
katanya.
- See more at:
http://www.utusan.com.my/rencana/agama/mufti-perlis-bertindak-gopoh-8211-ustaz-kazim-1.66089#sthash.ezLXKiiX.dpuf