Ahad, 13 Julai 2014

Sheikhul-Azhar : Apa yang berlaku di Gaza ialah pembasmian kaum terhadap rakyat Palestin.

بسم الله الرحمن الرحيم

Fadilatul-Imam al-Akbar Sheikhul-Azhar mengulangi kecamannya terhadap jenayah keji yang dilakukan oleh entiti Zionis di Gaza as-Sabirah, dan menganggap bahawa pencerobohan ini sebagai pembasmian kaum terhadap rakyat Palestin yang aman tanpa senjata, dan lagi beliau menyeru supaya mengambil tindakan segera dan serta-merta kepada: Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam [OIC], dan Majlis Keselamatan PBB, dan semua organisasi hak-hak kemanusiaan, seraya mendoakan kerahmatan kepada semua orang yang syahid yang telah gugur akibat daripada serangan kejam lagi zalim.

p/s:https://www.facebook.com/resalatalazhar/posts/645301735565492?ref=notif&notif_t=notify_me

Tiada ulasan:

Catat Ulasan