Ahad, 27 Julai 2014

"Ketuanan manusia di atas muka bumi adalah ketuanan mandat / amanah, ......."

بسم الله الرحمن الرحيم
Ketuanan manusia di atas muka bumi adalah ketuanan mandat / amanah, dan bukanlah ketuanan milik mahupun kekuasaan mutlak, maka manusia melaksanakan apa yang dilaksanakan oleh Pewakil dengan menjaga dan memelihara. Demikianlah mafhum khilafah yang dimaksudkan dalam Islam. Justeru manusia bertanggungjawab terhadap amanah yang ditanggungnya, daripada kebajikannya kekuasaannya kesalahannya dan kerosakannya.
Firman Allah ayat 2, Surah al-Mulk yang bermaksud : "Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat.)."
Dan lagi ayat 15 dalam surah yang sama : "Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)."
Sesungguhnya Allah mencipta bumi dan menjadikannya sebagai hamparan untuk manusia mengambil faedah daripada kebaikannya, maka manusia wajib bekerja dan berusaha untuk memperolehi manfaatnya dan kebaikan padanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan