بسم الله الرحمن الرحيم
Adakah boleh dibaca Surah al-Ikhlas setiap empat
rakaat Sembahyang Tarawih dan adakah boleh berselawat ke atas Nabi Sallallahu alaihi wasallam
selepas setiap dua rakaat Sembahyang Tarawih?
Sudah menjadi kebiasaan umat Islam di Malaysia
membaca Surah al-Ikhlas dan berselawat ke atas Nabi Sallallahu alaihi wasallam dalam melaksanakan Sembahyang
Tarawih. Jesteru, marilah kita perati perbahasan hukum berhubung perkara
tersebut:
Tuntutan syarak menyuruh kita membaca al-Quran
secara mutlak tanpa ditentukan waktu dan keadaan kecuali beberapa keadaan
terkecuali seperti dalam keadaan janabat/junub. Sementara itu, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ada
menjelaskan kelebihan membaca Surah al-Ikhlas dan digalakkan membacanya pada
waktu malam sebagaimana sabda Baginda Sallallahu
alaihi wasallam kepada para sahabatNya ;
أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأ فِى
لَيْلَةٍ ثُلُثَ القُرْآنِ، قَالُوا: وَكَيْفَ يَقْرَأُ ثُلُثَ القُرْآنِ، قَالَ:
قُلْ هُوَ اللهُ أُحَدٌ تَعْدِلُ ثُلُثَ القُرْآنِ.
Yang bermaksud ; Adakah sukar bagi kamu
untuk membaca pada waktu malam 1/3 al-Quran. Sahabat bertanya: Bagaimana hendak
membaca 1/3 al-Quran. Baginda menjawab: (Bacalah) قل هو الله أحد (Surah
al-Ikhlas) kerana ianya menyamai 1/3 al-Quran.
Diriwayatkan oleh Muslim, daripada Abi ad-Darda’
dan al-Bukhari, daripada Abi Said al-Khudri Radiallahu
anhu, daripada Aishah Radiallahu
anha ;
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَآلهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ رَجُلاً عَلَى سَرِيَّةِ، وَكَانَ يَقْرَأُ لأَصْحَابِهِ
فِى صَلاَتِهِ فَيَخْتِمُ بـ (قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ) فَلَمَّا رَجَعُوا ذَكَرُوا
ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: سَلُوهُ
لأَيِّ شَيْء يَصْنَعُ ذَلِكَ، فَسَأَلُوهُ، فَقَالَ: لأَنَّهَا صِفَةُ
الرَّحْمَنِ، وَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَآلهِ وَسَلَّمَ: أَخْبِرهُ أَنَّ اللهَ يُحِبُّهُ.
Yang bermaksud ; Nabi Sallallahu alaihi wasallam
telah mengutus seorang laki-laki ke sepasukan tentera. Dia selalu membaca قل هو الله أحد (Surah al-Ikhlas) pada akhir sembahyang ketika bersama
sahabatnya. Apabila mereka pulang para sahabat mengadu perkara tersebut kepada
Nabi Sallallahu alaihi wasallam dan Baginda Sallallahu alaihi wasallam
bersabda: Tanya dia kenapa dia berbuat demikian. Lalu sahabat bertanya
kepadanya dan dia menjawab: Kerana surah itu terkandung sifat al-Rahman (Allah)
dan aku suka dan kasih untuk membacanya. Nabi Sallallahu alaihi wasallam
bersabda: Beritahu dia bahawa Allah turut kasih kepadanya.
Begitu juga berselawat ke atas Nabi Sallallahu alaihi wasallam adalah
sebahagian amalan yang afdal dilakukan dan diterima oleh Allah Taala.
إِنَّ اللهَ وَمَلآئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى
النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَتَسْلِمُوا
تَسْلِيمًا
Yang bermaksud ; Sesungguhnya Allah dan
malaikatNya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi
(Muhammad Sallallahu
alaihi wasallam); wahai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu
kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.(al-Ahzab,
56)
Perintah ini adalah mutlak, yang bermaksud ianya
umum pada tempat, masa, diri seseorang dan keadaan. Barang siapa mendakwa,
tanpa dalil, ianya haram dilakukan pada waktu tertentu maka dia telah menyempitkan
apa yang Allah Taala telah
luaskan. Ini kerana mengikat sesuatu yang mutlak dan mengkhususkan yang umum
tanpa dalil merupakan bidaah yang buruk.
Kesimpulannya, membaca Surah al-Ikhlas dan
berselawat ke atas Nabi Sallallahu
alaihi wasallam ketika melaksanakan Sembahyang Tarawih adalah
dibolehkan bahkan disyariatkan.
والله سبحانه
وتعالى أعلم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan