Jumaat, 11 Oktober 2013

Serban itu sunnah Nabi ﷺ.

بسم الله الرحمن الرحيم



 

أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ
لَا حَوْلَ وَ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ 

Apa lagi yang orang mengaku salafi yang salah-pi ni nak? Sebelum ni dikatanya pakaian rasmi al-Azhar atau زي الأزهري ada unsur syiah. Kali ni, tengoklah apa yang depa buat;
 

Dulu Syiah lani Sikh pula.Kasihan tengok perangai depa ni. Tak habis habis. Ini tak kena itu tak kena. Kena pakai ikut cara depa kot baru kena. Sikh mai selepas Islam. Ada persamaankah? كلا, لا والله ما فيش .. Tidak! Sama sekali tak sama.
 
عن نافع عن ابن عمر قال : (كان النبي ﷺ إذا اعتم سدل عمامته بين كتفيه)، قال نافع : وكان ابن عمر يسدل عمامته بين كتفيه. رواه الترمذي - نيل الأوطار
Daripada Nafi' daripada Ibn Umar berkata : (Adalah Nabi ﷺ apabila memakai serban Baginda melepaskan [ekor]serbanNya antara dua bahuNya.), berkata Nafi' : Dan adalah Ibn Umar melepaskan [ekor]serbannya antara dua bahunya. Meriwayat akannya oleh at-Tirmizi - Kitab Nailul-Autar.

   Hadis di atas, jelas menyatakan yang Baginda Nabi ﷺ berserban dan kita berserban adalah kerana mengikut sunnah Nabi ﷺ dan niat kita membezakan kita dengan depa. Niat kita pakai serban untuk apa? Tak dak seorang pun orang Islam yang pakai serban sebab nak jadi Sikh .. نعوذ بالله من ذلك .. hanyasanya kerana nak mengamalkan sunnah Nabi ﷺ agar mendapat berkat dan rahmat daripada Allah Ta'ala. Cara balutannya berbeza mengikut tempat. Itu bukan masalah besar sebab Baginda ﷺ tak mengkhususkan cara balutannya. Jika Baginda ﷺ mengkhususkannya, nescaya para sahabat akan mewariskannya kepada para tabi'in dan tabi'in kepada tabi' at-tabi'in sehinggalah kepada kita, dan akan samalah semua balutan serban umat Islam seluruh dunia. Ini tak berlaku kerana Baginda ﷺ tak mengkhususkannya.

Apa rasionalnya mengaitkan muzik dan nyanyian antara Sikh dan Sufi? Bila Guru Nanak dilahirkan? Tahun 1469M, manakala Imam al-Ghazali pada tahun 1058M. Dalam kitab Imam al-Ghazali ada perbahasan berkaitan muzik. Imam al-'Izz Abdus-Salam lahir pada tahun 1181M. Dalam kitab beliau juga ada perbahasan mengenai muzik. D sini sudah jelas bahawa perbahasan berkaitan muzik dalam Islam lebih awal kerana Sikh datangnya kemudian. Tak timbul persoalan, "Suratan atau kebetulan?". Tengok pula apa yang golongan sufi nyanyikan atau muzikkan. Golongan sufi berqasidah. Apa itu qasidah? Secara mudahnya kita faham qasidah itu syair arab yang dilagukan. Kandungan atau isi syair itu pula adalah puji-pujian dan munajat kepada Allah Ta'ala dan selawat dan salam kepada Baginda Rasul ﷺ.Tak dak nas yang melarang.
Macam mana pula muzik Sikh? Muzik Sikh (Shabad Kirtan) bermula pada abad ke-16 sebagai ungkapan muzik puisi mistik yang diilhamkan oleh pengasas Sikh , Guru Nanak. Dia kata "Sikh pun beribadat dengan muzik & nyanyian.". Adakah sufi pun beribadat dengan begitu? Apa itu ibadat? Ibadat ditakrifkan ulama dengan pelbagai takrifan, antaranya; Ibadat ialah tiap-tiap perkara yang disyaratkan padanya niat untuk ibadah atau mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala. Berqasidah antara lain adalah untuk pengisian rohani. Nak berqasidah tak disyaratkan pun berniat tapi jika berniat yang baik-baik, apa salahnya. Amat ketara bezanya. Kenapa nak dibandingkan dan disamakan?

Walhasil, sufi tak dak kena mengena dengan Sikh. لهم دينهم و لنا ديننا .. Depa agama depa, kita agama kita. Pakailah serban dengan niat menghidupkan sunnah. Usah dilayan sangat cakapan yang tak dak asas.
والله أعلم
اللهم احفظنا يا حافظ

p/s : Klip video yang atas menyebut Sanad Pemakaian Serban manakala bawahnya menyatakan serban adalah sunnah yang diakui oleh Nabi ﷺ kerana serban adalah mahkota orang arab sejak dulu. Orang yang salah-pi ni, jawab sikit cukup dah. Terserah kat depa nak terima atau dak. tak yah layan sangat, buang masa saja.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan