Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.[Al-Baqarah,pangkal ayat 143]
Rabu, 2 Januari 2013
Meludah ke langit terkena muka sendiri.
بسم الله والحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله وآله و صحبه ومن والاه
Isu
Amanat Hj Hadi bukan kerana isu lama yang diperangat kembali atau isu
yang dah basi kononnya.Isunya adalah kesan negatifnya juga keabsahannya
pada Fikah. الفِقْْهُ هُوَ الحِلُّ. Bertanggung jawablah dengan apa yang telah dilakukan.
"Apa statusku?". Jika ditanya begitu, berikut adalah respons saya. "Statusmu?" tanya balik. "Ya lah. Dah tok imam
UMNO baca khutbah Jumaat tak sah, orang UMNO sembelih pun tak sah sebab
UMNO kafir ikut amanat apa tak tau yang tengah kecoh² tu." Dalam hati
"Aduh², bahana apa pulak dah kali ni. Tak habis² dengan amanat ni."
Disambung "Macam mana dengan statusku? Aku mengaji agama tak tinggi,
takat KAFA ja. Mak aku PAS ayah aku UMNO. Depa kahwin masa amanat tu
keluar. Sah dak perkahwinan depa tu sebab yang aku tau orang Islam tak
boleh kahwin orang kafir. Ayah aku kafir la kan kalau ikut amanat tu?
Dia tak keluar UMNO sampai dia mati. Sekarang ni macam mana, aku ni? Aku
ni anak luar nikah ka?". Respon "MAIK dah keluar kenyataan tentang
tu.Tak yah risau la. Statusmu adalah anak dalam nikah. Jangan dok hirau
sangat cakap² orang politik pasai agama ni."
Moralnya, kawan² UMNO
jangan risau la pasai status perkahwinan ka anak ka apa ka. Sah!Sah!Sah!
kalau cukup syarat yang ada dalam kitab² Fikah. Tak payah dengar benda²
pelik gitu. Amanat tu dari ceramah politik bukan kuliah akademik.
Hakikatnya tak dak nilai akademis hanya menyemai prejudis. [Tiada
kena mengena dengan sesiapa.Sekadar mencakar minda.Pun begitu,amanat tu
masih dipegang di sebahagian tempat.Jika benar ditanya begini,masing²
bertanggungjawab dengan apa yang dibawa.Kalau tanya saya,tu lah jawapan
ringkas saya.]
"Mempertahankan
Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di
negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak
negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah
kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153."
Di atas adalah
dasar bersama PR [DAP-PKR-PAS] yang terdapat dalam Buku Jingga. Maka tak
perlu cerita panjang. Hj Hadi perlu tarik balik amanatnya itu untuk
menunjukkan halatuju politiknya. Saya pernah tulis dulu yang saya tak
perlu untuk susah-susah keluar mengundi jika Hj Hadi tak tarik
amanatnya. Inilah antara sebab mudahnya. PAS pun nak kekalkan
perlembagaan penjajah yang telah dikafirkan pengamal atawa orang orang
yang mengekalkannya oleh Hj Hadi dalam amanatnya. Jadi, mantiknya mudah.
Sokong PAS pun turut sama kafir kalau ikut amanat Hj Hadi. Sokong UMNO
tak boleh[ikut faham orang PAS], PAS pun 2x5 saja,baik duduk rumah. Sebab itulah untuk meredakan keadaan & kepentingan jangka hayat PAS, Hj Hadi perlu bertindak segera.
"Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia;"
Ini pula adalah antara matlamat-matlamat dalam Perlembagaan DAP. Nampak
tak betapa perjuangan mereka nak mensekularkan negara? Jadi siapa yang
sekular sekarang & siapa yang sokong sekular?
PAS bersama
DAP & acap kali dilihat membela DAP pada perkara yang tak sepatutnya
seperti penceramah DAP gunakan ayat Quran. PAS bersama parti yang
sekular. Memang berlaku pertembunganlah antara amanatnya dengan dasar
bersama PR. Benar! Kalau nak kan kuasa, apa-apa pun jadi tak apa,
boleh-boleh saja, kira halal lah. Ingatlah! Jangan kerana kuasa akidah
punah. Ini isu "takfir". Jelas dalam amanatnya itu mengkafirkan orang
yang mengekalkan Perlembagaan penjajah. Mufti Wilayah dah beri
peringatan, ini berkaitan akidah, jika yang dituduh kafir itu tak kafir
maka hukum kafir itu kembali kepada si penuduh.
قوله ﷺ : إذا كفر الرجل أخاه فقد باء بها أحدهما Sabda Baginda Nabi ﷺ : Jika seseorang mengkafirkan saudaranya, nescaya kembali [kafir itu] kepada salah seorang dari keduanya.
Amanat itu wajib ditarik balik olehnya. Saya tak lihat keabsahannya
pada Fikah. Mana "مخرج عليه"nya? Mana "العلاقة" pada "العلة" untuk
menatijahkan hukum "kafir" itu. Banyak lagi yang perlu dibahaskan jika
nak dibahas menurut Fikah. Banyak elemen yang perlu dijelaskan kerana
terdapat banyak elemen yang perlu kepada penjelasan. Cukup dengan
nasihat mufti. Sebab itu saya tak tulis perbahasan Fikah secara panjang
di sini, cuma secuit saja.
Semoga
Allah memberi kefahaman yang terang & nyata kepada kita &
mereka umpama matahari menyinari bumi..bersama beroleh hidayah..آمِيْن.
Sedikit lagi tambahan berkaitan amanat itu. Amanat itu bersifat khusus bukan
umum. Sebab itulah saya menolaknya. Jika ada yang menyatakannya umum,
maka di mana umumnya? Kenapa tak berimamkan imam orang UMNO? Kenapa tak
makan sembelihan orang UMNO? Jika amanat itu bersifat umum, perkara
sebegini tak berlaku. Adakah orang PAS tersalah faham amanat Tok Guru
mereka? Kalau begitu, kenapa tak dibetulkan dahulu? Kenapa bila dah
melarat sampai sekarang baru nak kata umum lah khusus lah, dekat PRU13 lah &
macam-macam alasan? Kita cuba cari sikit di mana umumnya amanat itu.
Mari baca petikannya;
[Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita
menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan
Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia
ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang
kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita
menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah
kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan
kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad.
Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana
kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid.
Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu
masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir
dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.]
Baiklah! Ganti nama ke-3 semua kembali kepada UMNO. Amanat ini tak akan menjadi umum. Hj Hadi wajib tarik balik amanatnya.Kita melihat dari zahir ucapannya. Adapun niatnya, dialah yang tahu tujuannya berucap begitu. Jelasnya kini, ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri.والله أعْلَم
p/s: Berpolitiklah dengan berhemah.Jangan wewenang mempergunakan agama untuk kelansungan hayat parti.الفِقْه هو الحِلّ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan