بسم الله الرحمن الرحيم
Dulu masa wan kami buat bendang, wan bela kucing. Masa tu mama kami tak
kahwin lagi. Makna kata kami pun tak lahir lagilah. Tujuannya nak jaga
rumah padi daripada tikus. Titih kucing itu ada 2
ekor sampailah saya ke sekolah rendah. Suatu hari depa tak balik, tapi
tak lama lepas tu depa balik. Kemudian depa hilang lagi untuk terus tak
balik. Rumah kami pun sunyi daripada kucing untuk suatu tempoh.
Masa kat sekolah satu hari tu, ada seekor anak kucing warna hitam ekor panjang. Teringat kucing-kucing yang hilang tu, teringin nak belanya. Saya ajak kawan [Kalau ikut pangkat dalam keluarga, "kawan" tu pangkat pak menakan saya panggil dia Pak Lang.] nak bawa balik kucing tu. Kami bawa kucing tu balik sekali dengan kami naik bas.
Panggil Meow mulanya sebab tak tau nak bagi nama apa yang akhirnya lekat namanya. Meow kucing betina, beranak pinaklah. Masa tu mana reti vaksin kah veterinar kah, yang tau bela kucing bagi makan nasi dengan lauk ikan. Satu ketika penyakit kucing mai, Meow dengan semua anaknya kena penyakit tu dan tak dapat diselamatkan. Sekali lagi rumah kami tak dak kucing.

Masa tu saya dah nak masuk asrama, jadi tak dan nak cari kucing lain nak bela. Masa cuti balik kampung satu hari tu, sampai rumah ada seekor kucing yang tabby
berekor kontot. Adik bela, katanya Tok Wa yang bagi. Dia buh nama Ndut.
Ndut tak lama dengan kami, hilang juga.Lepas Ndut hilang, memang
lama tak bela kucing.
Tahun lepas kawan adik bagi bela kucing dia, nama
Browny. Browny eksiden. Hilang lagi.
Tahun ni adik beli kucing kacukan Maine Coon dengan Parsi. Aduhai, dia punya hiperaktif jenuh nak kepung! Saya buh nama بُنِّيْ sebab warnanya yang kelabu nak ke gelap. Kesian juga kat بنّي sebab tak dak teman. Dok tengah cari kucing betina untuk dibuat temannya si بنّي ni.Lani payah nak jumpa kucing orang buang kot sini. Dah ada kesedaran sivik kot.

Saya memang sukakan kucing, tak kira ras apa pun; Parsi kah Siam kah Manx kah Maine Coon kah atau kucing kampung kah kucing pekan kah atau apa-apa ras lagi.
Menurut
kajian State University of New York di Buffalo, "Mereka yang mempunyai
haiwan kesayangan lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah
daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.". Dari sudut
psikologi, manfaatnya memelihara kucing adalah boleh menghilangkan
stress. Ya, tentu saja sebagai penghibur! Kehadiran seekor kucing dapat
membantu menenangkan diri kerana menikmati cinta tanpa syarat dari
seekor kucing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan