Jumaat, 20 September 2013

Tiada namanya jihad berbantaian sesama muslim.

بسم الله الرحمن الرحيم



Videoklip tersebut adalah petikan wawancara dengan Syeikh Salahuddin Ibrahim, salah seorang Imam Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis yang mengupas isu peperangan di Suriah.

Terjemahan :


Pengacara : Syeikh, ramai ulama menyeru supaya umat Islam pergi berperang ke Suriah, apa pandangan Syeikh?

Sheikh : Ini adalah satu penipuan, putar belit, dan masih belum terlambat untuk mendedahkan penipuan dan salah laku mereka. Kalau mereka benar, sudah tentu tanah air kami akan lebih baik daripada sekarang. Maksud saya Jerusalem, Palestin. Perjuangan kami tersohor dan kami telah ditindas lebih 60 tahun, kalaupun mereka ada menyebut tentang kami sekali dua. Kenapa mereka tidak memulakan tindakan ketenteraan di sini seperti di Suriah? Adakah pintu syurga hanya terbuka di Dimasyq?

Kami pernah berjiran di Palestin, Gaza. Mereka (para ulama' itu) adalah penipu, putar belit. Dan jihad adalah tidak sah terhadap umat Islam, jiran kita dan keluarga. Agama kita satu. Ini bukan jihad. Ini hanya menguntungkan musuh Islam. Mereka (para ulama' itu) adalah penipu, mereka telah menjual diri mereka.

Pengacara : Baik! Syeikh menyatakan bahawa tindakan SAA menghentikan keganasan adalah sah terhadap kumpulan yang mengaku mujahidin tetapi terkeluar daripada agama. Kumpulan mana yang Syeikh maksudkan itu?

Sheikh : Kesemua mereka yang datang untuk menumpahkan darah saudara mereka sendiri, kesemua yang datang untuk menegakkan bendera Islam melalui darah saudara muslim mereka, harta benda dan maruah saudara mereka sendiri. Apa juga nama yang mereka labelkan diri mereka seperti kumpulan ini, briged ini, mazhab ini. Ummah ini adalah satu, Tuhan kita satu dan Kitab kita satu dan Nabi kita satu. Sesiapa yang memecahbelahkan kita bukan daripada kita (umat Islam), dan mereka yang mengangkat senjata juga bukan daripada kita. Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang mengangkat senjata terhadap kita bukan terdiri daripada kalangan kita (umat Islam)". Baginda ﷺ pernah bersabda: "Jangan kembali kepada kekafiran setelah sepeninggalan aku dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri".

Sejak bila Islam menjadi agama untuk membunuh seorang muslim yang lain? Dan agama yang menghalalkan seorang muslim membunuh saudaranya sendiri? Dan sejak bila Dimasyq menjadi pintu ke syurga? Mereka yang berkata sedemikian ini adalah penipu, mereka tidak ada agama mahupun kesedaran.







Syeikh Abdul Hamid al-Atrash, Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar dan Dr. Ahmad Husni, Timbalan Rektor al-Azhar antara ulama al-Azhar yang menolak fatwa "jihad" ke Suriah.

والله أعلم
اللهم اصلح أمور المسلمين و اصرف شر المؤذيين

p/s : Terjemahan tersebut diperolehi daripada blog Datuk Zul Noordin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan