Rabu, 2 Mei 2012

Dambakan keharmonian..tercapaikah dengan sikap kita?

       بسم الله الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله و صحبه ومن والاه
     
        Kenyataan penuh Anwar(PKR)dalam sidang medianya melahirkan rasa risau & takut dalam diri saya.Kenyataan beberapa pimpinan tertinggi PAS,membuatkan saya semakin risau & takut dengan (so-called) perjuangan mereka.
        Di الباقوري kami belajar subjek مشكلات السياسة.Subjek ni telah diganti dengan Kanun Maritim.Mungkin ada orang kata,"apa yang takut sangat?"..kalau bahasa marketnya,"buat teruk boleh".Walau apa pun kata, perkara sudah berlaku dan sedang merebak.
        Persepsi negatif yang diwartakan sudah menjadi realiti bagi sesetengah orang kampung."Virus" persepsi negatif semakin rancak memakan "sel darah putih" realiti.Sikap malas mencari kebenaran akhirnya menerima terus persepsi negatif itu sebagai realiti menatijahkan realiti tenggelam dalam lautan persepsi.Apabila masyarakat diajar dengan mempercayai persepsi sebagai realiti dalam keadaan masyarakat tidak tahu pun yang perkara tersebut hanya persepsi semata,impaknya sangat buruk..tidak kira siapa yang perintah..seperti persepsi negatif yang ditimbulkan pembangkang terhadap kerajaan Malaysia..tak berhenti setakat tu sahaja..persepsi negetif sebagai serangan balas terhadap kerajaan Kedah pula ditimbulkan.Suasana yang hidup dalam angin persepsi boleh merosakkan negara..tanpa mengira siapa yang memerintah..biru kah hijau kah.
        Dalam insiden yang lepas,kerajaan lah yang paling teruk menanggung impaknya..pertama memulihkan imej negara yang tercalar untuk meyakinkan kembali pelabur-pelabur asing melabur di Malaysia dalam menjana ekonomi negara..kedua menjawab persepsi yang ditimbulkan dan apa yang dapat dilihat, kita semua bermain dengan persepsi.Tidak mustahil insiden sebegini akan berlarutan sekiranya PR ditakdirkan memerintah.
        Impaknya tunai الله tunjuk kat kita..apabila kita melanggar perkara yang dilarang oleh syara'..saling tunding menunding/salah menyalah/tuduh menuduh telah dan sedang berlaku.الله tunjukkan sejelas jelasnya kepada kita, perkara yang dilarang syara' boleh membawa kesan buruk jika dilanggar.Kalau masih tak nampak juga,apakan daya?
        Mumkin ada yang persoalkan,apa salahnya takat nak pi duduk dan bantah?Duduk & Bantah tu tak salah tapi ikut la undang-undang.Bila tak ikut undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan,dah jadi insiden seperti yang lepas..mulalah nak menyalahkan inilah itulah.Pakat nak katakan yang dia lah yang betul sebab katanya pengalaman saya pi sana..saya kena hambat..dan macam-macam cerita yang keluar.
        Sekiranya diikut betul-betul-betul garis panduan demonstrasi aman yang diharuskan,segala masalah إنشاءالله dapat dielak.Lani, perkara telah terjadi dan yang tanggung bukan kerajaan dan orang-orang politik sahaja..bahkan seluruh rakyat Malaysia menanggung keretakkan persaudaraan yang sekian lama terbina. 
         إنشاءالله Malaysia tak kan jadi macam Tunisia atau Mesir kerana realiti kehidupan di Malaysia jauh ketara mereka..musuh Islam sedar perkara ini.Musuh negara biarkan dahulu rakyat Malaysia lali dengan mainan persepsi..bila dah sampai masa,mereka akan bertindak.Percubaan yang lepas-lepas gagal untuk mereka gugat Malaysia.
        Sekarang bukan masanya untuk saling bercakaran menegakkan kepentingan ideologi masing-masing.Ketepikan ego kepentingan politik masing-masing.Masing-masing ada betulnya dan ada salahnya.Fikirlah cara yang terbaik untuk menjaga kesatuan umat Islam Malaysia.Orang-orang politik secara khususnya,mereka inilah yang lebih bertanggungjawab dalam menjaga kesatuan ummah.Janganlah wewenangnya mempolitikkan semua perkara sehingga meretakkan kesatuan ummah.Gunalah peluang yang ada untuk menyemai benih-benih mahabbah.Bersatulah wahai umat Islam semua.


اللهم اصلح شؤوننا بصلاح الشأن يا رب مصلح يا منان

Tiada ulasan:

Catat Ulasan