Ahad, 1 November 2015

Ziarah Nabi Hud alaihissalam.

بسم الله الرحمن الرحيم.

Dalam at-Tarikh al-Hindiah ada sebut bahawa kubur yang paling tua yang diketahui secara mutawatir ialah Kubur Nabi Hud yang terletak di antara bukit-bukit pasir di Hadramaut sejak lebih daripada 4000 tahun yang lampau.
Dalam Mukjam al-Buldan, oleh Syeikh Yaqut al-Hamawi ada sebut;
وحضرموت ناحية واسعة في شرقي عدن بقرب البحر، وحولها رمال كثيرة تعرف بالأحقاف، وبها قبر هود عليه السلام، وبقربها بير برهوت المذكورة فيما تقدم ، ولها مدينتان يقال لإحداهما: تريم والأخرى شبام ، وعندها قلاعٌ وقرى
Dan Hadramaut ialah kawasan yang luas yang terletak di belah timur Aden, berhampiran laut, di sekitar terdapat banyak bukit-bukit pasir, dan di situ terdapat Kubur Nabi Hud alaihissalam, kedudukannya berhampiran dengan Telaga Barhut yang telah dinyatakan dulu, dan padanya ada 2 bandar, salah satunya dipanggil Tarim dan satu lagi dipanggil Shibam, dan padanya terdapat istana dan kampung-kampung.
Dalam Kitab Tajul-A’yan Fi Mulukil-Yaman Fi Ghabiril-Azman, oleh at-Tijani ada sebut;
إن ذا القرنين المذكور في القرآن جاء بجيشه وعتاده وزار قبر هود بعد أن مر على قرية العُجْز وهي آخر قرية بحضرموت
Sesungguhnya Zul Qarnain yang tersebut di dalam al-Quran datang bersama tenteranya yang bersenjata menziarahi Kubur Nabi Hud selepas melintasi Kampung al-‘Ujz, iaitu kampung terakhir di Hadramaut.
Nas atau poin yang telah ditampilkan membuktikan 2 perkara; yakni kewujudan Kubur Nabi Hud alaihissalam di Hadramaut dan kubur Baginda Nabi Hud alaihissalam sudah lama diziarahi.
Sebelum kedatangan keluarga BaAlawi ke Hadramaut lagi, ziarah Nabi Hud alaihissalam telah berkesinambungan dari zaman ke zaman oleh penduduk Hadramaut.
Apa yang dilakukan ketika ziarah?
Habib Abu Bakar al-Masyhur al-Adani kata bahawa asal ziarah ialah bagi salam kepada empunya makam,iaitulah bagi salam kepada Nabi Hud alahissalam dan kepada para nabi dan rasul alaihimussalam.
Ada beberapa tertib tambahan kerana masa yang lapang umpama; 
Turun mandi ka atau berwuduk ka kat sungai di bawah. 

Kemudian solat sunat kat masjid kecil yang dinisbahkan kepada Syeikh umar al-Mahdar. Kemudian berjalan sambil berzikir سبحان الله و بحمده سبحان الله العظيم ke Kubur Nabi Hud alaihissalam. 

Sampai kat Telaga at-Taslum, berhimpun ramai-ramai bagi salam kat para nabi alaihimussalam. 

Lepas selesai, terus ke Kubur Nabi Hud alaihissalam. 

Bila sampai, bagi salam kat Nabi Hud alaihissalam dan para nabi dan rasul alaihimussalam. Lepas tu pakat duduk, baca Surah al-Fatihah dan Surah Hud. Sudah baca, dengar tausyiah dan tazkirah ulama. Selesai ziarah.
Kata-kata yang kata mandi cuci dosa, tawaf Kubur Nabi Hud adalah kata-kata dusta. Samada yang bawa cerita dusta tu penipu atau hanya pembawa cerita tipu, hanya Allah yang tahu. Hakikatnya, sungai memang ada dan saya cukup seronok mandi sungai, budak kampung la katakan. Kami mandi sungai macam mandi sungai kat Malaysia la juga. Tak pernah pula Habib kata kalau nak mandi tu jangan lupa niat cuci dosa. Kalau hanya dengan mandi boleh cuci dosa, kan seronok tu. Buat dosa banyak-banyak, lepas tu mandi. Kan senang. Apa tujuan mandi? Semua tau jawapan, jadi saya tak perlu jawab. Air terhad, sebab tu kami tak mandi kat tandas. Mandi kat sungai, buang air kat tandas.
Pasal tawaf. Nampak sangat yang bawa cerita tawaf kat Kubur Nabi Hud alaihissalam ni pembohong besar kalau dia kata dia pi tengok. Bentuk muka bumi kat Kubur Nabi Hud alaihissalam yang terletak kat bukit tu menyukarkan pergerakan untuk mengelilingi kubur, sebab tu tak dak seorang pun penziarah yang dok keliling Kubur Nabi Hud alaihissalam. Hakikatnya, penggunaan kalimah tawaf tu sendiri dah salah dari sudut bahasa dan syarak. Tawaf hanya berlaku di Kaabah. Kalau nak kata juga ada acara berkeliling [bergerak melingkari] Kubur Nabi Hud alaihissalam, tolong bagi tau mai siapa yang dok buat bidaah tu. Berkumpul di sekeliling atau sekitar kubur dengan mengelilingi kubur adalah 2 keadaan yang tak sama. Apa yang berlaku kat Kubur Nabi Hud alaihissalam ialah kami berkumpul di sekelilingnya dan kami tak pernah bergerak mengelilinginya 7 kali ka hatta 1 kali pun tak.
Begitu la serba sedikit cerita ziarah ke Kubur Nabi Hud alaihissalam.
Wallahualam.
ولمّا رأيتُ النـاس قـد ذهبت بهم***مـذاهبُهم فـي أبحرِ الغيِّ والجهلِ
ركبتُ على اسم الله في سفن النَّجا***وهم آلُ بيت المصطفى خاتمِ الرُّسْلِ 
الله المستعان و عليه التكلان

2 ulasan:

  1. Biaq pi la geng Wahabi nak kata bidaah, tawaf qubur......suruh depa pi ngaji lagi apa makna tawaf......

    BalasPadam
  2. Kalau musafir ke sini pahalanya sama dengan umrah dan ziarah ke tuan?

    BalasPadam