Jumaat, 29 November 2013

GIPTIS : 5 resolusi bahaya fahaman Wahhabi.

بسم الله الرحمن الرحيم














ALOR SETAR, 28 Nov BERNAMA -- Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuan Sunni (GIPTIS) Kedah memutuskan 5 resolusi untuk disampaikan kepada kerajaan Kedah dalam usaha menyekat fahaman Wahabi daripada berkembang :

1- memperkukuhkan akidah Ahli Sunnah menerusi pengajian agama di pondok secara bersistem;
2- menetapkan silibus kitab yang diajar di masjid dan surau;

3- memperbanyakkan seminar dan forum berkaitan bahaya Wahabi dan Syiah;

4- meminta Majlis Fatwa Negeri menjelaskan perkaitan fahaman Wahabi dan Syiah;

5- menyetujui pandangan Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad dengan melarang tokoh agama yang diketahui menganut fahaman Wahabi dan Syiah daripada menyampaikan ceramah atau mengajar di negeri ini.

p/s : Gambar himpunan GIPTIS diambil daripada pondoktauhid.blogspot.com. Untuk bacaan penuh boleh layari link ini http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=996974 .

1 ulasan:

  1. wahabi apa yang dimaksud? apakah ia semacam gerakan salafy yang banyak mendapat dana dari arab saudi?

    BalasPadam