Selasa, 29 November 2016

Fatwa Darul Uloom Deoband Utk Jamaat Tabligh.

بسم الله الرحمن الرحيم.

Image result for darul uloom deoband logo

Image result for Mufti Saeed Palanpuri Sahab

- dikeluarkan pada 3hb. September 2016
Bagi menjawab persoalan yg telah diajukan , Darul Ifta Darul Uloom Deoband menjawab :
Bismillahir Rahmaanir Raheem
Tidak ada siapa pun walau Mufti Saeed Ahmad Palanpuri Sahib sendiri dan juga mana-mana A'lim drpd Darul Uloom Deoband yg menentang Jamaah Tabligh .
Benar , sebahgian drpd ahli Jemaah Tabligh telah tersasar drpd Jalan Yg Baik dan terlibat dalam ghuluw ( sifat Fanatik yg Haram ) . Mereka banyak berkata-kata atas perkara yg salah dan merepek .
Contohnya :
1. Mereka merujukkan Ayat Al Quran mengenai Jihad hanya ada dalam Kerja Tabligh . Ini adalah satu bentuk Tahreef ( mengubah maksud yg sebenar ) .
2. Mereka mengatakan terdapat ramai Para Pengajar Agama (Ustaz) tetapi tidak memberi apa-apa manfaat . Pada mereka Ilmu Agama hanya diperolehi dengan Keluar (Khuruj) dgn Jemaah .
3. ( Mereka Berkata ) : Apa yg Ulama' telah lakukan sehingga hari ini ? Para Ulama' tidak melakukan apa-apa . Segala perkara tentang Agama yg disebarkan adalah BUKAN drpd Usaha Para Ulama' tetapi adalah melalui Usaha Jamaah Tabligh . Para Ulama' hanya melakukan 4% drpd Usaha manakala Usaha drpd ahli Jemaah Tabligh sebanyak 96% . Tambahan lagi Para Ulama' tidak melakukan Kerja Agama hanya semata-mata kerana ALLAH tetapi melakukan nya hanya kerana bayaran semata-mata .
4. Jika mana-mana Ulama' memberi Tafseer drpd Al Quran , mereka menyuruh Uama' tersebut berhenti dan mereka berkata hanya Kitab Fadhail A'mal yg patut dibaca dan tidak ada kitab lain yg boleh dibaca .
5. Mereka menganggap tidak perlu dgn cara Jalan Tazkiyah Nafs ( latihan spt Bersuluk , Khanqah ( Berzikrullah ) utk mencapai Taqwa . Dengan hanya keluar bersama Jemaah semua perkara tersebut boleh dicapai .
6. Mereka tidak akan mengambil sesiapa yg A'lim sebagai Imam atau Tenaga Pengajar (Ustaz) jika seseorg A'lim tersebut tidak pernah keluar bersama Jemaah selama Satu Tahun malah mereka akan memecat A'lim tersebut drpd menjadi Imam dan sebagai Tenaga Pengajar . Mereka tidak memberikan anak-anak perempuan mereka mengahwini dengan seorg yg A'lim spt ini .
7. Mereka memandang rendah kpd Ulama' dan mereka berdebat dgn Para Ulama' .
8. Sesiapa sahaja yg tidak pernah keluar Chillah ( keluar 40 hari ) tidak mempunyai fikir seperti Deendaar ( Orang yg BerAgama ) , malah dianggap tidak mempunyai fikir spt Orang Islam .
9. Sesiapa sahaja yg tidak menyertai Tabligh di Nizamuddeen , walau berapa banyak Usaha Agama yg telah dilakukan , mereka tidak menganggap sebagai Kerja Agama .
Banyak lagi isu-isu yg sama keadaannya yg menyebabkan Mufti Saeed Paalanpuri Sahib , ramai Para Ulama' dan Orang-Orang Sufi dalam Agama hampir menganggap Jamaah Tabligh sedang menuju ke arah menjadi satu mazhab yg baru . Kami telah mendengar Kenyataan-Kenyataan drpd mereka . Mereka meninggalkan Kaedah menurut Al Quran dan Hadis dan mereka mengikuti kaedah mereka sendiri dan membuat perkara yg baru dalam Agama .
Melalui pemerhatian terhadap perkembangan ini , Orang-Orang Ilmu , Orang-Orang yg Terhormat dan Orang-Orang Taqwa dalam Agama sangat mengambil berat tentang perkara ini . Melalui pemerhatian perkembangan perkara ini di Markaz Nizamuddeen , orang-orang yg berasa bertanggungjawab atas perkara ini malah bukan hanya berasa bimbang atas perkara ini tetapi mereka seperti telah disisihkan atau diasingkan .
Semua perkara tersebut berlaku disebabkan tersasar drpd Jalan Yg Adil ( Balanced Path ) kpd semua pihak. Jangan lah meninggalkan Kerja Agama dalam Jemaah ini . Teruskan Usaha Agama tersebut . Namun jangan lah tersasar drpd Jalan Yg Adil ( Balanced Path ) . Lakukan lah Usaha berdasarkan Adab dan Usul yg mana Hadrat Maulana Ilyas Sahib Rahmatullahia'laih telah tunjukkan utk Kerja Agama ini .
Insya ALLAH tiada siapa yg akan menuding jari atau saling menyalahkan .
Wallahu Taa'la A'lam .
Darul Ifta'
Darul Uloom Deoband .
(Sumber Ust Uthman Daud hafizahullah)

p/s: Daripada FB Samsul Daris Mustafa.

Jumaat, 16 September 2016

قال الإمام

بسم الله الرحمن الرحيم.

Berkata ahlullah:
"Kalbu atas akal, akal atas kelaku, dan jika kamu terbalikkan nescaya jatuh sakitlah kamu."

Selasa, 30 Ogos 2016

Petikan Ucapan Yang Kehormat Dr Ali Jumaah Di Muktamar “Siapakah Ahli Sunnah Waljamāah?”.

بسم الله الرحمن الرحيم.


نص كلمة فضيلة د. علي جمعة بمؤتمر ”من هم أهل السنة والجماعة؟“
- فرَّق أهل السنة و الجماعة بين النص و بين تفسير النص و فرَّقوا بين تفسير النص و بين تطبيقه في تحقيق المناط و في تخريج المناط فخرج مذهب أهل السنة و الجماعة و هم جماهير أهل السنة و جماهير المسلمين عبر العصور و كرّ الدهور حتى سمَّاهم الآخرون المخالفون : العامّة و الجمهور ، لأن أكثر من 90 % من المسلمين عبرَ القرون كانوا من مذهب أهل السنة و الجماعة . - نقلوا النص فأحسنوا و فسّروا النص و فصّلوا المجمل و طبّقوا النص في الحياة الدنيا حتى عمروا الأرض بما فيها - أهل السنة و الجماعة هم الذين اتخذوا حديث جبريل الذي سطّر به مسلم صحيحَه فقسّموا العلم إلى الإيمان والإسلام و الإحسان \ إلى العقيدة و الفقه و السلوك ، و قام كل إمام عبر التاريخ بما أقامه الله فيه - لم يكتفوا بإدراك النص بل طالبوا بإدراك الواقع و نصَّ القرافي في " تمييز الأحكام " عن أنّه لا بد علينا أن ندرك الواقع و إلا إذا جئنا بما في الكتب فألقيناه في أيّ واقع كان دونَ تحقيقٍ لذلك المناط نكون قد أضللنا العباد . - إدراكُ النص من جهة و إدراكُ الواقع من جهة أخرى أضافَ إليها أهل السنّة و الجماعة عنصراً آخر وهو كيف نطبّق ذلك المطلق على ذلك النسبي و هذا النص على ذلك الواقع ، وكلُّ ذلك منصوص بعباراتهم و هو معمولٌ به إلى يومنا هذا فالحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات . - افتقدَت تلك الجماعات الإرهابيّة فهم النص و اعتقدوا أن كلَّ ما يرد في أذهانهم إنّما هو صحيح و يجب أن يسيروا خلفه افتقدوا إدراك الواقع و افتقدوا أيضاً الوصل بيهما فضلّوا و أضلّوا كما يقول الإمام القرافي رحمه الله تعالى . - أهل السنة لم تكفِّر أحداً إلا من اعترف بأنه كافر و إلا من أراد أن يخرج عن جماعة المسلمين ، لم تكفِّر أحدا من أهل القبلة أبدا و لم تدخل الناس في طلب الحكم و لا في الدماء و لا في الفروج و قالوا : الاحتياط إنّما هو في الدماء و الفروج . - قبلَت الخلاف و أقامَت عليه الدليل و قبلَت التعددية سواء في الاعتقاد أو في الفقه أو في السلوك وكلّهم من رسول الله ملتمس ... غرفا من البحر أو رشفا من الدّيم و واقفون لديه عند حدّهم ... من نقطة العلم أو من شكلة الحكم فهو الّذي تمّ معناه وصورته ... ثمّ اصطفاه حبيبا بارئ النّسم - إنهم وقفوا عند المحجّة البيضاء التي " ليلها كنهارها لا يزيغ عنها إلا هالك " أمروا بالمعروف و نهوا عن المنكر و احتاطوا في دينهم لم يتخذوا العنف سبيلا في حديث أبي موسى الأشعري رضي الله عنه يقول صلى الله عليه و سلم : (حَتَّى يَقْتُلَ الرَّجُلُ جَارَهُ ، وَيَقْتُلَ أَخَاهُ ، وَيَقْتُلَ عَمَّهُ ، وَيَقْتُلَ ابْنَ عَمِّهِ . قَالُوا : سُبْحَانَ اللَّهِ ! وَمَعَنَا عُقُولُنَا ؟ قالَ : لَا ، إِلَّا أَنَّهُ يَنْزِعُ عُقُولَ أَهْلِ ذَاكَ الزَّمَانِ ، حَتَّى يَحْسَبَ أَحَدُكُمْ أَنَّهُ عَلَى شَيْءٍ وَلَيْسَ عَلَى شَيْءٍ ) و قال صلى الله عليه و سلم : " من خرج على أمتي يضرب برها وفاجرها لا يتحاشى من مؤمنها ولا يفي لذي عهد عهده فليس مني ولست منه" . - فهموا الشرع من بدايته فهموا بسم الله الرحمن الرحيم و أن الله سبحانه و تعالى أورد " الرحمن الرحيم " و لم يقل بسم الله المنتقم الجبار فصرَّح بجمال في جمال و لم يواجههم بالجلال سبحانه و تعالى . تعلّمنا في الأزهر الشريف " بسم الله الرحمن الرحيم " و كان علماؤنا يمرّون بها على كل علم ، ما أحكامها في الفقه ما قضاياها في المنطق ، ما أوضاعها في العقيدة ، ما دلالاتها في السلوك ، ما أوضاعها في علم البلاغة جلسوا يدرسون في بسم الله الرحمن الرحيم حتى نظن أنهم لن ينتهوا من هذا الدرس ، ثم ظهر لنا عندما جاء هذا البلاء أنهم كانوا على حق و أنهم كانوا يبنون الهرم بشكل معدول أما هؤلاء فقد قلبوا الهرم على أنفسهم فانهار على رؤوسهم . - لم ينكر أهل السنة و الجماعة العقل و وفّقوا بين العقل و النقل و تعايشوا مع الآخر - لم ينشؤوا قضايا وهميّة ولم يصطدموا مع أحد من العالمين وفتحوا قلوبهم و نفوسهم للناس فدخل الناس في دين الله أفواجا - قاموا بواجب عصرهم و كل عصر له واجب ، و علينا كما قاموا بواجبهم أن نقوم بواجبنا و أن ندرك النص و أن ندرك الواقع و أن نتعلّم كيف نصل بينهما . - راعوا جهات الاختلاف الأربعة " الزمان و المكان و الأشخاص و الأحوال " و يؤلف القرافي كتابه الماتع : " الفروق " ليبين كيف يحدث عندنا الملكة التي بها هذا التمييز . - إذا صحّت البدايات صحّت النهايات ولذلك مَن تعلّم الأبجدية تعلُّماً خاطئاً فإنه سوف يقرأ خطأً ثم يفهم خطأً ثم يطبّق خطأً ثم يصُدّ عن سبيل الله بغير علم وهذا هو الحاصل بين من تعلّم العلم النافع - وعلى رأس هذه المدارس الازهر الشريف - و بين من اتّبع هواه و أفسد في الأرض و شوّه صورة الإسلام و المسلمين . - رسالتي إلى الخارج و إلى الداخل : اعلموا أنّ الأزهر هو محضن أهل السنة و الجماعة و أنّ هذه الجماعات تشيع ظلماً و كذباً و خطأً أنّه قد اختُرِق و ذلك حتى تشكّك الناس في مرجعهم و في العودة إلى الأزهر و الاحتماء به ، الأزهر قائم بعون الله تعالى و بقيادة فضيلة الإمام ، كلَّ يوم يسعى إلى تحقيق الأهداف و إلى كسب الأرض في عموم العالم من هذا البلاء الذي حلَّ به ، لم يُخترَق أبدا و لن يُخترَق إلى يوم الدين لأن الله هو الذي أقامه والله هو الذي يحافظ عليه و الله هو الذي يخصّص له من يقوم بمنهج أهل السنة و الجماعة ولو كره الفاسقون . - ادعوا الله لنا أن يوفّقنا الله لما يجب و يرضى و أن ننشر الدين الصحيح بالفهم الصحيح و التطبيق الصحيح أن نوضّح للناس المحجة البيضاء التي تركها لنا ، ادعوا الله لنا أن يوفقنا الله في هذا المؤتمر و في غيره و أن يكون بداية تصحيح لصورة الإسلام عند من خوّفوهم من الإسلام ومن المسلمين .

Petikan Ucapan Yang Kehormat Dr Ali Jumaah Di Muktamar “Siapakah Ahli Sunnah Waljamāah?”.

Ahli sunnah waljamāah membezakan antara teks wahyu (Al-Quran dan Sunnah), penafsiran dan penerapannya, dalam upaya memastikan kecocokan sebab hukum pada kejadian dan memahami sebab hukum. Metodologi inilah yang melahirkan Ahli sunnah waljamaah.
Ahli sunnah waljamaah adalah majoriti umat Islam sepanjang masa dan zaman, sehingga golongan lain menyebut mereka dengan sebutan: “Al-‘Āmmah (orang-orang umum) atau Al-Jumhūr”, karena lebih dari 90% umat Islam adalah Ahli sunnah waljamaah.

Mereka mentransmisikan teks wahyu dengan sangat baik, mereka menafsirkannya, menjabarkan yang mujmal (global), kemudian memanifestasikannya dalam kehidupan dunia ini, sehingga mereka memakmurkan bumi dan semua yang berada di atasnya.

Ahli sunnah waljamaah adalah golongan yang menjadikan hadis Jibrīl yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahīhnya, sebagai dalil pembahagian tiang agama menjadi tiga; Iman, Islam dan Ihsān, untuk kemudian membahagikan ilmu kepada tiga ilmu utama, yaitu: akidah, fikah dan suluk. Setiap imam dari para imam Ahli sunnah waljamaah telah melaksanakan tugas sesuai bakat yang Allah berikan.
Mereka bukan hanya memahami teks wahyu saja, tapi mereka juga menekankan pentingnya memahami realiti kehidupan. Al-Qarāfī dalam kitab Tamyīz al-Ahkām menjelaskan: Kita harus memahami realiti kehidupan kita. Karena jika kita mengambil hukum yang ada di dalam kitab-kitab dan serta-merta menerapkannya kepada realiti apapun, tanpa kita pastikan kesesuaian antara sebab hukum dan realiti kejadian, maka kita telah menyesatkan manusia.
Di samping memahami teks wahyu dan memahami realiti, Ahli sunnah waljamaah juga menambahkan unsur penting ketiga, yaitu tata cara memanifestasikan atau menerapkan teks wahyu yang mutlak kepada realiti kejadian yang bersifat nisbi atawa tak mutlak. Semua ini ditulis dengan jelas oleh mereka, dan ini juga yang dijalankan hingga saat ini. Segala puji hanya bagi Allah yang karena anugerahNya semua hal baik menjadi sempurna.
Inilah yang tidak dimiliki oleh kelompok-kelompak radikal. Mereka tidak memahami teks wahyu. Mereka meyakini bahwa semua yang terlintas di benak mereka adalah kebenaran yang wajib mereka ikuti dengan patuh. Mereka tidak memahami realiti kehidupan. Mereka juga tidak memiliki metod dalam menerapkan teks wahyu pada tataran realiti. Karena itu mereka sesat dan menyesatkan, seperti yang imam Al-Qarāfī jelaskan.

Ahli sunnah waljamaah tidak mengkafirkan sesiapapun, kecuali orang yang mengakui bahwa dia telah keluar dari Islam, juga orang yang keluar dari barisan umat Islam. Ahli sunnah waljamaah tidak pernah mengkafirkan orang yang solat menghadap kiblat. Ahli sunnah waljamaah tidak pernah membawa manusia untuk mencari kekuasaan, menumpahkan darah, dan tidak pula mengikuti syahwat berahi (yang haram).
Ahli sunnah waljamaah menerima perbezaan dan menjelaskan dalil-dalil setiap permasalahan, serta menerima kemajmukan dan keragaman dalam akidah, atau fikah, atau tasawuf;
“Para nabi semua meminta dari dirinya.
Seciduk lautan kemuliaannya dan setitik hujan ilmunya.
Para nabi sama berdiri di puncak mereka.
Mengharap setitik ilmu atau selonggok hikmahnya.
Dialah Rasul yang sempurna batin dan lahirnya.
Terpilih sebagai kekasih Allah Pencipta manusia.”

Ahli sunnah waljamaah berada di jalan cahaya terang yang malamnya seterang siangnya, orang yang keluar dari jalan itu pasti celaka.
Ahli sunnah waljamaah menyerukan pada kebajikan, dan melarang kemungkaran. Mereka juga waspada dalam menjalankan agama, mereka tidak pernah menjadikan kekerasan sebagai jalan.

Diriwayatkan dari sahabat, Abu Musa al-Asy’arī, bahawa Rasulullah sallahu alaihi wasallam bersabda: “...hingga seseorang membunuh tetangganya, saudaranya, pamannya dan sepupunya.", Para sahabat tercengang: “Subhānallah, apakah saat itu mereka punya akal yang waras?” Rasulullah menjawab: “Tidak. Allah telah mencabut akal orang-orang yang hidup pada masa itu, sehingga mereka merasa benar, padahal mereka tidaklah dalam kebenaran."
Rasulullah juga bersabda: “Barangsiapa yang keluar dari barisan umatKu, menikam (membunuh) orang saleh dan orang jahatnya, ia tidak peduli pada orang mukmin juga tidak menghormati orang yang melakukan perjanjian damai (ahli zimmah), sungguh dia bukanlah sebahagian dari Saya, dan Saya bukanlah sebahagian dari dia."

Ahli sunnah waljamaah memahami syariat dari awalnya. Mereka memahami “Bismillāhirrahmānirrahīm” (Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang). Allah Menyebutkan dua namaNya, iaitu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah tidak mengatakan: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Membalas dan Maha Kuat”. Justeru Allah menyampaikan pesan keindahan dalam keindahan (melalui Al-Rahmān dan Al-Rahīm). Allah tidak mengenalkan diriNya dengan keagunganNya subhanahu wa taala.
Kami belajar “Bismillāhirrahmānirrahīm” di Al-Azhar. Para ulama Al-Azhar saat menafsirkannya menjelaskan dengan banyak ilmu. Mereka menjelaskan “Bismillāhirrahmānirrahīm” dari banyak perspektif ilmu: fikah, mantiq (logika), akidah, suluk dan balaghah. Mereka sabar duduk menjelaskannya dengan begitu lama dan panjang, hingga kita menyangka bahwa penjelasan mereka tidak ada ujungnya.

Kemudian, setelah musibah ( golongan radikal) ini menimpa, kita baru memahami bahwa metod mengajar ulama Al-Azhar itu merupakan kebenaran. Mereka membangun asas atawa bentuk (ilmu kita) sesuai cara yang benar: membangun dasar bangunan dari bawah, hingga sampai pada ujung lancipnya yang berada di atas. Sementara kelompok radikal membalik cara membangun bangunan (ilmu mereka, ujungnya di bawah, dan dasarnya di atas) hingga bangunan itu runtuh mengenai kepala mereka sendiri.

Ahli sunnah waljamaah tidak memungkiri peranan akal, bahkan mereka mampu mensinergikan akal dan teks wahyu, serta mampu hidup damai bersama golongan lain.
Ahli sunnah waljamaah tidak pernah membuat provokasi. Mereka tidak pernah bertabrakan (melakukan kekerasan) dengan siapapun di jagat raya. Ahli sunnah waljamaah membuka hati dan jiwa mereka untuk semua orang, hingga mereka berbondong-bondong masuk Islam.

Para ulama Ahli sunnah waljamaah telah melaksanakan apa yang harus mereka lakukan pada zaman mereka. Karena itu kita juga harus melaksanakan kewajiban kita di zaman ini dengan baik. Kita wajib memahami teks wahyu, memahami realiti dan mempelajari metod penerapan teks wahyu pada realiti.

Ahli sunnah waljamaah memperhatikan dengan cermat 4 faktor perubahan, iaitu: waktu, tempat, individu dan keadaan. Al-Qarāfī menulis kitab luar biasa yang bernama al-Furūq untuk membangun naluri ilmiah (malakah) hingga kita mampu melihat perbezaan detail.
Awal yang benar akan menghantar kepada akhir yang benar juga. Karena itu, barangsiapa yang mempelajari alfabet ilmu (dasar awal ilmu) dengan salah, maka ia akan membaca dengan salah juga, lalu memahami dengan salah, kemudian menerapkan dengan salah, hingga ia menghalangi manusia dari jalan Allah tanpa dia sedari. Inilah yang terjadi (dan yang membezakan) antara orang yang belajar ilmu bermanfaat, terutama Al-Azhar sebagai pemimpin lembaga-lembaga keilmuan, dan antara orang yang mengikuti hawa nafsunya, merosak dunia dan menjelekkan citra Islam serta kaum muslimin.

Pesan saya kepada umat Islam dan dunia luar: Ketahuilah bahwa Al-Azhar adalah pembina ahli sunnah waljamaah. Sungguh oknum-oknum (yang membencinya) telah menyebar khabar keji, dusta dan palsu bahwa Al-Azhar telah mengalami penetrasi (dan lumpuh). Mereka ingin membuat umat manusia meragukan Al-Azhar sebagai autoriti yang terpercaya, hingga mereka tidak mau kembali lagi kepada Al-Azhar sebagai tempat rujukan dan perlindungan.

Al-Azhar tetap berdiri dengan pertolongan Allah subhanahu wa taala, di bawah pimpinan yang kehormat Al-Imam. Setiap hari Al-Azhar berusaha untuk mencapai tujuan-tujuan mulianya, juga membuka mata seluruh dunia, menyelamatkan mereka dari musibah (radikalisme) yang menimpa.
Al-Azhar tidak disusupi dan tak akan lumpuh selamanya hingga hari akhir, karena Allah Yang membangunnya dan melindunginya. Allah juga Yang mentakdirkan orang-orang pilihanNya untuk mejalankan manhaj ahli sunnah waljamaah di Al-Azhar, meski orang fasik tidak menyukainya.

Doakanlah untuk kami, semoga Allah memberi kami tuntunan taufīq agar kami mampu melakukan hal yang dicintai dan diredaiNya.
Doakan agar kami mampu menyebar luaskan agama yang benar ini, dengan pemahaman dan praktik yang benar juga, dan semoga kami mampu menjelaskan jalan yang penuh cahaya ini kepada umat manusia, sesuai ajaran Rasulullah.
Doakan kami semoga Allah membimbing kita semua di muktamar ini, dan pasca muktamar semoga muktamar ini boleh menjadi awal perbaikan citra Islam di kalangan mangsa Islamophobia, baik muslim maupun non-muslim.

Ahad, 7 Ogos 2016

#‏كلنا_فداء_لمولانا_علي_جمعة‬

بسم الله الرحمن الرحيم.


Saya nukilkan daripada cerita pelajar yang ada di tempat kejadian,Masjid Fadil;

Kami sampai awal pada hari ini. Sekitar jam 11 50 pagi, menaiki kenderaan peribadi seorang sahabat sambil menjemput guru kami Syaikh Ahmad al-Hajin dari rumahnya seperti biasa.

Setelah azan pertama berkumandang, para jemaah bangun untuk solat sunat. Setelah salam, kami menunggu khatib naik ke mimbar. Kelihatan as-Syaikh Dr. Majdi 'Asyur berdiri dan menuju ke mimbar. Beliau ditugaskan sebagai khatib pada hari ini.

Tiba-tiba bunyi tembakan yang sangat kuat bertalu-talu kedengaran di luar masjid. Puluhan das tembakan. Kurang pasti kerana sangat laju. Bunyi seperti senapang AK-47 Short.(saya cuba dengar bunyinya di internet dan memang sama.)

Hingar-bingar. Panik. Cemas. Kurang pasti apa yang berlaku, sebahagian menjengah ke luar. Kelihatan 2 orang bertopeng dan berpakaian hitam bersenjata di perkarangan masjid(belah kiri dari kiblat). Menurut saksi yang merupakan seorang pengemis di luar masjid tersebut, ia nampak mereka keluar daripada sebuah rumah kosong yang masih dalam pembinaan di belakang masjid.

Mereka kemudian disusuli 2 orang lagi. 4 orang penembak semuanya. Mereka mula menembak sebaik sahaja fadhilatus Syaikh yang dalam perjalanan menuju masjid dari rumahnya yang bersebelahan dengan masjid, diberhentikan oleh seorang lelaki untuk menanyakan soalan. 2 pengawal peribadi syaikh yang mempunyai pistol lantas menghadang syaikh, mempertaruhkan badannya untuk syaikh. Tembak-menembak jarak 50 meter berlaku. Syaikh dibawa pantas menuju pintu masjid. Walaupun jarak dekat dan bersenjata besar, tiada satu pun peluru mengenai syaikh. Allahu Akbar...

Melihat sebahagian jemaah yang melihat ke tingkap lari ke arah pintu lain, hampir semua yang berada di masjid bertempiaran lari. Golongan wanita di tingkat atas bertempik dan melolong ketakutan. Ramai masih tidak tahu apa yang berlaku. Tetapi melihat semua bertempiaran, ketakutan dan panik menyelubungi jiwa. Sebahagian meniarap. Sebahagian lagi bersembunyi dan berselindung di sudut-sudut masjid sambil berpegangan tangan. Kanak-kanak menangis dan meraung. Keadaan sungguh genting.

Jantungku berdegup kencang. Yang pertama terdetik dimindaku adalah masjid ini diserang golongan bersenjata. Aku lantas terbayang peristiwa as-Syahid Syaikh Ramadhan al-Buti yang juga diserang di Masjid pada malam Jumaat. Aku terus memikirkan akan keadaan as-Syaikh Ali Jum'ah. Sungguh bimbang.

Ya Robb... Selamatkanlah Syaikh dengan kuasamu Ya Robb! Detik jiwaku..

Jiwaku luruh. Jantungku hampir meledak dek degupan terlalu laju. Tidak tahu bagaimana ingin menggambarkannya. Cemas, takut, gundah, risau, semuanya bersatu.

Bunyi tembakan kedengaran lagi. Ada yang mengenai pintu dan tingkap masjid.

Aku turut panik dan lari mengikut sebahagian jamaah yang berasak-asak ke arah pintu sebelah kanan masjid. Dibuka saja pintu, satu tembakan mengenai tingkap disamping pintu benar-benar disebelahku. Serpihan kaca sedikit mengenaiku. Pintu lantas ditutup kembali. Aku amat terkejut. Semua kembali ke dalam masjid berselindung di tiang dan sudut-sudut masjid.

Tika itu aku sudah pasrah. Aku hanya fikir kematian sudah di hadapan mata. Terbayang di minda masjid telah dikepung. Tak mustahil juga jika ada bom di masjid ini. Macam-macam membayangi minda. Apa yang harus kulakukan pada detik-detik akhir sebelum mati?

Aku lantas pergi ke rak al-Quran yang terletak di sudut hadapan masjid. Mencapai sebuah al-Quran yang terdekat. Aku memeluknya erat. Sambil berdoa, ya Allah selamatkanlah kami.

Saat itu aku sempat melihat ke sekeliling. Mataku terhenti pada sosok yang tidak asing lagi. Syaikh Ahmad al-Hajin. Beliau berdiri dengan sangat tenang dengan tasbih ditangan di tengah-tengah masjid. Kelihatan juga Syaikh Awadh Manqush sedang khusyuk dan tenang dalam solat sunatnya.

Aku hairan nan taajub. Di saat semua orang hiruk-pikuk bertempiaran, para masyaikh masih tenang. Masih meneruskan ibadahnya.

Allah.

Ketakutan mulai surut melihat mereka. Sahabat-sahabat asia mengerumuni Syaikh Ahmad dan berselindung di sebalik beliau. Aku turut berlari ke arah beliau.

Tiba-tiba aku ternampak Syaikh Ali Jum'ah keluar dengan jubah dan serban al-Azhar dari pintu kecil masjid dibawah mimbar di hadapan.

Ah. Lega bukan kepalang. Tiada apa berlaku pada syaikh.

Tembak-menembak masih kedengaran diluar. Pintu-pintu diarahkan untuk ditutup rapat dan dihadang dengan rak-rak kasut di dalam masjid. Aku gundah. Mudah-mudahan tiada yang terkorban dari tembakan tersebut.

Kelihatan Syaikh Ali Jum'ah berjalan laju dengan berani ibarat seorang panglima dan pahlawan perang, menuju pintu kiri masjid(tempat tembak menembak berlaku). Ingin keluar kembali melawan dan berhadapan dengan mereka. Para jemaah menghalang kemaraan Syaikh beramai-ramai, bimbang akan keselamatan beliau.

Saat itu, Dr. Majid, pengurus masjid yang merupakan menantu Syaikh Ali mengarahkan untuk tenang dan membuat pengumuman bahawa tiada solat Jumaat di sini. Sama ada untuk duduk di sini buat sementara waktu atau keluar dan solat di tempat lain.

Menurut salah seorang sahabatku, sebelum itu, ketika jemaah sedang panik dan bertempiaran beliau nampak Syaikh Ali Jum'ah berjaya masuk dengan selamat dari pintu biasa belah kiri tersebut bersama pengawal peribadinya yang menghadang syaikh. Syaikh terus disambut jemaah dan dibawa ke pintu bawah mimbar. Dan aku hanya mula terlihat Syaikh di dalam masjid ketika syaikh berada di situ.

Kedengaran beberapa orang meneriak mencari doktor. Rupanya salah seorang pengawal peribadi syaikh cedera ditembak. Salah seorang jemaah yang dikenali sebagai doktor lantas menuju ke arah mangsa.

Syaikh Ali Jum'ah yang terhalang untuk keluar berjalan menuju ke mimbar, dan mengarahkan bilal untuk azan. Para jemaah yang masih ada di Masjid mula tenang dan duduk memenuhi saf-saf.

Ya, kami yang melihat para masyaikh yang tenang seperti tiada apa berlaku turut berasa tenang.

Bunyi tembakan sudah tidak kedengaran lagi.

Setelah azan, fadhilatu Syaikh Ali kemudiannya seperti singa yang tidak mengenal rasa gentar, mengambil mikrofon daripada Syaikh Majdi Asyur untuk berkhutbah. Boleh baca terjemahan teks khutbah beliau di sini: Pencinta Al-Allamah Syeikh Ali Jum'ah -Malaysia.

"Khutbah Maulana Al Imam Syeikh Ali Juma’h Yang Bersejarah

(Pada 2 Zulkaedah 1437 Bersamaan 5 Ogos 2016):

الحمد لله و كفى و الصلاة و السلام على نبيه المصطفى, و حبيبه المجتبى... و أشهد أن لا إله إلا الله وحده صدق وعده و نصر عبده و أعز جنده وهزم الأحزاب وحده.

و أشهد أن سيدنا محمدا عبده و رسوله, نبيه وصفيه و حبيبه و خليله, بلغ الرسالة و أدى الأمانة و نصح للأمة و جاهد في سبيل الله حتي أتاه اليقين.

فاللهم صل و سلم على سيدنا محمد في الأولين و صل و سلم على سيدنا محمد في الآخرين و صل و سلم على سيدنا محمد في كل وقت و حين.. و على آله الأطهار, و أصحابه الأخيار , و أتباعه بإحسان إلى يوم الدين.

Wahai sekalian muslimin, kelompok pendusta dan nista ini telah melakukan penipuan terhadap Allah!

((Adakah kalian sanggup membunuh seorang lelaki yang hanya mengatakan Tuhanku ialah Allah))!

Rasulullah ﷺ telah meninggalkan kita di atas jalan yang jelas! Dan baginda telah mengharamkan ke atas kita perbuatan dusta..

Maka jikalau muncul kelompok yang siang malamnya melakukan pendustaan sehinggalah perbuatan dusta telah sebati dengan dirinya tidak mungkin sesekali untuk diri berpisah darinya, kemudian telah kami ajak mereka melakukan kema’rufan, juga telah kami larang mereka dari melakukan kemungkaran, kemudian mereka berpaling seperti mana berpalingnya Iblis di hadapan Tuhan yang tersebut dalam firman Allah:

إلا إبليس أبى و استكبر و كان من الكافرين
“Melainkan Iblis yang telah berpaling dan takabbur! Dan adalah dia dari kalangan mereka yang kafir (ingkar)”

Mereka telah mengingkari hadis yang sahih, dan realiti disekeliling mereka, serta pemikiran yang lurus. Mereka ingin untuk menjual agama mereka bagi mendapat dunia mereka. Meninggalkan agama mereka dan mengambil dunia mereka. Berdiri angkuh dan memperlecehkan kaum muslimin.

Adakah mereka boleh dijadikan kelompok mukmin yang dapat dijadikan ikutan buat kita?! Atau diikuti jejak langkah mereka?! Demi Allah tidak sesekali!!!

Alhamdulillah! Tidak mungkin satu-satu jiwa akan mati melainkan dengan izin tuhannya.

Aku telah panjatkan doa berkali-kali – dikala aku remaja – dihadapan Ka’bah yang mulia supaya aku mati sebagai seorang syahid!!

Namun, Allah melakukan sesuatu apa yang Dia kehendaki.
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, bahawa golongan hina dina ini sendiri telah menuliskan bagi diri mereka pengakhiran terakhir!

Berdoalah kepada Tuhan kalian..
*****
الحمد لله و الصلاة و السلام على سيدنا رسول الله صلى الله عليه و سلم, صلاة دائمة بدوامه سبحانه, باقية ببقائه جل و علا , صلاة ترضيه و ترضينا و يرضى الله بها عنا.
و أشهد أن لا إله إلا الله و حده صدق وعده و بصر عبده.
و أشهد ان سيدنا محمدا عبده و رسوله.
Wahai sekalian hamba Allah… sandarkanlah diri kalian pada Allah…!! Jadikanlah sekalian hati kalian berpaut tunduk kepada Allah…!!

Ingatlah Allah dalam sekalian hal, tiada sesuatu bagi kita melainkan Dia, tiada yang kita sembah melainkan hanya kepadaNya.

Perbuatan keanak-anakan ini akan kembali akibatnya kepada mereka.. akibatnya akan kembali kepada mereka!

Ya Allah! Lapangkanlah dada kami, ampunkanlah dosa kami, tutupkanlah keaiban dan dosa kami..

Ya Allah! Sesungguhnya kami serahkan kepadamu untuk kau hancurkan mereka! Dan kami berlindung denganMu dari segala kejahatan mereka.

Ya Allah Tuhan Sekalian Alam! Bantulah kami untuk mendirikan solat, menunaikan zakat, mengajak kepada kebaikan dan mengingkari kemungkaran.

Rahmatilah kami! Jangan sesekali mengazab kami! Rahmatilah juga mereka yang hidup dikalangan kami serta yang mati. Yang hadir dan yang ghaib..

Ya Tuhan sekalian alam! Ya Allah! Kabulkan doa kami, sembuhkan penyakit kami, rahmatilah mereka yang telah pergi dari kalangan kami, kurniakanlah kepada kami permintaan kami, Ya Allah.
Ya Allah, sinarkanlah hati kami, ampunkalah dosa kami, dan tutupikan keaiban kami..

Ya Allah Tuhan sekalian alam himpunkanlah kami atas kebenaran di dunia dan akhirat.
و صل الله على سيدنا محمد و آله و صحبه و سلم.

أقم الصلاة (( إن الصلاة تنهى عن الفحشاء و المنكر و لذكر الله أكبر و الله يعلم ما تصنعون ))

Terjemahan:
Akademi Pemikiran Turath Al Mustanir "


Para jemaah yang makin tenang mendengar khutbah beliau penuh perhatian. 

"Tidak mungkin satu-satu jiwa akan mati melainkan dengan izin Tuhannya. 

Aku telah panjatkan doa berkali-kali dikala aku remaja dihadapan Ka’bah yang mulia supaya aku mati sebagai seorang syahid!!" kata syaikh penuh semangat.

Keadaan menjadi syahdu. Kami semua sebak. Ramai yang menangis sambil mendoakan moga Allah sentiasa menjaga syaikh.

Ketika syaikh sebagai khatib menyuruh kami berdoa antara dua khutbah, kami semua mendoakan untuk syaikh. Ya Allah, jagalah syaikh..Ya Robb, lindungi syaikh!! Sudah tidak terfikir doa-doa lain. Yang kami fikirkan hanyalah keselamatan syaikhuna al-Imam..

Setelah solat Jumaat, kami semua diarahkan untuk keluar. Keadaan sudah selamat dan terkawal kerana kelihatan kereta-kereta polis dan tentera berderet di sekeliling masjid. Aku terlihat seorang anggota SWAT mesir berbadan besar yang bersenjata lengkap di luar masjid. 

Kami pulang dengan selamat sambil menghantar Syaikh Ahmad al-Hajin ke rumahnya. Ketika di dalam kereta, beliau berpesan pada kami untuk membaca Hasbunallah wani'mal wakil sebanyak 450 kali, dengan niat moga Allah menjaga Syaikh Ali Jum'ah. 

Jantung masih berdegup laju. Minda masih tak keruan. Suara tembakan-tembakan tadi masih terngiang-ngiang di kepala. Peristiwa ini sangat membekas di jiwa yang tidak akan dilupakan selamanya..

Aku baru merasai suasana tersebut beberapa minit. Terfikir bagaimanakah saudara-saudara kita di Syiria dan Palastin yang menghadapi suasana ngeri tersebut setiap hari dan setiap detik. Allah. Moga Allah rahmati, lindungi dan amankan mereka, al-Imam Syaikh Ali Jum'ah, para ulama, kita semua dan seluruh muslimin dan muslimat dari segala fitnah, kejahatan dan keburukan... Ya robb.. Bijaahil Amin, Amin....

(Mengikut laporan, sebanyak 53 das tembakan dilepaskan dan tiada satu pun mengenai syaikh, semua selamat dan hanya seorang saja yang tercedera iaitu pengawal peribadi syaikh Ali. Menurut Syaikh Ahmad al Hajin, kejadian ini merupakan penzahiran karamah fadhilatu al Imam Ali Jum'ah hafizahullah. Bayangkan tembakan 4 orang jarak dekat dengan AK-47 semuanya boleh tersasar! Sedangkan Syaikh tidak mempunyai apa-apa senjata dan perisai. Hanya Allah sebaik-baik pelindung syaikh dan Allah menanam rasa gentar dan takut ke dalam jiwa khawarij anjing neraka tersebut sehingga lari lintang pukang apabila mereka gagal menembak mengenai syaikh. Hairan bagaimana keajaiban tidak masuk akal tersebut berlaku.)
-Masjid Fadhil, 6th Oktober, 5 Ogos 2016 

Isnin, 8 Februari 2016

Nasihat Sidi Al-Habib:

بسم الله الرحمن الرحيم.

Dikatakan: Mereka orang orang yang melampau, juga sangat berlebihan di dalam memuliakan guru-guru mereka dan sangat berlebihan di dalam kecintaannya,baik di dalam fikah mahu pun juga di dalam tasawuf.
Kalau kamu tengok tasawuf, tasawuf semuanya berisi adab dan kerendahan diri, akan tetapi mereka membuatnya menjadi kesombongan…apakah ini tasawuf? Ini..ini..sangat bertentangan dengan hakikat tasawuf.
Yang ni berbangga diri..yang ni mengaku-ngaku..yang ni membatasi orang lain; ini sangat bertentangan dengan hakikat tasawuf, ini betul-betul menyimpang dari tasawuf.
Orang mengaku sufi, mereka berkata: “Sudah, yang saya tau dari guru kita adalah satu-satunya guru di alam semesta ni, tak dak satu pun yang menyamainya.”
Oh! Wali Kutub di zamannya, pemimpin para wali, Wali Kutub zaman dahulu,dan yang akan datang. Kalu memang benar gurumu itu Wali Kutub zaman ni..
Adakah dia mengajar kepadamu merendahkan muslim yang lain?
Adakah dia mengajar kepadamu berburuk sangka terhadap mukmin yang lain?
Adakah dia mengajar kepadamu membatasi kebaikan di satu tempat?
Kalu memang demikian gurumu, maknanya dia bukan Wali Kutub, tapi seorang yang jatuh dari pandangan Allah.
Kalu memang gurumu tak ajar yang demikian itu, dari mana hang dapatkan pemahaman semacam ni?     
Kami tak tau kalu ada Wali Kutub yang mengajar berburuk sangka,..kami tak tau ni. Demi Allah, tak dak yang sedemikian.
Tak dak Wali Kutub yang ajar berburuk sangka sama sekali. Dari zaman Nabi sampai la ni, tak mumkin seorang Wali Kutub mengajar berburuk sangka.
Mumkin Wali Kutubmu mengajarkan kepadamu merendahkan orang lain..
“Cukuplah kejelekan bagi seseorang jika meremehkan muslim lainnya.”-al-hadis.

Tak tergambar yang demikian ini, tapi ini la yang disebut dengan melampau[غلو].

Jumaat, 5 Februari 2016

Wasiat Kiyai;

بسم الله الرحمن الرحيم.


Wasiat Abah Guru Sekumpul kepada anak murid beliau khususnya dan seluruh umat muslim umumnya..yang isi wasiatnya iaitu:
1.Menghormati ulama.
2.Baik sangka terhadap muslimin.
3.Murah diri.
4.Murah harta.
5.Manis muka.
6.Jangan menyakiti orang.
7.Memaafkan kesalahan orang.
8.Jangan bermusuh-musuhan.
9.Jangan tamak.
10.Berpegang pada Allah Taala, pada kabul segala hajat
11.Yakin keselamatan itu berada pada benar.
12.Jangan merasa baik daripada orang lain
13.Tiap-tiap orang yang hiri dengki dan adu wasah jangan dilayani.Serahkan saja kepada Allah Taala
...dan Abah Guru Sekumpul juga sempat berpesan;
salah satu pesan Guru Sekumpul adalah tentang karamah,
yakni agar kita jangan sampai tertipu dengan segala keanehan dan keunikan. Karena bagaimanapun juga karamah adalah anugerah, murni pemberian Allah, bukan suatu keahlian atau kemahiran. Karena itu jangan pernah berfikir atau berniat untuk mendapatkan karamah dengan melakukan ibadah atau wirid-wiridan. Dan karamah yang paling mulia dan tinggi nilainya adalah istiqamah di jalan Allah itu sendiri. Kalau ada orang mengaku sendiri punya karamah tapi solatnya tidak karuan, maka itu bukan karamah akan tetapi itu lanjuran dari Allah dan itu datangnya dari syaitan...

Selasa, 2 Februari 2016

Kata Sidi Al-Habib;

بسم الله الرحمن الرحيم.

"Tarekat kami adalah tarekat Sayidina Ali Bin Abu Talib radiallahuanhu, iaitu tarekat yang di saat berkuasa tidak menjajah dan tidak merasa berkuasa.
Tarekat kami adalah tarekat Sayidina Hasan radiallahuanhu, iaitu tarekat yang mengalah untuk kebaikan umat Islam.
Tarekat kami adalah tarekat Sayidina Husain radiallahuanhu, iaitu tarekat yang berani melawan kemungkaran hinggga titis darah penghabisan.
Tarekat kami adalah tarekat Sayidina Ali Zainal Abidin radiallahuanhu, iaitu tarekat yang pemaaf dan tak pendendam kepada orang yang telah membunuh keluarganya di depan mata beliau sendiri."

اللّهم صلّ على سيّدنا محمّد النّبي الأمّي و آله و صحْبه و سلّم.

Isnin, 1 Februari 2016

Pesan Sidi Al-Habib;

بسم الله الرحمن الرحيم.


"Segala puji-pujian bagi Allah, yang memuliakan kita dengan QuranNya yang diturunkan, dan NabiNya yang diutuskan; selawat dan salam ke atasNya, keluargaNya, para sahabatNya, dan juga mereka yang mengikut jalanNya hingga ke akhirat.

Wabadahu.

Maka sesungguhnya sebaik-baik perlindungan buat ummah daripada segala macam fitnah pada setiap masa adalah Kitab Allah subhanahu wa taala dan petunjuk Baginda Nabi, yang dipilih, selawat dan salam ke atasNya, dan jalan yang dilalui ahliNya dan sahabatNya serta sebaik-baik umat.
Maka pada yang demikian itu ada perlindungan dan keselamatan. Hanyasanya yang dapat pertunjuk kepada hidayah dan panduan ialah mereka yang suci hatinya, bersih akalnya, dan bebas daripada hawanya serta asabiah.

Justeru tiap-tiap mereka yang nak kan perlindungan, petunjuk, percaya dengan tahu apa yang sembunyi dan nyata, penglihatan yang baik kepada petunjuk al-Quran al-Aziz dan Sunnah al-Mustafa sallallahu alaihi wa sallam ialah dengan jalan ahli baitNya, sahabatNya, dan sebaik-baik umatNya daripada ulama yang beramal kerana sesungguhnya itu menyampaikan kepada keterangan yang jelas lagi memadai untuk dijadikan pertunjuk dengannya.

Di sana ada ketetapan-ketetapan dalam ummah yang wajib dijaga oleh seorang mukmin dalam apa jua keadaan sekalipun umpama membersihkan hati, menunaikan solat fardu dengan elok, mengelak daripada perkara haram , menjauhi mengeji dan mencaci juga membenci serta memusuhi, berhenti/tawaquf(mengomentar atau sebagainya) pada perkara yang tak jelas, dan berhati-hati daripada menyebarkan perpecahan. Maka wajiblah seorang mukmin itu bersifat dengan ketetapan-ketetapan ini meskipun dalam apa jua keadaan; dan serahkanlah kepada Allah umpama berdoa dengan penuh mengharap.

Dan tiap-tiap orang yang jujur dengan kehendaknya untuk mencari keredaan Allah, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah tidak bakhil kepadanya untuk mencapai maksudnya.


Semoga Allah melindungi kita dan muslimin daripada segala macam fitnah samada zahir mahupun tersembunyi."

Doa dari Habib Soleh Tanggul.

بسم الله الرحمن الرحيم.



Diroyatkan daripada Habib Tohir al-Kaff, beliau mendapatkan daripada Habib Tohir Bin Muhammad Bin Soleh al-Hamid (Tanggul); berkata doa ini daripada Habib Soleh Tanggul:

ﺍَﻟﻠّﻬُﻢَّ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﺒَﻴْﺖ
ﺃَﺳْﺄَﻟُﻚَ ﺑِﺠَﺎﻩِ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻟْﺒَﻴْﺖ
ﺃَﻥْ ﺗُﻴَﺴِّﺮَ ﻟِﻲْ ﺧَﻴْﺮَ ﺑَﻴْﺖ
ﺣَﺘَّﻰ ﻻَ ﻧَﻘُﻮْﻝ ﻳَﺎ ﻟَﻴْﺖ

Ya Allah! Engkau pemilik Baitullah
Ku mohon dengan wasilah ahli bait Rasulullah
Agar Engkau mudahkan untukku sebaik-baik rumah.
Supaya tak ku ucap "Seandainya ku
punya rumah."

Sumber; islaModerat.com

Ahad, 1 November 2015

Ziarah Nabi Hud alaihissalam.

بسم الله الرحمن الرحيم.

Dalam at-Tarikh al-Hindiah ada sebut bahawa kubur yang paling tua yang diketahui secara mutawatir ialah Kubur Nabi Hud yang terletak di antara bukit-bukit pasir di Hadramaut sejak lebih daripada 4000 tahun yang lampau.
Dalam Mukjam al-Buldan, oleh Syeikh Yaqut al-Hamawi ada sebut;
وحضرموت ناحية واسعة في شرقي عدن بقرب البحر، وحولها رمال كثيرة تعرف بالأحقاف، وبها قبر هود عليه السلام، وبقربها بير برهوت المذكورة فيما تقدم ، ولها مدينتان يقال لإحداهما: تريم والأخرى شبام ، وعندها قلاعٌ وقرى
Dan Hadramaut ialah kawasan yang luas yang terletak di belah timur Aden, berhampiran laut, di sekitar terdapat banyak bukit-bukit pasir, dan di situ terdapat Kubur Nabi Hud alaihissalam, kedudukannya berhampiran dengan Telaga Barhut yang telah dinyatakan dulu, dan padanya ada 2 bandar, salah satunya dipanggil Tarim dan satu lagi dipanggil Shibam, dan padanya terdapat istana dan kampung-kampung.
Dalam Kitab Tajul-A’yan Fi Mulukil-Yaman Fi Ghabiril-Azman, oleh at-Tijani ada sebut;
إن ذا القرنين المذكور في القرآن جاء بجيشه وعتاده وزار قبر هود بعد أن مر على قرية العُجْز وهي آخر قرية بحضرموت
Sesungguhnya Zul Qarnain yang tersebut di dalam al-Quran datang bersama tenteranya yang bersenjata menziarahi Kubur Nabi Hud selepas melintasi Kampung al-‘Ujz, iaitu kampung terakhir di Hadramaut.
Nas atau poin yang telah ditampilkan membuktikan 2 perkara; yakni kewujudan Kubur Nabi Hud alaihissalam di Hadramaut dan kubur Baginda Nabi Hud alaihissalam sudah lama diziarahi.
Sebelum kedatangan keluarga BaAlawi ke Hadramaut lagi, ziarah Nabi Hud alaihissalam telah berkesinambungan dari zaman ke zaman oleh penduduk Hadramaut.
Apa yang dilakukan ketika ziarah?
Habib Abu Bakar al-Masyhur al-Adani kata bahawa asal ziarah ialah bagi salam kepada empunya makam,iaitulah bagi salam kepada Nabi Hud alahissalam dan kepada para nabi dan rasul alaihimussalam.
Ada beberapa tertib tambahan kerana masa yang lapang umpama; 
Turun mandi ka atau berwuduk ka kat sungai di bawah. 

Kemudian solat sunat kat masjid kecil yang dinisbahkan kepada Syeikh umar al-Mahdar. Kemudian berjalan sambil berzikir سبحان الله و بحمده سبحان الله العظيم ke Kubur Nabi Hud alaihissalam. 

Sampai kat Telaga at-Taslum, berhimpun ramai-ramai bagi salam kat para nabi alaihimussalam. 

Lepas selesai, terus ke Kubur Nabi Hud alaihissalam. 

Bila sampai, bagi salam kat Nabi Hud alaihissalam dan para nabi dan rasul alaihimussalam. Lepas tu pakat duduk, baca Surah al-Fatihah dan Surah Hud. Sudah baca, dengar tausyiah dan tazkirah ulama. Selesai ziarah.
Kata-kata yang kata mandi cuci dosa, tawaf Kubur Nabi Hud adalah kata-kata dusta. Samada yang bawa cerita dusta tu penipu atau hanya pembawa cerita tipu, hanya Allah yang tahu. Hakikatnya, sungai memang ada dan saya cukup seronok mandi sungai, budak kampung la katakan. Kami mandi sungai macam mandi sungai kat Malaysia la juga. Tak pernah pula Habib kata kalau nak mandi tu jangan lupa niat cuci dosa. Kalau hanya dengan mandi boleh cuci dosa, kan seronok tu. Buat dosa banyak-banyak, lepas tu mandi. Kan senang. Apa tujuan mandi? Semua tau jawapan, jadi saya tak perlu jawab. Air terhad, sebab tu kami tak mandi kat tandas. Mandi kat sungai, buang air kat tandas.
Pasal tawaf. Nampak sangat yang bawa cerita tawaf kat Kubur Nabi Hud alaihissalam ni pembohong besar kalau dia kata dia pi tengok. Bentuk muka bumi kat Kubur Nabi Hud alaihissalam yang terletak kat bukit tu menyukarkan pergerakan untuk mengelilingi kubur, sebab tu tak dak seorang pun penziarah yang dok keliling Kubur Nabi Hud alaihissalam. Hakikatnya, penggunaan kalimah tawaf tu sendiri dah salah dari sudut bahasa dan syarak. Tawaf hanya berlaku di Kaabah. Kalau nak kata juga ada acara berkeliling [bergerak melingkari] Kubur Nabi Hud alaihissalam, tolong bagi tau mai siapa yang dok buat bidaah tu. Berkumpul di sekeliling atau sekitar kubur dengan mengelilingi kubur adalah 2 keadaan yang tak sama. Apa yang berlaku kat Kubur Nabi Hud alaihissalam ialah kami berkumpul di sekelilingnya dan kami tak pernah bergerak mengelilinginya 7 kali ka hatta 1 kali pun tak.
Begitu la serba sedikit cerita ziarah ke Kubur Nabi Hud alaihissalam.
Wallahualam.
ولمّا رأيتُ النـاس قـد ذهبت بهم***مـذاهبُهم فـي أبحرِ الغيِّ والجهلِ
ركبتُ على اسم الله في سفن النَّجا***وهم آلُ بيت المصطفى خاتمِ الرُّسْلِ 
الله المستعان و عليه التكلان

Jumaat, 23 Oktober 2015

Salam Asyura.

بسم الله الرحمن الرحيم.

Kami telah dengar riwayat Hadis Musalsal dengan Hari Asyura daripada syeikh kami, Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kittani, yang bersambung sanadnya sampai ke rawi pertama hadis, iaitu Abu Qatadah dan bunyi matan hadis tersebut;

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : "صيام يوم عاشوراء إني أحتسب على الله أن يكفر السنة التى قبله."

Mafhumnya; Berkata Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam : "Puasa di Hari Asyura, sesungguhnya Daku mengharap kepada Allah agar menghapuskan dosa tahun sebelumnya."

Setengah ahli sejarah kata sambutan hari ke-10 ni mai daripada Yahudi. 10 haribulan Tisyri orang Yahudi sambut Yom Kippur atau Hari Penebusan Dosa. Tisyri ni bulan pertama dalam kalendar Yahudi ikut konsep tahun awam Yahudi. Depa buat apa ha?

Kitab Taurat depa seru kaum Yahudi puasa pada hari tu supaya depa mengakui dosa-dosa depa dan menunjukkan rasa rendah diri di hadapan Tuhan depa. Hanya dengan puasa dan taubat, depa akan dapat keredaan Tuhan depa. Puasa ni dilakukan selama 25 jam. Sehari semalam tambah 1 jam hari esok, lama tu.

Orang Yahudi percaya yang Yom Kippur tu hari Nabi Musa turun dari Gunung Sinai untuk kali ke-2 bawa berita bahawa Tuhan dah ampunkan kesalahan depa.

Ha, sudah! Kita ikut siapa ni? Syiah ka, Yahudi ka?

Kita ikut Nabi kita la. Jangan risau.

Ketika Baginda Nabi sampai di Madinah, Baginda dapati orang orang Yahudi puasa pada 10 Muharam. Baginda Nabi kata kat depa;
"أنا أحق بموسى منكم فصامه وأمر بصيامه."
Mafhumnya; "Daku lebih berhak ke atas Musa daripada hangpa, dan Baginda pun berpuasa padanya[10 Muharam] seraya menyuruh berpuasa pada hari tersebut."

Sunat puasa hari ni. Nak puasa, puasa la. Tak nak puasa, tak pa la. Apa yang syoknya bila buka puasa sat lagi dengan Bubur Asyura. Masak Bubur Asyura ni tak dak kena mengena dengan bidaah [seperti yang dicanang segolongan itu] sebab tak dak yang namanya bidaah dalam masakan, makanan, dan minuman. 

Kat Mesir ada Halawah Asyura[Manisan Asyura] dan kat Malaysia ada Bubur Asyura. Ada bait yang dinisbahkan kepada Ibn Hajar pasal masak kekacang di hari Asyura;

في يوم عاشوراء سبع تمترس * * بر ورز ثم ماش وعدس وحمص ولوبيا والفول

Di hari Asyura ada 7 benda bertempek-tempek**gandum,beras,kacang hijau,adas,kacang putih,kacang tunggak dan kacang parang.

Maknanya nak kata yang 7 bahan tu dimasak sekali la. Masak la macam mana pun. Kot utara ni guna tepung beras dan jenis kekacang..ada setengah tu campur durian, timur nun tambah rempah sikit, dan kot selatan nun macam bubur Lambok. Tak dak masalah...masak la kot mana pun. Janji boleh makan.

Imam al-Ajhuri kata; siapa yang baca حَسْبِىَ اللهُ وَ نِعْمَ الْوَكِيْلُ وَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَ نِعْمَ النَّصِيْرُ  sebanyak 70 kali pada hari Asyura, Allah akan jaganya daripada kejahatan tahun itu.

Wallahualam.   

Selasa, 13 Oktober 2015

Salam Maal Hijrah.

بسم الله الرحمن الرحيم.

Pejam celik, celik pejam, sedar tak sedar dah nak masuk tahun baharu, Hari ni hari akhir tahun 1436H, 29 Zulhijjah.
Jangan lupa baca Doa Akhir Tahun lepas Asar sat lagi;


dan Doa Awal Tahun lepas Maghrib, awal Muharam sat lagi;


Ahad, 20 September 2015

البيارق

بسم الله الرحمن الرحيم.

مع الحبيب أبي بكر المشهور.
الحلقة الأولى:

الحلقة الثانية:

الحلقة الثالثة:

الحلقة الرابعة:

الحلقة الخامسة:

الحلقة السادسة:

الحلقة السابعة:

الحلقة الثامنة:

الحلقة التاسعة:

الحلقة العاشرة:

الحلقة الحادية عشر:

الحلقة الثانية عشر:

Rabu, 17 Jun 2015

Bacalah, tulisan Ustaz Engku Ahmad Fadzil Engku Ali untuk pencerahan!

بسم الله الرحمن الرحيم.

SETIAP sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Apa yang disebut oleh sebahagian rakan taulan sebagai serangan empat hari akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia terhadap zikir, tarekat dan “pendakwah-pendakwah asing yang membawa ajaran songsang” jelas ada hikmahnya. Mungkin tanpa “serangan” ini minat masyarakat untuk mengetahui hakikat sebenar perkara-perkara ini tidak begitu menonjol.
Apa itu tarekat? Ia berasal daripada perkataan Arab iaitu Thoriqah yang secara literal bermakna “jalan” dan dari segi istilah ilmu tasawuf bererti “jalan atau cara beribadah untuk menghampirkan diri kepada Allah”. Sebagaimana ulama-ulama fekah atau dikenali sebagai fuqaha menyusun kaedah-kaedah fekah dan tatacara yang betul (sah) untuk beribadah dan bermuamalah yang diambil daripada pelbagai sumber hukum syarak dengan al-Quran dan Sunnah sebagai sumber-sumber utama dan sumber lain seperti ijmak, qiyas, istishaab, istihsaan, masaalih mursalah, urf, sadd zaraai dan lain-lain sebagai sumber sekunder.
Lalu kumpulan kaedah-kaedah dan natijah-natijah ijtihad para fuqaha ini masing-masing disebut sebagai mazhab. Begitu juga ulama-ulama tasawuf telah menyusun kaedah atau cara-cara yang sistematik untuk melakukan zikir, salawat dan amalan lain yang jelas dituntut melalui banyak nas al-Quran dan Hadis Nabi bagi tujuan membersihkan hati daripada dosa-dosa yang batin dan sifat-sifat hati yang terkeji lalu membawa diri hampir kepada makrifah (kenal) dan mahabbah (kasih) Allah SWT lalu dinamakan tarekat.
Cara-cara atau peraturan-peraturan berzikir ini dinamakan tarekat kerana ia merupakan salah satu jalan yang menyampaikan seseorang mukmin kepada kemuncak tujuan dan cita-cita iaitu untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Dalam tarekat yang sebenar, sering diperingatkan bahawa tujuan beramal dengan tarekat adalah semata-mata menuntut keredaan Allah SWT sahaja. Sekiranya ada tujuan selain daripada itu, maka pengamalnya akan tergelincir daripada landasan kebenaran. Di dalam syarah Al-Hikam Syeikh Muhammad bin Ibrahim menyatakan bahawa “mana-mana jiwa atau hati yang melihat di dalam ibadatnya hajat kepada selain daripada Allah, maka ia akan dikuasai oleh iblis.”
Jelas, jiwa dan hati yang dikuasai iblis akan sentiasa cenderung kepada kesesatan walaupun memakai pakaian dan imej tasawuf dan tarekat, serban yang besar dan jubah yang berlapis-lapis. Umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, masyarakat dan ulamanya senada sekiranya penyelewangan dan kesesatan bertopengkan tasawuf dan tarekat ini yang ingin ditentang dan dikekang.
Agenda
Malangnya, kelihatan seperti ada agenda kumpulan tertentu yang ingin pergi lebih jauh dari itu, mengambil peluang menangguk di air keruh, ingin menidakkan fungsi tasawuf sebagai cabang penting daripada tiga cabang agama Islam iaitu cabang Tauhid (Iman), Fiqh (Islam) dan Tasawuf (Ihsan). Seterusnya, mereka ghairah memberikan imej buruk kepada aktiviti-aktiviti zikir yang menjadi tuntutan agama dan sumber kekuatan dalaman sehinggakan aktiviti tarian menggoyangkan punggung oleh wanita-wanita di depan khalayak dengan iringan alunan muzik yang jelas bertentangan dengan syariat dituduh sebagai aktiviti zikir sambil menggoyangkan punggung!
Seterusnya, tanpa bukti-bukti yang jelas mereka memberikan gambaran bahawa pendakwah-pendakwah asing tertentu termasuk golongan habaib (habib-habib keturunan Rasulullah SAW) membawa ajaran songsang yang kata mereka bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Benarkah seperti yang didakwa?
Zikir daripada perkataan Arab yang boleh membawa maksud mengingati atau menyebut. Zikir dalam konteks ibadah merangkumi mengingati dan menyebut Allah dan menyebut Allah boleh dilakukan dengan hati (zikir sir) atau dilakukan dengan lisan (zikir jahar) mengikut keberkesanan, kesesuaian dan keadaan orang berzikir serta persekitarannya. Yang dikatakan maqam-maqam dalam zikir tarekat hakikatnya bertujuan mensebatikan zikir dalam segenap jiwa raga seseorang manusia secara berperingkat-peringkat bersesuaian dengan tuntutan membersihkan hati daripada sifat-sifat yang terkeji (mazmumah) dan menghiasinya dengan sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) sebagaimana yang difahami daripada bimbingan Rasulullah yang bermaksud: “Ketahuilah di dalam jasad ada seketul daging, apabila baik ia, maka baiklah sekalian jasad, dan apabila rosak ia, maka rosaklah sekalian jasad dan ketahuilah ia adalah hati.”
Apabila hati seseorang mukmin itu bersih murni, maka eloklah keseluruhan dirinya dan apabila elok individu-individu mukmin di dalam negara, maka elok dan terselamatlah negara ini daripada gejala-gejala negatif seperti pecah amanah, rasuah, jenayah, khianat dan lain-lain. Banyak berzikir adalah amalan yang thabit dengan perintah al-Quran dan Hadis. Antara lain firman Allah di dalam Surah Al-Jumu’ah 62:10 yang bermaksud:
“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”
Malah ibadah zikir ini adalah ibadah yang dianjurkan supaya dilakukan dalam setiap keadaan. Dalam menafsirkan ayat al-Quran Surah Aali Imran 3:110 yang bermaksud: (Orang-orang yang berakal iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata), Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." Ahli tafsir mengatakan yang dimaksudkan adalah berzikir dituntut dalam segenap keadaan.
Hadis Nabi di dalam Musnad Imam Ahmad misalnya memberikan gambaran tentang kepentingan banyak berzikir dengan sabda nabi yang bermaksud “bahawa lidah kamu sentiasa basah dengan zikrullah”.
Oleh kerana tidak biasa dan jahil hukum, akhirnya sebahagian ahli masyarakat kita menjadi kecoh dan bingit apabila melihat rakaman majlis zikir yang dilakukan di dalam keadaan berdiri sambil badan bergoyang-goyang sedangkan berzikir dalam keadaan berdiri thabit dengan nas al-Quran yang disebutkan di atas dan goyangan badan menghayati alunan zikir berlaku semenjak dari zaman para sahabat Nabi lagi.

FAKTOR ‘tidak biasa’ ma­sya­­rakat terhadap sesuatu amalan dijirus pula menjadi semakin marak dengan sikap mudah memandang serong amalan umat Islam lain menyebabkan masyarakat kita menjadi kecoh dan bingit misalnya melihat rakaman ‘mencium kaki’ guru sedangkan perkara tersebut tidak dilarang di dalam Islam.
Kaki Rasulullah SAW pernah dicium oleh para sahabat baginda sebagai tanda kasih dan hormat malah oleh orang Yahudi yang meyakini kenabian dan kerasulan baginda. Sayidina Ali r.a. pernah mencium kaki bapa saudaranya Sayidina Abbas r.a dan ketika sahabat Nabi Imran bin Husain mencium dahi, tangan dan kaki bapanya yang baru memeluk Islam, Rasulullah SAW menitiskan air mata dan mengatakan bahawa ketika Husain bapa Imran masuk ke majlis sebagai seorang kafir, si anak langsung tidak berpaling memandang bapanya, manakala apabila bapanya telah menjadi muslim, Imran telah memenuhi hak-hak bapanya.
Ya, di sana ada dua sudut yang berbeza, sudut hukum sesuatu amalan dan sudut beramal dengan amalan tersebut kerana tidak semua perkara yang tidak dilarang oleh hukum sesuai kita lakukan. Amalan mencium kaki orang yang selayaknya dihormati seperti ibu bapa dan para ulama pewaris nabi walaupun tidak dilarang oleh hukum, namun di tempat-tempat yang amalan tersebut tidak membudaya seumpama di negara kita, elok dijauhi atas dasar Al-’Aadah muhakkamah (adat kebiasaan memberi kesan kepada hukum) dan demi menjauhi fitnah dan tohmahan kerana dar-ul mafaasid muqaddam ‘ala jalbil masaalih (menolak keburukan lebih diutamakan berbanding menarik kebaikan (jika kedua-duanya saling bersaing).
Dalam masa sama, kita pula elok mengambil panduan Illahi dan bim­bingan Qurani, Surah Al-Hujuraat 49:12 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
Ketandusan husnuz zhon (bersangka baik) di dalam hati sanubari inilah yang menjadi pendorong sebahagian ahli masyarakat termasuk yang memakai imej ilmuwan agama menuduh para habaib (habib-habib keturunan Rasulullah SAW) yang datang ke negara kita membawa misi dakwah dan kasih sayang, ke­sederhanaan dan keterbukaan sebagai pembawa ajaran-ajaran songsang, sebagai Syiah yang bertaqiyyah (Syiah yang berpura-pura Ahli Sunnah wal Jamaah) dan pelbagai sangkaan buruk yang lain.
Bukti? Jawapan mereka: Ada siasatan yang dilakukan oleh ‘sumber-sumber yang boleh dipercayai’. Semurah itukah maruah saudara seagama seakidah dengan kita yang kita diberi peringatan oleh Rasulullah SAW bahawa mencaci mereka merupakan suatu kefasikan dan membunuh mereka merupakan suatu bentuk kekufuran?
Jawapan mereka: Ya, para habaib ini memang sesat kerana mereka adalah penyembah-penyembah kubur! Innalillahi wainnaa ilaihirooji’uun, berat betul tuduhan yang dilemparkan, label penyembah kubur bermakna saudara seagama yang bersyahadah, solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji telah kita tuduh sebagai orang kafir musyrik yang menyembah selain daripada Allah!
Manakah bukti? Jawapan mereka: Buktinya mereka sering berziarah ke kuburan, berdoa di sana, malah berdoa menghadap ke kubur bukan ke arah kiblat dan malah ada yang menyeru nama orang yang di dalam kubur. Kita katakan menziarahi kubur thabit kesunahannya daripada suruhan Rasulullah SAW sendiri dan sepakat dalam kalangan para ulama bahawa hukumnya sunat.
Berdoa di kubur pula tiada larangan, malah pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, berdoa membelakangkan kiblat dan menghadap ke kubur khususnya kepada makam Rasulullah SAW adalah panduan para ulama seumpama Imam Malik r.a. Menyeru nama orang yang telah meninggal dunia pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda sendiri, maka di manakah yang dikatakan menyembah kubur itu kalau tidak terhasil daripada sikap berburuk sangka kita kepada saudara seagama?
Kata sebahagian, berdoa sepatutnya menghadap kiblat, bukan menghadap kubur. Tanya kita, mana dalilnya? Kiblat bukankah Kaabah yang diperbuat daripada batu yang kita muliakan hanya atas perintah dan ketentuan daripada Allah SWT sendiri.
Surah Ali ‘Imran 3:96 yang bermaksud: “Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.”
Manusia kita muliakan kerana dimuliakan oleh Allah sendiri sebagaimana dinyatakan Surah Al-Isra’ 17:70 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.”
Apabila menghadap Kaabah bermakna membelakangi insan yang mulia dan dimuliakan oleh Allah SWT dan menghadap kepada insan yang mulia bermakna membelakangi Kaabah, maka apakah pilihan kita?
Diriwayatkan di dalam Sunan Ibn Majah sabda Nabi SAW kepada Kaabah yang bermaksud: “Alangkah eloknya kamu dan alangkah eloknya keharumanmu, alangkah agungnya kamu dan alangkah agungnya kehormatanmu. Demi yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya (demi Allah) sesungguhnya kehormatan seorang mukmin itu lebih besar di sisi Allah kehormatannya berban­ding kamu, hartanya dan darahnya dan bahawa kami tidak berprasangka dengannya kecuali dengan kebaikan.”
Maka setelah diterangkan oleh Rasulullah SAW sedemikian rupa, apakah alasan kita menuduh sebagai penyembah kubur saudara-saudara kita yang melebihkan kemuliaan seorang mukmin berbanding kemuliaan Kaabah lalu memilih menghadap ke kuburan dan membelakangi Kaabah ketika berdoa melainkan sangkaan-sangkaan buruk yang bersarang di hati kita terhadap saudara-saudara seagama?
Lebih jelik lagi, sangkaan buruk kita itu kita halakan terhadap keturunan Rasulullah SAW sendiri sehingga ada yang tergamak mempersoalkan nasab keturunan mereka, benarkah mereka ini memang keturunan Rasuulullah SAW sedangkan mempersoalkan nasab keturunan seseorang termasuk salah satu daripada sifat jahiliah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Al-Bukhari sabda nabi yang bermaksud, ciri-ciri jahiliah adalah mempersoalkan nasab keturunan ... sehingga akhir hadis. Bagaimana halnya kalau sampai mempertikaikan nasab keturunan Rasulullah SAW sendiri?
Panjang ceritanya kalau hendak dihuraikan satu persatu, kelak membabitkan isu slogan yang benar, ‘Kembali berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah’ tetapi bermaksud buruk dan batil, membabitkan kefahaman terhadap makna bidaah, apakah yang dikatakan bidaah yang sesat, kefahaman terhadap makna ketuhanan, tauhid dan syirik, tawassul dan istighaathah dan lain-lain.
Di zaman fitnah ini di mana yang batil diangkat sebagai hak dan yang hak dijerumuskan pula sebagai batil, sikap mahu berbincang secara ilmiah, berani berdialog secara bersemuka, mendapatkan kepastian sebelum menuduh adalah sikap selamat yang mengelakkan kita daripada dibakar api fitnah di dunia dan api neraka di akhirat. Serahkan sesuatu urusan itu kepada ahlinya, insya-Allah agama dan dunia kita kedua-duanya terjaga dan terpelihara.