Isnin, 14 Mei 2012

نحن لا نُفْتِى بالوَرع والتشدُّد و لكن نفتى بالأصْلَح.


بسم الله الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله و على آله و صحبه و من والاه
أما بعد

        Kesan jangka panjang akibat dari isu-isu agama dipolitikkan.10 tahun dahulu mungkin tak nampak kesannya.Apa pun ceritanya,Kesannya sudah mula menimbulkan bekas sedikit demi sedikit.Masih belum terlambat untuk mencegahnya.
        Apabila ditunjukkan contoh yang tidak baik kepada pihak yang tidak disukai..tidak mustahil dibalas dengan cara yang sama.Saya datangkan contoh golongan yang tidak suka dengan kerajaan pusat lani mengata yang bukan-bukan terhadap agamawan yang bekerja di institusi-institusi keagamaan yang dibentuk oleh kerajaan.Dilebelkan mereka dengan macam-macam.
        Seolah-olah nak menyatakan agamawan yang menerima gaji kerajaan tidak amanah & mengikut telunjuk pemerintah.Ini satu tuduhan yang amat jahat.Lihat impaknya pula di Kedah lani,Mufti Kedah pula yang menjadi mangsa tuduhan dikatakan korbankan agama demi kepentingan pemerintah.Tiada bezanya.2X5.
        Institusi agama jangan dimain-mainkan.Lama-lama masyarakat akan hilang keyakinan terhadap agama sendiri kerana kompius akibat sikap segelintir politikus yang pandai agama sikit-sikit dah komen Majlis Fatwa @ mufti-mufti bagai dia lah heronya dalam bidang fatwa.
        Tidak semestinya orang yang pandai fikah itu mufti.Tahukah politikus itu perjalanan pemfatwaan itu bagaimana.Politikus-politikus,jaga sikit bila berucap..tak kiralah yang digelar ustaz kah dia..digelar tok guru kah dia..digelar cikgu kah dia..apa-apa gelaran lagi lah.
        Pabila fatwa tak sesuai dengan kehendak diri,dikritik yang bukan-bukan.Salurannya ada.Kalau kamu rasa kamu hebat sangat,pergi lah ke pejabat mufti dan berdiskus dengan beliau.Kiranya hujah kamu mantap dalam perbincangan dalil-dalil, saya yakin 100% mufti akan bersetuju dengan kamu.Ini tidak,menyalak dari jauh.Tak kurang juga pelajar-pelajar agama di universiti-universiti.Ada yang terus komen mengatakan fatwa tersebut tidak adil dan macam-macam.
        Kamu katakan tidak adil kenapa?Bagaimana kamu definisikan adil dalam berfatwa?Kamu tahukah 5 prinsip utama yang perlu ada dalam diri seseorang yang bergelar mufti?Apabila orang-orang yang tak bertanggungjawab seperti kamu-kamu membuat onar dengan menjatuhkan kredibeliti para mufti,adakah kamu ingat masyarakat akan hormat kamu bila kamu menjadi mufti.Barangkali kamu juga menerima nasib yang sama.
        Contohnya jelas yang amat.HIJAU kata kat ulama yang bekerja dengan kerajaan.Lani BIRU pula ambil peluang untuk balas balik kepada HIJAU.Ekoran isu Madrasah Salihiah.Memang lah fatwa mufti betul,tapi HIJAU juga yang ajar salahkan agamawan yang makan gaji kerajaan bila hukum@fatwa tak berkenan dengan kehendak HIJAU.Bila timbul kes ni,BIRU balas balik.
        Keadaan lani belum lagi parah,tapi sedang membarah.Masih berpeluang untuk mengubatinya.Perlukan kerjasama dari semua pihak.Kepada politikus-politikus yang berpolitiking,politiking lah sekehendak kamu tapi jangan melampaui batas.Kepada pelajar-pelajar yang berpolitik kepartian,jangan memandai-mandai dalam perkara yang kamu tak pandai.Belajar dahulu bagi pandai.
        Saya menyeru kepada diri sendiri & sesiapa yang membaca agar bersama berusaha mengukuhkan perpaduan.Hormati ulama.Kenali ulama.

p/s: banyak yang nak ditulis,tapi cukup la peringatan ringkas dari & buat saya.saya rasa terkilan dengan sikap orang-orang yang tak bertanggung jawab ini.اللهم اهدنا يا هادى

Tiada ulasan:

Catat Ulasan