Rabu, 18 Julai 2012

Dalil-dalil Amalan Tahlil & Kenduri Arwah.


بسم الله الرحمن الحيم.
الحمدلله لا إله إلّا الله, و الصلاة و السلام على رسول الله, و على آله و صحبه و من ولاه. و بعد.


DEFINISI.
Tahlil :
Berasal daripada kalimah Arab هَلَّلَ يُهَلِّلُ تَهْلِيْلًا  bermaksud mengucap kalimah لاإله إلا الله  .
        Menurut istilah, seperti yang disebut di dalam kitab Tahlilan Dalam Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah oleh KH. Mahyudin Abdus-Shomad ialah bersama-sama mengucapkan kalimah toyyibah dan berdoa bagi orang yang sudah meninggal dunia.
Menurut pemahaman masyarakat  Melayu kita pula ialah himpunan zikir yang terkandung di antaranya surah-surah pilihan,ayat-ayat pilihan, solawat ke atas Nabi, tahlil ( لا إله إلا الله ), dan lain-lain lagi dan di akhiri dengan doa kepada si mati.
Dalam huraian di atas dapat kita fahami dan simpulkan bahawa tahlil bukan sahaja mengucap kalimah لا إله إلا الله  , tetapi juga membaca surah-surah pilihan, ayat-ayat pilihan, dan lain-lain lagi dari kalimah toyyibah. Seterusnya didoakan kepada Allah untuk si mati agar dirahmati dan diberi segala kebaikan.
Kenduri Arwah :
Menurut Kamus Dewan, kenduri arwah diertikan kenduri untuk memperingati ( mendoakan ) orang yang telah meninggal.
Seperti yang kita sedia maklum, apabila berlaku kematian di dalam masyarakat Melayu kita, keluarga si mati akan melakukan kenduri ( kenduri arwah ) yang mana sebelum jamuan dihidangkan bacaan tahlil akan dibacakan oleh jemaah yang hadir.
HUKUM & DALIL.
Secara umumnya, dapat kita katakan bahawa hukum membaca tahlil dan melakukan kenduri arwah adalah harus. Ini berdasar perbahasan ulama-ulama di dalam penulisan-penulisan mereka yang bersandarkan dari sumber-sumber hukum syarak. Setakat yang diketahui tiada larangan yang jelas dari nas-nas syarak yang melarang amalan tersebut. Dalil-dalil larangan yang didatangkan oleh golongan penentang amalan  tersebut adalah tidak kukuh dan mereka seolah-olah bersifat terburu-buru dalam mengeluarkan hukum kerana banyak kecacatan terdapat dalam cara mereka mengeluarkan hukum.
Meskipun pada asalnya adalah harus kerana tiada nas yang sarih/nyata dalam amalan tahlil dan kenduri arwah ini, tidak bererti kita tidak mendapat apa-apa bila melakukannya kerana kandungan tahlil itu adalah himpunan zikir dan juga doa untuk si mati yang merupakan tuntutan agama. Begitu juga dengan melakukan kenduri arwah. Apa salahnya memberi makan kepada orang? 
Dalam perbahasan yang kecil ini dicuba semampu ada untuk mendatangkan dalil-dalil bagi permasalahan tahlil dan kenduri arwah yang dibangkitkan semula oleh golongan tertentu.
1 – Dalil umum keharusan bertahlil :
Dalil al-Quran :
Ritual bacaan tahlil pada hakikatnya adalah nama atau istilah untuk suatu acara berzikir dan berdoa atau bermunajat bersama kepada Allah dengan  membaca kalimah-kalimah toyyibah seperti tahmid, takbir, tasbih, selawat, doa-doa dan lain-lain. Dan pada intinya ritual tersebut adalah doa yang dilakukan sejumlah orang untuk mendoakan si mati kerana Allah memerintahkan kita untuk berdoa kepadaNya seperti yang tersebut di dalam al-Quran:


-           Surah Muhammad, 19 :
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).

Dari ayat tersebut menerangkan bahwa orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan mendapatkan manfaat dari istighfar orang mukmin lainnya untuknya.

-          Surah  Nuh, 28 :
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!

-          Surah Ibrahim, 40-41 :
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

-          Surah Al Hasyr, 10 :

 Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.
Beberapa ayat dan keterangan tersebut menjadi bukti nyata bahwa orang yang beriman tidak hanya memperoleh pahala dari perbuatannya sendiri bahkan mereka juga mendapat  manfaat dari  amalan orang lain.
Dalil al-Hadis :
Selain dalil daripada al-Quran yang menerangkan bahawa orang yang sudah meninggal dunia mendapat manfaat amalan orang lain, dalam al-Hadis juga tedapat keterangan yang menyatakan hal tersebut. Seperti Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radiallahuanhu :

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ إِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَى الْمَيِّتِ فَأَخْلِصُوْا لَهُ الدُّعَاَء (سنن الترمذى)
“Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, Jika kamu semua menyembahyangkan mayat, maka berdoalah dengan ikhlas untuknya. (Sunan At-Tirmizi)

Hadis tersebut secara jelas menerangkan bahawa Rasulullah memerintahkan kepada umat islam untuk mendoakan orang yang sudah meninggal dunia dengan tulus ikhlas. Hal ini bererti bahawa doa yang dibaca dengan ikhlas  bermanfaat bagi si mati yang dimaksudkan. Jika tidak ada manfaatnya nescaya Rasulullah tidak bersabda sedemikian. Setiap perkataan dan tingkah laku Rasulullah tidak sia-sia.

اَنَّ عَائِشةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا سَأَلَتِ النَّبِيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَيْفَ أَقُوْلُ إِذَا اسْتَغْفَرْتُ لِاَهْلِ الْقُبُوْرِقَالَ قُوْلِى اَلسَّلَامُ عَلَى أَهْلِ الْدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَيَرْحَمُ اللهُ الْمُسْتَقْدِمِيْنَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِيْنَ وَإنَّا إنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لَاحِقُوْنَ (صحيح مسلم)
“Sesungguhnya Aisyah radiallahuanha  bertanya kepada Rasulullah ﷺ; Apa yang harus dibaca ketika aku memohon ampun bagi ahli kubur? Rasulullah ﷺ menjawab; Ucapkanlah olehmu: Salam sejahtera atas engkau semua wahai ahli kubur dari golongan mukminin dan muslimin, semoga Allah  melimpahkan Rahmat-Nya bagi orang-orang yang mendahului serta orang-orang yang datang kemudian dari kami, dan dengan izin Allah kami akan menyusul kalian.”

Hadis di atas menerangkan bahawa Rasulullah menganjurkan untuk menziarahi kubur dan mengucapkan salam kepada ahli kubur serta mendoakannya dan ada juga hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah sering ziarah ke Makam Baqi’. Dapat difahami dari penjelasan tersebut, bahawa ahli kubur dapat mendengar salam dari orang yang mengucapkan salam kepada ahli kubur tersebut dan memperoleh manfaat dari doa tersebut.

Banyak lagi dalil dari al-Hadis yang menjelaskan bahawa amalan orang yang masih hidup dapat memanfaatkan orang-orang yang sudah meninggal dunia, dan dengan disebutkan beberapa dalil dari al-Hadis yang tersebut di atas dirasakan sudah memadai untuk difahami oleh kita yang awam ini.

Dalil Kaedah-kaedah Fikah :
         الأصل فى الأشياء الإباحة إلا إذا دل الدليل على تحريمه فهو حرام .  
Hukum asal sesuatu ialah harus melainkan ada dalil yang mengharamkan, maka hukumnya   haram.
Dalam permasalahan tahlil ini, kita tidak dapati dalil dari al-Quran mahu pun as-Sunnah yang  secara jelas mengharamkan atau mengharuskan. Justeru, kita mengambil kira pada hukum asalnya iaitu harus kerana tiada larangan yang jelas.
         الأمور بمقاصدها .
Tiap-tiap perkara itu menurut apa yang diniatkan.
Daripada kaedah yang pertama tadi dapat kita fahami bahawa hukum asalnya adalah harus kerana tiada larangan yang jelas.  Kaedah yang kedua ini pula menjelaskan kepada kita bahawa setiap apa yang kita lakukan tak dapat tidak berkait dengan apa yang kita niatkan. Jika kita niatkan bacaan tahlil tadi untuk si mati, dengan izin Allah sampai pahalanya kerana yang memberi itu adalah Allah.  
2 - Dalil bacaan-bacaan dalam tahlil :      
2.01 -  Membaca Surah Al-Fatihah.
Dalil mengenai keutaman Surah Fatihah:
عَنْ أَبِي سَعِيدِ بْنِ الْمُعَلَّى قَالَ: قَالَ لِيْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَلَا أُعَلِّمُكَ أَعْظَمَ سُورَةٍ فِي الْقُرْآنِ قَبْلَ أَنْ تَخْرُجَ مِنَ الْمَسْجِدِ؟. فَأَخَذَ بِيَدِي فَلَمَّا أَرَدْنَا أَنْ نَخْرُجَ قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قُلْتَ لَأُعَلِّمَنَّكَ أَعْظَمَ سُورَةٍ مِنَ الْقُرْآنِ. قَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ هِيَ السَّبْعُ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيمُ الَّذِي أُوتِيتُهُ. )رواه البخاري(
Ertinya: “Daripada Abu Said al-Mualla radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda kepadaku: “Mahukah aku ajarkan kepadamu surah yang paling agung dalam al-Quran  sebelum engkau keluar dari masjid?”. Maka Rasulullah memegang tanganku. Dan ketika kami hendak keluar, aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Engkau berkata bahawa Engkau akan mengajarkanku surah yang paling agung dalam al-Quran”. Baginda  menjawab: “الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (Surah al-Fatihah), ia adalah tujuh ayat yang diulang-ulang (dibaca pada setiap sembahyang), ia adalah al-Quran yang agung yang diberikan kepadaKu”.
(Hadis riwayat al-Bukhari).
2.02 - Membaca Surah al-Ikhlas.
Dalil mengenai keutamaan Surah  al-Ikhlas.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ: أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ ثُلُثَ الْقُرْآنِ فِي لَيْلَةٍ فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ وَقَالُوا أَيُّنَا يُطِيقُ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ ثُلُثُ الْقُرْآنِ .) رواه البخاري(
“ Daripada Abu Said al-Khudri  radiallahuanhu, dia berkata: Nabi  bersabda kepada para sahabatNya: “Apakah kalian tidak mampu membaca sepertiga al-Quran dalam semalam?”. Maka mereka merasa berat dan berkata: “Siapakah di antara kami yang mampu melakukan itu, wahai Rasulullah?”. Jawab baginda: “اللَّهُ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ (Surat al-Ikhlas) adalah sepertiga al-Quran”(Hadis riwayat al-Bukhari).
2.03 - Membaca Surah al-Falaq
2.04 - Membaca Surah an-Naas
Dalil keutamaan Surah al-Falaq dan an-Naas.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِي اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اشْتَكَى يَقْرَأُ عَلَى نَفْسِهِ بِالْمُعَوِّذَاتِ وَيَنْفُثُ فَلَمَّا اشْتَدَّ وَجَعُهُ كُنْتُ أَقْرَأُ عَلَيْهِ وَأَمْسَحُ بِيَدِهِ رَجَاءَ بَرَكَتِهَا. )رواه البخاري(
“ Daripada Aisyah radiallahuanha, bahawasanya Rasulullah bila  sakit Baginda membaca sendiri al-Muawwizaat (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas), kemudian meniupkannya. Dan apabila rasa sakitNya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tanganNya mengharap keberkatan dari surah-surah tersebut”.
(Hadis riwayat al-Bukhari).
2.05 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 1 sampai 5
2.06 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 163
2.07 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 255 (Ayat Kursi)
2.08 - Membaca Surah al-Baqarah ayat 284 sampai akhir surah.
Dalil keutamaan ayat-ayat tersebut:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ قَالَ: مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ لَمْ يَدْخُلْ ذَلِكَ الْبَيْتَ شَيْطَانٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ حَتَّى يُصْبِحَ أَرْبَعًا مِنْ أَوَّلِهَا وَآيَةُ الْكُرْسِيِّ وَآيَتَانِ بَعْدَهَا وَثَلَاثٌ خَوَاتِيمُهَا أَوَّلُهَا ( لِلَّهِ مَا فِي السَّمَوَاتِ ).) رواه ابن ماجه(

“Daripada Abdullah Bin Mas’ud radiallahuanhu, dia berkata: “Barangsiapa membaca 10 ayat dari Surah al-Baqarah pada suatu malam, maka syaitan tidak masuk rumah itu pada malam itu sampai pagi, iaitu 4 ayat permulaan dari Surah al-Baqarah, Ayat Kursi dan 2 ayat sesudahnya, dan 3 ayat terakhir yang dimulai (
لِلَّهِ مَا فِي السَّمَوَاتِ).” (Hadis riwayat: Ibnu Majah).
2.09 - Membaca Tahlil : لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ

Dalil mengenai keutamaan membaca tahlil (kalimah لا إله إلا الله ):
عَنْ جَابِرِ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِي اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الْحَمْدُ لِلَّهِ . )رواه الترمذي وابن ماجه(
“ Dari Jabir bin Abdullah radiallahuanhuma, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik zikir adalah ucapan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ, dan sebaik-baik doa adalah ucapan الْحَمْدُ لِلَّهِ”. (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah).

عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى . )رواه مسلم(
“ Daripada Abu Zar radiallahuanhu, daripada Nabi  , sesungguhnya Baginda bersabda: “Bahawasanya pada setiap tulang sendi kalian ada sedekah. Setiap bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap bacaan tahmid itu adalah sedekah, setiap bacaan tahlil itu adalah sedekah, setiap bacaan takbir itu adalah sedekah, dan amar makruf nahi munkar itu adalah sedekah, dan mencukupi semua itu dua rakaat yang dilakukan seseorang dari Sembahyang Duha.” (Hadis riwayat Muslim).

Syeikh Ibnu Taimiyyah ditanya mengenai bertahlil. Apa katanya? Lihat dalam Majmuk al-Fatawanya ;
و سئل عمن ((هلل سبعين ألف مرة,و أهداه للميت,يكون براءة من النار)) حديث صحيح أم لا؟ و إذا هلل الإنسان و أهداه إلى الميت يصل إليه ثوابه, أم لا؟
فأجاب: إذا هلل الإنسان هكذا: سبعون ألف,أو أقل,أو أكثر,و أهديت إليه,نفعه الله بذلك,وليس هذا حديثا صحيحا,و لا ضعيفا.والله أعلم

Ibnu Taimiyyah ditanya  mengenai orang yang: ((bertahlil 70000 kali dan dijadikan hadiah (pahalanya) kepada orang mati, agar menjadi kelepasan bagi si mati dari api neraka)). Adakah Hadis tersebut sahih atau tidak? Dan apabila bertahlil seseorang dan dihadiahkan (pahalanya) kepada orang mati adakah pahalanya sampai kepada si mati atau tidak?
Maka Ibnu Taimiyyah menjawab:
Apabila bertahlil seseorang dengan yang sedemikian 70000 atau kurang atau lebih dan dihadiahkan kepada si mati, Allah menjadikannya bermanfaat baginya dengan yang sedemikian itu. Dan Hadis tersebut tidaklah sahih dan tidak juga doif (yakni tidak sabit kedudukan Hadis tersebut di sisi Ibnu Taimiyyah). Allah jualah Yang Maha Mengetahui.
2.10 - Membaca selawat Nabi.
Dalil keutamaan membaca selawat Nabi:
-          Surah Al-Ahzab, 56 :
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad ); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadaNya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً (رواه الترمذي وقال: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ) ثُمَّ قَالَ: وَرُوِي عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا وَكَتَبَ لَهُ بِهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ.
“ Daripada Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Manusia yang paling utama di sisiKu pada Hari Kiamat ialah yang paling banyak membaca selawat kepadaKu” (Hadis riwayat at-Tirmizi, dan dia berkata: Hadis ini Hasan Gharib). Kemudian dia berkata: Dan diriwayatkan daripada Nabi , sesungguhnya Baginda bersabda: “Barangsiapa membaca selawat kepadaKu sekali, maka Allah memberinya selawat (rahmat) kepadanya 10 kali dan mencatat 10 kebaikan untuknya”.
2.11 - Membaca doa.
Keutamaan berdoa:
-          Surah Ghaafir, 60 :
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ.) رواه ابن ماجه و الترمذي, و قال هذا حديث حسن غريب(

“ Daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, daripada Nabi 
, baginda bersabda: “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di  sisi Allah daripada doa”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmizi, kata at-Tirmizi: hadis ini Hasan Gharib)
Demikianlah dalil-dalil yang dijadikan landasan kepada amalan tahlil untuk mendoakan si mati agar diampuni kesalahan-kesalahanya ketika di dunia atau di tambah pahalanya oleh Allah. Jadi, kalau dikatakan bertahlil itu tidak ada dasar hukumnya, tidak ada dalilnya, atau tidak ada landasannya, maka jelas sekali kenyataan itu sebenarnya salah sesalah-salahnya. Dalil-dalil  yang tertera  sudah cukup  untuk dijadikan dasar pengambilan hukum.
3- Dalil Kenduri Arwah :
                Ada riwayat di dalam Sahih Bukhari :
حدثنا ‏ ‏عمرو بن خالد ‏ ‏قال حدثنا ‏ ‏الليث ‏ ‏عن ‏ ‏يزيد ‏ ‏عن ‏ ‏أبي الخير ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن عمرو ‏ ‏رضي الله عنهما ‏
‏أن رجلا سأل النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم :‏ ‏أيّ الإسلام خير؟ قال ‏: ‏تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف.
Telah memberitahu kepada kami oleh ‘Amr  Bin Khalid, beliau berkata : telah memberitahu kepada kami oleh Al-Lais daripada Yazid daripada Abil-Khair daripada ‘Abdullah Bin ‘Amr RadiaLlahu-‘anhuma bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah ﷺ :  Yang manakah pekerjaan Islam yang lebih baik? Jawab Nabi ﷺ : Memberi makanan kepada manusia dan sebarkan salam kepada orang yang kamu kenali atau pun tidak.
                Memberi makanan dalam Hadis tersebut bersifat umum, tidak dikaitkan dengan perkara yang khusus. Termasuklah antaranya kenduri arwah, memberi makanan kepada peminta-peminta sedekah dan sebagainya. Menurut kaedah, kita tidak boleh mengkhususkan sesuatu hukum dengan dalil yang umum selagi mana tidak ada dalil yang mengkhususkannya.
                Meskipun begitu, perlu diingatkan di sini bahawa mengadakan kenduri arwah dengan perbelanjaannya dari  harta pusaka si mati yang sebahagian dari pewarisnya belum baligh yang masih belum tiba masa  berhak menguruskan hartanya , maka haram.  Sebaliknya jika harta pusaka tersebut telah dibahagikan dan diambil dari perwaris yang sudah berhak mengurus hartanya sendiri, atau harta yang selain  dari pusaka si mati misalnya duit gaji anak / waris si mati sendiri, bukan merupakan wang harta pusaka, maka tiada halangan keharusannya mengadakan kenduri arwah dengan menggunakan harta yang begitu.
Hadis Towus (طاوس ) :

 ( ان الموت يفتنون فى قبورهم سبعا . فكانوا يستحبون أن يطعموا عنهم تلك الأيام . )  
 Ertinya : Berkata Towus, bahawasanya segala orang yang mati itu difitnah di dalam kubur           mereka dalam masa 7 hari. Maka adalah mereka itu ( para Sahabat) suka memberi makanan ganti daripada mereka itu ( orang-orang mati di dalam kubur ) pada demikian hari.  

               Maksud Hadis tersebut ialah orang-orang yang mati akan ditimpa dengan fitnah selama 7 hari pertama selepas dikebumikan. Para Sahabat suka berbuat kebajikan dengan memberi makanan  pada hari tersebut supaya dengan pahala kebajikan tersebut dapat sampai kepada si mati dan dengan berkat amalan kebajikan tersebut dapat menyelamatkannya dari fitnah tersebut.
              
               Berkata Imam as-Sayuti di dalam kitabnya الحاوي للفتاوي, Katanya : ( كانوا يستحبون )Adalah manusia pada ketika itu melakukan amalan sedemikian pada zaman Nabi , dan baginda tidak ingkar akan amalan tersebut.

PENUTUP.


               Sebagai mengakhiri penulisan yang kecil ini, diseru kepada pencinta-pencinta agama agar dalamilah ilmu agama dengan bersungguh-sungguh. Jauhilah dari perbalahan yang tidak mendatangkan faedah. Semoga Allah  merahmati kita semua.

والله أعلم.

89 ulasan:

  1. Bagaimana pula kedudukan hadis Nabi SAW yang mengatakan apabila seseorang Muslim meninggal dunia terputuslah segala amalannya kecuali 3 iaitu ilmu yang diajarkannya, sedekah jariahnya dan anak-anaknya yang soleh..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan ada Ibn Tamiyyah dlm artikel. Kan korang minat Ibn Tamiyyah, rujukan utama pelopor wahhabi iaitu Muhammad bin Abdul Wahhab.

      Padam

    2. Ini menurut saya.
      Amalan orang meninggal sudah putus.
      gimana orang meninggal mau sholat mau ngaji dan lailn lain.... ya orangnya sudah gak bisa lagi beribadah.
      Amalan yang masih bisa mengalir ya amalan waktu dia hidup dan terus berimbas walaupun dia dah meninggal.Seperti apa amalan orang tersebut. Ya ketiga point tadi yang disebutkan dalam hadis.
      Saya rasa yang disebutkan manfaat doa mukmin terhadap seorang yang meninggal atau yang lain lain yang disebutkan diatas tidak ada pertentangan dengan hadis diatas.
      Karena hadis diatas menegaskan orang meninggal mau beramal gimana lagi selain ketiga point yang bapak sebutkan

      Padam
    3. Oranng dah meninggal ya dsh selesai amalannya. Mau sholat atau beramal yang gimana dsh orngnya dah meninggal.
      Amalan yang tidak terputus walaupun dia dah meninggal ya yang 3 point bbapak sebut tadi. Karena itu amalan yang berimbas yang sebenarnya amalan dia juga.
      ..
      Nah kalau doa orang lain ke orang mukmin yang sudah meninggal, atau menghadiahkan yasin ke yang meninggal semacam itu gak masuk amalan orang meninggal. Ngaruh atau gak ke yang meninggal sudah di bahas admin, jadi gak ada hubungan dengan hadis amalan yang terputus... Sederhana sih sebemernya.

      Padam
  2. SALAM….NAK TANYA, KALAU KITA BESEDEKAH BOLEHKAH KITA MINTA BALASAN DARI APA YANG KITA SEDEKAHKAN KEPADA ORANG YANG KITA BERI…..? NAK TANYA KENAPA KITA BEMBUAT KENDURI TALIL SIMATI DENGAN NIAT BERSEDEKAH KEPADA YANG HADIR DENGAN MEMBERI JAMUAN MAKAN, TETAPI KITA SEPERTI MEMINTA BALASAN DARI MEREKA BERSEDEKAH KEPADA SI MATI DENGAN BACAAN TALIL DAN BACAAN TETENTU. ADAKAH SEDEKAH KITA ATAU SI MATI DI TERIMA OLEH ALLAH SBT DENGAN MEMINTA BALASAN SEBEGITU.

    mutasabbib iaitu hadis yang mashur ” apabila mati anak adam terputuslah sekelian amalannya melainkan tiga perkara:
    1: ilmu yang bermanfaat.
    2: Sedakah jariyah.
    3: anak yang salih yang mendoakan bagi ibu bapanya:

    KENAPA LAGI NAK SURUH ORANG LAIN BERSEDEKAH KEPADA SI MATI DENGAN NIAT BESEDEKAH, TETAPI MINTA BALASAN BERSEDEKAH DENGAN BERSEDEKAH JUGA DENGAN MEMBERI MAKAN. PELIK LA….

    adakah talil arwah adalah rekaan semata2….. ?? bersedekahlah kamu tanpa meminta balasan dari apa kamu sedekahkan.

    yang paling utama seseorang bersedekah dengan tetap memuliakan orang yang diberi serta tidak membuat mereka susah. Jika perlu sedekah yang dikeluarkannya diantar ke rumah orang yang diberi. . .

    Sesungguhnya seseorang muslim yang beriman itu tidak akan sesat selagi berpegang teguh kepada Al – Quran dan Sunnah ( Hadis ) Rasullullah SAW.Sesiapa yang bercanggah tentang sesuatu perkara dan hilang pedoman , kembalilah pada Al – Quran dan Hadis Rasullulah , nescaya engkau pasti selamat.Semakin dekat hari Kiamat itu , maka manusia akan semakin hilang pedoman , maka Al – Quran dan Hadis Rasullullah lah yang akan membantu.

    تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
    كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
    Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
    nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
    عَنْ سَلْمَةَ قَالَ سَمِعْتُ
    رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
    يَقُولُ مَنْ يَقُلُ عَلَى مَا أَقُلُ فَلْيَتَبَوَّا مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
    Dari salmah katanya :
    Rasulullah s.a.w. bersabda :
    “Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan
    maka menepati tempat duduknya di neraka.”
    Hadis sahih riwayat Muslim

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sekali itu kalo kita berkata mengucapkan dengan memakai nama Rosululloh SAW.yang perlu anda pelajari adalah 1.arti bid'ah itu dulu makna juga kategori bid'ah .ke 2. tentang Sunnah .apa itu sunnah termasuk hal hal yang berkaitan dg sunnah.kelihatanya anda jutru akan mengingkari ayat ayat al qur an yang di sebut di atas.hati hati lo .anda bisa masuk kategori ahli bid'ah yang paling sesat

      Padam
    2. Kan ada rujukan Ibn Tamiyyah dalam artikel. Korang kan minat Ibn Tamiyyah.

      Satu hadis tidak mansuhkan hadis2 lain. Kena tengok secara menyeluruh. Bukan kerja org awam utk faham hadis, malah bukan semua hadis boleh faham secara zahir. Jadi kerja pula pengikut wahhabi menggali hukum sedangkan tak cukup ilmu didada.

      Sunnah itu subjektif. Wahhabi ekstrim seperti ISIS bom makan auliya pun dia kata sunnah, sembelih bakar seksa tahanan pun sunnah, culik jual anak gadis Kurdis pun sunnah, halal darah ASWJ yg bukan wahhabi pun sunnah.

      Ikutlah kefahaman majoriti ulama iaitu Asyairah Maturidiah kerana dijamin Nabi (dlm hadis2 mutawattir) tidak akan sesat selamanya.

      Wahhabi (yg gemar membidaahkan amalan2 yg harus spt yasinan, tahlilan, amalan Rejab, usolli, Qunut, tawassul dan byk lg) adalah minoriti. Minoriti tiada jaminan, malah ada ancaman azab bagi mereka yg menyisihi jamaah.

      Padam
    3. Senanag la aku jawab soalan ko ni.. Sahabat nabi bukukan al quran time nabi da lama wafat.. Pekara tu pon sama jgak macam kenduri arwah sebb nabi tidak suruh pon bukukan Al quran.. Apa sahabat nabi ni sesat jgak.. Aku nak tanya engkau la..

      Padam
  3. Salam sejahtera.
    Pertanyaan anda berdua tak perlu dijawab karena terjawab sudah dalam tulisan tersebut.Tak timbul pun masalah atau persoalan bersedekah minta balasan dengan sedekah jika faham apa yang tertulis.

    "Masa itu emas."

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalam,

      tuan, saya agak musykil dan menjadi tanda tanya, adakah tidak pernah ada pada zaman nabi sahabat/orang yang meninggal untuk dijadikan panduan berkenaan tahlil untuk mematikan hujah berkenaan tidak ada tahlil

      Padam
    2. Zul-lah saranku jangan begitu cara menjabarkan tentang sebuah ilmu allah.sebab ada juga amalan sahabat yang di lakukan tapi nabi tidak melakukan juga ada .kalo semua yang tidak ada jamanya nabi sesat bid'ah .semua sarana yang buat anda ibadah dan muamallah anda sekarang juga bisa jadi bid'ah dan sesat.ketahuilah kita umat islam sedang di pecah belah hati hati.bersatulah lihatlah dan carilah tau kalo imam imam yang anda pilih petuah dan fatwanya membolehkan dan menganjurkan tahlil baca qur'an untuk org mati,sedekah untuk org mati.maulid dll yang dianggap sesat dan bid'ah .coba deh di cek pasti ada kenapa masih ingkar

      Padam
  4. Soalan bodoh, tak payah jawab. Jawapan dah ada dok tanya lagi

    BalasPadam
  5. http://bankwahabi.wordpress.com/2007/12/30/fatwa-tahlil-ibnu-taimiyyah/

    Dan ditanyai (Ibnu Taimiyyah) mengenai (hadits): “bertahlil 70,000 kali dan dijadikan hadiah (pahalanya) kepada orang mati, agar menjadi kelepasan bagi si mati dari api neraka”, adakah hadits tersebut shohih atau tidak? Dan apabila bertahlil seseorang dan dihadiahkan (pahalanya) kepada orang mati adakah pahalanya sampai kepada si mati atau tidak?
    Maka dijawab (oleh Ibnu Taimiyyah):- Apabila bertahlil seseorang dengan yang sedemikian 70,000 atau kurang atau lebih dan dihadiahkan kepada si mati, Allah menjadikannya bermanfaat baginya dengan yang sedemikian itu. Dan hadits tersebut tidaklah shohih dan tidak juga dhoif (yakni tidak tsabit kedudukan hadits tersebut di sisi Ibnu Taimiyyah). Allahlah yang Maha Mengetahui.

    Allahu … Allah, lihat ya ikhwah, bagaimana Ibnu Taimiyyah memfatwakan tahlil buat orang mati akan bermanfaat baginya. Jadi kenapa orang yang mengaku Ibnu Taimiyyah sebagai ulama besar mereka, panutan mereka, menjadi umpama “lebih sudu dari kuah” sehingga tidak dapat bertasamuh dengan kelompok majoriti yang mengamalkan amalan “itsal ats-tsawab” dengan bertahlil dan sebagainya. Kalau kamu tak emboh nak bertahlil, itu hak kamu, tapi jangan pula nak menceroboh hak kami untuk bertahlil, sampai tak sampai itu urusan Allah, bukan urusan kita.

    BalasPadam
  6. Salam.. saya nak tnya sekiranya melkukn kenduri arwah tpi hanya seorang sahaja yang membaca.. tpi ayat yang pembaca tue baca tidak di tahu oleh org sekeliling sebab pembaca hanya mengambil masa brpa minit sahaja.. selepas itu, jamuan akan dihidangkan untuk para yang hadir.. persoalannya, adakah amalan kenduri arwah yang di wat nie betul atau tidak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cara mengkajinya jangan begitu saudaraku.carilah makna di dalamnya

      Padam
  7. Salam,

    Kalau saya fokus berusaha di dunia ini untuk menjadi kaya dan berharta namun saya kurang melakukan solat fardhu, puasa ramadhan dan amalan-amalan agama yang lain.....
    Adakah diampunkan/ dihapuskan dosa-dosa saya jika saya mengupah dan melantik waris/ peguam untuk menguruskan tahlil/ bacaan Al-Quran setiap hari oleh para tahfiz bagi diri saya (menerusi harta yang banyak telah saya kumpul ketika hidup) apabila telah meninggal dunia kelak?

    Mohon pencerahan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada dosa yang terampuni cukup dengan istghfar.ada dosa yang harus di tebus dengan kafarat.

      Padam
    2. Analoginya begini,Sebuah magnet hanya akan bisa menempel pada sebuah benda yang sejenis,

      Padam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Hujah-hujah yang rapuh,

    Semua ibadah khusus adalah haram melainkan ada dalil yg membenarkan, (contoh : solat subuh lebih dari 2 rakaat adalah haram kerana tiada dalil yg membenarkan)

    Semua urusan muamalat/dunia adalah halal melainkan ada dalil yg mengharamkan. (Contoh : mkn ayam itu halal kerana tiada dalil yg mengharamkan)

    Bukankah Allah swt telah sempurnakan agama ini di saat turunnya ayat Qur'an di dlm Surah Al-Maa'idah [5:3]?

    Marilah berpegang kpd tatacara ibadah yg telah diajarkan oleh Nabi Muhammad saw dgn jelas, bukan dgn amalan-amalan yg kabur kesahihannya. Bukankah dia Rasul Allah?

    Wallahua'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. astarfirallahhalazim. terus dijatuhkan haram. manusia jenis ni amat berbahaya. jika dia tersalah tafsir al-quran atau hadis ataupun kitab2 karangan ulama' lama dan lebih parah ditafsirkan sendiri dgn keupayaan akalnya yg terhad, tidak mustahil satu hari nnti di sanggup membunuh saudara islam yg tidak bersependapat dengannya.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Saya fikir pendapat NIZAM AMIN di atas adalah BENAR. Dari mana datangnya nas mengatakan asal sesuatu ibadah khusus itu adalah harus melainkan ada nas mengharamkannya? Jika asal hukum ibadah adalah harus, maka saya boleh mencipta cipta jenis ibadah tanpa nas? Kejahilan apakah ini... ? Rasullullah telah datang kepada ummat ini mengajarkan segala jenius ibadah dari yang wajid hingga yang sunat... dan Rasullullah telah nyatakan bahawa beliau telah lengkapkna Agama Islam sebelum beliau wafat. Mengapa sukar benar untuk kita menerima kebenaran ini?

      Padam
    4. Saya mah orang bodoh Dan awam saya hanya bisa baca bacaan tahlilnya tiara lain hanya mengharap ridho Dan mengharap berkah Dari bacaan yg saya baca, klo anda bilang saya GA perlu baca tahlil Dan saya berenti melakukannya apakah saya Akan jadi lebih baik, apakah anda mau nerima dosa saya? Tidak Ada yg tau DOA siapa yg Bakal diterima dikabul Alloh walaupun sudah mengikuti sunah rosul, ust DLL waallahu alam

      Padam
  10. Nizam amin, hujah konkrit mu (semua ibadah khusus adalah haram melainkan ada dalil yg membenarkan) mu amik pado kitab gapo? Hok ni sapo punyo ayat? Ado Nabi SAW royat ko?

    BalasPadam
  11. Nizam amin, hujah konkrit mu (semua ibadah khusus adalah haram melainkan ada dalil yg membenarkan) mu amik pado kitab gapo? Hok ni sapo punyo ayat? Ado Nabi SAW royat ko?

    BalasPadam
  12. assalamu'alaikum,,, semoga allah memberikan petunjuknya kepada kita semu,,,, jika kita berselisih tentang agama maka hendaklah kita kembali berpegang teguh pada al qur'an dan al hadits. Agama islam itu agama yang sempuna dan janganlah kita melakukan urusan soal agama islam dengan menambah nambahi dan mengurang nguranginya yang bukan tuntunan dari Rasulullah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sungguh benar, semoga Allah sentiasa memberi kita petunjuk. Petunjuk ke jalan yang lurus dan bukannya yang sesat dan mungkar.

      Padam
  13. Assalmu'alaikum,.,saya nak tanya mengenai kenduri tahlil untuk ank yg gugur dlm kandungan,apa harus kita doakan atau sdekahkan kpada anak yang gugur tu sedangkan anak tu belum ada dosa apa apa lagi.....mohon hilangkan kekeliruan saya
    Sebab da yg berpendapat harus di tahlilkan,mohon bantu saya jawab soalan ni kalau boleh beserta dalilnya...

    BalasPadam
  14. Benar, tiada nas yang melarang. Juga tiada nas melarang umat manusia menghisap rokok, Adakah hukum menghisap rokok itu harus? Namun, para ulamak kini mengatakan hukum menghisap rokok adalah haram.

    Ketika zaman Rasulullah s.a.w, tiada yang menghisap rokok, juga ketika itu tiada amalan mengadakan kenduri tahlil dan arwah. Bagaimana akan ada larangan sekiranya ketika itu tiada yang melakukannya?

    Sekiranya ia harus, sudah tentu ada amalan yang dilakukan ketika zaman Rasulullah. Nabi juga akan melakukannya untuk isteri kesayangannya, Siti Khadijah yang telahpun wafat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aswhb semuanya
      tak bolehlah dgn ilmu kita yg sikit dan boleh baca satu dua firman dan hadis terus buat hukum tahlil tu haram sbb masa nabi tak de buat...
      cube kita fikir masa nabi tak de telegram...nape kita semua nak guna telegram

      secara mudahnya sesuatu hukum akan diputuskan berdasarkan alquran..hadis...ijmak ulamak...dan qias...dan biarlah pihak berwajib dan bertanggungjawab melakukannya kerana mereka ada ajk dari kalangan berbagai bidang dan cabang ilmu.disinilah kita kene patuh pada pemerintah yang telah melantik badan khas dan pegawai dan Jkuasa yang berfungsi utk memutuskan sesuatu hukum.

      janganlah kita ilmu yg sedikit ini berhujah memutus hukum dan kemudian gunakan perkataan yang kasar dan hudoh...

      begitulah adanya...

      Padam
    2. Ye ke zaman Rasullullah xde org merokok?

      Padam
    3. Ye ke zaman Rasullullah xde org merokok?

      Padam
    4. mas Goblog ..doa nabi tak seperti doa kita apalagi seperti mas goblog doa jelas tak mungkin nabi tek pernah mendoakan istrinya tercinta.pada intinya amalan mendoakan arwah jelas nabi juga melakukan coba cari deh ilmu ,pasti ketemu salah satunya nabi ke makam baqi makam para sahabat,nabi curhat di sisi makam siti khotidjah .coba cari kalo ndak ketemu berarti anda belum paham ilmu.pandai komentar dan berfatwa harus tau ngerti semua jangan baru dikit stengah bahkan tak ngerti apa apa berani komentar dan berfatwa cukup anda baca dan renungkan gunakan dalil aqli dan naqli.

      Padam
  15. Qiyas dalam hal ibadah, hanya untuk ibadah yg tiada contoh sebelum ini.
    Kematian sudah pun berlaku sejak zaman Nabi lagi. Nabi pun sudah menghadapi banyak kematian dalam hayat baginda. Baginda sudah habis menunjukkan pada ummat nya apa yg patut dibuat.
    Apakata kita buat seperti baginda. Ini pengakuan dan pengiktirafan kita kepada baginda, bahawa baginda sudah habis selesai menjalankan amanah dari Allah. Dengan memperbaiki dan memperelokkan ibadah, bermaksud kita menganggap bahawa ada yang baginda belum habis ajari, hingga memerlukan kita untuk memperbaikinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dgn anda.....
      Nabi kita ajar sehinggakan masuk Tandas pun Nabi Ajarkan kpd kita...Takan nabi terlupa nak ajarkan kita buat tahlilan..... wallah hi tidak ada satu riwayat pun Nabi dan para Sahabat buat tahlilan.

      Padam
    2. betul sekali .makanya cara dakwahpun harus sama dengan yang dilakukan nabi dan berdoapun juga harus sama persis dengan nabi.jangan dakwah pake internet dll,jangan berdoa di masjid sekarang yang dulu belum ada ubin keramik.hmmmmmm.....mas mas...coba anda lihat dulu semua teks yang di baca dalam acara itu setiap bacaan pasti anjuran dari sunnah nabi

      Padam
    3. Asalamualaikum,mengikut artikel yang ditulis diatas semuanya mengenai doa² kepada si mati sehingga Rasulullah pun pernah dituntut oleh Allah untuk berdoa secara perseorangan dan bukan secara berjamaah atau bertahlil secara beramai²,adapun benarnya melalui dalil yg diketengahkan dlm atikel diatas adalah doa perseorangan terhadap/ke atas si mati,mengadakan jamaah pula adalah merupakan sesuatu beban kepada keluraga si mati dan tiada dalam tatatertib maupun sunnah Rasulullah menghimpunkan jamaah untuk bertahlil beramai² melainkan utk berjamaah solat fardu,menyampaikan dakwah,berkhutbah, menghimpunkan utk jihad perang..malah diperkuatkan dalam kisah Rasulullah dah seorang sahabat melalui sebuah perkuburan,yg mana Rasulullah meyuruh sahabatnya mempercepatkan langkah melalui salah 1 kubur yg mana isinya siksa dgn siksaan kubur,kerana Rasulullah tidak tahan mendengar jeritan ahli kubur yg mereka lalui tersebut lalu mempercepatkan langkah.Perjalanan pulang pula tiada lagi kedengaran jeritan dan raungan ahli kubur tersebut kerana telah mendapat keringan drp doa antara ahli keluraganya..jelasnya bahawa amalan anak ahli kubur yg bermanafaat dan dan bukan dr tahlil berjamaah. Setiap apa yg menjadi kisah ada sebabnya,dan tidak pernah kisah sejarah bertahlil bagi si mati yg pernah Rasulullah pernah buat utk dijadikan sunnah maupun panduan dalam ibadah Islam. Wallauallam

      Padam
  16. Berlapang dada sesama kita dalam perkara cabang yg masing2 ulama punya hujah pandangan tersendiri dan berijtihad dengan anugerah ilmu yg mereka miliki. Kita ummah hujung zaman ni tak perlu berbalah, banyak mana sangat ilmu kita berbanding ulama sepanjang tempoh selepas kewafatan Rasulullah SAW 1400++ lalu. Malah Baginda sendiri mengiktiraf mereka sebagai pewaris ilmunya.

    Berlapang dadalah dengan mengerjakan pelbagai lagi warisan ibadah yg mampu menghampirkan kita kepada Allah.

    Tentang tahlil arwah ini, laksanakan bagi yang mahu, dan tinggalkanlah bagi yg tak mahu.

    Jangan ekstrim sehingga mudah sangat satu pihak pengaku Salafi menghukum pihak pelaku yg sebati dgn tahlil arwah sbg ahli bidaah, sesat dan masuk neraka. Sebaliknya, jangan pula pihak yg dituduh bidaah juga menjadi ekstrim dengan melabel penuduh sebagai Wahabi bodoh dan sesat.

    Menghukum itu hak eksklusif/mutlak Allah Yang Maha Agong, kita sebagai hamba selayaknya lebih tekun beramal soleh dengan apa yg kita yakini demi menggapai redha Allah dan mengharap ganjaran pahala, bukan kerja sia-sia..

    Allah Maha Tahu apa yg ada dalam hati hamba-hambaNya, pasti setiap laku ibadah itu seiring dengan niat untuk dapat buah kebaikan, jauh sekali niat kejahatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tuan kita ada akal untuk fikir yakni mencari bukannya macam dicucuk hidung. Apa guna ada akak jika tidak mahu guna. Ulama tinggalkan kita adakah tuan baca kitab ulama? Jika tidak mahu membaca itu salah tuan kerana orang lain boleh membacanya.

      Padam
  17. Berlapang dada sesama kita dalam perkara cabang yg masing2 ulama punya hujah pandangan tersendiri dan berijtihad dengan anugerah ilmu yg mereka miliki. Kita ummah hujung zaman ni tak perlu berbalah, banyak mana sangat ilmu kita berbanding ulama sepanjang tempoh selepas kewafatan Rasulullah SAW 1400++ lalu. Malah Baginda sendiri mengiktiraf mereka sebagai pewaris ilmunya.

    Berlapang dadalah dengan mengerjakan pelbagai lagi warisan ibadah yg mampu menghampirkan kita kepada Allah.

    Tentang tahlil arwah ini, laksanakan bagi yang mahu, dan tinggalkanlah bagi yg tak mahu.

    Jangan ekstrim sehingga mudah sangat satu pihak pengaku Salafi menghukum pihak pelaku yg sebati dgn tahlil arwah sbg ahli bidaah, sesat dan masuk neraka. Sebaliknya, jangan pula pihak yg dituduh bidaah juga menjadi ekstrim dengan melabel penuduh sebagai Wahabi bodoh dan sesat.

    Menghukum itu hak eksklusif/mutlak Allah Yang Maha Agong, kita sebagai hamba selayaknya lebih tekun beramal soleh dengan apa yg kita yakini demi menggapai redha Allah dan mengharap ganjaran pahala, bukan kerja sia-sia..

    Allah Maha Tahu apa yg ada dalam hati hamba-hambaNya, pasti setiap laku ibadah itu seiring dengan niat untuk dapat buah kebaikan, jauh sekali niat kejahatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Skuad Siasat, benar sekali, saya sokong 100%.

      Padam
    2. Skuad Siasat, benar sekali, saya sokong 100%.

      Padam
  18. من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد‏"‏ ‏(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)‏‏.‏

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah, terima kasih atas penulisan tuan. banyak ilmu yang diperolehi. teruskan

    BalasPadam
  20. kalau begitu apa beza kita dengan agam buddha yang mengirimkan harta benda si mati dari kertas yang dibakar....balik saja pada quraan dan hadis...ulama juga menjadikan keduanya ini sebagai rujukan...membaca quraan dan hadis berarti kita membaca kitab...tetapi tidak sebaliknya sebab dlm kitab ada ijtihad ulama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat beda jauh sekali.mas ...coba pahami latar belakang maksut dan tujuan dulu diadakanya tahlillan.dan coba renungkan anda lahir punya anak trus ati,renungkan juga tentang org tua anda yang meninggal apa tega anda kalo orang tua yang melahirkan anda kena siksa kubur karena dalam upayanya merawat anda menyekolahkan anda membesarkan anda .

      Padam
  21. kalau begitu apa beza kita dengan agam buddha yang mengirimkan harta benda si mati dari kertas yang dibakar....balik saja pada quraan dan hadis...ulama juga menjadikan keduanya ini sebagai rujukan...membaca quraan dan hadis berarti kita membaca kitab...tetapi tidak sebaliknya sebab dlm kitab ada ijtihad ulama.

    BalasPadam
  22. TAHLILAN ni ada tak contoh dari Rasulullah? =Jawapan nya Tiada
    Ada tak contoh dari Sahabat? =TIADA
    Tabi'e = TIADA.....

    Jadi dari mana asal usul nya....mari kita buka minda dan kaji sedikit...

    ASAL USUL TAHLILAN.

    Oleh: Suhadi

    Perintis, pelopor dan pembuka pertama penyiaran serta pengembangan Islam di Pulau Jawa adalah para ulama/mubaligh yang berjumlah sembilan, yang populer dengan sebuatan Wali Songo. Atas perjuangan mereka, berhasil mendirikan sebuah kerajaan Islam pertama di Pulau Jawa yang berpusat di Demak, Jawa Tengah.

    Para ulama yang sembilan dalam menyiarkan dan mengembangkan Islam di tanah Jawa yang majoriti penduduknya beragama Hindu dan Budha mendapat kesulitan dalam membuang adat istiadat upacara keagamaan lama bagi mereka yang telah masuk Islam.

    Para ulama yang sembilan (Wali Songo) dalam menangguangi masalah adat istiadat lama bagi mereka yang telah masuk Islam terbagi menjadi dua aliran yaitu ALIRAN GIRI dan ALIRAN TUBAN.

    ALIRAN GIRI adalah suatu aliran yang dipimpin oleh Raden Paku (Sunan Giri) dengan para pendukung Raden Rahmat (Sunan Ampel), Syarifuddin (Sunan Drajat) dan lain-lain.

    Aliran ini dalam masalah ibadah sama sekali tidak mengenal kompromi dengan ajaran Budha, Hindu, keyakinan animisme dan dinamisme. Orang yang dengan suka rela masuk Islam lewat aliran ini, harus mau membuang jauh-jauh segala adat istiadat lama yang bertentangan dengan syari’at Islam tanpa reserve. Karena murninya aliran dalam menyiarkan dan mengembangkan Islam, maka aliran ini disebut ISLAM PUTIH.

    Adapun ALIRAN TUBAN adalah suatu aliran yang dipimpin oleh R.M. Syahid (Sunan Kalijaga) yang didukung oleh Sunan Bonang, Sunan Muria, Sunan Kudus, dan Sunan Gunung Djati.

    Aliran ini sangat moderat, mereka membiarkan dahulu terhadap pengikutnya yang mengerjakan adat istiadat upacara keagamaan lama yang sudah mendarah daging sulit dibuang, yang penting mereka mau memeluk Islam. Agar mereka jangan terlalu jauh menyimpang dari syari’at Islam. Maka para wali aliran Tuban berusaha agar adat istiadat Budha, Hindu, animisme dan dinamisme diwarnai keislaman. Karena moderatnya aliran ini maka pengikutnya jauh lebih banyak dibandingkan dengan pengikut aliran Giri yang “radikal”. aliran ini sangat disorot oleh aliran Giri karena dituduh mencampur adukan syari’at Islam dengan agama lain. Maka aliran ini dicap sebagai aliran Islam abangan.

    Bersambung......

    BalasPadam
  23. Sambungan....

    Dengan ajarah agama Hindu yang terdapat dalam Kitab Brahmana. Sebuah kitab yang isinya mengatur tata cara pelaksanaan kurban, sajian-sajian untuk menyembah dewa-dewa dan upacara menghormati roh-roh untuk menghormati orang yang telah mati (nenek moyang) ada aturan yang disebut Yajna Besar dan Yajna Kecil.

    Yajna Besar dibagi menjadi dua bagian yaitu Hafiryayajna dan Somayjna. Somayjna adalah upacara khusus untuk orang-orang tertentu. Adapun Hafiryayajna untuk semua orang.

    Somayajna adalah upacara khusus untuk orang-orang tertentu. Adapun Hafiryayajna untuk semua orang.

    Hafiryayajna terbagi menjadi empat bagian yaitu : Aghnidheya, Pinda Pitre Yajna, Catur masya, dan Aghrain. Dari empat macam tersebut ada satu yang sangat berat dibuang sampai sekarang bagi orang yang sudah masuk Islam adalah upacara Pinda Pitre Yajna yaitu suatu upacara menghormati roh-roh orang yang sudah mati.

    Dalam upacara Pinda Pitre Yajna, ada suatu keyakinan bahwa manusia setelah mati, sebelum memasuki karman, yakni menjelma lahir kembali kedunia ada yang menjadi dewa, manusia, binatang dan bahkan menjelma menjadi batu, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain sesuai dengan amal perbuatannya selama hidup, dari 1-7 hari roh tersebut masih berada dilingkungan rumah keluarganya.

    Pada hari ke 40, 100, 1000 dari kematiannya, roh tersebut datang lagi ke rumah keluarganya. Maka dari itu, pada hari-hari tersebut harus diadakan upacara saji-sajian dan bacaan mantera-mantera serta nyanyian suci untuk memohon kepada dewa-dewa agar rohnya si fulan menjalani karma menjadi manusia yang baik, jangan menjadi yang lainnya.

    Bersambung....

    BalasPadam
  24. Sambungan....

    Pelaksanaan upacara tersebut diawali dengan aghnideya, yaitu menyalakan api suci (membakar kemenyan) untuk kontak dengan para dewa dan roh si fulan yang dituju. Selanjutnya diteruskan dengan menghidangkan saji-sajian berupa makanan, minuman dan lain-lain untuk dipersembahkan ke para dewa, kemudian dilanjutkan dengan bacaan mantra-mantra dan nyanyian-nyanyian suci oleh para pendeta agar permohonannya dikabulkan.*1
    Musyawarah Para Wali*2

    Pada masa para wali dibawah pimpinan Sunan Ampel, pernah diadakan musyawarah antara para wali untuk memecahkan adat istiadat lama bagi orang yang telah masuk Islam. Dalam musyawarah tersebut Sunan Kali Jaga selaku Ketua aliran Tuban mengusulkan kepada majlis musyawarah agar adat istiadat lama yang sulit dibuang, termasuk didalamnya upacara Pinda Pitre Yajna dimasuki unsur keislaman.

    Usulan tersebut menjadi masalah yang serius pada waktu itu sebab para ulama (wali) tahu benar bahwa upacara kematian adat lama dan lain-lainnya sangat menyimpang dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

    Mendengar usulan Sunan Kali Jaga yang penuh diplomatis itu, Sunan Ampel selaku penghulu para wali pada waktu itu dan sekaligus menjadi ketua sidang/musyawarah mengajukan pertanyaan sebagai berikut :
    “Apakah tidak dikhawatirkan dikemudian hari?, bahwa adat istiadat lama itu nanti akan dianggap sebagai ajaran Islam, sehingga kalau demikian nanti apakah hal ini tidak akan menjadikan bid’ah”?.

    Pertanyaan Sunan Ampel tersebut kemudian dijawab oleh Sunan Kudus sebagai berikut :
    “Saya sangat setuju dengan pendapat Sunan Kali Jaga”
    Sekalipun Sunan Ampel, Sunan Giri, dan Sunan Drajat sangat tidak menyetujui, akan tetapi majoriti anggota musyawarah menyetujui usulan Sunan Kali Jaga, maka hal tersebut berjalan sesuai dengan keinginannya.

    Mulai saat itulah secara resmi berdasarkan hasil musyawarah, upacara dalam agama Hindu yang bernama Pinda Pitre Yajna dilestarikan oleh orang-orang Islam aliran Tuban yang kemudian dikenal dengan nama nelung dino, mitung dina, matang puluh, nyatus, dan nyewu.

    Dari akibat lunaknya aliran Tuban, maka bukan saja upacara seperti itu yang berkembang subur, akan tetapi keyakinan animisme dan dinamisme serta upacara-upacara adat lain ikut berkembang subur. Maka dari itu tidaklah heran muridnya Sunan Kali Jaga sendiri yang bernama Syekh Siti Jenar merasa mendapat peluang yang sangat leluasa untuk mensinkritismekan ajaran Hindu dalam Islam. Dari hasil olahannya, maka lahir suatu ajaran klenik/aliran kepercayaan yang berbau Islam. Dan tumbuhlah apa yang disebut “Manunggaling Kaula Gusti” yang artinya Tuhan menyatu dengan tubuhku. Maka tatacara untuk mendekatkan diri kepada Allah lewat shalat, puasa, zakat, haji dan lain sebagainya tidak usah dilakukan.

    Bersambung....

    BalasPadam
  25. Sambungan....

    Sekalipun Syekh Siti Jenar berhasil dibunuh, akan tetapi murid-muridnya yang cukup banyak sudah menyebar dimana-mana. Dari itu maka kepercayaan seperti itu hidup subur sampai sekarang.

    Keadaan umat Islam setelah para wali meninggal dunia semakin jauh dari ajaran Islam yang sebenarnya. para Ulama aliran Giri yang terus mempengaruhi para raja Islam pada khususnya dan masyarakat pada umumnya untuk menegakkan syari’at Islam yang murni mendapat kecaman dan ancaman dari para raja Islam pada waktu itu, karena raja-raja Islam majoriti menganut aliran Tuban. Sehingga pusat pemerintahan kerajaan di Demak berusaha dipindahkan ke Pajang agar terlepas dari pengaruh para ulama aliran Giri.

    Pada masa kerajaan Islam di Jawa, dibawah pimpinan raja Amangkurat I, para ulama yang berusaha mempengaruhi keraton dan masyarakat, mereka ditangkapi dan dibunuh/dibrondong di lapangan Surakarta sebanyak 7.000 orang ulama. Melihat tindakan yang sewenang-wenang terhadap ulama aliran Giri itu, maka Trunojoyo, Santri Giri berusaha menyusun kekuatan untuk menyerang Amangkurat I yang keparat itu.

    Pada masa kerajaan dipegang oleh Amangkurat II sebagai pengganti ayahnya, ia membela, dendam terhadap Truno Joyo yang menyerang pemerintahan ayahnya. Ia bekerja sama dengan VOC menyerang Giri Kedaton dan semua upala serta santri aliran Giri dibunuh habis-habisan, bahkan semua keturunan Sunan Giri dihabisi pula. Dengan demikian lenyaplah sudah ulama-ulama penegak Islam yang konsekwen. Ulama-ulama yang boleh hidup dimasa itu adalah ulama-ulama yang lunak (moderat) yang mau menyesuaikan diri dengan keadaan masyarakat yang ada. maka bertambah suburlah adat-istiadat lama yang melekat pada orang-orang Islam, terutama upacara adat Pinde Pitre Yajna dalam upacara kematian.

    Keadaan yang demikian terus berjalan berabad-abad tanpa ada seorang ulamapun yang muncul untuk mengikis habis adat-istiadat lama yang melekat pada Islam terutama Pinda Pitre Yajna. Baru pada tahun 1912 M, muncul seorang ulama di Yogyakarta bernama K.H. Ahmad Dahlan yang berusaha sekuat kemampuannya untuk mengembalikan Islam dari sumbernya yaitu Al Qur’an dan As Sunnah, karena beliau telah memandang bahwa Islam dalam masyrakat Indonesia telah banyak dicampuri berbagai ajaran yang tidak berasal dari Al Qur’an dan Al Hadits, dimana-mana merajalela perbuatan khurafat dan bid’ah sehingga umat Islam hidup dalam keadaan konservatif dan tradisional.

    Munculnya K.H. Ahmad Dahlan bukan saja berusaha mengikis habis segala adat istiadat Budha, Hindu, animisme, dinamisme yang melekat pada Islam, akan tetapi juga menyebarkan fikiran-fikiran pembaharuan dalam Islam, agar umat Islam menjadi umat yang maju seperti umat-umat lain. Akan tetapi aneh bin ajaib, kemunculan beliau tersebut disambut negatif oleh sebagian ulama itu sendiri, yang ternyata ulama-ulama tersebut adalah ulama-ulama yang tidak setuju untuk membuang beberapa adat istiadat Budha dan Hindu yang telah diwarnai keislaman yang telah dilestarikan oleh ulama-ulama aliran Tuban dahulu, yang antara lain upacara Pinda Pitre Yajna yang diisi nafas Islam, yang terkenal dengan nama upacara nelung dina, mitung dina, matang dina, nyatus, dan nyewu.

    Bersambung......

    BalasPadam
  26. Sambungan....

    Pada tahun 1926 para ulama Indonesia bangkit dengan didirikannya organisasi yang diberi nama “Nahdhatul Ulama” yang disingkat NU. Pada muktamarnya di Makasar NU mengeluarkan suatu keputusan yang antara lain :
    “Setiap acara yang bersifat keagamaan harus diawali dengan bacaan tahlil yang sistimatikanya seperti yang kita kenal sekarang di masyarakat”.
    Keputusan ini nampaknya benar-benar dilaksanakan oleh orang NU. Sehingga semua acara yang bersifat keagamaan diawali dengan bacaan tahlil, termasuk acara kematian. Mulai saat itulah secara lambat laun upacara Pinda Pitre Yajna yang diwarnai keislaman berubah nama menjadi tahlilan sampai sekarang.

    Sesuai dengan sejarah lahirnya tahlilan dalam upacara kematian, maka istilah tahlilan dalam upacara kematian hanya dikenal di Jawa saja. Di pulau-pulau lain seluruh Indonesia tidak ada acara ini. Seandainya ada pun hanya sebagai rembesan dari pulau Jawa saja. Apalagi di negara-negara lain seperti Arab, Mesir, dan negara-negara lainnnya diseluruh dunia sama sekali tidak mengenal upacara tahlilan dalam kematian ini.

    Dengan sudah mengetahui sejarah lahirnya tahlilan dalam upacara kematian yang terurai diatas, maka kita tidak akan lagi mengatakan bahwa upacara kematian adalah ajaran Islam, bahkan kita akan bisa mengatakan bahwa orang yang tidak mau membuang upacara tersebut berarti melestarikan salah satu ajaran agama Hindu. Orang-orang Hindu sama sekali tidak mau melestarikan ajaran Islam, bahkan tidak mau kepercikan ajaran Islam sedikitpun. Tetapi kenapa kita orang Islam justru melestarikan keyakinan dan ajaran mereka.


    Tak cukupkah bagi kita Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam yg sudah jelas terang benderang saja yang kita kerjakan. Kenapa harus ditambah-tambahin/mengada-ada. Mereka beranggapan ajaran Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam masih kurang sempurna.

    Mudah-mudahan setelah kita tahu sejarah lahirnya tahlilan dalam upacara kematian, kita mau membuka hati untuk menerima kebenaran yang hakiki dan kita mudah-mudahan akan menjadi orang Islam yang konsekwen terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya.

    Ada satu hal yang perlu kita jaga baik-baik, jangan sekali-kali kita berani mengatakan bahwa orang yang matinya tidak ditahlil adalah kerbau. Menurut penulis, perkataan seperti ini termasuk dosa besar, karena berarti Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan para sahabatnya serta kaum muslimin seluruh dunia selain orang pulau Jawa yang matinya tidak ditahlili adalah kerbau semua.

    Na’udzu billahi mindzalik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita orang Indonesia khususnya Jawa,..Indonesia /Jawa jaman dulu beragama Hindu dn Budha,.Dlm kedua gama tsb banyak diajarkan kebaikan2 al. sopan santun,tata krama,saling menyayangi ,saling mengasihi,saling tolong menolong dan bergotong royong,..dll. Klo kita melestarikan saling kasih sayang ,suka menolong dll. berarti melestarikan ajaran Hindu dn Buda ? Masuk nerka ?

      Padam
  27. Penjelasan di atas sudah pasti akan mendapat tentangan dari pengamal2 ritual Tahlilan ini apabila bertembung dgn dua kumpulan ini ...apa kah yang harus kita lakukan?

    Jawapan nya mudah : Allah telah menjawab nya...
    Firman Allah : "Jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah (Al-Quraan) Dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar2 beriman kepada Allahdan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya (An Nisa 59)

    BalasPadam
  28. Jadi bila kita rujuk dalam Quraan tiada di sebut Tahlilan.....Dalam Hadis pun tiada ....di sebut....dan tiada satu riwayat yg sahih pun tentang tahlilan ini. Jadi kita mahu ikut tok2 guru...ustaz2 tok2 Imam ke? Atau ikut perintah Allah dan Nabi s.a.w . Kalau kita teruskan juga amalan ini. Ini berarti apa yang Nabi ajarkan pada kita belum sempurna.......Jadi tepuk lah dada tanyalah Iman

    BalasPadam
    Balasan
    1. klo anda kenal SEMUA hadis, klo hafal 114 surah, klo pernah baca kitab2 ulama2 muktabar... baru boleh cakap tak da dlm Quran atau hadis

      Padam
  29. ISLAM sudah sempurna tidak perlu di tokok tambah....

    Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku- cukupkan kepadamu nikmat- Ku, dan telah Ku- ridai Islam itu jadi agama bagimu. (Al Maidah 3)

    BalasPadam
  30. Terima kasih admin penjelasan yang baik dan penutup yg berkhemah "diseru kepada pencinta-pencinta agama agar dalamilah ilmu agama dengan bersungguh-sungguh. Jauhilah dari perbalahan yang tidak mendatangkan faedah."

    BalasPadam
  31. Kat Mekah pun dari dula diamalkan tahlil, di Nusantara, MUIS atau Jakim tak pernah larang, dan para ulama juga menganjurkkan tahlilan.
    Tahlil dan maulud jadi isu bila ideologi Salafi Wahabi mula menyebar, setiap amalan dipersoalkan, tuduhan bidaah dan shirik semakin menjadi-jadi, wahabi melontar fitnah kpd tarekat, sufi tasawuf, larang pegi kubur, mencela ulama2 dahulu, dan memusuhi Syiah dgn 'brutal dan fatal.' Sayang, bnyk anak2 muda terpengaruh, kena brainwash dgn wahabi, yg memecahbelahkan umat dan menimbul keraguan.

    BalasPadam
  32. Tahlil atau maulud adalah hanya fardu kifayah, nak buat teruskan, tak nak buat jgn mencela mereka yg buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum.

      Saudara kata tahlil/maulud fardhu kifayah. Maknanya kewajipan untuk buat perkara tersebut jatuh atas kelompok tertentu dan jika tiada yang membuatnya, maka umat Islam yang lainnya akan turut sama berdosa sebab begitulah mekanisme hukum fardhu kifayah.

      Mohon penjelasan atas statement saudara tersebut. Terima kasih.

      Padam
  33. Kpd mereka yg mendabek slogan ' ikut AlQuran dan sunnah" eh eh para ulama ustaz dan pendakwah dahulu sudah ikut AlQuran dan hadis, cuma berbeza dlm soal khilaf dan furu, Wahabi menolak ijma ulama, mengkafirkan ulama, menolak mazhab, mengdhoifkan banyak hadis, bersikap sombong dan mengaku hanya mereka yg benar.

    BalasPadam
  34. KESESATAN SALAFIYAH WAHABIYYAH dalam akidah.
    Wahabi golongan yang mengingkari membaca Al-Quran ke atas si mati dan membaca Talqin.
    Golongan yang melarang membaca selawat selepas azan.(Albani)
    Golongan yang membidaahkan maulud nabi.
    Wahabi mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak hayyan(hidup) di kubur Nabi Muhammad SAW.(Albani)
    Wahabi melarang membaca “Sayyidina” dan menganggap perbuatan itu bida’ah sesat.
    Golongan yang mengharamkan bermusafir ke Madinah dengan niat ziarah Nabi Muhammad SAW.
    Wahabi menafikan Kenabian Nabi Adam A.S.
    Wahabi percaya Allah swt duduk bersemayam, berjisim dan punyai anggota.
    Golongan yang beriman kepada sesetengah ayat dan kafir dengan sesetengah ayat Al-Quran.
    Golongan yang menolak Takwil pada sesetengah ayat, dan membolehkan Takwil pada yang
    mengikut nafsu mereka.
    Wahabi mengkafirkan Imam Abu al-Hasan Al-Asa’rie dan seluruh Ummat Islam yang berpegang kepada method Aqidah yang telah disusuh oleh Imam tersebut.
    Mengkafirkan Sultan Sholahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh, Imam An-Nawawi dan Seluruh Ulama’ Islam yang mengikut (Asya’irah dan Maturidiyyah).
    Golongan yang mengdhoifkan hadi-hadis shohih dan mengshohihkan hadis-hadis dhoif (lihat
    penulisan Albani).
    Wahabi yang menghancurkan turath(sejarah peninggalan) Ummat Islam di Mekah dan Madinah.(lihat kawasan perkuburan Jannatul Baqi’, Bukit Uhud dan sebagainya)
    Golongan yang bertentangan dengan Ijma’ para Shohabah, Tabi’in, Salaf, khalaf dan seluruh
    Ulama’ ASWJ.
    Wahabi mengdhoifkan hadis solat terawikh 20 rakaat.(Albani)
    Wahabi mengharamkan menggunakan Tasbih.(Albani)
    Golongan yang memperlecehkan Imam Abi Hanifah R.A.(Albani)

    BalasPadam
  35. KESESATAN SALAFIYAH WAHABIYYAH dalam akidah.
    Wahabi menolak kefahaman sifat 20 yang telah dipegang sejak dahulu lagi.
    Wahabi gemar mengbid’ahkan dan menghukumkan syirik terhadap amalan ummat Islam.
    Wahabi membawa ajaranTauhid 3 dan tidak pernah diajar oleh Nabi Muhamad SAW. (Ibn Taimiyyah)
    Wahabi mengharamkan Maulud dan bacaan-bacaan barzanji, marhaban.
    Wahabi golongan yang menimbulkan fitnah terhadap Ummat Islam dan memburukkan nama baik dan kemurniaan Islam.
    Wahabi menolak ajaran dan ilmu-ilmu Ulama’ ASWJ yang muktabar dan meninggalkan methodologi ilmu ASWJ.
    Golongan yang jahil, tidak habis mempelajari ilmu-ilmu Agama, tetapi mahu buat fatwa sesuka hati. Rasullulas saw berpesan kedatangan khawarij, di akhir zaman, wahabi yg ilmunya hanya setakat ‘seperti panah keluar dari busur.’ Kail sejengkal tapi ingin menduga laut.
    Wahabi bersikap sombong, merasa hanya mereka yang benar, dan tidak akan mengikut yg lain hanya yg sefahaman sahaja.
    Golongan yang membawa ajaran sesat trio Ibn Taimiyyah/Muhamad Ibn Abd Wahab/Albani,
    individu ini telah dicemuh, ditentang, dijawab dan dikafirkan oleh Jumhur Ulama’ ASWJ atas dasar Aqidah mereka yang Sesat.
    Semua kumpulan terroris, Al Qaeda, Boko Haram, ISIS, Al Shabaab dll berpendirian salafi wahabi.

    BalasPadam
  36. Berlapang dada sesama kita dalam perkara cabang yg masing2 ulama punya hujah pandangan tersendiri dan berijtihad dengan anugerah ilmu yg mereka miliki. Kita ummah hujung zaman ni tak perlu berbalah, banyak mana sangat ilmu kita berbanding ulama sepanjang tempoh selepas kewafatan Rasulullah SAW 1400++ lalu. Malah Baginda sendiri mengiktiraf mereka sebagai pewaris ilmunya.

    Berlapang dadalah dengan mengerjakan pelbagai lagi warisan ibadah yg mampu menghampirkan kita kepada Allah.

    Tentang tahlil arwah ini, laksanakan bagi yang mahu, dan tinggalkanlah bagi yg tak mahu.

    Jangan ekstrim sehingga mudah sangat satu pihak pengaku Salafi menghukum pihak pelaku yg sebati dgn tahlil arwah sbg ahli bidaah, sesat dan masuk neraka. Sebaliknya, jangan pula pihak yg dituduh bidaah juga menjadi ekstrim dengan melabel penuduh sebagai Wahabi bodoh dan sesat.

    Menghukum itu hak eksklusif/mutlak Allah Yang Maha Agong, kita sebagai hamba selayaknya lebih tekun beramal soleh dengan apa yg kita yakini demi menggapai redha Allah dan mengharap ganjaran pahala, bukan kerja sia-sia..

    Allah Maha Tahu apa yg ada dalam hati hamba-hambaNya, pasti setiap laku ibadah itu seiring dengan niat untuk dapat buah kebaikan, jauh sekali niat kejahatan..

    BalasPadam
  37. Berlapang dada sesama kita dalam perkara cabang yg masing2 ulama punya hujah pandangan tersendiri dan berijtihad dengan anugerah ilmu yg mereka miliki. Kita ummah hujung zaman ni tak perlu berbalah, banyak mana sangat ilmu kita berbanding ulama sepanjang tempoh selepas kewafatan Rasulullah SAW 1400++ lalu. Malah Baginda sendiri mengiktiraf mereka sebagai pewaris ilmunya.

    Berlapang dadalah dengan mengerjakan pelbagai lagi warisan ibadah yg mampu menghampirkan kita kepada Allah.

    Tentang tahlil arwah ini, laksanakan bagi yang mahu, dan tinggalkanlah bagi yg tak mahu.

    Jangan ekstrim sehingga mudah sangat satu pihak pengaku Salafi menghukum pihak pelaku yg sebati dgn tahlil arwah sbg ahli bidaah, sesat dan masuk neraka. Sebaliknya, jangan pula pihak yg dituduh bidaah juga menjadi ekstrim dengan melabel penuduh sebagai Wahabi bodoh dan sesat.

    Menghukum itu hak eksklusif/mutlak Allah Yang Maha Agong, kita sebagai hamba selayaknya lebih tekun beramal soleh dengan apa yg kita yakini demi menggapai redha Allah dan mengharap ganjaran pahala, bukan kerja sia-sia..

    Allah Maha Tahu apa yg ada dalam hati hamba-hambaNya, pasti setiap laku ibadah itu seiring dengan niat untuk dapat buah kebaikan, jauh sekali niat kejahatan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalammualaikum...
      Diri kita masing-masing adalah wajib MEMPELAJARI & MEMAHAMI AlQuran dan Sunah sebagai seorang Islam yang mahu mencapai ke darjat mukmin. Sekadar bertaklik sehingga ketua mungkin tiada jaminan apa yang kita bertaklik itu adalah kebenaran. Setiap manusia,termasuk ulamak sendiri ada melakukan kesalahan dan tidak sempurna.Jaminan Allah hanya pada Al Quran dan Sunah rasulullah.Tidak selain dari itu. Jika berlaku perselisihan, jangan malas serta hanya mahu bertaklik dgn ulamak-ulamak serta ustaz-ustaz sahaja, pulanglah kepada Al Quran dan Sunah (Hadith sahih). InsyaAllah Allah akan tunjuki kita jalan yang benar. Jadikanlah diri kita itu sendiri seorang ulamak sesungguhnya orang yang benar-benar takut akan Allah hanyalah ulamak. Oleh itu jangan bergaduh diantara kita umat islam. Kebenaran yang tulin itu akan terjawap kepada orang yang rajin dan mahu mencari. Kalau malas apa boleh buat. Cuma menjerumus kepada perbalahan yang tiada penyudahnya.

      Padam
  38. Wahai sahabat2 ku yg dimualiakan....
    Kita semua menghormati Ulama, Pak Syeikh, Habib, Pak2 Ustaz....
    selagi mana mereka berpegang pada Al Quraan dan Sunnah....
    Apabila bercanggah antara satu maka wajib kita tinggal kan....

    Firman Allah: ".........Jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Quraan) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemuadian...." (Al Nisa: 59)

    Agama Islam adalah agama Ilmu Ikut Dalil
    Bukan kata Ulama.....Bukan kata Ustaz
    Bukan kata Pak Syeikh

    Agama Islam agama Hujjah...perlu ada dalil bukan cerita dongeng.

    Imam Malik berkata " Kata2 siapa pun kamu boleh TOLAK kecuali kata Nabi s.a.w

    Tahlil ni Rasulullah pernah buat ke? Semasa nabi masih hidup Siti Khatijah Wafat
    anak kesangan nabi kembali mengadap Ilahi. Adakah Abu Bakar buat Tahlilan atau kenduri aruah untuk Nabi??? Tiada satu riwayat pun menyatakan demikian.
    Sahabat amat menyayangi Rasulullah kalau perkara baik sudah PASTI sahabat lakukan nya terdahulu dari kita. Abu Bakar wafat...ade sahabat lain lakukan nya?? Tabie pun tidak buat....

    Penjelasan saudara mengenai tahlillan ini asalnya dari agama Hindu amat jelas....Saya pernah bekerja di timur tengah (bukan saudi) tak pernah saya lihat
    orang arab tempat saya keje buat kenduri aruah dan Tahlilan...
    Percayalan Tahlilan ni hanya di Nusantara sahaja.....Saya tak tahu di negara
    selian dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura ....buat perkara ini....

    Tapi yg pasti nya di Timur tengah tiada......
    Jadi kalau Nabi tak buat...Sahabat tak buat Tabie pun tak buat
    Jadi ia nya ujud bila ya???? Sila buat kajian pasti anda akan jumpa
    Wallah hu a'lam.

    BalasPadam
  39. Tahlilan Dan Kenduri Arwah Mengikut Mazhab Syafie

    BAB KEDUA
    DOA SELAMAT UNTUK KEMATIAN

    DOA selamat boleh digambarkan dengan berkumpul bersama-sama (keluarga dan masyarakat sekampung atau lain-lain) dengan dihidangkan makanan oleh
keluarga yang mengalami kematian. Ianya dilakukan di rumah keluarga yang
mengalami kematian pada hari kematian atau hari kedua, ketiga, ketujuh,
keempat puluh, keseratus atau sebagainya.
    
Sebenarnya, apabila diperiksa, dirungkai dan diperhatikan satu persatu di
dalam kitab-kitab Syafi'yah sama ada pada kitab Fiqh, tafsir mahu pun
syarah-syarah hadith, amalan doa selamat telah ditemui di situ bahawa ianya
adalah amalan yang dilarang atau dengan kata lain ialah haram.
    
Hal ini sebenarnya belum diketahui oleh ramai pengikut mazhab Syafie di
kalangan kita sendiri. Jika ada yang tahu, tentu jumlahnya hanya segelintir
sahaja. Oleh itu, mari kita ikuti bersama bagaimana pandangan ulama-ulama
mazhab Syafie di dalam hal ini.

    1. Di dalam kitab Feqh I'anatut Talibin telah menyatakan,
    "Ya, apa-apa yang dilakukan oleh orang iaitu berkumpul di rumah keluarga
mayat dan dihidangkan makanan untuk perkumpulan itu, ia adalah termasuk
bid'ah mungkarat (bid'ah yang diengkari agama). Bagi orang yang
membanterasnya akan diberi pahala." (I'anatut Talibin, syarah Fathul Mu'in :
juz 2, hal 145)

    2. Imam Syafie sendiri tidak menyukai amalan berkumpul di rumah kematian sepertimana yang telah dikemukakan di dalam kitab al-Umm,
    "Aku tidak sukakan mat'am iaitu berkumpul (di rumah keluarga mayat)
meskipun di situ tiada tangisan kerana hal tersebut malah akan menimbulkan
kesedihan.” (As-Syafie al-Umm : juz 1; hal 248)

    3. Selanjutnya di dalam kitab I'anatut Talibin juga ada menyebut lagi,
    "Dan perkara yang sudah menjadi kebiasaan iaitu keluarga mayat
menghidangkan makanan untuk para jemputan yang berkumpul, adalah satu
perkara bid'ah yang tidak disukai agama (Islam). Hal ini samalah seperti
berkumpul di rumah keluarga kematian itu sendiri kerana terdapat hadith
sahih yang telah diriwayatkan oleh Jarir r.a yang berkata, "Kami menganggap
bahawa berkumpul di rumah keluarga kematian yang menghidangkan makanan untuk jamuan para jemputan adalah sama dengan hukum niyahah (meratapi mayat) iaitu haram."
(I'anatut Talibin, juz 2, hal 146)

    4. Pengarang kitab I'anatut Talibin juga ada mengambil keterangan sahih di dalam kitab Bazzaziyah iaitu,
    "Dan ianya dibenci, menyelenggarakan makanan pada hari pertama
(kematian), hari ketiga, sesudah seminggu dan juga memindahkan makanan ke
tanah kubur secara bermusim-musim." (I'anatut Talibin, juz 2, hal 146)



    Barsambung......

    BalasPadam
  40. Sambungan....

    
5. Di dalam kitab Fiqh Mughnil Muhtaj ada menyebutkan,
    "Adalah, keluarga kematian yang menyediakan makanan dan orang ramai
berkumpul di rumahnya untuk menjamu, merupakan bid'ah yang tidak
disunatkan, dan di dalam hal ini Imam Ahmad telah meriwayatkan hadith yang
sahih daripada Jarir bin Abdullah, berkata, "Kami menganggap bahawa
berkumpul di rumah keluarga kematian dan keluarga tersebut menghidangkan
makanan untuk menjamu para hadirin, adalah sama hukumnya seperti niyahah
(meratapi mayat) iaitu haram."
(Mughnil Muhtaj, juz1, hal 268)


    6. Di dalam kitab Fiqh Hasyiyatul Qalyubi ada menyatakan,
    "Syeikh ar-Ramli ada berkata, "Di antara bid'ah yang mungkarat (yang
tidak dibenarkan agama), yang dibenci apabila diamalkan sebagaimana yang
telah diterangkan di dalam kitab ar-Raudhah, iaitu apa-apa yang
telah dilakukan oleh orang yang dinamakan "kifarah" dan hidangan makanan
yang disediakan oleh tuan rumah kematian untuk jamuan orang yang berkumpul di rumahnya sama ada sebelum atau sesudah kematian, serta penyembelihan di tanah kubur."
(Hasyiyatul Qalyubi, juz 1, hal 353)


    7. Di dalam kitab Fiqh karangan imam Nawawi iaitu kitab al-Majmu' syarah Muhazab, ada menyebutkan,
    "Penyedian makanan yang dilakukan oleh keluarga kematian dan
berkumpulnya orang yang ramai di rumahnya, adalah tidak ada nasnya sama
sekali, yang jelasnya semua itu adalah bid'ah yang tidak disunatkan."
(an-Nawawi, al-Majmu' syarah Muhazab, juz 5, hal 286)


    8. Pengarang kitab I'anatut Talibin juga turut mengambil keterangan di
    dalam kitab al-Jamal syarah al-Minhaj yang berbunyi seperti berikut,
    "Dan di antara bid'ah mungkarat yang tidak disukai ialah sesuatu perkara
yang sangat biasa diamalkan oleh individu iaitu majlis menyampaikan rasa
duka cita (kenduri arwah), berkumpul dan membuat jamuan majlis untuk
kematian pada hari keempat puluh, bahkan semua itu adalah haram."
(I'anatut Talibin, juz 2, hal 145-146)


    9. Selanjutnya, pengarang kitab tersebut juga ada mengambil lagi
    keterangan daripada kitab Tuhfatul Muhtaj syarah al-Minhaj yang berbunyi,
    "Sesuatu yang sangat dibiasakan oleh seseorang dengan menghidangkan
makanan untuk mengundang orang ramai ke rumah keluarga kematian merupakan bid'ah yang dibenci sebab ada hadith yang telah diriwayatkan oleh Jarir
yang berkata, "Kami (para sahabat nabi Sallallahu `alaihi wasallam)
menganggap bahawa berkumpul di rumah keluarga kematian dan keluarga
tersebut menghidangkan makanan untuk majlis itu adalah sama dengan hukum
niyahah iaitu haram."
(I'anatut Talibin, juz 2, hal 145-146)


    10. Pengarang kitab tersebut mengambil lagi fatwa dari mufti mazhab
    Syafie, Ahmad Zaini bin Dahlan,

    "Dan tidak ada keraguan sedikit pun bahawa mencegah umat daripada perkara
bid'ah mungkarat ini sama seperti halnya menghidupkan sunnah nabi
Sallallahu `alaihi wasallam. Mematikan bid'ah seolah-olah membuka pintu
kebaikan seluas-luasnya dan menutup pintu keburukan serapat-rapatnya kerana
orang lebih suka memaksa-maksa diri mereka
berbuat hal-hal yang akan membawa kepada sesuatu yang haram."
(I'anatut Talibin, juz 2, hal 145-146)


    11. Dan di dalam kitab Fiqh Ala Mazahibil Arba'ah menyatakan,
    "Dan di antara bid'ah yang dibenci agama ialah sesuatu yang dibuat oleh
individu iaitu menyembelih haiwan-haiwan di tanah kubur tempat mayat di
tanam dan menyediakan hidangan makanan yang diperuntukkan bagi mereka yang datang bertakziah."
(Abdurrahman al-Jaza'iri, al-Fiqhu Ala Mazahibil Arba'ah, juz 1, hal 539)


    Bersambung....

    BalasPadam
    Balasan
    1. relakah kalo orang tua anda atau anak anda masuk neraka atau kena siksa kubur disebabkan karena merwat anda melahirkan anda sampai merawat mendidik sampai anda besar dan menjadi pintar.terus apa yang anda lakukan kalo orang tua anda mati kena siksa kubur dan ada orang yang mendoakan jelek pada arwah ibu atau bapak atau anak anda.coba renungkan.

      Padam
  41. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  42. Sambungan....

    Demikianlah di antara pendapat-pendapat para ulama Syafi'iyah berkenaan
doa selamat atau kenduri arwah. Mereka telah bersepakatbahawa amalan
tersebut adalah bid'ah mungkarat atau bid'ah yang dibenci.
Dasar hukum yang mereka ambil (mengikut kata sepakat atau ijma' para
sahabat nabi Sallallahu `alaihi wasallam) ialah haram hukumnya mengamalkan
amalan tersebut.

    
Bukankah lebih baik jika tuan rumah kematian menggantikan kenduri doa
selamat untuk kematian atau lebih mudah disebut sebagai kenduri arwah kepada
satu amalan bersedekah kepada ahli faqir dan miskin. Sebabnya ialah, jika
kenduri tersebut diniatkan untuk bersedekah makanan kepada orang yang
menjamu hidangannya, kebanyakan orang yang hadir di dalam jamuan tersebut
tentunya di kalangan orang yang berkemampuan dan sudah tentu sedekah
tersebut kurang bererti bagi mereka atau tidak bererti sama sekali.


    Tambahan pula, jika amalan tersebut diniatkan sebagai amalan bersedekah,
maka akan terjadilah satu amalan yang mencampuradukkan antara yang hak dan yang batil kerana amalan tersebut melibatkan dalam dua hal iaitu, ia
diniatkan sebagai bersedekah iaitu amalan yang disukai agama dan dalam masa
yang sama, berkumpul di dalam satu majlis jamuan yang telah diadakan di rumah kematian pula adalah satu perkara yang amat dilarang oleh agama atau disebut haram.

    
Mengirimkan pahala bacaan tahlil itu juga merupakan satu amalan yang
sia-sia. Oleh itu, kedua-duanya sama sekali tidak boleh dilakukan kerana
telah mencampuradukkan yang hak dan yang batil.

    Demikianlah tentang Tahlilan Dan Kenduri Aruah mengikut Mazhab Syafie.

    BalasPadam
  43. Nabi s.a.w. kehilangan isteri tercinta, Saidatina Khadijah r.a, namun tiada sebarang petunjuk (dalil) bahwa nabi ada melakukan tahlil untuk Khadijah r.a.

    Begitulah juga seterusnya, sekian banyak kematian yg berlaku sepanjang hayat Baginda s.a.w, tiada dalil menunjukkan Baginda s.a.w. atau para Sahabat r.a. melakukan tahlil atau yang seumpama dengannya.

    Selepas Nabi s.a.w. wafat, tiada seorangpun dikalangan sahabat menganjurkan upacara tahlil. Tidak kasihkah mereka kepada kekasih mereka, Rasulullah s.a.w?

    Adakah kita lebih "baik" daripada Nabi s.a.w. dan para sahabatnya?

    Semoga Allah mengampuni kita semua, dan juga penulis.

    BalasPadam
  44. bersatulah wahai saudara ku seiman seagama .jangan hanya beda pemahaman ilmu atau saking minimnya ilmu ilmu kita trus menjadikan kita pecah belah saling benci sampai keluar kata kata mengkafirkan hati hati .siapa yang mengucapkan kata kafir pada sesorang dan menuduhnya .sesungguhnya dia sendirilah yang telah kafir .lihatlah cermin belajarlah.mari kita perangi nafsu kita mari perangi bersama sama iblis .lihatlah palestina membutuhkan bantuan kita lihatlah masih banyak kaum hindu nasrani budha dll yang butuh pencerahan agar masuk islam.jangan yang sudah islam malah di perangi.

    BalasPadam
  45. Dahsyat sunggh wahabi ni. Tetap nak menang dlm perkara furuk dan khilafiyah.
    Ada contoh dr Nabi ke bila berdebat nak menang ni?

    Buanglah sifat takbur dlm diri tu. Belajarlah berlapang dada..

    BalasPadam
  46. A western academic/writer quotes ...
    "especially astounding is the very dubious and virulent form of Islam, that Wahhabism and Salafism represent, which is currently wrecking havoc on Islamic traditions, the endless existential hatred against the Shias, which have cost billions of dollars and millions of innocent lifes, and dividing the Muslim community in petty squabbles over trivial details, of heresy and polytheism.
    Thus curtailing progressive thinking and leaving the economic and social decline to proceed effectively unchecked."

    BalasPadam
  47. Seorang academic/penulis barat berkata…
    “sangat mengherankan satu aliran yang meragukan, penuh dengan kebencian yang mendalam, ia itu fahaman Wahhabism and Salafism, yang menyebabkan huru hara, kacau bilau terhadap tradisi amalan Islam, pemusuhan yang abadi terhadap kaum Syiah, yang telah menelan belanja berbillion dollar dan berjuta korban yang tidak berdosa, justeru itu memecah belahkan persatuan ummah dengan perkara remeh, khilaf, hanya menentang bida’ah dan syirik.
    Ini menyebabkan kemunduran pemikiran yang progressive dan membiarkan kemunduran ekonomi dan social berterusan tanpa di bendung”

    BalasPadam
  48. "Nabi tak ajar" itu bukanlah dalil. Dalam fiqh, hanya dalil yg layak disaring untuk dicernakan menjadi hukum. Yang bukan dalil tak layak disaring apatah lagi nak terus dijadikan hukum.
    ~Nabi tak ajar bukukan Quran, kita bukukan Quran
    ~Nabi tak ajar talbiah yg baru tapi Ibnu Umar talbiahnya talbiah yg baru. Beliau cipta sendiri.
    ~Nabi tak ajar pakai baju melayu ke masjid. Kita pakai
    ~Nabi tak ajar buka University untuk faham ilmu ugama. Tapi kita buat.
    ~Nabi tak ajar karang kitab. Tapi kita karang.
    ~Nabi tak ajar buat parti, tapi kita buat.
    ~Nabi tak ajar buat persatuan/pertubuhan islam, tapi kita buat.
    Ini semua tidaklah salah kerana perkataan "Nabi tak ajar" itu bukanlah dalil apalagi jika hendak dikatakan hukum.Jauhilah kaum wahabi penjenayah dunia ilmu

    BalasPadam
  49. ALHAMDULLILAH INFORMASI YANG BERMANFAAT.

    BalasPadam
  50. Ikut mazhab syafie kenduri arwah tidak dibenarkan. Bukan wahabi. Kalau soal amal ibadat ditokot tambah ia boleh menyebabkan huru hara. Lain cerita dengan hal hal muamalat. Ia boleh berubah ukit perkembang masa. Kereta dah ada x kan nak naik unta.

    BalasPadam
  51. Pening juga,.bila tny? Ikut quran & hadis.,bila tny? Mazhab syafie.,bila ckp quran & hadis serta imam syafie mmg x de ini.. dituduh plak ke wahabi? Knp salahkan wahabi bila quran,hadis & imam syafie pun mmg x de buat? Tp sy x la smpi nk salahkan mufti & golongan agama plak.,bkn masalah kesian @ x pd simati,cuma mmg sah x de dr mazhab,quran & hadis.,nk menyalahkan pun sy x berani sbb ilmu sy x byk.,nk ckp majoriti tentu btol.confuse,sbb ntn pengikut imam mahadi pun minoriti x ramai,so...dr 73 golongan ,adakah 1 golongan ni termasuk drpd yg wat tahlil @ tdk.,wallahhuaqlam bishsowab.,cuma sy berdoa supaya umat semua dijauhkan dr fitnah akhir zaman.,amin

    BalasPadam
  52. Kepada sahabat2 yg masih keliru...
    Mudah aje…. Jawab soalan ini.

    1. Masa Nabi s.a.w masih hidup semua anak nya meninggal kecuali Fatimah r.a ada tak Nabi s.a.w kumpul sahabat2 nya dan buat Tahlilan?

    2. Kedua Siti Khatijah Isteri kesayangan Nabi s.a.w meninggal ada tak Nabi s.a.w kumpul sahabat2 nya dan buat acara tahlilan dan kenduri arwah?

    3. Nabi s.a.w Wafat ….ada tak riwayat yang menyatakan Abu Bakar r.a mengumpulkan sahabat2 dan buat tahlilan utk Rasulullah s.a.w? Bawakan kepada kami hata satu hadis yg dhoif sekalipun yang menyatakan Sahabat pernah buat acara tahlilan utk Nabi s.a.w….

    4. Para sahabat banyak yang meninggal di zaman Rasulullah s.a.w tolong beri satu riwayat yg menyatakan Nabi s.a.w buat Tahlillan utk para sahabat

    5. Siapa yg menyususn Ritual Tahlilan tersebut?


    Kesimpulan:

    Kalau lah perkara ini baik nescaya setelah Rasulullah s.a.w wafat para sahabatlah yang lebih dulu praktikkannya kerana merekalah golongan yang jauh lebih memahami kalam² Rasulullah s.a.w tentang perkara² bid'ah yg menyanggahi segala sunnah² Rasulullah s.a.w


    Sebakan mereka sahaja golongan yg pernah rasai hidup sezaman bersama baginda Rasulullah s.a.w & melihat serta mendengar sendiri apa yg didatangkan Rasulullah s.a.w utk dianggap sebagai amalan yg diredhai Allah….mereka hidup di zaman Rasulullah dan Sahabat.


    Sudah pasti sahabat saperti Abu Hurairah, Abdullah bin Abbas, Abdullah Bin Umar, Anas Bin Malik, Jabir Bin Abdullah, Abu Said al Qudri, Aisyah r.a, isteri Rasulullah saw yang digelar Ummul Mu’minin. Aisyah r.a telah meriwayatkan sebanyak 2210 hadith.

    Sudah pasti perawi2 hadis saperti di atas meriwayatkan hadis berkaitan isu Tahlilan ini, Namun sehingga kini belum di temukan satu hadis pun yg menyebut Nabi s.a.w pernah melakukan ritual Tahlilan.


    Jangan memberi alasan/jawapan kalau Nabi tak buat tak semestinya kita tak boleh buat…..ini bukan Jawapan pada persoalan. Soal Ibadah harus ade petunjuk dari Nabi s.a.w

    Jika tidak apa guna Nabi s.a.w di utus ke dunia ini…….

    AGAMA DI BANGUN ATAS DALIL Seandainya Agama Dibangun Berdasarkan AKAL ATAU LOGIKA Maka-Masing Orang Akan Bebas Membuat Aturan Agama Sesuai AKAL, LOGIKA DAN SELERANYA

    Wallah a'lam

    BalasPadam
  53. Nak tanya kepada sesiapa dalam blog ne boleh beri pencerahan,,,, Adakah makanan jamuan kenduri arwah yg disediakan tidak sama sekali boleh dijamah selagi upacara kenduri belum selesai?... Perlukah menunggu upacara doa selesai barulah boleh dijamah makanan yg dihidangkan oleh tuan rumah?....

    BalasPadam
  54. Kalau soal tahlil dan berzikir itu bukan masalah, memang dalil Al-Qur'an dan Hadits nya ada. Yg masalahnya soal 3 hari, 7 hari, 20 hari, 40 hari, 100 hari, mana dalilnya? Yg beri makan mewah kpd tamu itu kan beban bagi keluarga si mati. Padahal menurut kitab Al Umm Imam Syafi'i justeru jiran yg memberi makanan kpd keluarga si mati krna dia ditimpa kesusahan berat, iatu
    kematian keluarganya, apa yg terjadi adalah terbalik, mcm bodoh aja semua ni, tak masuk akal.

    BalasPadam
  55. Suruh pun x, larang pun x, tapi masih ramai yg ingin berlawan, menang jadi arang, kalah jadi abu, ikan selayang, ikan aya, nmpak terbayang, rasa ya, ikut hati, mati, ikut hawa, kecewa, ikut akal, sakal, ikut iman, baru aman

    BalasPadam
  56. hujjah di atas sgt jelas dan kuat...ada tak dalil dari alquran dan hadis yg melarang kita dari melakukan apa yg nabi tak buat?..hadis ni bukan sekadar perbuatan nabi...hadis juga merangkumi perkataan dan iqrarnya Nabi...dalil2 di atas kebanyakannya berbentuk qoul(perkataan)....sahabat2,tabien2 byk je buat apa yg nabi tak buat..adakah mereka sesat ....adakah mereka tak faham sunnah?...satu lg bidaah bukan lah hukum...kalau buat juga kenduri tahlil atau arwah apa hukumnya? haram ke?bawakan dalil keharaman kenduri tu....
    hukum kenduri ni telah di beritahu ulama akan keharusannya...yang nk buat pun boleh dan yg tak nak buat pun boleh.....kenapa nak bergaduh dengan orang yg buat...nabi kan suruh ikut ulama....tak payah nk gaduh2...berlapang dada lah dalam isu khilaf ni.....

    BalasPadam