Isnin, 15 September 2014

Penulis jiwa kosong berlambak di media sosial.

بسم الله الرحمن الرحيم

Oleh Dr Nik Roskiman Abdul Samad.
Bual bicara eksklusif bersama Sheikh Hamza Yusuf Hanson bincang krisis ilmu, masalah pokok cetus punca salah anggap terhadap Islam
Ulama terkenal, Sheikh Hamza Yusuf Hanson yang juga pengasas Institut Zaytuna di Amerika Syarikat memuji umat Islam di Malaysia kerana masih memiliki identiti yang kukuh dan terus mempertahankan manhaj Ahlul Sunnah Wal Jamaah dengan berpegang teguh kepada mazhab Imam Shafie dalam fekah, Abu'l Hasan al-Asha'ari dalam akidah dan tasauf Imam al-Ghazali.

Bagi beliau, umat Islam Malaysia belum dirosakkan oleh anasir luar seperti negara Islam lain yang terpengaruh dengan pasca modernisme. Beliau menyeru supaya dipertahankan tradisi ini daripada ancaman yang salah dan tidak menepati sunah.

Katanya, mustahil ajaran Islam perlu dibuat kajian semula setelah melalui zaman yang begitu lama dan proses saringan yang ketat oleh ratusan ulama muktabar sepanjang zaman. Justeru, beliau menyeru umat Islam benar-benar mengenali siapakah sebenarnya Ahlul Sunnah wal Jamaah dan ciri-cirinya.

"Ini kerana ramai yang mendakwa mereka adalah kumpulan selamat (firqah najiah) dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah sedangkan sebenarnya tidak," katanya dalam temubual eksklusif bersama deejay Mazlina Ismail di IKIMfm, Khamis lalu.

Ulama paling berpengaruh di Barat

Sheikh Hamza yang disenaraikan sebagai ulama paling berpengaruh di dunia Barat oleh Prof John Esposito dalam bukunya, The 500 Most Influential Muslims datang ke Malaysia atas undangan Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan (IAIS) dan Al-Naqiy Solutions.

Beliau berpandangan apa sahaja masalah yang berlaku dalam alam ini berpunca daripada krisis ilmu pengetahuan yang menjadi masalah pokok kepada krisis lain, sama ada ekonomi atau politik, manakala yang lain hanyalah simptom kepada penyakit sebenar yang dihadapi.

Katanya, penulis terkenal Amerika Syarikat, Mark Twain yang pernah melawat Palestin dan Florence Nightingale yang pernah tinggal hampir dua tahun di Mesir serta Turki tidak pernah menganggap umat Islam sebagai pengganas atau berpandangan jahat terhadap Islam.

Sebaliknya, mereka memuji umat Islam dan agama Islam. Oleh itu, bagaimana mungkin orang yang hidup lebih 100 tahun dahulu boleh melihat Islam itu positif, sedangkan hari ini tiada langsung kebaikan mengenai Islam dan itulah yang dikatakan krisis ilmu pengetahuan.

Kejahilan biasa, kejahilan berganda

Beliau turut mengungkapkan pandangan Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas yang membicarakan berhubung 'kejahilan biasa' dan 'kejahilan berganda'.

"Anak-anak biasanya tergolong dalam jahil biasa dan ini lambang keikhlasan serta kejujuran terhadap keilmuan yang dimiliki. Hari ini ramai yang jahil, namun berlagak alim dan mempunyai ilmu pengetahuan, inilah yang dikatakan jahil berganda," katanya.

"Penyakit ini apabila ramai yang mendakwa mengaku mengetahui sesuatu, tetapi sebenarnya kosong tidak mengetahui apa-apa. Ulama kita mengajar supaya kita mengungkapkan aku tidak tahu jika kita tidak tahu kerana itu adalah sebahagian daripada ilmu," katanya.

Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu. Ini halal dan ini haram, untuk mengadakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya." (Surah al-Nahl, ayat 116)

Kejahilan sombong ialah merasakan mengetahui sesuatu perkara lalu memberi pelbagai komentar dan pandangan pada hal mereka jahil sebenarnya. Perlakuan sebegini berbahaya untuk masyarakat awam dan akan mengelirukan mereka.

Sahabat Baginda ﷺ menolak untuk memberi pandangan kerana merasakan tidak layak serta ia suatu yang berat dan mereka amat takut akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Hari ini ramai yang menulis kosong tanpa ilmu di media sosial.

Ada menggunakan nama palsu dengan identiti yang disembunyikan seolah-olah malaikat tidak mengetahui siapa penulis sebenar. Hari ini juga, untuk mengumpat tidak perlu lagi berdua seperti dahulu memadai dengan mengetuk papan kekunci komputer dan menghantarnya ke media sosial.

Hakikatnya, mereka ini tidak akan terlepas daripada hukuman Allah SWT atas pandangan mereka menyelewengkan dan menyesatkan masyarakat.

Sheikh Hamza menyeru supaya perbezaan pendapat yang wujud dalam masyarakat ditangani dengan cermat, halus, tanpa mewujudkan perpecahan dan pergeseran sesama umat Islam.

Katanya, ada ketikanya sesuatu amalan itu mungkin ada hujah atau dalil lebih kuat untuk tidak melakukannya, tetapi jika masyarakat sudah terbiasa dengan amalan yang hujahnya tidak begitu kuat dan demi menjamin perpaduan, lebih baik ia diamalkan bagi mengelakkan pergeseran.

"Ini antara pandangan ulama mazhab Maliki. Apa yang berbahaya apabila kita merasakan dan mendakwa hanya Islam yang kita fahami sahaja betul sedangkan Islam orang lain semuanya salah belaka. Tidak salah untuk kita meyakini yang kita fahami itu benar, namun untuk menafikan orang lain juga mungkin benar adalah satu sikap yang angkuh," katanya.

Bersyukur dengan nikmat

Sehubungan itu, Sheikh Hamza meminta umat Islam di Malaysia bersyukur atas segala nikmat yang dianugerahkan Allah SWT kerana berdasarkan pengalaman mengembara ke banyak negara Islam, negara ini jauh lebih baik daripada banyak negara di dunia.

Katanya, majoriti rakyat di Syria, Libya, Iraq yang sedang bergolak sekarang ini mengatakan mereka lebih rela kembali hidup di zaman pemerintahan Saddam Hussein atau Muammar Gaddafi yang lebih aman berbanding hari ini.

"Mana-mana kerajaan pasti ada kelemahannya, tetapi rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang dinikmati supaya Allah SWT terus menambahkan lagi nikmat yang lain. Pada masa sama, terus berusaha memperbaiki keadaan yang ada," katanya.

Mengakhiri perbualan, Sheikh Hamza dengan perasaan sebak sambil menitiskan air mata menyatakan kesedihan kerana umat Islam hari ini sudah hilang adab dan meminta supaya mereka menghayati sabda Nabi Muhammad ﷺ: "Sesungguhnya aku telah diadabkan oleh Tuhanku dan Dia memperelokkan adabku."

* Penulis ialah Pengarah Pusat Media Institut Kefahaman Islam Malaysia

Khamis, 11 September 2014

من مقال الأئمة

بسم الله الرحمن الرحيم

" الفكر الرديء لا يطرده الا الفكر الجيد"

العلامة/عبدالله بن بيه
"Fikiran yang buruk / rosak itu tidak menolaknya / mengusirnya melainkan dengan fikiran yang baik / sejahtera."

Allamah Syeikh Abdullah Bin Bayyah.

Isnin, 8 September 2014

Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait.

بسم الله الرحمن الرحيم
Sediakan payung sebelum hujan;
berwaspada sebelum ditimpa kesusahan.
Kalau sudah basah lencung,
apa guna baru nak berpayung.

Ingat sementara belum kena, 
jimat sementara belum habis.
Selalulah beringat dan berwaspada,
 takut kena sesal tak habis.

Ingat-ingat yang di atas,
yang di bawah akan menimpa.
Sungguhpun batang merdeka,
ingat pucuk akan terhempas.
Lah karam maka bertimba.

Sesal dahulu pendapatan, 
sesal kemudian tidak berguna.
Lupa mengingatkan, terlelap menjagakan.
Cegah sebelum parah, elak sebelum kena.
Berusaha berdoa berserah kita kepada Yang Esa. 

Jumaat, 5 September 2014

Kucing dan kami.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dulu masa wan kami buat bendang, wan bela kucing. Masa tu mama kami tak kahwin lagi. Makna kata kami pun tak lahir lagilah. Tujuannya nak jaga rumah padi daripada tikus. Titih kucing itu ada 2 ekor sampailah saya ke sekolah rendah. Suatu hari depa tak balik, tapi tak lama lepas tu depa balik. Kemudian depa hilang lagi untuk terus tak balik. Rumah kami pun sunyi daripada kucing untuk suatu tempoh.
Masa kat sekolah satu hari tu, ada seekor anak kucing warna hitam ekor panjang. Teringat kucing-kucing yang hilang tu, teringin nak belanya. Saya ajak kawan [Kalau ikut pangkat dalam keluarga, "kawan" tu pangkat pak menakan saya panggil dia Pak Lang.] nak bawa balik kucing tu. Kami bawa kucing tu balik sekali dengan kami naik bas.
Panggil Meow mulanya sebab tak tau nak bagi nama apa yang akhirnya lekat namanya. Meow kucing betina, beranak pinaklah. Masa tu mana reti vaksin kah veterinar kah, yang tau bela kucing bagi makan nasi dengan lauk ikan. Satu ketika penyakit kucing mai, Meow dengan semua anaknya kena penyakit tu dan tak dapat diselamatkan. Sekali lagi rumah kami tak dak kucing. 
Masa tu saya dah nak masuk asrama, jadi tak dan nak cari kucing lain nak bela. Masa cuti balik kampung satu hari tu, sampai rumah ada seekor kucing yang tabby berekor kontot. Adik bela, katanya Tok Wa yang bagi. Dia buh nama Ndut. Ndut tak lama dengan kami, hilang juga.Lepas Ndut hilang, memang lama tak bela kucing. 
Tahun lepas kawan adik bagi bela kucing dia, nama Browny. Browny eksiden. Hilang lagi.
Tahun ni adik beli kucing kacukan Maine Coon dengan Parsi. Aduhai, dia punya hiperaktif jenuh nak kepung! Saya buh nama بُنِّيْ sebab warnanya yang kelabu nak ke gelap. Kesian juga kat بنّي sebab tak dak teman. Dok tengah cari kucing betina untuk dibuat temannya si بنّي ni.Lani payah nak jumpa kucing orang buang kot sini. Dah ada kesedaran sivik kot.
Saya memang sukakan kucing, tak kira ras apa pun; Parsi kah Siam kah Manx kah Maine Coon kah atau kucing kampung kah kucing pekan kah atau apa-apa ras lagi. 
Menurut kajian State University of New York di Buffalo, "Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.". Dari sudut psikologi, manfaatnya memelihara kucing adalah boleh menghilangkan stress. Ya, tentu saja sebagai penghibur! Kehadiran seekor kucing dapat membantu menenangkan diri kerana menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing. 

Rabu, 3 September 2014

SEMINAR PEMANTAPAN AKIDAH.

بسم الله الرحمن الرحيم
Video penuh Seminar Pemantapan Akidah ASWAJA 2014, Bangi, Selangor oleh Kiyai Muhammad Idrus Ramli anjuran Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia - Aswaja.
Sesi 1.
Sesi 2.
Sesi 3.
Sesi 4.
Sesi 5.
Sesi 6.

Kredit:https://www.facebook.com/ASWAJAMALAYSIA/posts/1528287114055319?ref=notif&notif_t=notify_me

Selasa, 2 September 2014

Wasiat Raja Terakhir Libya kepada rakyat Libya sebelum wafatnya.

بسم الله الرحمن الرحيم


وصية الملك قبل وفاته
والذي أختم به قولي بأن أوصي الجميع من أبناء وطني بتقوى الله في السر والعلن, وإنكم جميعا في أرغد عيش وأنعم النعم من الله تبارك وتعالى. فأحذروا من أن يصدق عليكم قوله تعالى: {وضرب الله مثلا قرية كانت آمنة مطمئنة يأتيها رزقها رغدا من كل مكان فكفرت بأنعم الله فأذاقها الله لباس الجوع والخوف بما كانوا يصنعون} فالله مما يغضب الله, وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان ولا تفرقوا والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
اليوم تصادفنا ذكرى وفاة ملكنا الصالح والملك الوحيد الذى حكم ليبيا الملك الذى اعلن استقلال ليبيا في
24-12-1951م
الملك محمد ادريس ابن السيد المهدى ابن العلامة: محمد بن على االسنوسى
توفى يوم 25 / 5 / 1983 في مصر ودفن في البقيع حسب وصيته
رحمة االله عليه وغفرله وادخله فسيح جناته آمييين 

 Akhir kata-kataku ialah daku berwasiat kepada seluruh anak-anak watanku dengan takwa kepada Allah samada dalam keadaan tersembunyi mahupun terbuka,  dan sesungguhnya kamu semua berada dalam kehidupan yang amat senang dengan beroleh kenikmatan daripada Allah Tabaraka wa Taala.
Caknalah terhadap firman Allah ;
yang bermaksud,
"Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan."[112,an-Nahl]
Jauhilah yang menimbulkan kemarahan Allah.
"..dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.."[tengah ayat 2,al-Maidah]!
Selamat sejahtera, rahmat Allah, dan berkatNya ke atas kamu semua.
-Malik Muhammad Idris Ibn as-Sayyid al-Mahdi rahimahullah.

p/s:https://www.facebook.com/SwrAlmlkAdrys/posts/318200064997594