Isnin, 7 Oktober 2013

Zai al-Azhari.

بسم الله الرحمن الرحيم






Kata Idris Sulaiman, "Kenapa Syaikh-Syaikh Al-Azhar masih lagi memakai jubah berwarna hitam di mana pelajar-pelajar kita apabila balik dari Mesir mereka terkesan dan dia pun pakai. Kenapa jubah warna hitam? Kerana hendak menyatakan kesedihan, berkabung atas kematian Al-Husain. Kopiah yang mereka pakai; putih atasnya merah, putih itu melambangkan kesucian Al-Husain, merah itu melambangkan darah Husain yang ditumpahkan. Kesan-kesan ajaran Syiah itu masih ada lagi." [ http://ustazidrissulaiman.wordpress.com/2013/09/03/ - Di perenggan akhir sebelum tajuk NABI MENINGGALKAN PETUNJUK UNTUK DIIKUTI. ]


Entah mana belukar orang ini kutip cerita. Inikah yang dikatakan orang, “Pandai tak boleh nak tumpang, bodoh tak boleh nak ajar.”? Pedulikan dia dengan cerita dongengnya.


Kaftan, jubah, tarbus, dan serban adalah pakaian tradisi masyarakat Mesir juga Benua Afrika secara amnya. Bezanya adalah pada balutan serban. 

Basikal, motosikal, motokar, telefon, telefon bimbit, dan lain-lain benda lagi berevolusi mengikut peredaran dan perkembangan zaman. Tak terkecuali pakaian rasmi al-Azhar atau Zai al-Azhari. Itulah Zai al-Azhari seperti yang dipakai oleh masyaikh al-Azhar lani. 

Tak dak kena mengena dengan Syiah langsung. Kononnya warna hitam melambangkan berkabung, putih kesucian Saidina Husin, dan merah darah Saidina Husin. Cereka, cerita yang direka semata-mata. Ada saja jubah berwarna biru gelap, perang, dan lain-lain. Jangan kaitkan warna dengan imaginasi melampau. Warna tak bersalah.
والله أعلم
اللهم اصلح لنا الشؤون

p/s : Entah apa tujuannya tulis begitu, biarlah!Tak perlu ulas panjang-panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan