بسم الله الرحمن الرحيم
Ada satu
perdebatan yang menarik tentang ijtihad dan taqlid antara Syeikh Muhammad Said
Ramadan al-Buti, seorang ulama Sunni di Suriah,
bersama Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, seorang tokoh Wahhabi dari
Jordan.
“Bagaimana cara anda memahami hukum-hukum
Allah, apakah anda mengambilnya secara langsung dari al-Quran dan as-Sunnah,
atau melalui hasil ijtihad para imam-imam mujtahid?”
“Aku membandingkan antara pendapat semua imam
mujtahid serta dalil-dalil mereka lalu aku ambil yang paling dekat kepada
al-Quran dan as-Sunnah.”
“Seandainya
anda punyai duit 5000 Lira. Duit itu anda simpan selama 6 bulan. Kemudian duit
itu anda belikan barang untuk diperdagangkan, maka sejak bila barang itu anda
keluarkan zakatnya. Adakah setelah 6 bulan berikutnya, atau menunggu 1 tahun
lagi?”
“Hai
saudaraku, ini masalah agama. Bukan persoalan mudah yang boleh dijawab dengan
seenaknya. Kami masih perlu mengkaji dan meneliti. Kami datang ke sini untuk
membahas masalah lain.”
“Baik
kalau memang begitu. Sekarang saya bertanya, apakah setiap muslim harus atau
wajib membandingkan dan meneliti dalil-dalil para imam mujtahid, kemudian
mengambil pendapat yang paling sesuai dengan al-Quran dan as-Sunnah?”
“Ya.”
“Maksud
jawapan anda, semua orang memiliki kemampuan berijtihad seperti yang dimiliki
oleh para imam mazhab? Bahkan kemampuan semua orang lebih sempurna dan melebihi
kemampuan ijtihad para imam mazhab. Kerana secara logiknya, seseorang yang
mampu menghakimi pendapat-pendapat para imam mazhab dengan barometer al-Quran
dan as-Sunnah, jelas dia lebih alim dari mereka.”
“Sebenarnya
manusia itu terbahagi kepada 3, iaitu مُقَلِّدٌ (muqallid - orang yang taklid), مُتَّبِعٌ (muttabi’- orang yang mengikuti) dan مُجْتَهِدٌ
(mujtahid). Orang yang mampu membandingkan
mazhab-mazhab yang ada dan memilih yang lebih dekat kepada al-Quran adalah
muttabi’. Justeru muttabi’ itu darjat tengah, antara taklid dan ijtihad.”
“Apa
kewajiban muqallid?”
“Adakah dia
berdosa kalau seumpama mengikuti seorang mujtahid saja dan tidak pernah
berpindah ke mujtahid lain?”
“Ya, dia
berdosa dan haram hukumnya.”
“Apakah
dalil yang mengharamkannya?”
“Apakah
anda hanya mengikuti Qiraah Hafs saja? Atau setiap hari, Anda mengikuti qiraah
yang berbeza-beza?”
“Tidak.
Saya hanya mengikuti Qiraah Hafs saja.”
“Mengapa
anda hanya mengikuti Qiraah Hafs saja, padahal Allah tidak mewajibkan anda
mengikuti Qiraah Hafs. Kewajipan anda membaca al-Quran sesuai riwayat yang datang
dari Nabi ﷺ secara mutawatir.”
“Saya
tidak sempat mempelajari qiraah-qiraah yang lain. Saya tak boleh membaca al-Quran
dengan selain Qiraah Hafs.”
“Orang
yang mempelajari fikah Mazhab Syafie, juga tak sempat mempelajari mazhab-mazhab
yang lain. Dia juga tidak mudah memahami hukum-hukum agamanya kecuali mempelajari
fikahnya Imam Syafie. Apabila anda mengharuskannya mengetahui semua ijtihad
para imam, maka anda sendiri harus pula mempelajari semua qiraah, sehingga anda
membaca al-Quran dengan semua qiraah itu. Kalau anda beralasan tidak mampu
melakukannya, maka anda harus menerima alasan ketidakmampuan muqallid dalam
masalah ini. Bagaimanapun, kami sekarang bertanya kepada anda, dari mana anda
berpendapat bahawa seorang muqallid harus berpindah-pindah dari satu mazhab ke
mazhab lain, padahal Allah tidak mewajibkannya. Maksudnya sebagaimana ia tidak
wajib menetap pada satu mazhab saja, ia juga tidak wajib berpindah-pindah terus
dari satu mazhab ke mazhab lain?”
Sebenarnya
yang diharamkan bagi muqallid itu menetapi satu mazhab dengan keyakinan bahwa
Allah memerintahkan demikian.”
“Jawapan
anda ini persoalan lain. Dan memang benar demikian. Akan tetapi, pertanyaan
saya, apakah seorang muqallid itu berdosa jika menetapi satu mujtahid saja,
padahal dia tahu bahawa Allah tidak mewajibkan demikian?”
“Tidak
berdosa.”
“Tetapi
isi buku yang anda ajarkan, berbeza dengan yang anda katakan. Dalam buku
tersebut disebutkan, menetapi satu mazhab saja itu hukumnya haram. Bahkan dalam
bahagian lain buku tersebut, orang yang menetapi satu mazhab saja itu dihukumi
kafir.”
Menjawab pertanyaan tersebut, Syeikh al-Albani kebingungan
menjawabnya. Demikianlah dialog panjang antara Syeikh al-Buti dengan Syeikh al-Albani,
yang didokumentasikan dalam kitab beliau اللَّامَذهبية أخطر بدعة تهدد الشريعة الإسلامية. Dialog tersebut menggambarkan bahawa
kaum Wahhabi melarang umat Islam mengikuti mazhab tertentu dalam bidang fikah.
Tetapi ajakan tersebut, sebenarnya helah mereka agar umat Islam mengikuti mazhab
yang mereka buat sendiri. Tentu saja mengikuti mazhab para ulama salaf, lebih
menenteramkan bagi kaum muslimin. Keilmuan, ketulusan dan kesolehan ulama salaf
jelas diyakini melebihi orang-orang sesudah mereka.
Tahun berapa debat ini terjadi
BalasPadamTahun berapa debat ini terjadi
BalasPadam