بسم الله الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله و على آله و صحبه و من والاه
أما بعد
Kita tengok dalam mainan politik semasa .. para mufti & ulama selalunya akan menjadi mangsa kerakusan politikus-politikus yang berpolitik dengan berlandskapkan Islam. Di Mesir dahulu sebagai contoh. شيخ الأزهر, الإمام الأكبر di kecam hebat golongan tertentu.. begitu juga Mufti Besar Mesir,الإمام علي جمعة dikecam ..sebabnya pandangan mereka tidak sehaluan dengan nafsu politik golongan tertentu. Dikatanya mereka ini orang "Regim Mubarak" ..dan sebagainya. Di Syria juga begitu. Mufti Am Syria, سماحة الشيخ أحمد بدرالدين حسون dikritik dengan hebat ..الإمام البوطي juga dikritik dengan hebat sekali. Sebabnya sama kerana pendapat mereka berlawanan dengan kehendak nafsu politik golongan tertentu. Tak kurang juga Malaysia. Mufti Perak, SS Tan Sri Harussani di kritik & di hina oleh golongan tertentu. Sebabnya juga sama .. hanya kerana menegur dan berpendapat yang berlainan dengan golongan itu.
Ini adalah rentetan daripada radikalisme dalam agama. Minda sebahagian masyarakat muslim sudah ditanam dah bertunjang dalam fikiran bahawa agamawan mesti berpolitik partisan .. kalau tidak, agamawan ini tidak sempurna. Agamawan juga mesti @ wajib menyokong golongan yang berlandskapkan Islam. Agamawan yang berada dalam golongan berlandskapkan Islam adalah lebih alim,lebih amanah & segala-galanya yang lebih.
Kesannya, ilmu agama diambil dari bukan ahlinya. Lihat saja lah apa yang berlaku di sekeliling kita. Contoh mudah yang طنطاوي bawa di sini tentang sembelihan @ sembahyang. 1 golongan mengatakan sembelihan @ sembahyang berimamkan golongan yang kontranya tidak sah. Fahaman ini sudah berakar tunjang dalam fikiran orang kampung. Sekiranya ada agamawan yang menyanggah fahaman ini, orang kampung secara otomatiknya akan menganggap agamawan ni kerja dengan kerajaan.
Islam tak pernah ajar semua ini. Dari mana datangnya fahaman ini? Kenapakah golongan yang katanya memperjuangkan Islam yang berlandskapkan Islam tidak membetulkan fahaman penyokong-penyokong mereka? Sekiranya golongan ini membiarkannya membarah dalam masyarakat, adakah ini bermakna golongan ini reda dengan apa yang berlaku?
Seperti kata Mufti Am Syria bahawa kita semua inginkan kebenaran. Tiada siapa yang tak inginkan kebenaran. Dalam mencari kebenaran, jangan bias kepada golongan sendiri ibarat kata "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak". Terlalu sibuk nak jaga tepi kain orang hinggakan tepi kain sendiri terkoyak tak sedar.
Adalah sudah menjadi tanggungjawab kami @ طنطاوي sebagai طُوَيْلِب و خُوَيْدِم العِلْم الشريف mempertahankan para ulama dari tohmahan jahat golongan tak bertanggungjawab.طنطاوي sekadar melakukan apa yang termampu dilakukan. Pentingnya ada usaha ke arah itu mengikut kemampuan masing-masing.
Ulama mengajar kita supaya kesalahan perlu dibetulkan. Betul, dan kesalahan tersebut mestilah jelas, bukannya sekadar prasangka @ yang sengaja ditimbulkan.
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ...الآية, سورة الحجرات
Wahai
orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya
kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa...
Dengan memahami ayat Quran ini, kita akan lebih faham kenapa para ulama cukup berhati-hati dalam membuat kenyataan. Apa yang mereka katakan adalah pada perkara yang jelas diketahui. Mereka menjaga maslahah umat sekaliannya bukan menjaga golongan tertentu. Hanyasanya pandangan yang tertabir dengan fanatik partisannya akan mengatakan ulama @ mufti keluarkan kenyataan yang kontroversi dan sebagainya. Ya, kita katakan kontroversi bagi pihaknya kerana bertentangan dengan golongannya. Bila mana pandangan ulama @ mufti itu tadi bertepatan dengan golongannya, dipujinya ulama @ mufti tersebut.
Nasihat طنطاوي , buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali .. berpolitik pun biarlah berpada, hina ulama jangan sekali.
اللهم اصلحْ شؤونَنا يا مُصْلِح
Tiada ulasan:
Catat Ulasan