Isnin, 25 Jun 2012

Mekarkah ...?


بسم الله الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله ﷺ و على آله و صحبه و من والاه
أما بعد
 

        Peralihan kuasa kerajaan melalui proses demokrasi adalah peralihan ke arah kebaikan yang diharapkan rakyat. Ini mungkin disebabkan kerajaan terdahulu kurang baik. طنطاوي contohkan negeri sendiri. PRU12 menyaksikan peralihan kuasa kerajaan kerana rakyat Kedah merasakan kerajaan terdahulu kurang baik & berharap kerajaan baharu lebih baik. Sekiranya kerajaan baharu dapat membawa negeri dengan lebih baik adalah tidak mustahil akan dipilih semula oleh rakyat pada PRU13 nanti. Sekiranya rakyat merasakan pembawakannya tidak baik, kebarangkalian berlaku peralihan kuasa kerajaan sekali lagi adalah tidak mustahil. Perlu diingat bahawa masyarakat peniaga & masyarakat sivil adalah 2 golongan yang kuat mempengaruhi sistem demokrasi sesuatu negara/negeri. 
        Sebagai rakyat Kedah yang memerhati perkembangan negerinya, طنطاوي sokong & seronok dengan beberapa pembaharuan yang dilakukan oleh MB & ini seiring dengan GTP yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat. Dilihat MB menyambut baik gagasan kerajaan pusat dan turut bersama dalam megukuhkan ekonomi negeri/negara. Malangnya, ada segelintir "orang atasan" yang masih hendak berpolitiking meskipun sudah lama selesai pilihanraya. Tindakan mereka ini dilihat mengganggu proses pembaharuan yang cuba dilakukan MB. Bahasa mudahnya, tidak membantu usaha MB.
        Di sini kerajaan baru ini perlu melihat bahawa masyarakat peniaga & masyarakat sivil tadi sentiasa peka dengan segala isu yang timbul. Mereka merupakan pemerhati yang bertanggungjawab. Sekiranya mereka ini merasakan undian mereka dahulu dikhianati & tidak lagi berkenan untuk memberi undi seterusnya, jangan disalahkan pihak pembangkang pula. Kesilapan & kelemahan sendiri dalam mentadbir kemudian dikritik 2 golongan tersebut, alasan mudah & tidak bertanggungjawab ialah menyalahkan pembangkang. Jangan sangka jawapan sebegitu sudah selesai. Ya, mungkin selesai bagi fanatisismenya sahaja. 
        Melihat suasana politik Kedah lani, adalah tidak mustahil PRU13 bakal menyaksikan kerajaan campuran berlaku di Kedah. Walau apa-apa pun, pemimpin-pemimpin mestilah ketepikan politikingnya. Tumpukan usaha membangunkan negeri/negara. Dari selesai PRU hingga ke PRU yang baharu, tidak habis-habis berpolitiking. Bagi yang kalah seolah-olah tidak boleh terima kekalahannya & yang menang pula hendakkan lebih lagi. Tamak, apa yang ada tidak disyukuri & apa yang tiada terus diimpi. Tidak puas dengan kemenangan yang diperolehi. Tidak hairan lah bila ada orang berkata "I hate politics & I hate politicians". 
        Semoga proses kematangan politik tanah air berjalan dengan baik. Diharap semua pihak mengambil peranan yang sepatutnya dalam menjaga keharmonian negara & perpaduan masyarakat semakin utuh.  
اللهم اصلح شؤوننا يا مصلح
       

Tiada ulasan:

Catat Ulasan