Sabtu, 21 September 2013

KITA LUPAKAN DIA SAHAJA.

بسم الله الرحمن الرحيم


"MENGAPA CHIN PENG PERLU DI TOLAK SAMA SEKALI

PKM - Partai Komunis Malaya yang ditubuhkan pada awal tahun 30an bekerjasama dengan pihak British menentang Jepun bukan hanya untuk membebaskan Malaya tetapi mempunyai agenda lebih besar dari apa yang kita ketahui.

i. PERTAMA, untuk mendapatkan bekalan senjata, peluru dan latihan ketenteraan dari pihak British. Selepas perang kesemua senjata ini tidak dipulangkan, malah digunakan pula untuk memerangi pihak British.

ii. KEDUA, matlamat utamanya adalah untuk mendominasi politik di MALAYA selepas perang dunia kedua dan menukar sistem pemerintahan kepada sebuah Republik Komunis. Ini terbukti dengan percubaan mengambil alih pemerintahan di Malaya oleh PKM dan kuncu-kuncunya sejurus selepas kekalahan Jepun. Kalau tidak kerana penentangan berani masyarakat Sg. Manik dan kembalinya pihak British ke Malaya, mungkin lebih ramai orang Melayu akan di sembelih.

iii. KETIGA, orang-orang Cina memang berdendam dengan Jepun. Ini kerana Jepun telah menyerang CHINA pada tahun 1937 dan seterusnya membunuh dan menyeksa berjuta rakyatnya. Pembabitan PKM menentang Jepun di Malaya adalah sekadar membalas dendam dan melindungi kepentingan orang Cina di Malaya.

iv. KEEMPAT, Malaya adalah 'lombong emas' bagi British dan KOMUNIS CHINA. Bagi PKM menguasai Malaya dari segi politik dan ekonomi akan membolehkannya membantu negara asal membina semula ekonomi yang telah ranap akibat peperangan menentang penjajah dan peperangan sesama sendiri.

v. Mulai 1969 hingga 1989. kita saksikan PKM terus melaksanakan revolusi bersenjata yang meyebabkan ribuan angguta pasukan keselamatan dan rakyat kita (termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain) terkorban ataupun cedera. Tidak kurang juga harta benda negara di musnahkan.

Semasa itu kita sudah pun merdeka. Nak bebas apa lagi ! Bukankah mereka ingin bebaskan MALAYSIA dari kepimpinan Bangsa Melayu? Herokah Chin Peng ini? Hero untuk siapa? Untuk orang Melayu tak mungkin. Untuk orang Cina Malaysia, ramai juga yang merasai kekejaman dan mati ditangan PKM, dan sama-sama berjuang menentang bermati-matian terhadap mereka. Kemungkinan besar Chin Peng hanya ingin berbakti kepada negara asal ibundanya, Republik Komunis China.

KITA LUPAKAN DIA SAHAJA

Salam,
Sharom Hashim" 
 
p/s : Artikel yang ditulis Kolonel (B) Sharom Hashim yang saya dapat daripada blog Datuk Zul Noordin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan