Isnin, 1 Februari 2016

Pesan Sidi Al-Habib;

بسم الله الرحمن الرحيم.


"Segala puji-pujian bagi Allah, yang memuliakan kita dengan QuranNya yang diturunkan, dan NabiNya yang diutuskan; selawat dan salam ke atasNya, keluargaNya, para sahabatNya, dan juga mereka yang mengikut jalanNya hingga ke akhirat.

Wabadahu.

Maka sesungguhnya sebaik-baik perlindungan buat ummah daripada segala macam fitnah pada setiap masa adalah Kitab Allah subhanahu wa taala dan petunjuk Baginda Nabi, yang dipilih, selawat dan salam ke atasNya, dan jalan yang dilalui ahliNya dan sahabatNya serta sebaik-baik umat.
Maka pada yang demikian itu ada perlindungan dan keselamatan. Hanyasanya yang dapat pertunjuk kepada hidayah dan panduan ialah mereka yang suci hatinya, bersih akalnya, dan bebas daripada hawanya serta asabiah.

Justeru tiap-tiap mereka yang nak kan perlindungan, petunjuk, percaya dengan tahu apa yang sembunyi dan nyata, penglihatan yang baik kepada petunjuk al-Quran al-Aziz dan Sunnah al-Mustafa sallallahu alaihi wa sallam ialah dengan jalan ahli baitNya, sahabatNya, dan sebaik-baik umatNya daripada ulama yang beramal kerana sesungguhnya itu menyampaikan kepada keterangan yang jelas lagi memadai untuk dijadikan pertunjuk dengannya.

Di sana ada ketetapan-ketetapan dalam ummah yang wajib dijaga oleh seorang mukmin dalam apa jua keadaan sekalipun umpama membersihkan hati, menunaikan solat fardu dengan elok, mengelak daripada perkara haram , menjauhi mengeji dan mencaci juga membenci serta memusuhi, berhenti/tawaquf(mengomentar atau sebagainya) pada perkara yang tak jelas, dan berhati-hati daripada menyebarkan perpecahan. Maka wajiblah seorang mukmin itu bersifat dengan ketetapan-ketetapan ini meskipun dalam apa jua keadaan; dan serahkanlah kepada Allah umpama berdoa dengan penuh mengharap.

Dan tiap-tiap orang yang jujur dengan kehendaknya untuk mencari keredaan Allah, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah tidak bakhil kepadanya untuk mencapai maksudnya.


Semoga Allah melindungi kita dan muslimin daripada segala macam fitnah samada zahir mahupun tersembunyi."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan