Jumaat, 3 April 2015

Sidi Syeikh Nur dan isu GST...

بسم الله الرحمن الرحيم.
 

 
Baru-baru ni kecoh juga pasal cerita ni. Alkisah dengarlah ini cerita, Cerita pasal GST;


Wah, GST haramlah! Terkejut juga bila dia kata Tuan Guru Syeikh Nuruddin al-Banjari kata macam tu. Dalam hati ni dok fikir, "Sungguh ka Sidi Syeikh Nur kata lagu tu?". Tak dan nak tau apa sebenar yang Sidi Syeikh cakap, dah ada yang balas. Laju betul;


Baik, itu yang depa dua orang cakap. Lani mai kita dengar cakap Sidi Syeikh sendiri; 

Alhamdulillah, pendengaran yang Allah Taala bagi masih boleh mendengar dengan elok. Saya dah dengar ulasan Sidi Syeikh pasal GST. Tak dak pula Sidi Syeikh mengharamkan GST secara mutlak. Sidi Syeikh menerangkan hukum berkaitan cukai secara ringkas, bila dibolehkan dan bila tak dibolehkan.
Tak taulah dari mana mainya cerita yang kata Sidi Syeikh mengharamkan GST. Macam-macam cerita. Letih nak layan cerita ni. Banyak sangat sirinya. 
Biarkan luncai dengan labu-labunya.

الله المستعان و عليه التكلان.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan