Isnin, 7 Mei 2012

Kita bersaudara?Ya,saudara seagama.

بسم الله ,الحمدلله ,والصلاة والسلام على رسول الله , وعلى آله و صحبه و من والاه
 
        Sedikit ulasan ringkas dari entri kelmarin.طنطاوي kaitkan sedikit dengan keadaan semasa tanah air.Amat berguna untuk kita renung bersama. 
 
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ{10}يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ{11}يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ{12} سورة الحجرات
Terjemahannya :

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.{10}Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.{11}Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.{12}

فقال عليه الصلاة والسلام "إياكم والظنَّ فإنَّ الظن أكذَبُ الحديثِ ولا تَحَسَّسُوا ولا تَجَسَّسُوا ولا تَنَاجَشُوا ولا تَحَاسَدُوا ولا تبَاغَضُوا ولا تَدابَرُوا وكونوا عبادَ اللهِ إخوانًا" اهـ رواه البخاري 
Mafhum hadis Baginda Nabi tersebut ialah Baginda Nabi melarang kita berprasangka jahat,mencari-cari dan mengintip kesalahan/aib orang,menipu,saling dengki mendengki,mencetuskan kebencian atau melakukan sesuatu yang boleh menjadi penyebab kepada kebencian sesama muslim,dan bermusuhan.Baginda Nabi menyuruh kita mengukuhkan persaudaraan sesama kita dengan mengamalkan sifat-sifat yang terpuji dan menjauhi sifat-sifat yang dikeji.
 
        Pengajaran dari ayat-ayat Quran dan Hadis tersebut ialah tentang persaudaraan dalam agama atau persaudaraan seagama.Menyeru kita sesama muslim mengukuhkan persaudaraan kita.Wajib kita menjaga perpaduan sesama kita.Kenapa bermasam muka kerana berbeza ideologi politik?
        Manakah yang wajib kita utamakan?Ajaran Quran kah atau politiking politikus yang belum jelas kebenarannya?Kebanyakan politikus melakukan provokasi dan persepsi negetif terhadap lawan masing-masing kerana hendak meraih undi sehingga membelakangkan ajaran Quran. 
        Janganlah kerana hendak menegakkan ideologi politik yang dipegang sanggup memusnahkan persaudaraan yang jelas-jelas merupakan ajaran Quran dan Hadis Nabawi.
طنطاوي tidak menyeru kepada mengagamakan politik tetapi kepada mengIslamkan politik.طنطاوي tak akan menjelaskan 2 istilah tersebut dalam entri ini kerana memerlukan kepada bahasan yang panjang.Justeru,lebih penting bagi kita lani ialah berusaha kepada kesatuan ummah.Jangan jadikan perbezaan ideologi politik sebagai sebab untuk meruntuhkan persaudaraan yang disuruh agama.
        Sebuah kitab tasawuf yang sesuai untuk dipelajari semua peringkat.Beruntunglah yang mempelajarinya dan mengamalkannya.Berpolitik dengan didasari hati yang kosong dan diisi emosi tidak akan menghasilkan keputusan yang baik.Walaupun di mana seorang itu,biru kah hijau kah merah kah kuning kah dia..persaudaraan wajib dijaga.Bersamalah berusaha menjaga persaudaraan agar keharmonian terjamin.
        Semua agama menyeru kepada perpaduan dan kedamaian.Amat malu jika kita sebagai muslim sanggup ketepikan ajaran Quran yang menyuruh kepada perpaduan dan kedamaian dengan persaudaraan.Bagaimana yang dikatakan umat Islam contoh kepada umat lain?Jika sanggup berpatah arang,berkerat rotan semata-mata ideologi politik yang berbeza.
        Dalam konteks politik,kita tak dapat memaksa orang untuk menerima ideologi kita.Sekiranya kita tidak menerima hakikat ini dan tetap berkeras supaya orang ramai terima kita,akan timbullah nanti perkara-perkara negatif.Berlapang dada lah dalam berpolitik kepartian kepada mereka yang berpolitik kepartian.Terimalah ketentuan Ilahi.Justeru,طنطاوي menyeru kepada kesatuan & persaudaraan yang jelas termaktub di dalam Quran Yang Mulia.
اللهم احمنا و بلادنا من الفتن

Tiada ulasan:

Catat Ulasan