بسم الله الرحمن الرحيم
Apa nasib barang yang dah "expired" atau tamat tempoh? Nak buat macam mana?
Takkan nak taruh lagi, bukannya boleh guna pun lagi. Apa lagi, tong sampah la tempatnya.
Macam mana pulak dengan barang lama atau yang buruk? Nak buang jugak ka?
Nasibnya antara dua. Kalau tak kena buang, simpan dalam stor. Mana la nak tau kot kot boleh guna lain nanti.
Itu cerita benda dan barang. Macam mana pulak dengan orang, bukan orang-orang. Nak buat macam barang yang kita tak mau jugak ka?
Tak boleh la macam tu. Manusia atau orang ni ada kehormatannya. Kena bagi hak yang selayak dan sewajarnya. Kerana manusia yang mudah lupa ni, tak hairan la ada pepatah yang berbunyi habis madu sepah dibuang, ibarat kacang lupakan kulit. Belajar la menghargai jika nak dihargai.
والله أعلم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan