بسم الله الرحمن الرحيم
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين. وبه نستعين على أمور الدنيا والدين. وصلى الله على سيدنا محمد وآله صحبه وسلم أجمعين. قال الله تعالى : إن عدة الشهور عند الله اثنا عشر شهرا في كتاب الله يوم خلق السماوات والأرض منها أربعة حرم ذلك الدين القيم فلا تظلموا فيهن أنفسكم وقاتلوا المشركين كافة كما يقاتلونكم كافة واعلموا أن الله مع المتقين. الأية . وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : فإن خير الحديث كتاب الله وخير الهدى هدى محمد وشر الأمور محدثاتها وكل بدعة ضلالة . أما بعد
A. PENDAHULUAN
Ada 2 hal yang harus diperhatikan dalam membahas masalah puasa Rejab. Pertama : Tidak ada riwayat yang benar dari Rasulullah Sallallahualaihi wasallam yang melarang puasa Rejab. Kedua : Banyak riwayat tentang keutamaan puasa Rejab yang tidak benar dan palsu.
Dan di dalam masyarakat kita terdapat 2 kutub ekstrem. Pertama : Adalah sekelompok kecil kaum muslimin yang menyuarakan dengan lantang bahawa puasa bulan Rejab adalah bidaah. Kedua : Sekelompok orang yang biasa melakukan atau menyeru puasa Rejab akan tetapi tidak menyedari telah membawa riwayat-riwayat yang tidak benar dan palsu. Maka dalam risalah kecil ini kami ingin mencuba menghadirkan riwayat yang benar sekaligus pemahaman para ulama 4 mazhab tentang puasa di bulan Rejab.
Sebenarnya masalah puasa Rejab sudah dibahas tuntas oleh ulama-ulama terdahulu dengan jelas dan mudah dimengerti. Akan tetapi karena adanya kelompok kecil hamba-hamba Allah yang biasa menuduh bidaah orang lain menyuarakan dengan lantang bahawa amalan puasa di bulan Rejab adalah sesuatu yang bidaah.
Dengan Risalah kecil ini mari kita lihat hujah para ulama tentang puasa bulan Rejab dan mari kita juga lihat perbezaan para ulama di dalam menyikapi hukum puasa di bulan Rejab. Yang jelas bulan Rejab adalah termasuk bulan Haram yang 4 (Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab) dan bulan haram ini dimuliakan oleh Allah Taala sehingga tidak diperkenankan untuk berperang di dalamnya dan masih banyak keutamaan di dalam bulan-bulan haram tersebut khususnya bulan Rejab. Dan di sini kami hanya akan membahas masalah puasa Rejab, untuk masalah yang lainnya seperti hukum merayakan Isra’ Mi’raj dan solat malam di bulan Rejab akan kami hadirkan pada risalah yang berbeza.
Tidak kami mungkiri adanya hadis-hadis daif atau palsu yang sering dikemukakan oleh sebahagian pendukung puasa Rejab. Maka dari itu wajib bagi kami untuk menjelaskan agar jangan sampai ada yang membawa hadis-hadis palsu biarpun untuk kebaikan seperti memacu orang untuk beribadah hukumnya adalah haram dan dosa besar sebagaimana ancaman Rasulullah Sallallahualaihi wasallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim :
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّءْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Ertinya : “Barang siapa sengaja berbohong atas namaku maka hendaknya mempersiapkan diri untuk menempati neraka”.
Dan perlu diketahui bahwa dengan banyaknya hadis-hadis palsu tentang keutamaan puasa Rejab itu bukan bererti tidak ada hadis yang benar yang membicarakan tentang keutamaannya bulan Rejab.
B. DALIL-DALIL TENTANG PUASA REJAB :
1. Dalil tentang puasa Rejab secara umum.
Himbauan secara umum untuk memperbanyak puasa kecuali di hari-hari
yang diharamkan yang 5 itu. Dan bulan Rejab adalah bukan termasuk hari-hari
yang diharamkan. Dan juga anjuran-anjuran memperbanyak di hari-hari seperti
puasa hari Isnin, puasa hari Khamis, puasa hari-hari putih, puasa Nabi Daud dan
lain-lain yang itu semua boleh dilakukan dan tetap dianjurkan walaupun di bulan
Rejab. Berikut ini adalah riwayat-riwayat tentang keutamaan puasa.
a. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari No.5472:
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ أَدَمَ لَهُ إِلاَّ الصِّيَامُ وَأَنَا أَجْزِيْ بِهِ
“Semua amal anak adam (pahalanya) untuknya kecuali puasa maka
aku langsung yang membalasnya”
b. Hadis Yang diriwayatkan oleh Imam Muslim No.1942:
b. Hadis Yang diriwayatkan oleh Imam Muslim No.1942:
لَخُلُوْفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Bau mulutnya orang yang berpuasa itu lebih wangi dari kasturi
menurut Allah kelak di hari kiamat”
Yang dimaksud Allah akan membalasnya sendiri adalah pahala puasa
tak terbatas hitungan tidak seperti pahala ibadah solat jemaah dengan 27 darjat.
Atau ibadah lain yang satu kebaikan dilipat gandakan menjadi 10 kebaikan.
c. Hadits yang diriwayatkan Imam Bukhari No.1063 dan Imam Muslim No.1969 :
c. Hadits yang diriwayatkan Imam Bukhari No.1063 dan Imam Muslim No.1969 :
إِنَّ أَحَبَّ الصِّيَامِ إِلَى اللهِ صِيَامُ دَاوُدَ كَانَ يَصُوْمُ يَوْمًا وَ يُفْطِرُ يَوْمًا
“Sesungguhnya paling utamanya puasa adalah puasa saudaraku Nabi
Daud, Baginda sehari berpuasa dan sehari berbuka”
2. Dalil-dalil puasa Rejab secara khusus.
2. Dalil-dalil puasa Rejab secara khusus.
a. Hadis yang diriwayatkan Imam Muslim
أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ حَكِيْمٍ اْلأَنْصَارِيِّ قَالَ: " سَأَلْتُ سَعِيْدَ بْنَ جُبَيْرٍ عَنْ صَوْمِ رَجَبَ ؟ وَنَحْنُ يَوْمَئِذٍ فِيْ رَجَبَ فَقَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُوْلُ كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُوْمُ حَتَّى نَقُوْلَ لاَ يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُوْلَ لاَ يَصُوْمُ"
“Sesungguhnya Saidina Usman Ibn Hakim al-Ansari, berkata : “Aku
bertanya kepada Said Ibn Jubair tentang puasa di bulan Rejab dan ketika itu
kami memang di bulan Rejab”, maka Said menjawab: “Aku mendengar Ibnu Abbas
berkata : “Nabi Muhammad Sallallahualaihi wasallam berpuasa (di bulan
Rejab) hingga kami katakan Baginda tidak pernah berbuka di bulan Rejab, dan
Baginda juga pernah berbuka di bulan Rejab, hingga kami katakan Baginda tidak
berpuasa di bulan Rejab.”
Dari riwayat tersebut di atas dapat difahami bahawa Nabi Sallallahualaihi wasallam pernah berpuasa di bulan Rejab dengan utuh, dan Nabi pun pernah tidak berpuasa dengan utuh.
Ertinya di saat Nabi Sallallahualaihi wasallam meninggalkan puasa di bulan Rejab itu menunjukkan bahawa puasa di bulan Rejab bukanlah sesuatu yang wajib. Begitulah yang difahami para ulama tentang amalan Nabi Sallallahualaihi wasallam, jika Nabi melakukan satu amalan kemudian Nabi meninggalkannya itu menunjukkan amalan itu bukan suatu yang wajib, dan hukum mengamalkannya adalah sunnah.
b. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Ibnu Majah
عَنْ مُجِيْبَةَ الْبَاهِلِيَّةِ عَنْ أَبِيْهَا أَوْ عَمِّهَا أَنَّهُ : أَتَى رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ انْطَلَقَ فَأَتَاهُ بَعْدَ سَنَةٍ وَقَدْ تَغَيَّرَتْ حَالَتُهُ وَهَيْئَتُهُ فَقَالَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَمَا تَعْرِفُنِيْ. قَالَ وَمَنْ أَنْتَ قَالَ أَنَا الْبَاهِلِيِّ الَّذِيْ جِئْتُكَ عَامَ اْلأَوَّلِ قَالَ فَمَا غَيَّرَكَ وَقَدْ كُنْتَ حَسَنَ الْهَيْئَةِ قَالَ مَا أَكَلْتُ طَعَامًا إِلاَّ بِلَيْلٍ مُنْذُ فَارَقْتُكَ فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَ عَذَّبْتَ نَفْسَكَ. ثُمَّ قَالَ صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ وَيَوْمًا مِنْ كُلِّ شَهْرٍ قَالَ زِدْنِيْ فَإِنَّ بِيْ قُوَّةً قَالَ صُمْ يَوْمَيْنِ قَالَ زِدْنِيْ قَالَ صُمْ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ قَالَ زِدْنِيْ قَالَ صُمْ مِنْ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ مِنَ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ مِنَ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ وَقَالَ بِأَصَابِعِهِ الثَّلاَثَةِ فَضَمَّهَا ثُمَّ أَرْسَلَهَا. رواه أبو داود 2/322
“Daripada Mujibah Al-Bahiliah dari ayahnya atau pamannya
sesungguhnya ia (ayah atau paman) datang kepada Rasulullah Sallallahualaihi
wasallam kemudian berpisah dan kemudian datang lagi kepada Rasulullah
setelah setahun dalam keadaan tubuh yang berubah (kurus), dia berkata : Ya Rasulullah,
apakah Engkau tidak mengenalku? Rasulullah Sallallahualaihi wasallam
menjawab : Siapa engkau? Dia pun berkata : Aku al-Bahili yang pernah menemuiMu
setahun yang lalu. Rasulullah Sallallahualaihi wasallam bertanya : Apa
yang membuatmu berubah sedangkan dulu keadaanmu baik-baik saja (segar-bugar),
Ia menjawab : Aku tidak makan kecuali pada malam hari (yakni berpuasa) semenjak
berpisah denganMu, maka Rasulullah Sallallahualaihi wasallam bersabda :
Mengapa engkau menyiksa dirimu, berpuasalah di bulan sabar dan sehari di setiap
bulan, lalu ia berkata : Tambah lagi (Ya Rasulullah) sesungguhnya aku masih
kuat. Rasulullah Sallallahualaihi wasallam berkata : Berpuasalah 2 hari
(setiap bulan), dia pun berkata : Tambah lagi ya Rasulullah. Rasulullah Sallallahualaihi
wasallam berkata : berpuasalah 3 hari (setiap bulan), ia pun berkata:
Tambah lagi (Ya Rasulullah), Rasulullah Sallallahualaihi wasallam
bersabda : Jika engkau menghendaki berpuasalah engkau di bulan-bulan haram (Rejab,
Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam) dan jika engkau menghendaki maka
tinggalkanlah, Baginda mengatakan hal itu tiga kali sambil menggenggam 3 jariNya
kemudian membukanya.”
Imam an-Nawawi menjelaskan hadis tersebut.
قَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ" صُمْ مِنَ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ" إنما أمره بالترك ; لأنه كان يشق عليه إكثار الصوم كما ذكره في أول الحديث . فأما من لم يشق عليه فصوم جميعها فضيلة . المجموع 6/439
“Sabda Rasulullah Sallallahualaihi wasallam :
صم من الحرم واترك
“Berpuasalah di bulan haram kemudian tinggalkanlah”
Sesungguhnya Nabi Sallallahualaihi wasallam memerintahkan berbuka kepada orang tersebut karena dipandang puasa terus-menerus akan memberatkannya dan menjadikan fizikalnya berubah. Adapun bagi orang yang tidak merasa berat untuk melakukan puasa, maka berpuasa dibulan Rejab seutuhnya adalah sebuah keutamaan.” Majmuk Syarah Muhazzab juz 6 hal. 439
c. Hadis riwayat Usamah Bin Zaid
صم من الحرم واترك
“Berpuasalah di bulan haram kemudian tinggalkanlah”
Sesungguhnya Nabi Sallallahualaihi wasallam memerintahkan berbuka kepada orang tersebut karena dipandang puasa terus-menerus akan memberatkannya dan menjadikan fizikalnya berubah. Adapun bagi orang yang tidak merasa berat untuk melakukan puasa, maka berpuasa dibulan Rejab seutuhnya adalah sebuah keutamaan.” Majmuk Syarah Muhazzab juz 6 hal. 439
c. Hadis riwayat Usamah Bin Zaid
قال قلت : يا رسول الله لم أرك تصوم شهرا من الشهور ما تصوم من شعبان قال ذلك شهر غفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين وأحب أن يرفع عملي وأنا صائم. رواه النسائي 4/201
“Aku berkata kepada Rasulullah : Ya Rasulullah, aku tidak pernah
melihatmu berpuasa sebagaimana engkau berpuasa di bulan Syaaban. Rasulullah Sallallahualaihi
wasallam menjawab : Bulan Syaaban itu adalah bulan yang dilalaikan di
antara bulan Rejab dan Ramadan, dan bulan Syaaban adalah bulan diangkatnya
amal-amal kepada Allah Subhanahu wa Taala dan aku ingin amalku diangkat
dalam keadaaan aku berpuasa.” HR. Imam An-Nasa’I Juz 4 Hal. 201.
Imam Syaukani menjelaskan
ظاهر قوله في حديث أسامة : إن شعبان شهر يغفل عنه الناس بين رجب ورمضان أنه يستحب صوم رجب ; لأن الظاهر أن المراد أنهم يغفلون عن تعظيم شعبان بالصوم كما يعظمون رمضان ورجبا به . نيل الأوطار 4/291
“Secara tersurat yang dapat difahami dari hadis yang
diriwayatkan oleh Usamah, Rasulullah Sallallahualaihi wasallam bersabda
: “Sesungguhnya Syaaban adalah bulan yang sering dilalaikan manusia di antara
Rejab dan Ramadan” ini menunjukkan bahawa puasa Rejab adalah sunnah sebab dapat
difahami dengan jelas dari sabda Nabi Sallallahualaihi wasallam bahawa mereka
lalai dari mengagungkan Syaaban dengan berpuasa karena mereka sibuk mengagungkan
Ramadan dan Rejab dengan berpuasa.” Nailul-Author juz 4 hal 291
C. KOMENTAR PARA ULAMA TENTANG PUASA REJAB
C. KOMENTAR PARA ULAMA TENTANG PUASA REJAB
Dalam menyikapi tentang puasa dibulan Rejab pendapat ulama terbagi menjadi 2, akan tetapi 2 pendapat ini tidak sekeras yang kita temukan di lapangan pada saat ini iaitu dengan membidaahkan dan memfasikkan para pelaku puasa Rejab.
Jumhur ulama dari Mazhab Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’e dan riwayat dari Imam Ahmad Bin Hanbal mereka mengatakan bahwasanya disunnahkan puasa di bulan Rejab semuanya dan juga ada riwayat lain dari Imam Ahmad Bin Hanbal bahawasannya makruh mengkhususkan melakukan puasa sebulan penuh di bulan Rejab.
Akan tetapi di dalam Mazhab Imam Ahmad Bin Hanbal dijelaskan bahawasanya kemakruhan ini akan hilang dengan 4 hal :
1) Dibolong (berbuka) 1 hari di bulan Rejab, atau
2) Disambung dengan puasa di bulan sebelum Rejab, atau
3) Disambung dengan puasa di bulan setelah Rejab
4) Dengan puasa di hari apapun di selain bulan Rejab.
Mungkin ada yang mendengar dari salah satu stesen radio atau makalah yang dibagi-bagi yang mengatakan bahawasanya “Puasa Rejab adalah Bidaah Dholalah” dengan membawa riwayat dari Nabi Sallallahualaihi wasallam yang melarang puasa Rejab atau riwayat dari Saidina Umar Bin Khattab yang mengatakan “Kami akan memukul orang yang melakukan puasa di bulan Rejab”. Padahal riwayat tersebut adalah tidak benar dan palsu dan sungguh sangat aneh orang yang membidaahkan puasa bulan Rejab dengan tuduhan riwayat puasa Rejab adalah hadis-hadisnya palsu akan tetapi mereka sendiri tidak sedar bahawa sebaliknya riwayat yang melarang puasa bulan Rejab adalah palsu.
Secara ringkasnya, para ulama empat mazhab tidak ada yang mengatakan puasa bulan Rejab adalah bidaah. Bahkan mereka sepakat kalau puasa bulan Rejab adalah sunnah termasuk dalam Mazhab Imam Ahmad bin Hanbal.
Berikut ini uraian ulama empat tentang puasa Rejab :
1. Pendapat Ulama Mazhab Hanafi.
• Disebutkan dalam Fatawa Al-Hindiyah Juz 1 Hal. 202 :
)المرغوبات من الصيام أنواع ( أولها صوم المحرم والثاني صوم رجب والثالث صوم شعبان وصوم عاشوراء ). اهـ
“Puasa yang disunnahkan itu bermacam-macam :
Puasa Muharam, Puasa Rejab, Puasa Syaaban, Puasa ‘Asyura’ (10 Muharam)”
2. Pendapat dari Ulama Mazhab Maliki.
• Disebutkan dalam Syarh Al-Khorsyi ‘Ala Kholil Juz 2 Hal. 241:
Puasa Muharam, Puasa Rejab, Puasa Syaaban, Puasa ‘Asyura’ (10 Muharam)”
2. Pendapat dari Ulama Mazhab Maliki.
• Disebutkan dalam Syarh Al-Khorsyi ‘Ala Kholil Juz 2 Hal. 241:
أنه يستحب صوم شهر المحرم وهو أول الشهور الحرم , ورجب وهو الشهر الفرد عن الأشهر الحرم ). اهـ
“Sesungguhnya disunnahkan puasa di bulan Muharam dan puasa di
bulan Rejab.”
• Disebutkan dalam Hasyiah dari Syarh Al-Khorsyi ‘Ala Kholil :
• Disebutkan dalam Hasyiah dari Syarh Al-Khorsyi ‘Ala Kholil :
بل يندب صوم بقية الحرم الأربعة وأفضلها المحرم فرجب فذو القعدة فالحجة ). اهـ
“Disunnahkan puasa di bulan-bulan haram yang 4, paling utamanya
adalah puasa di bulan Muharam kemudian Rejab, Zulkaedah dan Zulhijah”.
• Disebutkan dalam Muqoddimah Ibnu Abi Zaid serta syarah Lil Fawaakih Al-Dawani juz 2 hal. 272 :
• Disebutkan dalam Muqoddimah Ibnu Abi Zaid serta syarah Lil Fawaakih Al-Dawani juz 2 hal. 272 :
التنفل بالصوم مرغب فيه وكذلك , صوم يوم عاشوراء ورجب وشعبان ويوم عرفة والتروية وصوم يوم عرفة لغير الحاج أفضل منه للحاج. اهـ
“Melakukan puasa disunnahkan begitu juga puasa di hari ‘Asyura’,
bulan Rejab, bulan Syaaban, Hari Arafah dan Tarwiyah sedangkan puasa di hari Arafah
itu lebih utama bagi orang yang tidak haji”.
• Disebutkan dalam Syarh Ad-Dardir, syarah Muhtashor Kholil juz 1 hal. 513 :
• Disebutkan dalam Syarh Ad-Dardir, syarah Muhtashor Kholil juz 1 hal. 513 :
وندب صوم المحرم ورجب وشعبان وكذا بقية الحرم الأربعة وأفضلها المحرم فرجب فذوالقعدة والحجة). اهـ
“Dan disunnahkan puasa Muharam, Rejab, Syaaban begitu juga
bulan-bulan haram lainnya yang 4 dan paling utamanya adalah puasa Muharam
kemudian Rejab, Zulkaedah dan Zulhijah”.
• Disebutkan dalam At-Taj Wa Al-Iklil juz 3 hal. 220 :
• Disebutkan dalam At-Taj Wa Al-Iklil juz 3 hal. 220 :
والمحرم ورجب وشعبان لو قال والمحرم وشعبان لوافق المنصوص . نقل ابن يونس : خص الله الأشهر الحرم وفضّلها وهي : المحرم ورجب وذو القعدة وذو الحجة . اهـ
“Dan disunnahkan Puasa Muharam, Rejab dan Syaaban, andaikan
beliau berkata “Puasa Muharam dan Syaaban disunnahkan maka akan mencocoki atau
membenarkan nasnya”. Dinukil dari Ibnu Yunus bahwasannya “Allah SWT
mengkhususkan bulan-bulan haram dan mengutamakannya yaitu : Muharam dan Rejab,
Zulkaedah dan Zulhijah.”
3. Pendapat dari Ulama Mazhab Syafi’e.
• Imam An-Nawawi menyebutkan dalam Al-Majmu’ (Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab) juz 6 hal. 439 :
• Imam An-Nawawi menyebutkan dalam Al-Majmu’ (Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab) juz 6 hal. 439 :
قال أصحابنا : ومن الصوم المستحب صوم الأشهر الحرم , وهي ذوالقعدة وذوالحجة والمحرم ورجب , وأفضلها المحرم. اهـ
“Berkata ulama kami : Dan dari puasa yang disunnahkan adalah
puasa bulan-bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab sedangkan yang
paling utama adalah Muharam”.
• Syeikhul Islam Zakariya Al-Ansari menyebutkan dalam Asna Al-Mathollib juz 1 hal. 433 :
• Syeikhul Islam Zakariya Al-Ansari menyebutkan dalam Asna Al-Mathollib juz 1 hal. 433 :
)وأفضل الأشهر للصوم( بعد رمضان الأشهر
( الحرم ( ذو القعدة وذو الحجة والمحرم ورجب )وأفضلها المحرم( لخبر مسلم * أفضل الصوم بعد رمضان شهر الله المحرم ( ثم اقيها) وظاهره استواء البقية والظاهر تقديم رجب خروجا من خلاف من فضله على الأشهر الحرم ). اهـ
“Paling utamanya bulan-bulan untuk puasa setelah Ramadan adalah
puasa di bulan-bulan Haram yaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab
sedangkan paling utamanya adalah Muharam berdasarkan riwayat dari Imam Muslim
“Paling utamanya puasa setelah Ramadan adalah bulan Allah Muharam kemudian bulan
haram yang lainnya. Secara zahir keutamaan di antara bulan haram yang lainnya
itu sama (selain Muharam). Dan secara zahir mendahulukan keutamaan Rejab agar
keluar dari khilafnya ulama yang mengunggulkannya melebihi bulan-bulan Haram”
• Imam Ibnu Hajar menyebutkan dalam Fatawa-nya juz 2 hal. 53 :
• Imam Ibnu Hajar menyebutkan dalam Fatawa-nya juz 2 hal. 53 :
... وأما استمرار هذا الفقيه على نهي الناس عن صوم رجب فهو جهل منه وجزاف على هذه لشريعة المطهرة فإن لم يرجع عن ذلك وإلا وجب على حكام الشريعة المطهرة زجره وتعزيره التعزير البليغ المانع له ولأمثاله من المجازفة في دين الله تعالى ويوافقه إفتاء العز بن عبد السلام إنه سئل عما نقل عن بعض المحدثين من منع صوم رجب وتعظيم حرمته وهل يصح نذر صوم جميعه فقال في جوابه : نذر صومه صحيح لازم يتقرب إلى الله تعالى بمثله والذي نهى عن صومه جاهل بمأخذ أحكام الشرع وكيف يكون منهيا عنه مع أن العلماء الذين دونوا الشريعة لم يذكر أحد منهم اندراجه فيما يكره صومه بل يكون صومه قربة إلى الله تعالى. اهـ
“Orang yang melarang puasa Rejab maka itu adalah kebodohan dan ketidak
tahuan terhadap hukum syariat. Apabila ia tidak menarik ucapannya itu maka
wajib bagi hakim atau penegak hukum untuk menghukumnya dengan hukuman yang
keras yang dapat mencegahnya dan mencegah orang semisalnya yang merosak agama
Allah SWT.
Sependapat dengan ini ‘Izzuddin Abdus-Salam, sesungguhnya beliau ditanya dari apa yang dinukil dari sebagian Ahli Hadis tentang larangan puasa Rejab dan pengharamannya, dan apakah sah orang yang bernazar puasa Rejab sebulan penuh maka beliau menjawab “Nazar puasa Rejab itu sah dan boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Adapun larangan puasa Rejab itu adalah pendapat orang yang bodoh akan pengambilan hukum-hukum syariat. Bagaimana mungkin dilarang sedangkan para ulama yang dekat dengan syariat tidak ada yang menyebutkan tentang dimakruhkannya puasa Rejab bahkan dikatakan puasa Rejab adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT (sunnah)".
• Disebutkan dalam Mughni Al-Muhtaj juz 2 hal. 187 :
Sependapat dengan ini ‘Izzuddin Abdus-Salam, sesungguhnya beliau ditanya dari apa yang dinukil dari sebagian Ahli Hadis tentang larangan puasa Rejab dan pengharamannya, dan apakah sah orang yang bernazar puasa Rejab sebulan penuh maka beliau menjawab “Nazar puasa Rejab itu sah dan boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Adapun larangan puasa Rejab itu adalah pendapat orang yang bodoh akan pengambilan hukum-hukum syariat. Bagaimana mungkin dilarang sedangkan para ulama yang dekat dengan syariat tidak ada yang menyebutkan tentang dimakruhkannya puasa Rejab bahkan dikatakan puasa Rejab adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT (sunnah)".
• Disebutkan dalam Mughni Al-Muhtaj juz 2 hal. 187 :
أفضل الشهور للصوم بعد رمضان الأشهر الحرم , وأفضلها المحرم لخبر مسلم* أفضل الصوم بعد رمضان شهر الله المحرم ثم رجب , خروجا من خلاف من فضله على الأشهر الحرم ثم باقيها ثم شعبان ). اهـ
“Paling utamanya bulan-bulan untuk melakukan puasa setelah Ramadan
adalan bulan-bulan haram, sedangkan paling utamanya adalah Muharam berdasarkan
hadis riwayat Imam Muslim “Paling utamanya puasa setelah Ramadan adalah puasa
di bulan Allah Muharam” kemudian Rejab agar keluar dari khilaf tentang
keutamaan Rejab terhadap bulan-bulan haram lainnya kemudian Syaaban”.
• Disebutkan dalam Nihayah Al-Muhtaj juz 3 hal. 211 :
• Disebutkan dalam Nihayah Al-Muhtaj juz 3 hal. 211 :
)اعلم أن أفضل الشهور للصوم بعد رمضان الأشهر الحرم وأفضلها المحرم ثم رجب خروجا من خلاف من فضله على الأشهر الحرم ثم باقيها وظاهره الاستواء ثم شعبان (. اهـ
“Ketahuilah sesungguhnya paling utamanya bulan-bulan untuk
melakukan puasa setelah Ramadan adalah puasa bulan-bulan Haram. Sedangkan
paling utamanya adalah Muharam kemudian Rejab agar keluar dari khilaf tentang
keutamaannya atas bulan-bulan Haram yang lainnya, yang jelas keutamaannya sama
dengan bulan-bulan haram yang lainnya kemudian Syaaban”.
4. Pendapat dari Ulama Mazhab Hanbali.
• Ibnu Qudamah menyebutkan dalam Al-Mughni juz 3 hal. 53 :
4. Pendapat dari Ulama Mazhab Hanbali.
• Ibnu Qudamah menyebutkan dalam Al-Mughni juz 3 hal. 53 :
فصل : ويكره إفراد رجب بالصوم . قال أحمد : وإن صامه رجل , أفطر فيه يوما أو أياما , بقدر ما لا يصومه كله ... قال أحمد : من كان يصوم السنة صامه , وإلا فلا يصومه متواليا , يفطر فيه ولا يشبهه برمضان ). اهـ
“Fasal : Dan dimakruhkan mengkhususkan Rejab dengan puasa, Imam
Ahmad berkata “Apabila seseorang berpuasa bulan Rejab maka berbukalah sehari
atau beberapa hari sekiranya ia tidak puasa sebulan penuh, Imam Ahmad berkata
“Barangsiapa terbiasa puasa setahun maka boleh berpuasa sebulan penuh kalau
tidak biasa puasa setahun janganlah berpuasa terus-menerus dan jika ingin puasa
Rejab sebulan penuh hendaknya ia berbuka di bulan Rejab (biarpun sehari) agar tidak
menyerupai Ramadan”.
Dari keterangan tersebut sangat jelas bahawa Imam Ahmad tidak membidaahkan puasa Rejab.
• Disebutkan dalam Al-Furu’ Karya Ibn Muflih juz 3 hal. 118 :
Dari keterangan tersebut sangat jelas bahawa Imam Ahmad tidak membidaahkan puasa Rejab.
• Disebutkan dalam Al-Furu’ Karya Ibn Muflih juz 3 hal. 118 :
فصل : يكره إفراد رجب بالصوم نقل ابن حنبل : يكره , ورواه عن عمر وابنه وأبي بكرة , قال أحمد : يروى فيه عن عمر أنه كان يضرب على صومه , وابن عباس قال : يصومه إلا يوما أو أياما. وتزول الكراهة بالفطر أو بصوم شهر آخر من السنة . اهـ
“Fasal : Dimakruhkan mengkhususkan Rejab dengan berpuasa
berdasarkan apa yang dinukil dari Imam Ahmad Bin Hanbal dan diriwayatkan oleh
Umar dan puteranya dan Abi Bakrah. Imam Ahmad berkata “Diriwayatkan dari Saidina
Umar sesungguhnya beliau memukul orang yang berpuasa Rejab, dan berkata Ibnu
Abbas “Hendaknya berpuasa Rejab dengan berbuka sehari atau beberapa hari”. Dan
kemakruhan puasa bulan Rejab akan hilang dengan berbuka (walaupun sehari) atau
dengan berpuasa di bulan lain selain bulan Rejab.
D. KESIMPULAN
Dari penjelasan dari ulama empat mazhab sangat jelas bahwa puasa bulan Rejab adalah sunnah dan hanya menurut Mazhab Imam Ahmad saja yang makruh. Dan ternyata kemakruhan puasa Rejab menurut Mazhab Hanbali itu pun jika dilakukan sebulan penuh. Adapun kalau berbuka satu hari saja atau di sambung dengan sehari sebelumnya atau sesudahnya. Atau dengan melakukan puasa di selain bulan Rejab maka kemakruhannya akan hilang . Dan mereka tidak mengatakan puasa Rejab bidaah sebagaimana yang marak akhir-akhir ini disuarakan oleh kelompok orang dengan menyebar makalah, siaran radio atau internet.
D. KESIMPULAN
Dari penjelasan dari ulama empat mazhab sangat jelas bahwa puasa bulan Rejab adalah sunnah dan hanya menurut Mazhab Imam Ahmad saja yang makruh. Dan ternyata kemakruhan puasa Rejab menurut Mazhab Hanbali itu pun jika dilakukan sebulan penuh. Adapun kalau berbuka satu hari saja atau di sambung dengan sehari sebelumnya atau sesudahnya. Atau dengan melakukan puasa di selain bulan Rejab maka kemakruhannya akan hilang . Dan mereka tidak mengatakan puasa Rejab bidaah sebagaimana yang marak akhir-akhir ini disuarakan oleh kelompok orang dengan menyebar makalah, siaran radio atau internet.
والله أعلم بالصّواب.
p/s: Diedit ke tulisan Melayu Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan