بسم الله الرحمن الرحيم
..عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
"إذا فعلت
أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء، فقيل: وما هن يا رسول الله؟ قال: إذا
كان المَغْنَمُ دُولًا، والأمانة مغنمًا، والزكاة مغرمًا، وأطاع الرجلُ
زوجته، وعقَّ أمه، وبرَّ صديقه، وجفا أباه، وارتفعت الأصوات في المساجد،
وكان زعيمُ القوم أرذلَهم، وأُكرم الرجل مخافة شره، وشُربت الخمور، ولُبس
الحرير، واتخذت القَيْنات والمعازف، ولعن آخرُ هذه الأمة أولها، فليرتقبوا
عند ذلك ريحًا حمراء، أو خسفًا، ومسخًا."
..Daripada Ali Bin Abi Talib radiallahu anhu berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda :
“Apabila umatku telah melakukan 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka,
seraya Baginda ditanya : Apakah perkara-perkara itu Ya Rasulullah?
Baginda bersabda :
1- Apabila harta negeri / negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja,
2- apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan,
3- zakat dijadikan hutang (nak dapat zakat susah, penerima zakat tergolong daripada kroni atau orang tertentu),
4- suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat),
5- anak derhaka terhadap ibunya,
6- akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya,
7- dia (anak) menjauhkan diri daripada ayahnya,
8- suara ditinggikan di dalam masjid,
9- yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka,
10- seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya,
11- arak diminum (secara berleluasa),
12- kain sutera dipakai (oleh kaum lelaki tanpa darurat),
13- para artis disanjung-sanjung,
14- muzik (yang melalaikan)banyak didendangkan,
15- dan generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para umat terdahulu).
Maka pada ketika itu mereka akan menanti angin merah atawa gempa bumi atawa mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”
(Hadis riwayat at-Tirmizi).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan