Sabtu, 21 September 2013

Kenapa Chin Peng tidak Rashid Maidin ?

بسم الله الرحمن الرحيم





Sambutan Hari Malaysia disambut dengan isu Chin Peng mati nak bawa balik ke Malaysia, boleh atau tak !? Ada yg kata tak boleh, ada yang minta dibolehkan dengan macam-macam alasan. Pelik juga sebab Chin Peng mati pun dijadikan modal isu. Itulah Malaysia tanah airku. Saya berminat untuk berkongsi pandangan Datuk Zulkifli Bin Noordin di dalam blog beliau.

"Satu perkara yang saya agak musykil ialah mengapa semasa Allahyarham Rashid Madin, bekas pimpinan utama PKM dan Ketua Rejimen Ke-10 PKM (pengganas Melayu) meninggal dunia pada 01 Sep 2006 di Sisakoin, Selatan Thailand, langsung tidak kedengaran bunyi mendesak jenazah Allahyarham dibawa balik ke Malaysia untuk dikebumikan.


Sedangkan Rashid Madin anak jati kelahiran Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak yang dilahirkan pada 10 Okt 1917. Ibubapa dan ahli keluarganya masih berada di Malaysia. Beliau belajar awalnya di Madrasah Kg. Gunung Mesah, kemudiannya ke Sekolah Melayu Gunung Panjang hingga Darjah 5.

Rashid Madin berkahwin dengan Hamidah tahun 1938 dan dikurniakan empat orang anak.Beliau kemudiannya berkahwin lagi dengan komrad komunisnya bernama Selamah bt Abdullah dan dikurniakan seorang anak.
 
Rashid Madin adalah orang kanan Chin Peng dan sentiasa bersama beliau samada dalam perjuangan dihutan, mewakili PKM dalam mesyuarat gerakan komunis di London 1947, wakil PKM dalam Rundingan Baling 1955, dan mewakili PKM bersama Chin Peng dalam Perjanjian Damai Haadyai 1989.

Seperti Chin Peng, Rashid Madin tidak pernah menjadi, atau diterima menjadi warganegara Malaysia setelah kemerdekaan 1957.

Persoalannya mengapa kematian Rashid Madin tidak dijadikan isu oleh suara-suara sumbang yang kini mendesak bukan sahaja mayat Chin Peng dibenarkan dibawa balik untuk dikebumikan di Malaysia, malah ada yang lebih biadap dan kurang ajar mendesak mayat pengganas ini diberi pernghormatan sebagai pejuang kemerdekaan negara!
 
Adakah suara-suara sumbang itu menjadi syaitan bisu hanya kerana Rashid Madin beragama Islam dan seorang Melayu? Tepuk dada tanyalah otak sendiri! 
 
Saya juga sedih dan terkilan melihat ada suara-suara sumbang pimpinan berbangsa Melayu dikalangan pembangkang yang meminta supaya mayat Chin Peng dibenarkan balik ke Malaysia! Apakah mereka ini buta sejarah? Atau buat hati? Atau sekadar bersandiwara politik demi undi tanpa memikirkan kepentingan agama, bangsa dan negara?
 
Malah ada peliwat-peliwat demokrasi yang menyeru supaya "let bygone be bygone". Mereka meminta kita melupakan sejarah kekejaman dan kezaliman anasir subversif dan pengganas komunis PKM pimpinan Chin Peng yang telah membunuh rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum. Mereka meminta kita melupakan darah rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum yang berlumuran ditangan Chin Peng! Untuk apa? Untuk mendapat undi? Untuk menang pilihanraya?

Yang lebih parah, ada kalangan anak muda Malaysia termasuk bangsa Melayu yang tak tahu hujong pangkal sejarah keganasan Chin Peng dan PKM, yang terpengaruh dengan politik sempit, rasis, ekstremis dan dakyah serta sentimen emosi mainan cauvinis dan pembangkang, menyatakan sokongan supaya mayat Chin Peng dibenarkan dibawa balik, dan kata mereka "kami bersedia menyambut jenazah Chin Peng untuk disempurnakan sebagai pahlawan!!!".

Apaka mereka ini begitu buta sejarah, buta hati perut sampai tidak tahu membezakan yang hak dan batil, yang benar dan zalim? Dimana silap kita sehingga lahir anak-anak muda sebodoh dan sebangang ini?"
 
Sesuatu yang wajar untuk difikirkan. Kenapa Chin Peng tidak Rashid Maidin? Semoga Allah Ta'ala menjaga Malaysia dari malapetaka dan marabahaya.
 
اللهم استرنا يا ستار
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan