بسم الله ,الحمدلله ,والصلاة والسلام على رسول الله , وعلى آله و صحبه و من والاه
DENGARLAH
WAHAI SAUDARAKU,NASIHAT HABIB UMAR BIN HAFIZ INI TELAH DISAMPAIKAN
KEPADA SYED MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA DAN ADA PERKAITANNYA DENGAN KITA
SEMUA TERUTAMANYA DI MALAYSIA.
Habib Umar berkata :"Tinggalkan kancah panasnya pilihanraya
di wilayah kalian, jadilah penyejuk dari jiwa yang berpecah belah dan
gundah, biarkan muslimin memihak pada pilihannya masing-masing, jangan
mencaci siapapun dari calon pemimpin kalian dan jangan pula terlalu
memuji-muji salah satunya, tetaplah bijaksana dalam kedudukan yang
menghargai semua kelompok.
Jangan ternodai dengan permusuhan antara pendokong masing-masing. Ketahuilah dakwah Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم sudah ada sebelum kancah persaingan ini ada, dan dakwah Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم akan terus ada hingga seluruh kepemimpinan ini sirna, maka jangan larut dalam permusuhan dan jangan pula terpengaruh dalam keruhnya persaingan, rukunlah walau berbeza pendapat.
Tenanglah dengan keputusan الله سبحانه و تعالى, teguhlah dalam niat agung dalam penjernihan ummah. Selalulah dalam tuntunan kedamaian bagi masyarakatmu."
p/s:Terima kasih kepada saudara Haniff Abu Talib kerana menyiarkan nasihat ini.
Jangan ternodai dengan permusuhan antara pendokong masing-masing. Ketahuilah dakwah Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم sudah ada sebelum kancah persaingan ini ada, dan dakwah Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم akan terus ada hingga seluruh kepemimpinan ini sirna, maka jangan larut dalam permusuhan dan jangan pula terpengaruh dalam keruhnya persaingan, rukunlah walau berbeza pendapat.
Tenanglah dengan keputusan الله سبحانه و تعالى, teguhlah dalam niat agung dalam penjernihan ummah. Selalulah dalam tuntunan kedamaian bagi masyarakatmu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan