بسم الله الحمدلله والصلاة ة السلام على رسول الله و على آله و صحبه ومن والاه,وبعد
Tulisan Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dalam Sinar Harian.Bacalah dengan insaf.
(Sinar Harian 21 Jan 2013)
Tahniah!
saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Kedah atas keberanian menyediakan garis
panduan hiburan bagi sambutan program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013', yang akan berlangsung di Alor Setar, Kedah,
pada 15 Februari 2013 ini. Garis tersebut melibatkan aspek pemakaian, nyanyian
dan tarian. Cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat, hendaklah bersopan
dan tidak menjolok mata. Persembahan nyanyian dan lagu hendaklah berunsurkan
ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau. Jika berlaku
nyanyian dan tarian yang melampau, pihak kerajaan berhak memberhentikan program
yang dijalankan dengan serta merta.
Terus
terang, sebagai seorang Islam, saya bersetuju. Jika saya masih belum memeluk
Islampun, saya akan bersetuju, kerana sepanjang pembacaan saya, tidak ada satu
agama yang membenarkan hiburan melampau.
Namun, dengan tidak semena-mena ultra kiasu seperti
cacing kepanasan. Pimpinan parti ultra kiasu komponen BN dan PR, menyifatkan tindakan
kerajaan Negeri Kedah itu bercanggah dengan perlembagaan persekutuan, serta
menafikan hak dan kebebasan orang bukan Islam. Tidak cukup dengan itu, garis
panduan ini terus dipersendakan, termasuk seorang personaliti radio dengan berani
berkata "menggalakkan nyanyian lagu motivasi! Apa jenis motivasi yang mereka
mahukan? Sembahyang lima waktu? Semua wanita bertudung? Apa?"
Kenyataan
seperti ini amat bersifat kurang ajar dan biadab. Saya berasa bangga kerana presiden
persatuan seniman, tampil ke hadapan, mendesak personaliti tersebut meminta
maaf secara terbuka. Tindakan Seniman berhasil. Personaliti tersebut terpaksa akur.
Kepada persatuan seniman, “Gua tabik lu bro! walaupun banyak filem lu yang gua
tidak suka, tetapi dalam isu ini, gua bersama lu dan lu hebat bro!”. Ternyata, jiwa
Islam kamu masih kuat. Harap-harap kita dapat mengubah persembahan industri
hiburan negara agar mempunyai identiti dan jati diri Islam.
Pada
saya, garis panduan tersebut bukan sesuatu yang baru. Pihak JAKIM pada tahun
2009 turut mengeluarkan garis panduan hiburan yang hampir sama. Mengambil
kira pandangan ulamak kontemporari, Yusuf al- Qaradawi, hiburan yang dapat menghibur
jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga diharuskan
oleh Islam, dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata
kotor, keji atau yang boleh memberansangkan kepada perbuatan dosa. Ini
bermakna, Islam tidak menentang hiburan selagi mana kita menjaga adab dan
mematuhi garis panduan.
Persoalannya,
kenapa kita terlalu obsess dengan hiburan yang melampau?
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia dalam persidangan kali ke 2 pada 12-13 Mei 1981, telah
membuat keputusan, nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah,
tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur
gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa
kepada fitnah adalah harus.
Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram. Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram; Mendengar nyanyian dan pancaragam
adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.
Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram. Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram; Mendengar nyanyian dan pancaragam
adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.
Saya
berpendirian, kenyataan kerajaan negeri, JAKIM, Majlis Fatwa adalah adil untuk
semua pihak, sama ada Islam atau bukan. Tidak ada suatu agamapun yang
menggalakkan hiburan yang melampau, kecuali gerakan freemason yang dipelopori
oleh barat, pemimpin parti ultra kiasu dan beberapa pengamal media elektronik.
Hairan
saya, kita semua begitu beriya-iya memperjuangkan kalimah ALLAH, termasuk bukan
Islam, tidak ketinggalan agama minoriti Sikh. Maka tunaikanlah hak ALLAH
tersebut. Jika ultra kiasu ini beragama dan sayang kepada agamanya, sudah tentu
mereka turut akan akur kepada garis panduan ini demi menjaga martabat dan
maruah manusia. Malangnya, mereka menentang habis-habisan, mahu bebas
sebebas-bebasnya. Apa kata kita minta ibu bapa atau adik beradik menyanyi dan
menari telanjang. Apakah kita suka melihatnya?
Apa
yang sebenar bukan Islam mahukan? Mana lebih baik antara telanjang dengan
menutup aurat? Jawab dari hati kamu!
Ingin
saya bertanya, kebebasan apakah yang tergugat? Kita tidak kisah orang
telanjang, tetapi bila orang mahu tutup sedikit, kita begitu sensitif? Kenapa
sebegitu ya? Agama apakah yang menggalakkan perlakuan melampau ini? Apakah
berbogel juga dibenarkan perlembagaan? Apakah melakukan hubungan seks (bebas)
dengan wanita lain dibenarkan perlembagaan?
Kenapa parti ultra kiasu dan pejuang hak asasi manusia, tidak bersuara
tentang amalan seks songsang seperti LGBT? Apakah parti ini mungkin akan
menghalalkan LGBT seperti mana parti ultra kiasu? Pelik sungguh, kejahatan
disokong, kebaikan pula ditentang.
Bila
ada sesuatu yang melibatkan kononnya kepentingan mereka, maka dikatakan
bercanggah dengan perlembagaan. Persoalan saya, jika mahu berhujah mengenai
perlembagaan, maka iktiraflah hak istimewa agama Islam, kedudukan orang Melayu,
raja-raja Melayu, dan banyak lagi? Kenapa terlalu kerap membangkitkan isu
sensitif ini? Kita peralatkan perlembagaan untuk merosakkan negara ini.
Ultra
kiasu turut memberi amalan, kerajaan yang tidak mendengar kehendak rakyat,
tidak akan bertahan lama, dan berharap kerajaan Kedah untuk lebih inklusif
dalam menyentuh isu-isu sensitif. Pada saya, ini bukan suara rakyat, tetapi
suara syaitan.
Saya
harap PAS tidak akan goyah dengan tekanan ini. UMNO hendaklah menyokongnya. Kita
hendaklah bersama dalam perkara kebaikan, walaupun ideologi berbeza. Garis
panduan ini perlu diwujudkan di semua negeri, apatah lagi di peringkat pusat.
Bukan apa, supaya setiap persembahan kita ada identiti dan jati diri rakyat
Malaysia yang mengaku mereka beragama, termasuk juga mereka yang mengaku ALLAH
juga kepunyaan mereka.
Kadang
kala saya hairan, mereka yang mahu mengaku ALLAH tuhan mereka, tetapi perangai
dan tingkah laku tidak mengikut suruhan dan larangan ALLAH. Saya amat khuatir
pertunjukan hiburan negara kita nampak lebih barat dari barat. Begitu juga
dengan gaya dan cara hidup. Stail dan warna rambut amat menjelekkan. Kita
sangka itu moden, tetapi penampilan lebih hodoh daripada beruk. Nasib baik
beruk tidak boleh bercakap. Jika tidak, beruk akan berkata, “kamu ni manusia, aku
beruk, tetapi kamu lebih teruk dari aku beruk”. Lebih membimbangkan lagi ada
perancangan tangan-tangan jahat untuk merosakkan identiti dan jati Islam. Bila
identiti ini sudah tercabut, maka ketika itu tidak ada apa-apa lagi yang perlu
dikhuatirkan lagi kerana negara ini sudah menjadi negara freemason.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan