Khamis, 6 Februari 2014

.."rupanya jalan masih panjang berliku."

بسم الله الرحمن الرحيم

Musim dulu-dulu,

aku pernah meredah malam.


Dengan mata yang memerah saga

dan sering menghulur rindu pada nota dan buku buku.


Semusim yang dulu,

aku dijemput ke daerah baru.

Meniti jambatan ilmu dari hari ke hari.

Tanpa jemu mencari yang tidak tahu.

Sering juga bertanya di mana menara dan

di mana pula gadingnya,

yang tak pernah ku temui walau sudah dalam pelukan.


Musim kini,

aku kembali ke daerah lama secara terhormat.


Dengan skrol dan watikah dalam genggaman yang erat,

tapi masih juga bertanya,

"Pelabuhan mana yang bakal ku singgahi

untuk melabuhkan ilmu yang telah ku kutip?"

Sepanjang musim yang dulu-dulu,

rupanya jalan masih panjang berliku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan