Isnin, 25 Jun 2012

Mekarkah ...?


بسم الله الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله ﷺ و على آله و صحبه و من والاه
أما بعد
 

        Peralihan kuasa kerajaan melalui proses demokrasi adalah peralihan ke arah kebaikan yang diharapkan rakyat. Ini mungkin disebabkan kerajaan terdahulu kurang baik. طنطاوي contohkan negeri sendiri. PRU12 menyaksikan peralihan kuasa kerajaan kerana rakyat Kedah merasakan kerajaan terdahulu kurang baik & berharap kerajaan baharu lebih baik. Sekiranya kerajaan baharu dapat membawa negeri dengan lebih baik adalah tidak mustahil akan dipilih semula oleh rakyat pada PRU13 nanti. Sekiranya rakyat merasakan pembawakannya tidak baik, kebarangkalian berlaku peralihan kuasa kerajaan sekali lagi adalah tidak mustahil. Perlu diingat bahawa masyarakat peniaga & masyarakat sivil adalah 2 golongan yang kuat mempengaruhi sistem demokrasi sesuatu negara/negeri. 
        Sebagai rakyat Kedah yang memerhati perkembangan negerinya, طنطاوي sokong & seronok dengan beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh MB & ini seiring dengan GTP yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat. Dilihat MB menyambut baik gagasan kerajaan pusat dan turut bersama dalam megukuhkan ekonomi negeri/negara. Malangnya, ada segelintir "orang atasan" yang masih hendak berpolitiking meskipun sudah lama selesai pilihanraya. Tindakan mereka ini dilihat mengganggu proses pembaharuan yang cuba dilakukan MB. Bahasa mudahnya, tidak membantu usaha MB.
        Di sini kerajaan baru ini perlu melihat bahawa masyarakat peniaga & masyarakat sivil tadi sentiasa peka dengan segala isu yang timbul. Mereka merupakan pemerhati yang bertanggungjawab. Sekiranya mereka ini merasakan undian mereka dahulu dikhianati & tidak lagi berkenan untuk memberi undi seterusnya, jangan disalahkan pihak pembangkang pula. Kesilapan & kelemahan sendiri dalam mentadbir kemudian dikritik 2 golongan tersebut, alasan mudah & tidak bertanggungjawab ialah menyalahkan pembangkang. Jangan sangka jawapan sebegitu sudah selesai. Ya, mungkin selesai bagi fanatisismenya sahaja. 
        Melihat suasana politik Kedah lani, adalah tidak mustahil PRU13 bakal menyaksikan kerajaan campuran berlaku di Kedah. Walau apa-apa pun, pemimpin-pemimpin mestilah ketepikan politikingnya. Tumpukan usaha membangunkan negeri/negara. Dari selesai PRU hingga ke PRU yang baharu, tidak habis-habis berpolitiking. Bagi yang kalah seolah-olah tidak boleh terima kekalahannya & yang menang pula hendakkan lebih lagi. Tamak, apa yang ada tidak disyukuri & apa yang tiada terus diimpi. Tidak puas dengan kemenangan yang diperolehi. Tidak hairan lah bila ada orang berkata "I hate politics & I hate politicians". 
        Semoga proses kematangan politik tanah air berjalan dengan baik. Diharap semua pihak mengambil peranan yang sepatutnya dalam menjaga keharmonian negara & perpaduan masyarakat semakin utuh.  
اللهم اصلح شؤوننا يا مصلح
       

Sabtu, 16 Jun 2012

Kita hamba siapa ?

بسم الله الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله ﷺ و على آله و صحبه و من والاه
أما بعد


نحْن نتكلّم باسْم الإسلام، نرْفع شعاراتِ الإسلام فوْقنا، نعم ذلك لأنّ هذا الشّعار يُفيد، ولأنّ هذا الشعار رأْس مالٍ يُمْكن أنْ نتاجر به، ولكن عند التنفيذ أَنَهْرع إلى الانقياد لكتاب الله ورسوله أمْ نهرع إلى الانقياد لِأمْزجتنا، كلّكم يعْلم الجواب، عندما نتحرر مِن أمزجتنا، نتحرر مِن أنفسنا ونعلن لأنفسنا بأننا لسْنا عبيداً لمزاج، لسنا عبيداً لهوى، لسنا عبيداً لشهوة، لسنا عبيداً لحاكم ولا لمحكوم. ولكنا عبيداً لمولانا الذي سنَقف غداً بين يديه، في هذه الحالة نرجع إلى كتاب الله، ونرجع إلى هدي رسول الله صلى الله عليه وسلم، أعجب الناس به أو لم يعجبوا. الدواءُ أنْ نتحرّر مِن أمزجتنا يا عبادَ الله.

[من خطبة الجمعة للإمام البوطي
الجمعة‏، 26‏ رجب‏، 1433 الموافق ‏15‏/06‏/2012]

Kita bercakap atas nama Islam, mengangkat/mengagungkan  kemuliaan Islam di atas kita. Ya, kerana  ini  berguna, dan juga boleh menjadi modal slogan untuk kita  berdagang dengannya. Namun, ketika pelaksanaannya, adakah kita tergesa-gesa untuk memenuhi kehendak Allah dan RasulNya atau kita tergesa-gesa untuk memenuhi kehendak jiwa dan perasaan kita? Anda semua tahu jawapannya. Apabila kita bebas dari perasaan jiwa kita yang kuat, kita akan bebas daripada kehendak hati kita sendiri dan mengakui bahawa kita bukanlah hamba kepada perasaan, juga bukan hamba kepada  ragam hati, juga bukan hamba kepada keinginan, juga bukan hamba kepada pemerintah dan tidak juga kepada yang diperintah. Tetapi kita adalah hamba kepada Tuan yang kita akan berdiri dihadapanNya nanti. Dalam keadaan ini kita sepatutnya kembali kepada Kitab Allah, dan  kembali kepada petunjuk Nabi Allah , samada disukai oleh manusia atau pun tidak.Ubatnya ialah kebebasan kita daripada konkongan perasaan kita wahai hamba-hamba Allah.

p/s : Ini adalah petikan dari khutbah yang disampaikan oleh Al-Imam pada Jumaat lepas. Bersamalah kita renungi hikmahnya. Ini adalah link untuk teks penuh bagi khutbah tersebut http://naseemalsham.com/ar/Pages.php?page=readSpeech&pg_id=33919&bk_id=42

Selasa, 12 Jun 2012

Al-Quran Penjana Transformasi Ummah.

بسم الله الرحمن الرحيم

AL-QURAN PENJANA TRANSFORMASI UMMAH.
وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَعَلَكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلَكِنْ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ{48}
Ayat 48 dari surah Al-Maidah,maksudnya:
“ Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya”.{48}
Berdasarkan ayat Al-Quran yang dibacakan sebentar tadi,tajuk pidato yang akan saya sampaikan berbunyi “Al-Quran Penjana Transformasi Ummah”.
Terlebih dahulu sebelum saya meneruskan pidato saya, ada baiknya kita fahami dahulu definisi satu persatu perkataan tajuk pidato ini.
Sidang pendengar sekalian,
            Al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad untuk menjadi panduan hidup manusia.
            Penjana boleh kita ertikan dengan penggerak atau sesuatu yang menghasilkan.
Transformasi ialah perubahan.
Ummah ialah dari perkataan Arab bermaksud umat dan diertikan di dalam Kamus Dewan dengan empat pengertian.1-Penganut sesuatu agama.2-Seluruh rakyat.3-Segolongan manusia.4-Seluruh bangsa manusia.
            Secara umumnya definisi tajuk pidato yang akan saya sampaikan ini ialah Al-Quran  sebagai  modul penggerak atau agen yang  menghasilkan perubahan terhadap masyarakat.Persoalannya ialah,apakah bentuk perubahan yang dimaksudkan atau yang dikehendaki?
Sidang pendengar yang dihormati sekalian,
            Bagi menjawab persoalan tersebut,kita boleh melihat perubahan tersebut dari dua sudut pandangan.Pertama,perubahan dari kekufuran kepada keIslaman.Sejarah membuktikan bahawa kehebatan penyair-penyair arab jahiliah dahulu kalah dengan mukjizat Al-Quran dan masyarakat ketika itu memeluk Islam kerana kebenaran yang disampaikan dan pertolongan Allah Ta’ala seperti yang tersebut dalam surah An-nasr ayat 1 dan 2:
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ{1}وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا{2}
Maksudnya:
“ Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah){1} Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai”.{2}
            Mungkin ada yang menyatakan bahawa zaman tersebut ketika baginda Nabi masih hidup.Adakah orang kafir yang masuk Islam pada zaman sekarang dengan membaca Al-Quran?Ya,saya katakan ada.Banyak kisah yang berlaku di dunia barat,orang-orang bukan Muslim yang mengkaji Al-Quran akhirnya memeluk Islam.Saya datangkan dua contoh di sini,contoh pertama kata-kata seorang wartawan Inggeris bernama Ruke Aideen Smith tentang Islam dan Al-Quran:
“Saya fikir apa yang memikat saya terhadap agama Islam terutamanya ialah kenyataan bahawa, sebagai seorang lelaki Barat, kita memberi banyak tekanan kepada akal. Perkara yang menyentuh saya apabila membaca Al-Quran, terutamanya pada kali kedua, ialah bagaimana munasabahnya Kitab ini.  Saya sentiasa gelihati bila orang meminta diberikan bukti-bukti ajaib yang tertentu mengenai agama ini dan Al-Quran.
Membaca Al-Quran pada kali kedua, kebenaran yang terkandung di dalamnya hampir terbukti sendiri.  Menurut hemat saya,sesiapa sahaja yang mengamalkan fikiran yang wajar dan kita di utara England berbangga kerana bersifat praktikal dan bersikap wajar,sesiapa sahaja yang membaca Al-Quran dengan menggunakan fikiran tidak dapat menafikan bahawa Al-Quran sepenuhnya selaras dengan akal, sepenuhnya selaras dengan fikiran yang wajar.  Sesiapa sahaja manusia yang praktikal dan masih mahu menjadi sebahagian daripada dunia ini dan tidak tinggal di dalam gua, bertafakur atau melakukan yoga atau lari daripada dunia ini, akan mendapati bahawa'sistem kepercayaan yang terbaik' baginya ialah dalam agama yang digariskan dalam kitab suci Al-Quran.
Perkara ini yang paling mengkagumkan saya. Ia menentukan dengan jelas pembahagian di antara Pencipta dengan diri kita, yang dicipta. lni fakta pertama.  Banyak agama nampaknya tidak mempunyai panduan ini.  AI-Ouran menentukan dengan jelas pembahagian di antara Tuhan dan ciptaannya.  Di samping menentukan pembahagian tersebut, ia juga menyediakan cara iaitu dengan membaca al-Quran, seseorang itu dapat menjalin hubungan yang akrab dengan Tuhan”.

            Contoh kedua,kata-kata Saudara Selsiani:

“Dalam kitab ini, (al-Quran) saya menemui kebahagiaan yang tidak terperi dan ia menjawab banyak persoalan yang saya hadapi. la benar-benar mengubah hidup saya.  Ada tujuan dan makna. la menjadikan saya amat gembira dan kegembiraan ini memenuhi hati saya.  Saya bernasib baik kerana menjadi seorang Muslim. “
Kedua,perubahan ke arah kebaikan atau penambahbaikan.Sedia maklum bahawa majoriti masyarakat Malaysia beragama Islam.Kemampuan rakyat Malaysia mengekalkan keharmonian dalam kehidupan berbilang kaum dan agama menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam contoh kepada dunia.Konsep Wasatiah atau kesederhanaan yang diamalkan oleh masyarakat Islam Malaysia yang bereteraskan Al-Quran seterusnya menjadi teladan kepada masyarakat lain bertepatan dengan kehendak Al-Quran,potongan dari ayat 148,surah Al-Baqarah:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا  {143}……………… الآية
Maksudnya:
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. ………{143}
            Mari kita renungi bersama ayat yang akan saya bacakan ini:
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ{77}
Ayat 77,surah Al-Qasas yang bermaksud:
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.{77}
Ayat yang mulia ini mengandungi lima ungkapan yang berupa panduan yang bijaksana dan pengertian-pengertian yang mulia yang membuktikan Al-Qur’an ini adalah dari Allah yang sentiasa memberi petunjuk ke arah yang lebih sempurna. Setiap ungkapan dalam ayat ini memandu kita ke arah mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat
Apabila seseorang lelaki atau wanita Islam hidup di dunia ini dengan berlandaskan pengertian tersebut dan menurut arahan yang murni ini, sudah tentu ia akan bahagia di dunia dan bahagia di akhirat kerana nikmat-nikmat Allah kepada manusia itu banyak sekali. Sekiranya manusia menggunakan nikmat-nikmat tadi untuk meningkatkan ketaatan kepada Allah dalam lingkungan suruhan dan perintahNya sudah pasti ia akan hidup dalam jalinan hubungan yang baik dengan penciptanya dan akan hidup dalam keadaan aman damai.
Justeru, kita dapati Rasulullah pernah menjelaskan kepada kita bahawa manusia dalam menghayati nikmat Allah itu terbahagi kepada empat kumpulan dalam sabdanya yang bermaksud:
'Dunia ini dimiliki oleh empat kumpulan manusia, Pertama: hamba yang telah dianugerah harta dan ilmu lalu ia bertaqwa kepada Tuhannya dengan menjaga hubungan silaturahim dan mengenali tanggungjawabnya kepada Allah. Orang ini adalah yang terbaik. Kedua: hamba yang dianugerahkan ilmu tanpa harta tetapi ia mempunyai niat yang baik, di mana katanya: 'Jika aku mempunyai harta nescaya aku akan lakukan (kebaikan) sepertimana dilakukan oleh si fulan itu'. Maka dengan niatnya itu, ia akan diberi pahala sama seperti orang yang berharta. Ketiga: seorang hamba yang dianugerahkan harta tanpa ilmu maka ia akan menyalahgunakan hartanya, tidak bertaqwa kepada Tuhannya, tidak memelihara hubungan silaturahim dan tidak mengira hak-hak Allah kepadanya. Ini adalah kumpulan yang paling buruk. Keempat: seorang hamba yang tidak dianugerahkan harta ataupun ilmu dan ia sentiasa berniat buruk kerana katanya, 'Jika aku mempunyai harta nescaya aku lakukan (keburukan) sepertimana yang telah dilakukan si fulan. Maka dengan niatnya itu ia turut menanggung dosa sepertimana si fulan itu juga'.

Dalam hadis yang ringkas tetapi begitu bermakna sekali, Rasulullah telah membahagikan manusia kepada empat kumpulan; dua kumpulan mendapat keuntungan manakala dua kumpulan lagi mendapat kerugian. Dua kumpulan yang berjaya ialah hamba yang dianugerahkan harta bersama ilmu dan hamba yang dianugerahkan ilmu tanpa harta. Dan dua kumpulan yang kerugian pula ialah hamba yang dianugerahkan harta tanpa ilmu dan yang tidak dianugerahkan kedua-duanya sekali. Maka ayat al-Qur’an yang mulia tadi datang untuk memandu kita supaya menuntut keredhaan Allah dengan ilmu pengetahuan. Mereka yang menggunakan ilmu pengetahuannya untuk kebaikan dan kebajikan kepada manusia dan mengguna nikmat-nikmat Allah pada tempatnya maka mereka ini adalah termasuk dalam golongan yang diredhai Allah.Inilah yang dikehendaki dalam firman Allah tadi.
Sidang pendengar sekalian,
            Jelas sudah kepada kita bahawa Al-Quran merupakan agen perubahan kepada umat manusia amnya,bukan tertentu kepada kita yang Islam sahaja,bahkan kepada non Muslim juga sekiranya kita umat Islam betul-betul beramal dengan ajaran Al-Quran akan menjadi contoh kepada non Muslim.
            Mengakhiri pidato saya ini,saya menyeru dan berwasiat kepada diri saya sendiri dan sekalian yang mendengar agar jadikanlah Al-Quran sebagai penjana transformasi kehidupan kita dengan mengamalkan ajaran-ajarannya dengan bersungguh bukan menjadikan Al-Quran sebagai kitab pelengkap hiasan dalam almari.
Bacalah Al-Quran
Ambillah pedoman
Hidupkan aman
Maju kehadapan

            Sekian,terima kasih.

           


موقفي...


بسم الله الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله و على آله و صحبه و من والاه
أما بعد

        طنطاوي dilahirkan & dibesarkan & membesar dalam suasana persekitaran yang serba menghijau juga semangat yang hijau. Kebencian kepada golongan biru adalah perkara biasa yang طنطاوي dengar. Ketika usia طنطاوي  mencecah 5 tahun, berlakulah Peristiwa Memali. Sedikit sebanyak, kebencian yang disemai sebelum ini menampakkan tunasnya. Sementelah pula, mangsa tragedi ada sedikit hubungan kekeluargaan. 
Apabila memasuki alam persekolahan rendah, satu tindakan yang menjadi tanda tanya طنطاوي. Pada suatu Jumaat, yang membaca khutbah Jumaat ialah khatib dari pihak biru. Selesai sembahyang, jemaah pun pulang tapi ada beberapa otai yang memang dikenali dengan kehijauan depa. Bila betul-betul sunyi, depa ni sembahyang jemaah sekali lagi. Masa tu kecil lagi, tengok saja la. Tapi sifat ingin tahu tu menebal dalam diri. طنطاوي tanya sembahyang apa? Dijawabnya sembahyang Zohor. طنطاوي dah kompius. Ya la, walau pun tak baligh lagi masa tu tapi tau la kalau hari Jumaat, bila dah sembahyang Jumaat tak yah dah sembahyang Zohor. Tanya lagi dan lagi. Katanya sembahyang Jumaat tadi tak sah, kena sembahyang Zohor. Tanya lagi..pasai pa tak sah? Jawabnya mudah saja, katanya sebab orang biru baca khutbah tak sah. Bila tak sah khutbah, tak sah la sembahyang Jumaatnya. طنطاوي angguk ja la. Mana nak tau apa lagi. Masa kecil dengaq ja la apa yang orang tua habaq. Mana nak reti bab-bab hukum ni.
        Suasana ini berterusan sampai طنطاوي memasuki alam persekolahan menengah. Isu sembelihan, sembahyang & macam-macam lagi ada mainan biasa yang menerjah masuk dalam telinga طنطاوي. 
Walau pun begitu, masih belum dapat memuaskan pemahaman طنطاوي. Apakan daya, dikelilingi dalam lingkungan hijau. Hanya mendapat perolehan dari sumber yang satu sehinggakan kebanyakan fahaman diterima bulat-bulat kerana yang mengajar itu ustaz lulusan pondok/Mesir/Pakistan/India lagi. Terima ja la.
        Detik mula perubahan bila dibagi rezeki oleh الله تعالى bertemu dan belajar dengan mursyid طنطاوي iaitu  الحبيب عمر بن حفيظ. Segala apa yang طنطاوي  dapat sebelum ini seperti isu sembahyang & sembelihan amat-amat berlainan sekali. Ini membuka sekali lagi semangat ingin tahu yang mendalam. Tambahan lagi, ada senior-senior طنطاوي yang bagi tahu bahawa سيدي الحبيب tidak menggalakkan muridnya berpolitik. Ada juga yang berkata tidak izinkan. Ini menimbulkan lagi tanda tanya kepada طنطاوي. Macam mana tidak? dari kecil dengar cerita tentang politik-politik-politik. Politik wajib la dan macam-macam la.
Ada juga kawan Malaysia yang semangat hijau tahap dewa ni kata yang سيدي الحبيب tak tahu politik Malaysia. طنطاوي masih sedikit keliru masa tu, tapi sikit pun tak leh terima kata kawan tadi. 
        Pencarian masih diteruskan. Sehinggalah طنطاوي menyambung pengajian di طنطا, banyak kitab-kitab yang boleh dirujuk. Walau pun begitu, fahaman politik partisan masih bermain dalam fahaman طنطاوي. Segalanya menjadi semakin terang & jelas pabila direzekikan الله تعالى diterima masuk ke دار الإفتاء المصرية. Guru pertama طنطاوي yang mengajar tentang politik secara terus ialah الأستاذ الدكتور سعدالدين مسعد هلالي . Hari pertama kuliah bersama beliau tentang politik, merungkai habis kekusutan selama ini. Ditambah lagi dengan pendirian yang dikeluarkan/dibuat oleh  دار الإفتاء, الأزهر الشريف , مجمع البحوث الإسلامية terhadap politik, maka طنطاوي semakin faham apa yang berlaku. Atas semua yang berlaku, طنطاوي merasa tenang dengan mengikut pendirian guru-guru طنطاوي. Bersyukur kerana perbahasan & kajian yang dilakukan oleh طنطاوي selama ini mengikuti manhaj yang disusun.
         Justeru, pendirian طنطاوي  adalah mengikut pendirian guru-guru طنطاوي. Biru tidak hijau pun tidak. Mana-mana pun tidak. Meskipun didaftarkan sebagai ahli hijau ketika dibelasan tahun dahulu. Bukanlah atas kehendak طنطاوي sendiri tapi diuruskan oleh orang lain. Ini juga menjadi persoalan. Di mana kebebasan memilih? Walau pun begitu, طنطاوي tetap tidak berada di mana-mana pihak samada biru @ hijau. Adakah ini menjadikan kita bermusuhan? Tidak sama sekali. Guru-guru طنطاوي tidak pernah mengajar untuk bermusuhan sesama sendiri kerana itu bukanlah sifat yang baik. الشيخ محمد أبو زيد pernah berpesan kepada kami : "أرجو منكم كي لا تفرقوا بين المسلمين". Bila sampai tarikh PRU, keluarlah mengundi. Siapa menjadi pilihan, itu adalah pilihan masing-masing. Inilah yang diajar oleh guru-guru طنطاوي & juga yang difahami طنطاوي. Ini sebahagian pendirian الإمام علي جمعة  yang طنطاوي  dapati dari twitter beliau :

-لم ولن أنتمي لحزب من الأحزاب أو جماعة من الجماعات لأننا نرى أن عالم الدين لا ينبغي له أن يزج بنفسه وبعلمه الذي مَنّ الله به عليه في مثل هذا
- واجبي كعالم دين أن أدعوا إلى الله بالحكمة والموعظة الحسنة تأسياً برسول الله وأن افعل الخيرات قال تعالى (وافعلوا الخير لعلكم تفلحون)
- كان موقفنا من بداية الإنتخابات الرئاسية ألا نرجح  كفة مرشح على مرشح آخر إنما ندعوا الله أن يولي مصر على من يصلح.. و لا يزال هذا موقفنا.


p/s : Inilah secara ringkas penerangan tentang pendirian diri ini.








Ahad, 10 Jun 2012

Berpolitik biarlah berpada.

بسم الله الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله و على آله و صحبه و من والاه
أما بعد





        Kita tengok dalam mainan politik semasa .. para mufti & ulama selalunya akan menjadi mangsa kerakusan politikus-politikus yang berpolitik dengan berlandskapkan Islam. Di Mesir dahulu sebagai contoh. شيخ الأزهر, الإمام الأكبر  di kecam hebat golongan tertentu.. begitu juga Mufti Besar Mesir,الإمام علي جمعة dikecam ..sebabnya pandangan mereka tidak sehaluan dengan nafsu politik golongan tertentu. Dikatanya mereka ini orang "Regim Mubarak" ..dan sebagainya. Di Syria juga begitu. Mufti Am Syria, سماحة الشيخ أحمد بدرالدين حسون dikritik dengan hebat ..الإمام البوطي juga dikritik dengan hebat sekali. Sebabnya sama kerana pendapat mereka berlawanan dengan kehendak nafsu politik golongan tertentu. Tak kurang juga Malaysia. Mufti Perak, SS Tan Sri Harussani di kritik & di hina oleh golongan tertentu. Sebabnya juga sama .. hanya kerana menegur dan berpendapat yang berlainan dengan golongan itu. 
        Ini adalah rentetan daripada radikalisme dalam agama. Minda sebahagian masyarakat muslim sudah ditanam dah bertunjang dalam fikiran bahawa agamawan mesti berpolitik partisan .. kalau tidak, agamawan ini tidak sempurna. Agamawan juga mesti @ wajib menyokong golongan yang berlandskapkan Islam. Agamawan yang berada dalam golongan berlandskapkan Islam adalah lebih alim,lebih amanah & segala-galanya yang lebih.
        Kesannya, ilmu agama diambil dari bukan ahlinya. Lihat saja lah apa yang berlaku di sekeliling kita. Contoh mudah yang طنطاوي bawa di sini tentang sembelihan @ sembahyang. 1 golongan mengatakan sembelihan @ sembahyang berimamkan golongan yang kontranya tidak sah. Fahaman ini sudah berakar tunjang dalam fikiran orang kampung. Sekiranya ada agamawan yang menyanggah fahaman ini, orang kampung secara otomatiknya akan menganggap agamawan ni kerja dengan kerajaan. 
        Islam tak pernah ajar semua ini. Dari mana datangnya fahaman ini? Kenapakah golongan yang katanya memperjuangkan Islam yang berlandskapkan Islam tidak membetulkan fahaman penyokong-penyokong mereka? Sekiranya golongan ini membiarkannya membarah dalam masyarakat, adakah ini bermakna golongan ini reda dengan apa yang berlaku?
        Seperti kata Mufti Am Syria bahawa kita semua inginkan kebenaran. Tiada siapa yang tak inginkan kebenaran. Dalam mencari kebenaran, jangan bias kepada golongan sendiri ibarat kata "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak". Terlalu sibuk nak jaga tepi kain orang hinggakan tepi kain sendiri terkoyak tak sedar.
        Adalah sudah menjadi tanggungjawab kami @  طنطاوي sebagai طُوَيْلِب و خُوَيْدِم العِلْم الشريف mempertahankan para ulama dari tohmahan jahat golongan tak bertanggungjawab.طنطاوي sekadar melakukan apa yang termampu dilakukan. Pentingnya ada usaha ke arah itu mengikut kemampuan masing-masing.
        Ulama mengajar kita supaya kesalahan perlu dibetulkan. Betul, dan kesalahan tersebut mestilah jelas, bukannya sekadar prasangka @ yang sengaja ditimbulkan.

يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ...الآية, سورة الحجرات
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa...

        Dengan memahami ayat Quran ini, kita akan lebih faham kenapa para ulama cukup berhati-hati dalam membuat kenyataan. Apa yang mereka katakan adalah pada perkara yang jelas diketahui. Mereka menjaga maslahah umat sekaliannya bukan menjaga golongan tertentu. Hanyasanya pandangan yang tertabir dengan fanatik partisannya akan mengatakan ulama @ mufti keluarkan kenyataan yang kontroversi dan sebagainya. Ya, kita katakan kontroversi bagi pihaknya kerana bertentangan dengan golongannya. Bila mana pandangan ulama @ mufti itu tadi bertepatan dengan golongannya, dipujinya ulama @ mufti tersebut.    
        Nasihat طنطاوي , buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali .. berpolitik pun biarlah berpada, hina ulama jangan sekali. 

 اللهم اصلحْ شؤونَنا يا مُصْلِح