Rabu, 9 Oktober 2013

Sifat 20 punya sandaran yg kukuh.

بسم الله الرحمن الرحيم


Pengistilahan Sifat 20 sudah sebati dalam masyarakat melayu. Kita mengaji Sifat 20 bermakna kita mempelajari akidah Mazhab al-Asy'ari yang diasaskan oleh Imam Abul-Hasan al-Asy'ari[أبو الحسن الأشعري].

Beliau hidup di Zaman Riwayat dan tentu sekali menerima seterusnya meriwayatkan ilmu dari Ahli Hadis pada ketika itu. Salah seorang gurunya daripada kalangan muhaddis ialah Imam Zakaria Bin Yahya as-SaaJi[زكريا بن يحيى الساجي].

Kita kena tau bahawa dalam akidah ada juga Mazhab Ahli Hadis. Metod Ahli Hadis difahami oleh Imam al-Asy'ari kerana beliau di zaman itu.

Jangan dengar kata-kata golongan yang memfitnah Mazhab al-Asy'ari. Ini kerana silsilah sanad Imam al-Asy'ari sampai kepada Baginda Nabi ﷺ melalui as-Saaji yang meriwayatkan dari Tolut Bin 'Abbad al-Basri as-Soirafi[أبو عثمان طالوت بن عَبّاد البصري الصيرفي].

Mengaji Sifat 20 ada sandaran yang cukup kukuh. Kita mengaji cara orang kampung dan awam ni tak lah cerita dalam-dalam sangat sampai ke sanad-sanadnya sekali.

Padan dah dengan yang kita pegang selama ni. Sekadar nak bagi tau sikit, jangan terpengaruh dengan ajaran baharu yang menyalahkan mengaji Sifat 20 ni. Cuba tanya orang itu; "Mana sanad kamu?".
Nah..! Lani jelas ikatan sanad Imam al-Asy'ari ke Baginda ﷺ. Ilmu Sifat 20 ini ditalaqi diterima dari Imam al-Asy'ari dari satu generasi ke generasi sampai lah ke kita lani dengan sanad yang bersambung tak putus.
Ini sanad al-faqir ke Imam al-Asy'ari ;
وأما طريقة الأشعري,
قال الفقير أبو سالم اليمني الطنطاوي الأزهري : أرويه عن أبي محمد علوي الفطاني عن الشيخ محمد أبي زيد عن الشيخ محمود سعيد ممدوح عن الشيخ الفاداني عن الشيخ عمر حمدان المحرسي عن الشيخ التَّرْمَسي عن السيد المكي بسنده إلى شيخ الإسلام عن التقي محمد بن محمد بن فهد عن المجد اللغوي عن سراج الدين القزويني عن القاضي أبي بكر التفتازاني عن أبي بكر محمد الهروي عن الإمام فخرالدين الرازي عن والده عن أبي القاسم الإسفرائيني عن الأستاذ أبي إسحاق الإسفرائيني عن أبي الحسن الباهلي عن الإمام الأشعري.- كفاية المستفيد لما علا من الأسانيد.
Dan  seterusnya daripada Imam al-Asy'ari ke Baginda ﷺ melalui Imam as-Saaji.
والله أعلم

Tiada ulasan:

Catat Ulasan