بسم الله الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله و على آله و صحبه و من والاه
أما بعد
Esok adalah merupakan sambutan Hari Ibu di Malaysia.طنطاوي ucapkan selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu semua.Kepada anak-anak,kenangilah jasa ibu-ibu kamu.Jangan khianati harapan mereka terhadap kamu.Ibu/emak/mama/ummi suruh kamu belajar,belajar lah bersungguh-sungguh.Jadikan kejayaan kamu sebagai hadiahnya.Sepatutnya,kewajipan anak-anak mendoakan ibu bapa setiap hari.Itulah hadiah yang paling mudah dan baik di samping sentiasa menggembirakan mereka.Jangan tunggu tarikh tertentu,contohnya seperti esok.Hargailah kesempatan ketika berkesempatan.
Ada juga yang mempersoalkan keharusan menyambut Hari Ibu.Katanya bidaah dan macam-macam lagi.طنطاوي katakan,sekiranya bidaah sekalipun..tidak membawa kepada bidaah yang diingkari.Harus menyambut Hari Ibu. طنطاوي tak berniat untuk menulis panjang berkaitan hukum sambutan Hari Ibu ini.طنطاوي sertakan link fatwa Darul-Ifta,Mesir berkaitan hukum menyambut Hari Ibu.
p/s: Ini link berkaitan hukum tersebut dalam bahasa Indonesia. http://www.dar-alifta.org/viewfatwa.aspx?id=2268&Home=1&LangID=5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan